Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

Butakah Cinta 2

Bab 2

25 tahun dahulu……….

“Tangkap dia. Jangan bagi dia lari. Nanti kita belasah dia cukup-cukup. Kurang ajar. Berani kau buat onar dengan anak majikan kau sendirinya ye. Dasar orang miskin, merempat tak sedar diri. Ha!! Pegang dia. Biar aku ajar dia ni. Eeii…geram betul aku tengok muka tapir ni,”Borhan tidak sabar untuk membelasah Halim.

Halim ketika itu baru selesai menunaikan solat asar telah di kejutkan dengan adegan yang dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia dipegang oleh 2 orang lelaki yang dia tidak kenali. Hanya seorang saja yang amat di kenalinya, Borhan. Borhan yang sememangnya mempunyai hasad dengki kepadanya. Borhan dengki kerana Marlia tidak membalas cintanya

“Kenapa ni?Apa sebenar yang telah berlaku?Kenapa ni Borhan?Apa yang aku dah buat sampai kau buat aku macam ni?Macam aku dah buat salah besar,”Halim minta kepastian. Dia masih bingung dengan situasi sekarang.

“ Eh..dia ni, sudah tahu bercanda pula, sudah tahu bertanya pula. Pandai la kau ye. Buat tak tahu konon. Biasa la…orang dah buat salah tak kan nak mengaku kan?”bentak Borhan. Kemarahannya sudah mendidih.

“Apa yang tahunya? Aku tak buat salah. Memang la aku tak tahu . Aku baru selesai solat , mana aku tahu apa yang berlaku,”bela Halim

“Erk eleh..nak tunjuk alim konon. Hei!! Boleh pergi mampus la dengan alim kau tu. Dah kawan-kawan, bawa dia jumpa Tan Sri. Biar Tan Sri hukum dia. Biar dia rasa,” arah Borhan kepada kawannya, Hakim dan Zul.

Mereka bertiga membawa Halim berjumpa dengan Tan Sri Mahmud. Di heretnya Halim seperti kain buruk. Habis kotor dan koyak baju melayu Halim. Badan Halim di penuhi darah kesan dari calar-calar di badan nya. Mereka bertiga memang tidak berperikemanusiaan. Mentang-mentanglah mereka orang kaya, suka-suka mereka berbuat begitu kepada Halim. Sungguh kejam perbuatan mereka.

*******************

Marlia sedang menangis di ruang tamu yang dipenuhi oleh perabot-perabot antik. Dipandang seluruh ruang itu, banyak mata yang memandang tajam kepadanya. Gerun dia melihatnya. Tidak diketahui apa salahnya, Tan Sri Mahmud mengamuk dan telah memukulnya bertubi-tubi sehingga ada kesan berbirat di belakang badannya. Sungguh sakit yang teramat.

Suara riuh-rendah dari luar mengejutkan Marlia yang sedang berendam air mata. Dilihat dari muka pintu, tiga orang lelaki sedang mengheret seseorang di atas tanah. Di pukul lelaki itu bertubi-tubi. Disepak perut, ditumbuk muka dan diterajang perut . Baju lelaki itu di penuhi oleh darah. Alangkah terkejutnya Marlia. Lelaki yang diheret itu adalah Halim.

Marlia meluru mendapatkan Halim. Tangisan semakin bertambah apabila melihat keadaan Halim. Sungguh menyentuh jiwanya. Tergamak Borhan dan kawan-kawan nya mencederakan Halim sedemikian rupa. Apakah kesalahan Halim sehingga diperlakukkan begitu? Sungguh kejam.

“Borhan!!!kenapa kau buat begitu pada Halim?Apakah kesalahan yang telah dibuat sehingga kau buat begitu pada dia?Kau ni memang tidak berperikemanusiaan langsung,” dalam tangis Marlia memarahi Borhan.

“Memang dia buat salah. Kesalahan dia amat besar. Patut direjam sampai mati,”Borhan bertambah marah apabila Marlia membela Halim.

“Salah? Apa yang dia dah buat? ,”soal Marlia

“ Eh..dah memang kau berdua buat salah. Ditanya kita pulak buat salah apa,”Borhan mencebik.

“Kami berdua buat salah? Salah apa yang kau maksudkan ni. Aku tak faham,”soal Marlia. Walau marah setakat manapun, Marlia tidak pernah meninggikan suara.

“Alah buat-buat tak faham. Yang dalam perut kau tu apa? Bukan salah?,”tengking Borhan.

Halim yang cedera parah tidak dapat berbuat apa-apa. Seluruh anggota badannya lemah kerana sudah kehilangan banyak darah.

“Dalam perut? Kenapa dengan perut aku? Apa kaitan perut aku dengan Halim? Cuba kau terangkan, aku tak faham,” berkerut dahi Marlia. Dia kurang pasti maksud sebenar yang disampaikan oleh Borhan.

“Biar papa terangkan,”celah Tan Sri Mahmud.

Dia yang dari tadi hanya menjadi pemerhati. Dia tidak dapat menerima dengan apa yang telah berlaku. Anak yang disayangi telah menconteng arang ke mukanya. Anak yang lemah-lembut sifatnya telah menjatuhkan maruahnya.

Semua mata yang ada di situ memandang Tan Sri Mahmud. Di lihat Tan Sri Mahmud sedang menahan marah. Masing-masing kecut perut melihat muka bengis Tan Sri Mahmud.

“Mar, papa buang kau dari keluarga kita. Mulai dari hari ini kau bukan lagi anak papa. Aku halau kau. Berambus kau dari sini. Aku tak mahu lihat muka kau lagi. Jangan kau pijak lagi kaki kau ke sini. Aku benci ada anak macam kau. Aku tatang kau dengan kasih sayang, ini yang kau balas pada aku,” suara Tan Sri Mahmud meninggi. Dihamburkan segala kemarahan kepada Marlia. Tidak ada kata manis lagi dari bibir itu.

“Tapi papa, apa yang Mar dah buat sehingga papa membuang Mar? ,”dengan tangisan yang belum reda, Marlia memegang kaki Tan Sri Mahmud.

“Kau masih tak mengaku apa yang telah kau lakukan bersama-sama Halim,”marah Tan Sri Mahmud

“Apa yang telah kami lakukan? Mar tak faham. Tolong jelaskan papa. Mar merayu. Tolong la papa. Apa salah Mar?,”semakin kuat tangisan Marlia. Pegangan kaki Tan Sri Mahmud tidak dilepaskan.

“Kau dah berzina dengan Halim…dan sekarang kau mengandungkan anak dia. Itu kau kata tak salah? Masih nak menafikan?,”tengking Tan Sri Mahmud

“Anak?Mengandung? Bila masa pula Mar berzina, papa. Mar masih waras. Mar tahu hukum hakam lagi. Mar tidak tergamak untuk melakukan kerja terkutuk itu. Mar masih waras papa.,”bela Marlia.

“Habis kalau bukan mengandung, kenapa kau muntah-muntah…dah tu pengsan. Aku telah menyuruh Doktor Rashid memeriksa kau. Dan kau tahu apa jawapannya? Memang positif kau sedang mengandung . Dua bulan kau tahu tak?2 bulan…Dah lama kau buat kerja ni? Kalau kau tidak pengsan tadi sudah tentu aku tidak akan tahu kerja terkutuk kau ni,”tengking Tan Sri Mahmud. Kemarahannya semakin bertambah apabila Marlia tidak mengaku dia telah berzina.

“Demi Allah papa. Mar tidak buat kerja terkutuk tu. Demi Allah papa,”Marlia membela diri.

Marlia memang tidak mengandung. Semua adalah rancangan Madiha yang berhati busuk dan hasad dengki kepada Marlia. Tergamak Madiha melakukan semua itu kepada kakak kandungnya sendiri. Madiha telah mengupah Doktor Rashid untuk memberikan keputusan menyatakan Marlia sedang mengandung 2 bulan. Sungguh bijak rancangan Madiha. Dia merencanakan semuanya dari awal lagi. Syaitan sedang bertepuk tangan berjaya menyesatkan Madiha.

0 ulasan:

Catat Ulasan