Pengikut

Ahad, 25 April 2010

suratan atau kebetulan 12

Bab 12

”Cepat...serah kan semua sekali. Jika tidak nyawa anak dan isteri kau melayang,”

”Baik...baik la. Kau ambik semuanya. Asal jangan kau apa-apakan aku dan keluarga aku,”

”Bagus...aku tahu kau akan dengar cakap aku.,”

Tiba-tiba terdengar bunyi telefon di dalam poket seluar lelaki yang memegang pistol.

”Hello, bos..ya, semua sudah beres. Apa? Bos nak mereka semua?Baik la,”lelaki itu mematikan talian telefon. Dia menuju ke arah lelaki yang masih terikat tangan dan kaki.

”Kau dengar sini baik-baik. Bos aku nak kau pergi jumpa dia. Isteri dan anak kau, bawa sekali. Cepat!,”arah lelaki itu lagi.

”Baik...baik la. Tapi biar kami tukar baju dulu.,”pinta lelaki yang masih terikat tangan nya.

Lelaki berpistol itu membuka ikatan. Membiarkan lelaki terikat tadi menyalin baju.

”Kau keluar dulu. Isteri aku nak salin baju,”

”Tak perlu. Suruh saja isteri kau tu salin dalam bilik air,”

Lelaki yang terikat tadi meminta isterinya mendengar arahan lelaki berpistol itu. Dia mengambil baju yang bersepah dilantai. Sempat dia mengambil sekeping kertas, lalu digulungkan bersama-sama baju isteri dan anaknya. Mereka bertiga menuju ke bilik air.

”Nah..letakkan surat beranak anak kita dalam poket seluar ni. Biar nanti ada adentiti anak kita ni kalau terjadi apa-apa pada kita,”

”Nah, takut bang. Siapa mereka semua tu. Siapa bos yang mereka maksudkan?,”

”Jangan risau. Insya-Allah tidak akan ada apa-apa yang buruk berlaku. Kita doakan saja pada Yang Maha Esa. Moga kita dilindungi dari perkara buruk,”

”Cepat. Letakkan dalam poket seluar anak kita ni,”

Selepas selesai, mereka sekeluarga di bawa ke sebuah pondok yang jauh ke pendalaman. Di sana mereka di ikat lagi. Kecuali anak mereka yang masih kecil dibiarkan berada disisi mereka tanpa di ikat.

”Kau rupanya, Fuad. Sungguh aku tak sangka. Kau berhati syaitan,”marah lelaki terikat itu apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya.

”Ha..ha..ha..ya, aku memang berhati syaitan. Semua nya kerana kau, Aminah. Kerana kau. Kau yang jadikan aku begini,”lelaki bernama fuad menundingkan jari ke arah wanita itu.

Aminah terkejut.”Apa yang aku sudah lakukan?Sehingga kau sanggup membuat kerja-kerja terhina ini?,”

”Kau sudah lupa, ya. Biar aku ingatkan semula. Dulu aku masuk meminang kau, kau tolak. Kau pilih budak yang tak berharta ni. Tapi tak sangka pula aku, suami kau ni kaya raya juga. Ingat papa kedana...”

”Kalau kami kaya pun, semua hasil titik peluh kami sendiri. Kami tak minta simpati dari sesiapa pun. Bukan macam kau. Manusia bertopengkan binatang,”

Satu tamparan hinggap ke muka Aminah. Suaminya memberontak minta dilepaskan.

”Kurang ajar kau Fuad. Kalau kau betul-betul anak jantan, mari kita beradu tenaga. Baru tahu siapa kuat, siapa lemah.Aminah bukan lawan kau. Ini lawan kau!,”

”Amboi masih nak beradu kekuatan nampak. Baik..aku sahut cabaran kau,”

Ikatan tali pada lelaki itu di buka. Fuad sudah bersedia membuka langkah untuk beradu tenaga. Berbagai langkah silat yang dibuka oleh Fuad. Tapi sedikit pun tidak melemahkan lawannya. Mereka berdua masih sibuk bersilat. Masih mahu menewaskan lawan masing-masing.

Ketika mereka sedang leka, Aminah menyuruh anaknya membuka ikatan. Perlahan-lahan Aminah membawa anaknya untuk melarikan diri, tanpa mereka sedari. Itulah yang diberitahu oleh suaminya semasa mereka dalam perjalanan. Suaminya berpesan supaya berusaha menyelamatkan diri.

Aminah berlari semahunya bersama-sama anaknya. Ke mana tempat yang harus dituju, dia sendiri tidak pasti. Apa yang penting, menyelamatkan diri. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Semua kawasan itu dipenuhi semak-samun.

”Mana mereka? Kau berdua ni tak boleh diharap. Cepat pergi kejar mereka,”arah Fuad selepas dia menyedari Aminah dan anak aminah tidak ada dikawasan itu.

”Kau nak lawan aku lagi? Tak payah la. Aku tidak berminat. Aku lagi berminat kat isteri kau, Aminah,”sinis Fuah. Atas pertolongan dua orang kawannya, dia berjaya menewaskan musuhnya. Jika tidak, sudah pasti dia yang kecundang. Dia tidak mahir dalam ilmu persilatan, tapi saja ingin menunjuk lagak di depan Aminah.

”Fira anak mama, tunggu sini dulu ya. Jangan ke mana-mana. Nanti mama datang,”arah Aminah pada anaknya.

Aminah meninggalkan anaknya di dalam semak. Setelah pasti tidak ada yang nampak anaknya bersembunyi di situ, dia terus berlari menuju ke tempat suaminya. Dia sempat bersembunyi apabila nampak kelibat Fuad dan kawan-kawannya. Selepas puas hati kelibat Fuad tidak kelihatan, dia segera melajukan larian untuk mendapatkan suaminya.

Aminah terkejut melihat suaminya sudah lemah di lantai. Darah sudah banyak keluar mengalir dari hidung. Muka suaminya dipenuhi darah. Dia sebak. Manik-manik halus mula membasahi pipi. Dipapah suami tercinta meninggalkan pondok itu. Mereka menuju ke tempat persembunyian anaknya.

Malangnya, anak mereka tidak ada di situ. Aminah menangis. Anaknya sudah hilang. Ke mana lagi mahu dia mencari anaknya itu. Suaminya yang kelemahan turut mencari permata hati mereka. Tapi hampa. Aminah menangis, meraung, meratapi nasib yang menimpa mereka.

Syafira terjaga dari tidur. Mimpi yang sama. Sejak seminggu dia berkahwin, mimpi itu sering mengganggu tidurnya. Badannya dibasahi peluh. Seperti dia sedang berlari berbatu-batu untuk menyelamatkan diri. Dia keliru dan resah. Kenapa mimpi seumpama itu datang menghantui dirinya? Walaupun tidak berapa jelas gambaran kelibat manusia dalam mimpi itu, namun setiap patah perkataan cukup jelas di telinganya. Seperti dia betul-betul berada di dalam mimpi itu.

Siapa Fuad, Aminah, lelaki yang kena tumbuk dan anak mereka? Ke mana anak itu menghilang?Apa motif semua dalam mimpi itu yang cuba disampaikan?. Syafira mengesat air matanya. Sudah seminggu tidurnya diganggu. Sehinggakan mama selalu menegurnya supaya jangan banyak menangis.Terima semuanya dengan redha.

Dia hanya melemparkan senyuman hambar. Bukan kerana perkahwinan ini, tapi ada lagi perkara lain yang merunsingkannya. Bila melihat mama sibuk menguruskan majlis yang akan berlangsung seminggu lagi, dia tidak jadi hendak menceritakan mimpinya itu. Mungkin selepas selesai majlis nanti baru dia akan khabarkan kepada mama.

Bunyi ketukkan di pintu menghentikan lamunan Syafira. Dia melihat mama sedang berada dibalik pintu.Tersenyum memandangnya.

”Fira, Jeff datang. Dia nak jumpa dengan Fira,”kata Puan Maria.

Terkejut Syafira mendengarnya.

”Kenapa mama?Kan majlis kenduri lambat lagi,”

”Entah la. Tapi mungkin ada benda yang nak di sampaikan kot. Fira pergi la jumpa dia. Dia ada menunggu kat ruang tamu. Papa pun ada sekali,”

”Cepat pergi jumpa dengan Jeff. Jangan buat dia tertunggu-tunggu tau,”pesan Puan Maria sekali lagi sebelum berlalu pergi .

Syafira menggangguk kepala. Cepat-cepat dia bersiap untuk berjumpa dengan Jefry Adam.

Syafira menghampiri suaminya dan papa. Salam dihulurkan kepada suaminya. Syukur suaminya menyambut salam itu. Kemudian salam dihulurkan pula kepada papa. Dia melabuhkan punggung di sisi papa. Tidak bisa untuk duduk disebelah suaminya. Malu, segan dan entah apa perasaan yang sedang bertandang di jiwanya kini. Dia perasan lirikan mata suami sedang memerhatikan setiap gerak gerinya. Tidak betah dibuatnya.

Jefry Adam suka melihat kekalutan isterinya. Sengaja dia memandangnya begitu. Sejak seminggu lagi dia menahan rindu yang bersarang dijiwanya. Kalau ibu tahu, masak dia dileteri oleh ibunya nanti. Jadi secara senyap-senyap dia datang berjumpa dengan isterinya. Dek rindu yang tidak tertahan memaksanya untuk bertindak sedemikian. Dia tersenyum melihat isterinya membesarkan mata kepadanya. Faham la dia bahawa isterinya tidak suka dia berbuat begitu.

”Papa rasa biar papa beredar dulu. Nanti kacau daun pulak. Kamu berdua bersembang la. Papa nak keluar kejap,”

Syafira dan Jefry Adam tesentak. Mereka tersenyum simpul dengan sindiran papa. Mereka hampir lupa dengan siapa mereka berada.

”Papa nak ke mana?,”soal Syafira

”Papa nak jumpa kawan papa kejap,”balas Encik Idris

”Baik la,”

Suasana kembali sepi. Masing-masing hanya memandang antara satu sama lain. Syafira hanya menunduk muka. Tidak tahan dengan renungan tajam suaminya

”Abang datang ni, saja nak jumpa dengan isteri abang yang comel ni,”akhirnya Jefry Adam bersuara.

”Saja?Saya tak faham,”

”Sebenarnya abang rindu sangat nak tatap wajah isteri abang ni,”Jefry Adam mencuit dagu Syafira.

Syafira terkejut. Berani betul suaminya itu berbuat begitu sedangkan mama berada berhampiran dengan mereka. Walaupun mama tidak nampak apa yang dilakukan, tapi dia tetap malu. Tambahan pula pada suami yang baru dia kenali. Pertemuan demi pertemuan membawa lelaki itu dalam hidupnya sebagai suami. Dia merenung wajah kacak suaminya. ’Betul kata Yana, memang suami ku ni handsome. Wajah mirip Awal Ashaari,’detik hati kecil Syafira.

Dia tersenyum. Baru kini dia dapat melihat dengan jelas wajah suaminya. Dia tidak merindui wajah itu. Tapi dia suka melihatnya. Hatinya masih berbelah bahagi. Kasih pada Shahrul belum dapat dilemparkan jauh dari sudut hatinya.

”Kenapa ni? Sayang juga rindukan abang, ya?,”soal Jefry Adam setelah melihat isterinya itu memandangnya tidak berkelip.

Syafira tersentak. Jauh betul dia mengelamun. Dia senyum simpul. Menggelengkan kepala. Malu dengan perbuatan sendiri.

”Apa pula tu geleng-geleng. Abang tak faham.,”

”Saya tak rindu pun. Cuma terkejut. Tak sangka dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah. Tak sangka pula isteri awak tu adalah saya sendiri. Bila diingatkan semula, kelakar pulak. Dah la kita pergi beli cincin sama-sama. Pulak tu siap guna ukuran jari saya lagi. Hermm...tak sangka kan?,”terluah juga apa yang dipendamkan. Tersenyum Syafira.

Tanpa dia sedar, Jefry Adam seronok mendengar dia bercerita. Cara percakapan masih sama seperti mula-mula mereka keluar membeli-belah bersama. Tidak lokek dengan senyuman. Itu yang membuatkan Jefry Adam jatuh cinta. Semua yang dia rasakan ini tidak sama sewaktu bersama dengan Maira. Mungkin cara Maira yang manja dan menggoda membuatkan dia jatuh hati pada Maira. Tapi dulu memang dia sepenuh hati mencintai Maira, namun saat ini, semua sudah hilang. Setelah dia melafazkan akad ijab kabul ke atas isterinya perasaan cinta yang lama tersimpan untuk Maira hilang begitu saja. Hanya yang tinggal perasaan benci yang teramat sangat kepada Maira. Jika Maira ada didepannya kini, sudah pasti dia akan mencekik-cekik leher wanita itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan