Pengikut

Sabtu, 15 Mei 2010

Suratan atau Kebetulan 13

Bab 13

Syafira duduk di birai katil. Baju persandingannya sudah berganti. Dia segera mengesat air matanya apabila mendengar pintu bilik di buka.

“Assalamualaikum,”salam diberi.

“Waalaikummussalam,”jawab Syafira.

”Boleh abang masuk?,”tersenyum Jefry memandang Syafira.

”Dah masuk baru nak minta izin,”sinis Syafira.

Jerfy tersenyum dengan jawapan yang dibalas oleh Syafira.

”Ops..jangan la marah. Abang dah tak sabar nak jumpa isteri abang. Tu yang tak ingat yang diri ini dah masuk kat dalam bilik. Ingat masih kat luar lagi,”jefry cuba berseloroh dengan Syafira

Syafira mencebik. Dia tidak membalas senyuman Jefry. Baginya dia lagi tidak tenteram jiwa bila berdua-duaan dengan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya.

Kini dia perlu berkongsi bilik dengan suaminya. Hatinya masih lagi berbelah bahagi. Adakah dia perlu menerangkan perkara sebenar kepada suaminya? Jika dia berterus terang, adakah suaminya akan menerima? Dia jadi semakin tidak keruan apabila suaminya menghampirinya.

“Boleh abang duduk di sebelah Fira.,”pinta Jefry setelah dia melihat tiada reaksi sedikit pun dari Syafira.

“Ermm..duduk la.”pelawa Syafira. Acuh saja jawabnya.

“Fira..abang ada perkara nak di bincangkan dengan Fira. Boleh ke?soal Jefry. Dia mula risau melihat respon yang diberikan oleh Syafira. Seminggu dulu okey saja mereka bersembang.

“Boleh je. Apa hal yang nak dibincangkan,”Syafira mula kurang senang dengan renungan suaminya.

“Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi hubungan kita ni, abang mohon maaf kerana Maira, Fira menjadi mangsa keadaan. Waktu kita jumpa seminggu dulu, abang tidak sempat nak bincangkan hal ini. Dulu Abang pun tidak suka akan perkahwinan ini. Tapi ibu paksa juga untuk berkahwin. Abang sedih melihat kesungguhan ibu, jadi abang pun terima je cadangan ibu. Abang sebagai anak perlu menurut kehendak keluarga. Begitu juga dengan Fira kan. Abang tahu Fira bukan ahli keluarga ini, tapi abang tetap menganggap Fira sebahagian dari keluarga ini. Cuma satu je abang pinta. Abang harap, Fira dapat menerima abang sebagai suami Fira seadanya. Boleh ke Fira?”terang Jefry panjang lebar.

“Maaf, saya rasa permintaan awak tu terlalu berat. Bagaimana saya perlu buang rasa hati ini yang lahir dari dulu lagi sudah menganggap awak hanya sebagai abang ipar? Mana mungkin perasaan hormat dan kasih saya akan bertukar kepada perasaan seorang isteri terhadap seorang suami. Kalau di ikutkan hati saya, mahu saja membantah. Namun saya masih punya sifat kemanusiaan. Masih menghormati mama dan papa sungguh pun mereka bukan ayah dan ibu kandung saya. Apakah dengan perkahwinan ini dapat menebus segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh mama dan papa? Tidak sama sekali. Permintaan awak akan saya pertimbangkan dulu,”luah Syafira.

Terkejut Jefry Adam dengan perubahan yang mendadak Syafira. Ke mana pergi Syafira yang lemah lembut tutur katanya dulu? Syafira yang tidak lokek dengan senyuman. Apa sudah berlaku kepada isteriku ini,detik hati kecil Jefry Adam.

Syafira tidak menghiraukan pandangan suaminya. Mungkin terkejut dengan penerimaan dia terhadap dirinya. Ahh.. peduli apa. Kepala aku masih serabut lagi ni,bebel Syafira dalam hati. Dia sendiri kurang pasti dengan sikap dinginnya secara tiba-tiba.

”Kenapa sayang bersikap dingin begini dengan abang? Abang ada buat salah ke?Kalau abang ada buat salah, abang minta maaf. Dan kalau ibu juga buat salah, maafkan ibu. Tidak ada niat nak buat sayang sakit hati, maafkan abang ya?,”Jefry Adam memujuk. Bab yang paling dia tidak suka. Dia bukan mahir sangat dalam pujuk memujuk. Tapi oleh kerana itu adalah isterinya, dia terpaksa juga.

Tiba-tiba terasa sayu pula mendengar luahan suaminya. Berdosanya dia membuatkan suaminya begitu. Tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya.

”Maafkan saya. Saya tidak berniat pun nak buat awak terasa hati. Saya sendiri kurang pasti dengan diri saya. Mungkin tertekan agaknya. Maafkan saya,”luah Syafira.

Jefry Adam tersenyum. Ya, mungkin juga isterinya tertekan. Perkahwinan bukan atas kerelaannya sendiri. Dan dengan menerimaan ibunya sendiri terhadap isterinya. Kalau dia di tempat itu, mungkin lagi teruk keaadaanya. Dia tidak akan memaksa. Biar isterinya dapat menerima dia perlahan-lahan.

”Tak apa la. Abang faham. Abang tidak akan memaksa sayang untuk menerima abang. Tapi abang harap suatu hari nanti, sayang akan jatuh cinta juga pada abang,”

”Insya-Allah jika diizinkan Allah,”

Syafira kembali diam. Dia was-was dengan gerak hatinya. Tapi jika dia tidak meluahkannya, takut jika terjadi perkara lain pula.

”Ermm...sebenarnya saya ada perkara nak cakap dengan awak. Itu pun kalau awak sudi mendengar,”

”Perkara apa yang nak dibincangkan? Abang sudi menjadi pendengar setia. Cakap la,”balas jefty Adam

”Sebenarnya saya sedikit pun tidak ada perasaan kat awak. Rasa kasih sayang apatah lagi untuk jatuh cinta. Sebelum berkahwin dengan awak, saya berkawan rapat dengan Shahrul. Hati dan perasaan saya masih ada untuk dia. Harap awak dapat menerima apa yang saya katakan ini,”

Terkejut Jefry Adam mendengar. Tidak disangka isterinya sedang bercinta. Dia telah melukakan hati isterinya. Tapi dia juga mencintai isterinya sepenuh hati. Tapi wajarkan dia berkeras dengan isterinya. Sedangkan seorang isteri tidak boleh mempunyai perasaan cinta pada mana-mana lelaki kecuali kepada suaminya sahaja.

”Tak apa. Macam abang cakap tadi. Abang tidak akan paksa sayang menerima abang,”

Tersentak Syafira mendengar luahan suaminya. Rasa serabut dikepalanya semakin berkurangan selepas dia meluahkan segala-galanya kepada suami. Tapi relakah suaminya bila dia mencintai orang lain. Pesanan dan nasihat Ustazah Mariam masih terngiang-ngiang di telinga. Kenapa dia tidak mendengar saja nasihat dari ustazah Mariam itu?Kenapa dia perlu terlalu mengikut perasaan hatinya? Tapi semasa suaminya datang berkunjung seminggu sebelum kenduri, dia boleh menerima suaminya itu. Tapi kini lain pula. Adakah kerana terlalu memikirkan tentang mimpi itu?

”Sudah la, jangan difikirkan lagi. Abang nak mandi dulu. Badan ni dah melekit,”

”Ermm..baik la. Saya pun dah mengantuk sangat. Boleh ke saya tidur dulu?,”pinta Syafira

”Kalau sayang dah mengantuk, tidur je la. Jangan tunggu abang,”

Syafira mengangguk kepala. Dia memerhatikan kelibat suaminya masuk ke bilik air. Dia merebahkan badan di atas katil. Rasa penat kepalanya memikirkan dirinya kini. Kerana tidak cukup tidur, dia menjadi panas baran dan cepat melenting. Dia cuba melelapkan matanya. Rasa mengantuk semakin berat. Dia terlena dalam sekelip mata.

Jefry Adam keluar dari bilik air. Dia ingin menunaikan solat sunat dahulu sebelum tidur. Mahu ditanya dimana sejadah disimpan dari syafira tapi isterinya sudah terlena. Hanya dengkuran kecil yang berbunyi. Penat sangat agaknya,’desis hati Jefry Adam.

Dia melilau mencari sejadah dalam bilik itu. Nasib baik ada. Kalau tidak berjumpa bagaimana dia hendak mencarinya. Usai bersolat, dia menyidai sejadah di atas sidaian yang ada. Melangkah menuju ke katil. Dia merebahkan badannya hampir dengan syafira. Dia meneliti setiap inci wajah yang dirindui. Tiba-tiba dia terkilan, wajah itu juga dirindui oleh insan lain. Insan bernama Shahrul seperti yang diceritakan oleh isterinya.

Wajarkah aku menegah dan berkeras dengan dia? Jika aku berbuat begitu, adakah dia akan menerima aku dalam hidupnya? Tapi jika aku tidak berbuat apa-apa dari sekarang takut akan terjadi perkara yang lebih buruk lagi di kemudian hari.Ah! pening kepala aku. Jefry Adam mengeluh perlahan.

Dia meletakkan bantal peluk ditengah sebagai penghadang. Dia memandang kosong ke arah siling. Cuba melelapkan mata tapi begitu payah bila dalam fikiran masih memikirkan perihal Shahrul. Sudah lamakah mereka bercinta? Sejauh mana hubungan antara keduanya sehingga isterinya sukar untuk melupakan Shahrul. Jefry Adam melepaskan keluhan yang berat. Seberat beban yang bersarang dijiwanya kini. Jika dapat ditimbang beban itu, mungkin berkilo-kilo. Jefry Adam mengeluh lagi, entah untuk yang ke berapa kali. Bunyian dari serangga malam menjadi menemani tidurnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan