Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Utuhnya Cintamu 1

Bab 1

Balqis merenung jauh memandang ke arah jalan raya di hadapan rumahnya.Dia mengeluh mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.Pertanyaan dari ibunya, Hajjah Zaiton tempoh hari mengganggu fikirannya. Tidak dia menyangka ibunya akan bertanyakan hal itu setelah hampir 4 tahun dia cuba melupakannya. Namun sejak persoalan itu keluar dari mulut ibu, fikirannya menjadi buntu. Apakah hatinya sudah tidak mempunyai perasaan lagi pada kaum adam?.Apakah memang disuratkan untuknya di muka bumi ini tiada jodoh?.Bermacam-macam persoalan yang menerjah di minda fikirannya. Dia sendiri kurang pasti akan hatinya. Kekecewaan dulu masih terasa ‘berbekas’ dihati.Terasa seperti baru semalam peristiwa hitam itu berlaku. Balqis buntu memikirkan permintaan ibunya.

*************

“Qis, ibu ada perkara nak cakap ni. Boleh ibu berbincang dengan Qis sebentar?,”pinta Hajjah Zaiton seraya menghampiri anak tunggalnya itu.

“Boleh la ibu, apa salahnya. Sampai kena minta izin ni .Kita bukannya dalam court Ibu nak bagi malu Qis ye?” seloroh Balqis. Dia terus memaut bahu Hajjah Zaiton. Tersenyum memandang Hajjah Zaiton, menampakkan lagi lesung pipitnya yang menawan itu.

“Isshh..bertuah betul budak ni. Ibu serius dia main-main pulak.”Hajjah Zaiton mencubit peha Balqis. Balqis mengaduh menahan sakit dan tersenyum memandang Hajjah Zaiton.

“Ok..ok…Qis gurau je la. Ibu ni cepat betul meradang la. Tak baik tau, orang kata kalau kita ni dah tua, kemarahan perlu dikawal takut ada yang akan lari nanti.”Balqis terus menyakat Hajjah Zaiton.

Seperti biasa setiap kali Balqis menyakat Hajjah Zaiton pasti Balqis akan mendapat hadiah ‘penyepit ketam’ dari Hajjah Zaiton. Kehidupan mereka yang sederhana sungguh membahagiakan.Hajjah Zaiton yang telah lama kematian suami semenjak Balqis berusia 10 tahun, namun itu tidak mematahkan semangat Hajjah Zaiton untuk memelihara Balqis. Haji Badrul suami Hajjah Zaiton telah meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba ketika berusia 38 tahun. Ketika itu Hajjah Zaiton berusia 28 tahun.

Segala tangunggjawab sebagai ibu dan ayah kepada Balqis di pikul dan dibantu oleh keluarga arwah Haji Badrul. Hajjah Zaiton adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi. Hanya keluarga arwah suaminya dia menumpang kasih.. Perkahwinan yang dirancang keluarga membuahkan cinta dan kasih. Namun selepas 2 minggu kepulangan mereka dari mengerjakan haji, berita kematian Haji Badrul telah menggoyahkan kebahagian yang dikecapi.Tapi Hajjah Zaiton reda dengan semua ketentuan Qada’ dan Qadar Allah. Kita manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. Kita hanya menumpang di Bumi Allah ini. Bila sampai masanya kita akan dijemput pulang kepangkuan-Nya.

“Bertuah betul budak ni. Ibu serius ni.”perlahan suara Hajjah Zaiton memarahi Balqis. Balqis ni bukan boleh di layan sangat nanti semakin menjadi-jadi akan terus menyakat Hajjah Zaiton.

“Ok..ok baiklah wahai tuan hamba..patik sedia mendengar.”seloroh Balqis. Dia menyenyitkan mata kepada Hajjah Zaiton.

“Dah la..letih ibu macam ni tau. Kalau macam ni la perangai Qis, siapa nak kahwin dengan Qis. Qis tak kesian kat Ibu ke. Qis sekarang dah 28 tahun...dah layak pun ada anak. Kalau lambat-lambat kahwin susah pulak nak bersalin nanti. Boleh la cucu ibu nanti temankan ibu di rumah ni. Tak la sunyi sangat,”terpacul juga perkara yang hendak dibincangkan. Susah benar untuk berbicara dengan Balqis yang suka sangat menyakatnya.

Balqis yang dari tadi tersenyum tiba-tiba mukanya berkerut dan kelat. Tidak disangka persoalan itu yang ingin dibincangkan. Tidak kah Ibu tahu keadaan dirinya?Tidak kah ibu tahu bahawa hati ini ingin dicintai dan disayangi, tapi tiada insan yang berjaya menghilangkan rasa kecewa hati ini. Balqis menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian mengeluh perlahan. Tidak tahu bagaimana harus dia menerangkan keadaannya kepada ibu.

“Qis bukan tidak mahu kahwin ibu, tapi peristiwa dulu masih segar dalam ingatan Qis. Dulu Qis tidak pernah bercinta, alih-alih ibu mahu tunangkan Qis dengan Johari anak Tok Penghulu. Tapi bila Qis cuba untuk mencintai Johari, apa yang Qis dapat….kecurangan ibu..kecurangan..pedih hati Qis ni. Hanya Tuhan saja yang tahu keadaan Qis ketika itu. Qis malu ibu..malu..tunang Qis buat macam tu.”Balqis meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Ibu tahu kan macam mana rasa bila kita mula mencintai dan percaya kepada seseorang itu dan bila hati kita di khianati. Kemaafan tidak cukup untuk menyembuhkan luka yang bersarang di hati ni. Biarlah seribu kali kemaafan di pohon, hati yang luka sukar di ubati.”sambung Balqis lagi.Teresak-esak Balqis menangis, mohon pengertian dari Ibunya.

“Maafkan Ibu sayang..Ibu ingat Qis tidak mengingati peristiwa itu lagi. Tidak sangka hampir 4 tahun Qis masih merasa terluka. Maafkan Ibu sayang..ibu tidak tahu,”teresak-esak Hajjah Zaiton menangis. Terus memeluk erat Balqis dalam pangkuannya. Sedih hatinya mengenangkan anak tunggalnya itu. Terlalu dalam luka yang ditanggung Balqis.

Tiada kata lagi yang bersuara. Suasana hening menyelubungi ruang tamu mereka. Mereka berpelukkan sambil menagis. Hari yang patut di kecapi bahagian di hujani tangisan. Mereka meluahkan segala yang terpendam di dalam hati. Perkara itu tidak mahu lagi di ungkitkan. Jika ada jodoh maka akan berkahwin lah Balqis. Tapi jika tiada jodoh hanya pada Allah di serahkan segalanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan