Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Ku Titip Rahsia Kalbu 1

Bab 1

Aku memandang ke dada langit. Kelihatan gerimis mula turun membasahi bumi.Aku bergegas menyimpan semua barang-barang di geraiku.Aku ingin segera pulang ke rumah.Bimbang jika semakin lama aku di gerai ini semakin lebatlah hujan turun.Aku runsing akan penglihatanku.Kelemahan aku yang satu ini tidak dapat aku elakkan.Sudah takdir Allah aku ini telah tersenarai dalam ketegori orang yang rabun dalam dunia ini. Kerana mataku rabunlah terpaksa memakai cermin mata. Bagiku ia amat merimaskan. Tapi apa yang boleh aku buat. Kalau aku tidak memakai cermin mata alamaknya boleh tergolek aku. Silap-silap boleh masuk longkang, gara-gara rabun punya pasal.

Tapi kawan-kawan aku suka tengok aku pakai cermin mata. Mereka kata muka aku comel sangat. Apa la kawan-kawan aku, tak tahu beza ke apa. Ke mereka tu yang rabun. Ya..memang kawan-kawan aku ni rabun.kata aku yang rabun. Ahh!! apa-apa aje lah. Sempat lagi aku berfikir yang bukan-bukan. Tadi hendak sangat untuk cepat pulang ni masih lagi memunggah barang yang perlu dimasukkan ke dalam van. Siap dengan berangan lagi tu Aku sedikit terkejut bila bahu aku di cuit seseorang. Aku segera berpaling. Erm..ingatkan siapa tadi rupanya minah senget.

“Kau ni tak boleh tengok aku senang kit la. Asyik nak buat aku terkejut je. Bagi la salam dulu. Ni tak..terus cuit aku. Apa kau cuit-cuit ni..nak apa?”aku dah naik angin satu badan ni. Marah kat kawan sejati aku yang sorang ni. Nama dia Dania atau lebih dikenali minah senget.

“Woii kau ni sikit-sikit nak marah..sikit-sikit nak marah..cuba control kit marah kau tu…nanti aku lesing kan baru tau,”marah Dania pula. Dania membuat gaya Hj Bakhil dalam filem Labu Labi arahan Allahyarham P.Ramlee

“Eh!! Kau ni sedap-sedap nak lesing aku…pergi mersing la…Kat sini tak laku lesing kau.”aku masih bertekak dalam nada bergurau.

“Eh kau ni dah lebih..kita nak cepat dia ajak bergaduh pulak. Ada ke patut. Kau ni nape. Datang bulan ke?”Dania masih memandang aku. Aku buat muka seposen je. Malas hendak melayan minah senget sorang ni.

Aku buat tidak tahu saje dengan pertanyaan Dania. Aku segera menjalankan tugas-tugas aku yang terbengkalai tadi. Hujan semakin lebat. Aku mengarahkan Dania segera masuk ke dalam van. Pergerakkan perlu di cepatkan. Dengan segera aku meninggalkan kawasan jualanku. Aku bekerja sebagai jurujual di pasar malam di kawasan beserah, kuantan. Perniagaan yang aku mulakan bersama Dania hanya bermodalkan RM400.00. Ya la itu saja yang termampu untuk aku buat modal. Aku berniaga barang-barang perhiasan wanita.

Aku sendiri pun kadang-kadang saja pakai benda-benda yang aku jual. Aku rimas kalau terlalu melaram sangat. Bagi aku biar simple dan kemas. Sedap mata memandang. Bagi pandangan mata aku la. Mata orang lain aku tidak ambil kesah. Lantak lah orang nak kata apa. Asal aku masih lagi menjaga tatatertib berpakaian yang masih lagi menutup aurat. Walaupun aku jenis wanita yang boleh di ketegori kasar namun hukum-hukum islam terhadap seorang wanita aku tidak pernah abaikan. Kalau Dania berpakaian menjolokkan mata, aku terus bagi bom letup kat telinga dia. Ah..baru rasa mulut pedas aku ni. Ini Nur Alia Hanim Binti Ahmad la. Jangan di jolok sarang tebuan, nanti tidak pasal-pasal terkena sengat berbisa. Wah!!over sangat dah. Sudah meriakkan diri sendiri pulak ‘Ya Allah ampunkan hambamu ini.Amin’

Pedih mataku menahan silauan lampu kenderaan yang bertembung dengan aku.Aku kuatkan semangat untuk terus memandu. Nasibku baik kerana hujan tidak terlalu lebat. Setelah jenuh mataku memandang ke depan cermin van, akhirnya sampai juga aku ke rumah. Aku yang kepenatan hanya mengarahkan Dania mengemaskan semua barang-barang jualan di dalam van.Aku masuk ke bilik terus menyucikan diri. Patut la aku melentik sakan hari ini, bendera merah sedang berkibar rupanya. Oleh kerana badanku kepenatan teramat sangat aku terus terlena.

0 ulasan:

Catat Ulasan