Pengikut

Ahad, 25 April 2010

Suratan Atau Kebetulan 11

Sesampai di rumah, Puan Kalsom mengamuk. Bermacam-macam yang dibebelkan kepada Jefry. Dia masih belum berpuas hati. Dia sangat berkenan dengan Maira. Mungkin Jefry ada buat salah. Kalau tidak tak kan Maira lari.

”Jeff ada buat salah ke kat Maira?,”

”Buat salah?Bila masa pulak Jeff buat salah. Kalau dia tu ada la. Dah la ibu, Jeff tak nak dengar lagi nama dia. Buat sakit hati je. Daripada fikirkan hal dia, baik Jeff fikirkan isteri Jeff sekarang,”

”Tapi Jeff, ibu tak suka kat isteri Jeff. Ibu nak Jeff ceraikan dia. Jeff cari Maira balik. Ibu tak boleh terima selain dari Maira menjadi menantu ibu!,”

Jefry Adam menggelengkan kepala. Tidak percaya dengan apa yang dipinta oleh ibunya.

”Apa yang ibu merepek ni. Hidup mati pun, Jeff tak kan ceraikan isteri Jeff. Mulai hari ni, Jeff tak nak ibu bangkitkan hal Maira lagi. Nama dia pun Jeff tak nak dengar!Bukan Jeff nak kurang ajar dengan ibu, tapi semua sudah terjadi. Jeff kahwin dengan Syafira pun atas cadangan ibu,”

Puan Kalsom terduduk. Dia tidak percaya Jefry nekad dengan keputusannya. ’Memang dari awal ibu yang paksa Jeff, tapi ibu tak tahu latar belakang dia. Kalau dari awal ibu tahu, ibu tak kan paksa Jeff,”

Jefry Adam duduk disebelah ibunya. Memegang jemari ibunya. Mengharapkan pengertian dan memahami keadaannya.

”Jeff kini bahagia dengan apa yang telah ibu aturkan. Jeff dapat terima siapa pun Syafira. Jeff harap ibu pun dapat terima dia sebagai menantu ibu. Janganlah ibu fikirkan sangat. Semua yang terjadi sudah ditentukan oleh Allah. Untuk pengetahuan ibu, kalau majlis dua minggu lagi ibu buat perangai, Jeff tak kan jejak kaki lagi ke rumah ibu. Itu janji Jeff,”tegas Jefry Adam. Dia tiada pilihan. Jika dia tidak berkeras dalam hal ini, pasti ibunya akan buat hal.

”Jeff ugut ibu,”terkejut Puan Kalsom .

”Bukan mengugut tapi kalau ibu buat hal, memang Jeff akan kotakan kata-kata Jeff tadi. Ibu fikir sendiri mana yang ibu pilih,”

Jefry Adam berlalu menuju ke biliknya. Dia meninggalkan ibunya di ruang tamu sendirian. Biar ibu memikirkan kebaikan dan keburukan sendiri. Lebih baik begitu dari dia terus-terusan menukas kata-kata ibu. Dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka tapi hanya itu saja jalan yang ada supaya ibunya tidak menanggung dosa besar kerana merobohkan masjid yang baru dibina.

Puan Kalsom tidak akan menerima Syafira sebagai menantunya. Mundar-mandir dia di ruang tamu itu. Gelisah, risau, sakit hati dan bermacam-macam perasaan yang ada dalam dirinya. Dia nekad akan membuat rancangannya sendiri untuk memisahkan Jefry dan Syafira. Buat masa sekarang, dia perlu mengikut rentak Jefry kerana hanya itu sahaja zuriat yang dia ada bersama arwah suaminya.

”Maria, akak tak kan benarkan Syafira mendekati Jefry. Akak akan pisahkan mereka. Akak tak kan biarkan begitu saja. Akak tak mahu keturunan akak yang tidak tahu asal usul. Maafkan akak,”Puan Kalsom berbicara sendiri.

Puan Kalsom bukanlah seorang wanita yang berhati busuk. Tapi dia amat menjaga akan maruah dan keturunannya. Apabila dia mengetahui bahawa Syafira adalah anak angkat Maria, dia jadi lupa segala kebaikan sahabatnya itu.

Dia bernekad akan memisahkan Jefry dan Syafira dengan apa cara sekali pun. Baginya maruah dan keturunan lebih bermakna dari segala-galanya.’Keturunan aku perlu di pertahankan. Ya, mesti dipertahankan....,’nekad Puan Kalsom.

*********

”Abang....nasib baik Fira setuju untuk berkahwin dengan Jefry. Kalau tidak lagi malu saya. Macam mana saya nak tunjuk muka kat saudara mara dan jiran-jiran. Itu pun dah ditukar pengantin pun, banyak soalan yang di tanya. Letih saya nak menjawab,”Puan Maria melabuhkan punggung di birai katil

”Ye, abang pun terhutang budi pada Fira. Besar pengorbanan yang dilakukan oleh Fira. Abang tak sangka dia menerima cadangan abang tu. Abang rasa berbaloi kita memelihara dia. Dia selalu menolong kita apabila kita berada dalam kesusahan. Dia amat bermakna dalam hidup abang,”luah Encik Idris.

”Betul tu, bang. Saya pun amat berterima kasih pada Fira. Kalau tak ada Fira, tak tahu la apa yang akan terjadi kepada keluarga kita,”balas Puan Maria.

”Sejuk perut ibu dia mengandungkan dia. Budak yang baik, dengar kata, hormat orang tua. Kan bertuah kalau Fira tu anak kandung saya. Lega hati saya melihat tingkah dia,”sambung Puan Maria lagi.

”Ermm...sebut pasal Fira ni, nape sampai sekarang tak ada sesiapa pun yang mencari dia. Dia kahwin hari ni pun berwalikan hakim. Siapa ahli keluarga dia ye?,”Encik Idris meletakkan kepala di atas bantal. Kepenatan yang teramat sangat di rasai dek kenduri majlis yang berlangsung.

”Apa abang merepek ni. Kan Fira tu anak kita. Siapa keluarga dia, itu dah tak penting. Kita ni kan keluarga dia. Kita bela dia dari kecil sampai sekarang. Jadi kita la keluarga dia. Jangan abang sebut-sebutkan lagi perkara ni. Saya tak suka,”Puan Maria terkilan dengan sikap suaminya. Dia menarik muka.

”Maaf kan abang. Abang cuma cakap je. Bukan ada apa-apa maksud pun,”balas Encik Idris. Cuba memujuk isterinya.

”Ingat...jangan disebut-sebut lagi. Janji?,”Puan Maria minta kepastian.

”Ya, abang janji,”Encik Idris memeluk erat isterinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan