Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Novel~Suratan atau kebetulan 2

Bab 2

“Dah ke?Tak nak shopping lagi?Banyak lagi butik yang Maira belum masuk tu. Kesian pulak kat salegirl kat butik tu.Tak ada income masuk,”seloroh Jefry.

“Auww!!sakit la,”Jefry menggosok lengannya yang baru dicubit oleh Maira.

“Tu la.suka sangat perli Maira. Rasa kan,”Maira melirik senyum pada Jefry.

“Ala..sekali-sekala apa salahnya. Bukan luak pun,”usik Jefry

“Ye la tu,”Maira seperti tidak ada mood untuk meneruskan perbualan dengan Jefry.

Kadang-kadang gurauan dan perlian Jefry seperti mengejek dirinya, tapi Jefry adalah buah hatinya. Walaupun sikap Jefry terlalu mengambil berat, namun sikap itu kurang disenangi oleh Maira. Maira terasa seperti terkongkong. Cita-citanya kini terbatas. Dia terpaksa menelan pahit untuk perhubungan yang terjalin ini. Walhal hubungan yang terjalin adalah atas dasar cinta dan direstui oleh kedua-dua keluarga. Namun bagi Maira semua itu tidak memberinya sebarang makna selagi cita-citanya tidak kesampaian. Tali pertunangan yang terjalin antara dia dan Jefry, akan diakhiri hubungan itu dengan ikatan yang suci dalam tempoh sebulan lagi.

Maira terpaksa memendamkan minatnya dalam bidang modeling. Sejak perkenalan dengan Jefry 2 tahun dulu, lelaki itu telah melarang dia menceburkan diri dalam bidang itu. Bagi Jefry bidang itu banyak mengundang dosa dari palaha. Dengan pakaian yang macam tak cukup kain, terdedah sana terdedah sini, pasti ramai yang mencuci mata. Lebih-lebih lagi golongan VVIP yang sentiasa mencari mangsa untuk memuaskan nafsu mereka. Perkara begitu yang amat tidak disukai oleh Jefry.

“Hai.mengelamun pulak. Sempat lagi Maira ni mengelamun ye. Ingat kat sapa ni. Cik abang dah ada kat sebelah pun masih berangan jugak. Parah ni,”seloroh Jeftry.

Jefry tidak suka melihat Maira yang berwajah muram. Dia perasan akan perubahan Maira tapi dia tidak endahkan. Mungkin perasaan Maira semakin tidak tenteram menjelang hari perkahwinan mereka. Dia masih ingat akan pesan mamanya. Seseorang wanita yang akan menghadapi alam rumahtangga akan mengalami situasi seperti Maira.’Mungkin betul juga kata mama’detik hati Jefry.

Dia membuang jauh-jauh perasaan prasangka dan fikiran yang bukan-bukan. Tidak mahu merosakkan mood Maira ketika ini. Maira satu-satunya cinta hatinya. Tidak mungkin akan ada penganti. Maira segalanya bagi dia. Andai tiada Maira pincanglah hidupnya. Dia segera melajukan langkahnya mendapatkan Maira yang telah jauh meninggalkan dia di belakang. Dalam perjalanan ke kereta dia berusaha memujuk Maira. Akhirnya Maira dapat juga dipujuk. Itupun dia berjanji akan menghadiahkan sesuatu kepada Maira jika tidak terus merajuk. Akhirnya dia juga yang kena mengalah.’Dah nasib badan. Siapa tak sayang bakal bini..oiii,’keluh Jefry.

“Sebelum janji Jefry ditunaikan, Jefry nak kita pergi makan dulu. Lapar la. Boleh?,”pinta Jefry setelah mereka mula meninggalkan Kompleks Pasaraya Tesco.

Maira tidak menjawab pertanyaan Jefry. Hanya mengangguk kepala sahaja tanda setuju. Dia memang tidak petah berbicara dengan Jefry ketika ini. Dia masih teringat akan tawaran yang di terimanya seminggu lepas. Tawaran yang dinantikan olehnya setelah sekian lama mencuba nasib. Tapi dia menjadi runsing. Bagaimana harus dia mengkhabarkan berita itu pada Jefry. Sedangkan Jefry telah melarangnya. Dia degil. Dia meneruskan juga minatnya itu secara sembunyi. Tidak ada seorang pun ahli keluarga dia dan Jefry mengetahui.

************

“Jefry..Maira ada hal nak bincang dengan Jefry ni,”Maira memulakan bicara setelah mereka masuk dalam Restoran KFC di Ampang Point.

“Ok..tak ada masalah. Kita makan dulu lepas tu kita bincang. Maira duduk dulu.ok?,”Jefry meninggalkan Maira untuk mengambil pesanan makanan.

Setelah hampir 15 minit berlalu, Jefry menghampiri Maira dengan membawa dulang makanan yang dibelinya. Dia meletakkan dulang tersebut dan melabuhkan punggung di hadapan Maira. Meja makan yang di pilih oleh Maira amat sesuai untuk mereka berdua. Jefry memandang wajah Maira.Hairan. ‘Kenapa wajah yang selalu menjengah mimpiku ini muram?Ada masalah yang berat ke?’ detik hati Jefry

“Nape ni .Macam tak happy je keluar dengan Jefry,”luah Jefry.

“Eh tak ada la. Penat je,”bohong Maira

“Penat?Maira kan tak kerja. Nape penat pulak?,”hairan dengan penerangan Maira.

“Memang la Maira tak keje, tapi penat juga. Nak kemas rumah lagi…nak pilih baju lagi…nak cari mak andam lagi…nak cari wedding planner lagi. Penat tau.,”adu Maira. Walhal perkara itu semua diselesaikan oleh ibunya, Puan Maria.

“Tapi Jefry rasa bukan pasal tu Maira penat kan. Mesti ada perkara lain yang Maira sembunyikan ni,’teka Jefry. Dia dapat mengagak tekaannya betul apabila melihat perubahan wajah Maira yang kelat tiba-tiba.

“Ermm…ermm…macam mana nak bagitahu Jefry ni,”rungut Maira dalam hati.

“Nape..macam besar je masalah yang ditanggung ?,”soal Jefry

“Sebenarnya…Maira…Maira dapat….dapat…,”tersekat-sekat bicara Maira.

“Dapat apa..cuba cakap terus-terang. Jangan buat Jefry bingung,”Jefry memandang tajam ke arah Maira.

“Kalau Maira cakap Jefry jangan marah ye. Janji Jefry tak akan marah kan?,”pinta Maira

“Ye la.Jefry janji,”Jefry akur.

“Minggu lepas Maira dapat tawaran untuk mengikuti course fesyen designer kat London. Tapi tarikh daftar adalah pada 15 Mei ni,”bohong Maira.

“15 Mei? ni kan tarikh kita kahwin. Tak kan Maira nak kita tunda majlis ni lagi semata-mata kerana course Maira tu. Minta postpone je la tarikh daftar tu,”dengan nada kurang senang Jefry memberikan cadangan.

“Maira dah minta..tapi ketua yang handle course tu kata tak boleh. Sebab course tu dia bekerjasama dengan agen luar negara. Semua kos dia kena tanggung,”bohong Maira lagi. Dia tidak kira apa yang akan terjadi nanti. Yang penting impiannya mesti dilaksanakan. Ini saja peluang yang ada untuk dia mengecapi cita-citanya.

“Maira bagitahu agen mana yang handle course tu. Biar Jefry bincang dengan mereka. Bak sini alamat dan nombor telefon,”pinta Jefry.

Dalam hati Jefry sudah panas mendidih. Terlalu marah dengan sikap Maira yang menyimpan hal itu dari pengetahuannya. Sudah seminggu baru dikhabarkan hal tersebut. Itu pun dia yang beriya-riya mengajak Maira keluar. Kalau tidak sampai sekarang mungkin dia tidak akan tahu. Dia terfikir sejenak. Maira tidak cintakan dirinya kah?Dia tidak ada makna apa-apa ke pada Maira sehingga Maira sanggup mengabaikan dirinya?.

“Maira tertinggal maklumat agen tu kat rumah. Nanti Maira bagi ye,”pujuk Mira.

Mana mungkin dia akan bagi maklumat itu. Cari nahas namanya .Silap-silap hari bulan kena nikah hari ini juga. Dia faham sangat sikap Jefry kalau sedang marah. Dan lebih faham kerana majlis kahwin mereka sudah dua kali terpaksa ditunda. Kali pertama kerana Jefry terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia kakinya retak. Kali kedua pula Maira mengikuti kursus di Bali selama dua minggu. Pernah dulu Jefry minta disegerakan majlis nikah mereka. Tapi Maira menolak. Maira mengugut kalau dipaksa juga dia akan lari. Maira belum bersedia untuk berkahwin. Jefry terpaksa mengalah. Dia terlalu cinta dan sayang pada Maira.

0 ulasan:

Catat Ulasan