Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

Pengarang Jantung Buah Hatiku 8

Bab 8

Tuk!Tuk!Tuk!

Kedengaran pintu diketuk dari luar. Nadhirah tanpa berfikir panjang terus membuka pintu. Bukan main terkejut lagi dia. Dengan kuat dia menutup kembali pintu. Dia segera mencapai tuala yang baru di pakai untuk mengelap rambutnya yang basah tadi. Dia baru selesai mandi dan sedang berehat di ruang tamu. Dengan perlahan Nadhirah membuka semula pintu. Dia mengintai perlahan di sebalik pintu itu. Sedikit demi sedikit dia menghalakan kepalanya. Dia cuba mengamati kelibat seorang lelaki di hadapanya. Dia merasakan pernah melihat lelaki itu. Tetapi dia lupa pula dimana dia pernah berjumpa.

“Encik cari siapa?”soal Nadhirah

“Maafkan saya…saya mencari seorang yang bernama Nur Nadhirah Binti Hassan. Dia ada kat rumah?,”soal Zakiah.

“Encik ni sapa nak cari dia?,”soal Nadhirah lagi

Zakiah menahan gelak apabila mendengar jawapan yang diberi soalan. Hish macam mana tu. Ya la kan soalan yang di tanya tadi belum lagi terjawab, ditambah pula dengan pertanyan lain. Tapi bagus juga Nadhirah ni. Dia bertanya dahulu siapa yang sedang mencarinya sebelum memberikan jawapan yang sebenar. Perlu berhati-hati.

“Saya ni kawan dia. Ada hal sikit nak berjumpa dengan dia,” Zakiah menahan ketawa melihat Nadhirah sudah berubah wajah.

Ye la, Zakiah kawan ‘wanita’ kepada Nadhirah bukan kawan lelaki kepada Nadhirah. Macam mana tak berkerut dahi Nadhirah memikirkannya adalah kawan kepada dia. Tuan empunya diri pun tidak kenal akan dirinya. Dia pula memandai-mandai menyatakan dirinya kawan kepada Nadhirah.Hahaha..siapa nak jawab.

“Eh.nanti dulu bila masa pula awak ni jadi kawan dia?. Setahu saya dia tak ada kawan macam awak ni?,”Nadhirah masih mahu berhati-hati. Dia tidak mahu mengundang masalah.

“Memang saya ni bukan kawan dia, tapi akan jadi kawan dia nanti. Cik ni sapa, kenal dengan siapa cik Nadhirah berkawan?,”dalam hati Zakiah sudah tidak tertahan lagi untuk ketawa.

“Saya ni…ermm…saya ni la orang yang awak cari,”teragak-agak Nadhirah mengaku.

“Cik ni..Cik Nur Nadhirah Binti Hassan?,” Zakiah berpura-pura menyoal. Suka menyakat Nadhirah. Comel sangat muka Nadhirah kalau terkejut. Orang kalau sedang angau, semua nampak cantik. Kalau muka macam gorila agaknya nampak cantik juga.

Nadhirah hanya mengangguk kepala. Dia kurang selesa dengan tenungan lelaki dihadapanya itu. ‘Macam hendak telan orang saja. Siap sebut nama penuh aku lagi. Dah aku mengaku itu nama aku, buat apa la dia ni tanya aku balik. Hish..boring betul,’ Nadhirah mengomel sendirian dalam hati.

“Laaa…nape tak cakap dari tadi. Tak perlu la saya bertanya banyak,”pandai sungguh Zakiah berlakon. Boleh dapat award ni kalau masuk pertandingan.”The Best Actor”.

“Maaf sekali lagi sebab ganggu cik. Saya perkenalkan diri...saya Tengku Syed Al-Zakiahhuddin. Masih ingat lagi saya kan?,”soal Zakiah.

“Ingat-ingat lupa,”pendek saja jawapan Nadhirah. Tidak berminat hendak tahu.

“Begini..saya sebenarnya datang ni..nak minta maaf kat cik kerana kekasaran saya dan pengawal peribadi saya beberapa bulan dulu. Setelah saya berfikir semula, saya setuju dengan pendapat cik. Memang salah saya dulu. Harap cik dapat maafkan saya. Susah hidup saya ni kalau cik tak maafkan saya,” Zakiah menundukkan muka. Memandang lantai ruang parking kereta rumah sewanya.

“Ooo…awak rupanya. Tengku dan bodyguard-bodyguard...Tapi kenapa sampai begini cara Tengku minta maaf. Bukan besar sangat pun kesalahan yang Tengku buat tu. Saya pun salah juga. Tengku pun maafkan kesalahan saya,”secara autamatik panggilan Tengku di gunakan oleh Nadhirah. Suaranya juga lembut saja. Menusuk ke jiwa Zakiah.

Sikap Nadhirah yang mudah kasihan kepada sesiapa memudahkan Zakiah memancing perasaan Nadhirah. Tidak sukar memandangkan sudah hampir 7 bulan dia mengenali siapa Nadhirah. Penyamaranya banyak membantu dia mendekati Nadhirah.

“Ok..saya maafkan..Kira kosong-kosong la ni ya. Boleh kita berkawan?,”Zakiah kembali serius. Itulah sebenar tujuannya hari ini. Untuk memulakan langkah pertama untuk memiliki Nadhirah.

“Kawan?.Ermm…Ok la,”Nadhirah bersetuju.

“Ok..bagus..awak panggil Zaki aje. Tak payah tengku-tengku ni. Rimas la,” Zakiah melirik tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih.

“Ok…tak ada masalah..tengku pun…eh..silap…Zaki panggil Dhirah pun boleh..panggil Irah pun boleh,”Nadhriah senyum memandang Zakiah.

“Saya rasa ..nak panggil Irah la..lebih mesra sikit.Boleh?,”pinta Zakiah.

“Ok je. Irah tak ada masalah,”cepat betul Nadhirah dapat membiasakan panggilan diri.

Sebenarnya Nadhirah teragak-agak juga hendak setuju. Tapi menampakkan keikhlasan Zakiah sampai mencarinya hanya kerana untuk meminta maaf dia terus bersetuju. Buat apa di simpan dendam yang mana ia akan memusnahkan diri sendiri nanti. Dia juga malu dengan tuduhannya dulu kepada Tengku. Ye la dulu dia pernah menuduh orang kaya tidak ada rasa menghormati orang lain. Tapi telahannya meleset. Tengku tidak begitu. Mereka berbual pun tidak mempelawa Tengku duduk di bangku depan rumahnya pun. Setitik air pun tidak dihidang Sekarang dia yang tidak hormat kat orang lain. Kata kat orang pandai sangat. Diri sendiri pun sama saja. Siapa nak jawab. Salah siapa sekarang ni. Nadhirah memandang Tengku yang mula beredar dari rumahnya .Tiba-tiba rasa kesal pula dengan tingkah lakunya sebentar tadi.

Selepas beredar dari rumah sewanya, Zakiah segera memasuki kereta yang sedang menunggu di luar pagar. Tidak sanggup untuk menahan ketawa lagi selepas melihat gelagat Nadhirah. Tidak dia menyangka yang Nadhirah tidak mengecamnya. Syukur berjaya juga rancangan nya. Dia segera meninggalkan rumah itu. Di dalam kereta, dia ketawa sekuat hatinya tanpa menghiraukan Joe dan Helmi. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Hairan. Begitu gembira sekali Tengku Zakiah. Tentu ada yang mencuit hatinya sampai ketawa sebegitu rupa. Fikir Joe dan Helmi dalam kepala mereka. Mereka berdua turut tersenyum. Sudah lama Tengku Zakiah tidak ketawa sebegitu.

0 ulasan:

Catat Ulasan