Pengikut

Rabu, 27 Oktober 2010

Suratan atau Kebetulan 16

Zamita kekurangan idea utk bab ni. Harap maaf kalau pembaca kurang selesa dengan penulisan zamita kali ini. Apa pun enjoy reading for n3




Bab 16

Jefry Adam duduk beristirehat di beranda. Sunguh nyaman. Angin pantai di waktu pagi begitu mendamaikan. Dia memandang sekilas, melihat susuk tubuh yang masih nyenyak tidur. Dia tersenyum. Tidak sia-sia dia mengertak isterinya supaya ikut sama. Walaupun mereka tidak menjalani kehidupan sebagai suami isteri sebenar, namun dia gembira dengan penerimaan syafira terhadapnya.Dia berpaling ke arah Syafira yang tiba-tiba terjerit. Dengan segera dia menghampiri isterinya.

”Kenapa ni? Mimpi lagi,”
Syafira menggangguk.

Kesian juga melihat isterinya. Sejak dua hari lalu mereka datang ke Pulau lagenda itu, hampir setiap hari isterinya itu terjerit-jerit meminta tolong. Entah mimpi apa yang lagi di alami oleh isterinya itu.Jangan-jangan mimpi yang sama.

”Mimpi yang sama ke?,”

Syafira mengangguk lagi

”Kenapa ni?Dah jadi burung belatuk ke?Terangguk-angguk,”

”Apa Jeff ni. Sedap mulut je cakap fira macam tu. Fira mengantuk lagi la,”

Jefry Adam tersenyum. Walaupun masih mengantuk, isterinya tidak membahasakan awak lagi kepadanya. Dia tidak mahu perhubungan yang terjalin dipersia-siakan. Dia akan mengikut rentak syafira. Menjadi kawan dahulu untuk mengenali hati budi masing-masing.

”Mengantuk? Dah pukul berapa ni masih mengantuk. Pergi solat dulu. Nanti terlepas pula subuh,”

”Fira cuti lagi hari ni,”Syafira mula menyelimutkan dirinya. Kesejukan angin pantai terasa menyucuk-nyucuk badannya.

”Ooo...patut la. Biasa fira yang selalu kejutkan abang. Ah! Tak kira la, cuti ke tak, fira kena bangun jugak. Kita nak pergi jalan-jalan ni. Sia-sia je la kalau datang kat sini semata-mata nak tidur. Kat rumah pun boleh tidur, tak perlu datang ke sini,”sindir Jefry Adam.

Syafira bungkam. ”Siapa yang ajak siapa ni? Sedap mulut mengata kat orang,”
Alamak! Puteriku dah melenting. Nampaknya kena pujuk lagi la ni. Tak pasal-pasal kena lagi.Detik hati jeffry Adam

”Sorry, abang tak sengaja. Abang gurau je tadi. Jom kita pergi jalan-jalan. Esok kita dah nak balik. Kalau hari ni tak ke mana-mana, rugi la masa yang ada,”

”Esok kita dah balik ya. Ingat tinggal lama lagi kat sini,”

”Fira nak tinggal lebih lama lagi ke? Boleh, apa salahnya. Abang lagi suka,”

”Eh, tak...tak..saja bergurau,”cepat-cepat Syafira mengelak
Syafira tidak bisa untuk berdua-duaan begitu lama dengan Jefry Adam. Dirinya seperti dibuai mimpi indah apabila bersama dengan suaminya itu. Dia dapat merasakan dirinya sudah terpaut hati dengan suami sendiri. Tapi dia menidakkannya. Masih terlalu awal. Tapi setiap kali bertentang mata, jantungmya berdegup kencang. Cinta kah dia pada suaminya? Setiap kali selepas solat, dia sentiasa memohon dari Yang Maha Esa supaya membuka pintu hatinya untuk menerima Jeffry Adam sebagai suami. Adakah doanya telah dimakbulkan?

Hari-hari terakhir di pulau lagenda itu, mereka menghabiskan masa dengan aktiviti riadah. Apabila waktu petang tiba, mereka mandi pantai bersama-sama sambil bersnockling. Keindahan batu karang dan ikan-ikan kecil menarik minat mereka untuk membelai ikan-ikan itu. Mereka gelak ketawa apabila ikan mula mengigit jari mereka apabila memberi makan cebisan roti kepada ikan-ikan itu. Malamnya mereka keletihan. Usai solat isyak dan makan malam bersama, mereka terus terlelap. Letih benar rasanya.

**********

”Sayang...bangun...sayang bangun. Kenapa ni?,”suara itu memanggil-manggil namanya. Tapi dia masih terus menangis.
Tiba-tiba dia tersedar apabila terasa mukanya dibasahi oleh air. Dia mengosok-gosokkan matanya. Ingin melihat siapa di hadapanya.

”Mimpi lagi, ya,”
Syafira mengangguk. Mimpi yang sama. Kenapa mimpi itu datang lagi? Dia ingat semuanya sudah selesai selepas berjumpa dengan Ustaz kamal. Tapi sangkaannya meleset. Mimpi itu masih menghantuinya. Adakah mimpi itu berkaitan dengan dirinya? Nama budak kecil itu juga sama dengannya. Adakah budak kecil itu adalah dirinya? Dia perlu buat sesuatu. Mungkin ada yang tersirat mengenai mimpi itu. Dia akan menyiasat.

”Mimpi yang sama?,”soal Jefry Adam mahu kepastian.
Syafira mengangguk lagi.

”Jeff...fira rasa mimpi macam ini ada kaitan dengan fira je la. Apa kata kita siasat nak tak?,”Syafira minta persetujuan dari Jefry Adam.

”Ermm...abang rasa pun macam tu. Nanti kita balik rumah, kita bincang hal ni dengan mama dan papa ya,”

”Okey juga tu. Mana tahu mama dan papa dapat menolong kita,kan?

”Ya, betul tu. Dah, fira tidur dulu. Waktu masih awal lagi ni,”Jefry adam menunjukkan jam loceng kepada syafira. Waktu masih awal benar, pukul 3 pagi.
Syafira melabuhkan semula badan. Begitu juga dengan Jefry Adam. Tidak sampai beberapa minit, kelihatan syafira kembali lena. Tetapi tidak bagi Jefry Adam. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Masih memikirkan keadaan syafira. Dia melihat kembali jam loceng tersebut, waktu menunjukkan pukul 3.30 pagi.Elok juga rasanya dia menelefon pada papa. Mungkin papa dapat menolongnya. Tanpa berlengah lagi, jefry adam mencapai telefon bimbit dan terus mendail nombor telefon rumah mertuanya.

”Assalamualaikum,” Jefry adam memberi salam sebaik saja terdengar suara di dalam talian.

”waalaikummussalam,” jawab encik Idris

”Papa, Jeff ni,”

”Ha.. Jeff ...kenapa pagi-pagi lagi dah telefon ni?Ada berita gembira ke nak sampaikan pada papa?,’

”Tak adalah. Bukan berita gembira. Jeff nak bagitahu kat papa ni. Esok Jeff akan bertolak dari Pulau ni. Mungkin petang baru sampai kat rumah. Jeff ingat nak minta tolong papa jumpa semula dengan Ustaz Kamal...,”belum pun sempat Jefry Adam bercerita dengan lebih lanjut, Encik Idris menyampuk.

”Kenapa..Fira masih bermimpi buruk lagi ke?,”

”Ya, papa. Malah makin teruk. Kalau waktu siang dia tidur pun, dia akan mengalami mimpi tu. Jadi Jeff ingat papa jumpa dengan Ustaz Kamal. Papa bagitahu kat Ustaz Kamal malam lusa nanti kita jumpa dia. Kita bawa Syafira sekali,”cadang Jefry Adam

”Elok juga cadangan Jeff tu. Papa ikut je. Apa pun, hati-hati memandu balik nanti tu. Jangan lupa maklumkan pada papa dulu sebelum bertolak,”pinta Encik Idris.

”Baik, papa. Okey la papa. Apa-apa hal nanti Jeff maklumkan semula, ya. Assalamualaikum,”

Talian telefon dimatikan selepas salam dijawab oleh ayah mertuanya. Lega rasa hati dapat meluahkan apa yang terbuku dihati. Dia berpaling memandang isterinya yang masih lena tidur. Tidak pula mengalami mimpi. Lega rasa hatinya buat seketika. Dia tidak lena untuk tidur kembali walaupun waktu masih awal pagi lagi. Matanya tidak pula rasa mengantuk. Sementara menunggu waktu subuh kunjung tiba, dia mengambil wuduk dahulu untuk membaca Al-Quran. Hatinya akan tenang apabila membaca Al-Quran dalam keadaan fikirannya sedang berserabut.

2 ulasan:

hani berkata...

jeff betul2 sayang kat fira ye...harap2 gitulah,
biarlah fira bahagia gan suaminya. Menarik...smbg cepat2 nxt n3...!!!!

Anor berkata...

cerita yg menarik, nak lagi cepat sambung ye...

Catat Ulasan