Pengikut

Ahad, 11 April 2010

suratan atau kebetulan 8

Bab 8

Syafira mendail nombor telefon Dayana. Sudah agak lama sahabatnya itu menyepi sejak menyambung semula pelajarannya. Dia perlu mengkhabarkan berita tentang perkahwinannya. Pada Dayana la tempat dia meluahkan segala masalah sejak mengenalinya lima tahun lalu. Dia naik geram, Dayana tidak dapat dihubungi. Balasan mesej juga tidak kelihatan. Dimana pula Dayana pergi. Sibuk kah dia dengan tugasan yang ada,detik hati Syafira.

Dia menghempaskan telefon di atas katil. Merebahkan badannya. Dia memandang kosong ke arah siling dalam biliknya. Seketika, dia melihat hiasan yang telah direka dan digubah oleh mama. Hatinya semakin berdebar-debar menantikan majlis perkahwinannya malam nanti. Menurut mama, hanya majlis akad nikah dan jamuan makan untuk kenduri kesyukuran sahaja yang akan dibuat. Bagi majlis besar-besaran akan dibuat sebulan lagi. Menurut mama, sebenarnya itu lah rancangan dari awal lagi. Memandangkan dia menjadi pengganti Maira, mama meneruskan juga dengan apa yang telah dirancangkan.

Lamunannya terhenti dek jeritan dari telefonnya minta segera di jawab. Dia mencapai telefon dan melihat nama pemanggil. Tertera nama Dayana. Huh, baru sekarang nak telefon kat aku. Dari tadi lenguh jari aku mendail nombot dia,”bebel Syafira sendirian.

Telefon itu berbunyi lagi. Syafira memandang sepi pada telefon. Ingin dibiarkan supaya ia terus saja berbunyi, namun tidak berhasil. Dayana masih lagi menelefon. Dengan perasaan malas, dia menekan butang hijau.

”Assalamualaikum,”

”Waalaikummussalam,”

”Kau pergi mana?Kenapa tak jawab aku telefon,”

”Eh tolong sikit ya, siapa yang jawab dan siapa yang tak jawab. Aku rasa kau tu yang silap kot. Rasanya aku yang patut tanya soalan tu pada kau, bukannya kau yang tanya pada aku,”

”Ala, jangan la marah. Okey, aku minta maaf. Silap aku. Aku ada kuliah tadi. Tertinggal pulak telefon ni kat dalam bilik. Banyak betul miss call kau ni. Kenapa, ada hal penting ke?,”

Syafira tidak jadi untuk marahkan Dayana. Tambahan pula kepalanya sedang serabut.

”Macam ni, aku minta sangat kau datang rumah aku malam ni. Kalau boleh kau datang sebelum maghrib. Kau solat je kat rumah aku. Penting sangat untuk kau datang malam ni,”terang syaifra. Dia keberatan untuk bercerita hal sebenar melalui telefon. Lebih baik bersua muka, senang untuk berbicara.

Dayana jadi risau. Perkara apa yang penting sangat untuk dia ke rumah sahabatnya itu. Selalunya jika tidak ada hal mustahak, syafira tidak akan bersikap sedemikian rupa.

”Apa hal yang penting sangat ni sampai malam-malam pun aku kena pergi ke rumah kau,”

”Kau datang je la. Nanti aku terangkan. Datang tau. Aku tunggu,”Syafira terlalu mengharapakan kehadiran Dayana malam ini.

”Baik la. Nanti aku datang. Lepas kelas petang ni aku terus pergi ke rumah kau,”

”Sayang kau. Tu yang aku sayang sangat kat kau,”

”Eee..tak payah la nak bersayang-sayang. Geli la,”

Syafira tergelak mendengar kata-kata Dayana. Sekurangnya terhibur sedikit hatinya. Dia masih tersenyum memandang telefon selepas talian dimatikan. Dia meletakkan telefon di meja solek. Dia mencari-cari kunci bilik Maira. Setelah terjumpa apa yang dicari, dia menuju ke bilik Maira. Melilau matanya mengawasi mama. Takut pun ada. Tapi niatnya hanya satu, untuk mencari gambar abang jefry. Sekurang-kurangnya dia dapat mengenali abang jefry terlebih dahulu sebelum mereka diijabkabulkan.

Setelah puas mencari, dia hampa. Tak kan kak maira tidak simpan satu keping pun gambar abang jefry. Pelik betul. Atau mereka sedang bergaduh, maka kak maira merajuk hati, membawa diri ke London. Dia menggaru kepala yang sedang berserabut. Pening memikirkan perjalanan hidup kak maira yang terlalu mengikut kata hati dari memikirkan perihal keluarga.

”Apa yang Fira cari dalam bilik maira ni?,”soal puan maria.

Syafira tersentak. Asyik mengelamun, tidak sedar akan kehadiran mama. Dia tunduk tanpa menjawab pertanyaan mama. Jika dia membuat salah, tidak berani dia untuk menunjukkan muka.

”Fira buat apa dalam bilik kak maira ni,”soal puan maria lagi

”Erm..erm..fira ..fira cari gambar abang jefry,”tergagap-gagap syafira membalas. Dia juga risau apa pandangan mama nanti terhadapnya.

”Ooo...gambar jefry. Dah cari ke dalam bilik ni?,”puan maria tidak bersoal banyak. Dia memahami keadaan syafira saat ini. Jika dia duduk ditempat syafira, tindakan yang sama akan diambil. Dia tersenyum.

Syafira mengangkat mukanya, memandang mama. Pelik. Mama tidak marah atau membantah tingkahnya.

”Tak apa, mama faham. Kalau mama pun akan buat benda yang sama. Ya la, kan kita tak kenal langsung wajah bakal suami kita. Mesti sedikit pun terdetik di hati untuk mengenali wajah bakal suami kan,”

Syafira tersenyum. Nasib baik mama faham hatinya. Hatinya terubat dan berbunga riang walaupun sedikit.

”Dah cari ke gambar jefry?,”

”Dah. Tapi tak ada. Tak tahu dimana kak maira simpan. Mama tahu kat mana kak maira simpan gambar tersebut? Gambar pertunangan mereka pun tak ada. Pelik kan mama,”

”Biar betul gambar mereka bertunang pun tak ada. Fira dah cari semua tempat ke?,”

Sedikit terkejut puan maria mendengar penjelasan dari Syafira.

”Dah, mama,”

”Entah la, mama pun tak tahu di mana kak maira simpan. Biar la. Itu semua dah jadi sejarah. Nanti malam je la fira tengok bakal suami fira ya,”

”Hmm..baik la. Nak buat macam mana,”

Syafira mengemas kembali barang-barang yang telah disepahkan. Dia berniat untuk keluar ke bandar sebentar. Tapi tidak tahu, mama mengizinkannya. Bila difikirkan kepala yang sedang serabut, dia perlu keluar sebentar.

Dia memanggil mamanya. Mama duduk kembali dibirai katil. Dia memohon untuk keluar sebentar. Bukan niatnya untuk melarikan diri. Tujuannya hanya satu, pergi berjumpa ustazah yang berpengalaman dalam hal rumahtangga. Dengan alasan yang munasabah itu, mama membenarnya keluar tapi perlu pulang sebelum waktu asar. Syafira sangat gembira. Alhamdulillah, semua dipermudahkan oleh Allah.

**********

Apabila selesai segala persoalan yang bermain dibenak fikirannya, dia segera meninggalkan pejabat agama itu. Kini dia rasakan dirinya cukup tenang untuk menghadapai alam rumahtangga. Penjelasan dari Ustazah Aminah menyakinkannya bahawa jalan kebahagian sentiasa menanti bagi orang-orang yang selalu memohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Dan jalan yang dia ambil kini adalah yang terbaik. Setiap niat yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

Syafira memandang ke bahu jalan. Terdapat sebuah restoran. Perutnya tiba-tiba rasa lapar. Apa salahnya kalau pergi makan dulu. Masa yang mama bagi masih panjang. Dia akan menggunakan sebaik mungkin masa yang ada. Entah suaminya nanti akan memberikan kebebasan seperti ini atau tidak.

Sebaik sampai di restoran ’Macam-macam Ada’, syafira hanya makan makanan ringan sahaja. Seleranya hilang, padahal selepas keluar dari pejabat agama tadi, bukan main lagi perut berdendang lagu. Sedang asyik makan, dia terpandang pusat membeli-belah Giant. Dia melihat sekeliling. Macam mana dia boleh sampai ke tempat yang tidak pernah dia kunjungi.

Ah! Lantak la. Janji kepala aku tidak serabut. Boleh aku ronda-ronda dulu kat sana. Mana tahu kalau ada barang yang berkenan dihati. Boleh aku beli sekali,detik hati syafira.

Usai makan, syafira segera melajukan langkahnya ke tempat yang dituju. Dia hanya mengikut langkah kakinya. Ke mana kaki dibawa,, dia sendiri tidak pasti. Hanya menurut.

Tiba-tiba langkahnya terhenti. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Kedai cenderahati. Dia masuk ke dalam kedai tersebut. Selepas sepuluh minit, dia keluar dengan membawa sebuah bingkai gambar. Hiasannya cukup cantik dan unik. Bingkai gambar berbentuk hati. Di keliling bingkai di hiasai dengan cengkeram siput kecil, ditambah dengan bunga tulip kering, dihiasi pula dengan anak patung beruang kecil di tengah-tengah. Pada pandangan matanya, ia cukup cantik dan unik.

Sedang dia asyik meneliti bingkai gambar itu, dia dilanggar oleh seseorang. Secara spontan, bingkai gambar itu terlepas dari tangannya. Pecah menjadi kepingan kecil. Dalam hatinya sudah bengang. Siapa pula yang kurang ajar ni. Main langgar je, detik Syafira.

Syafira memandang ke arah seseorang yang melanggarnya. Terkesima buat seketika. Dunia ini sungguh kecil. Dia bertemu lagi dengan lelaki itu. Kerap benar dia bertembung, hari ini sudah lima kali. Kepingan bingkai gambar masih ditangannya.

Jefry Adam juga terkejut. Dia yang masih dalam kebingungan dengan bertemuan itu, terpinga-pinga memandang wanita di depannya. Wajah yang selalu dirindui. Kenapa dirinya selalu begitu setiap kali berjumpa wanita misteri ini?Sedangkan dia akan berkahwin malam ini. Alang-alang sudah berjumpa, dia harus bertegur sapa.

”Maafkan saya. Cik tak apa-apa ke?,”

Syafira tersedar dari lamunan. Hanya mengangguk kepala. Dia meneruskan mengutip kepingan bingkai itu.

”Cik..biar saya tolong. Maafkan saya. Saya tidak sengaja terlanggar tadi,”

Jefry Adam menolong mengutip kepingan bingkai gambar yang pecah itu.

”Nanti saya ganti yang baru. Cik beli di kedai mana?,”

”Tengok la kat plastik tu,”

”Maaf. Okey cik tunggu di sini dulu, nanti saya datang balik,”

”Herm, ya la,”

Syafira tidak berminat untuk terus lama di situ. Tapi memandangkan dia terlalu menginginkan bingkai gambar itu, terpaksa la dia menunggu. Bukan terdesak. Tapi apabila sudah ada orang yang ingin menggantikan, apa salahnya.

Selepas menunggu hampir lima minit, lelaki itu menghulurkan plastik kepadanya. Dia tersenyum melihat barang yang diberikan oleh lelaki itu.Nasib baik ada, tidak sia-sia dia menunggu.

Jefry Adam terpesona dengan senyuman yang diberikan oleh wanita dihadapannya. Apa kata minta dia saja yang menjadi teman aku hari ini. Senang sikit kerja aku.

”Maaf. Boleh cik tolong saya hari ini,”

Syafira terkejut. Baru kenal, sudah minta tolong. Tapi dia pun sudah minta tolong tadi. Di belikan semula bingkai gambar. Apa salahnya kalau menolong lelaki itu pula.

”Tolong? Tolong yang bagaimana encik maksudkan?,”

Jefry Adam tersenyum. Ramah juga dia ni. Dia tidak meneruskan cadangan itu, sebaliknya dia membawa wanita itu menemaninya membeli-belah pula. Selepas puas memusing di sekeliling kedai yang ada, akhirnya dia berjumpa juga ke tempat yang hendak dituju.

Tujuan Jefry Adam ke pasaraya Giant adalah untuk membeli cincin yang baru untuk bakal isterinya malam ini. Dia tidak mahu menggunakan cincin yang dibeli untuk Maira dahulu. Baginya, biarlah ia menjadi kenangan duka.

Pada mulanya, Syafira terkejut dengan permintaan dari lelaki yang baru dia kenali, namun apa la sangat permintaan itu, hanya mencuba cincin. Tapi dia sendiri juga hairan dengan sikap berlebih-lebih ramahnya pada lelaki itu. Seperti sudah kenal lama. Buat seketika dia dapat melupakan perihal perkahwinannya itu.

Syafira meminta diri dahulu memandangkan dia sudah agak lewat untuk pulang. Nanti mama risau pula.

”Boleh kita jumpa lagi selepas ini,”soal Jefry Adam. Dia tidak tahu kenapa dia begitu teringin untuk selalu berjumpa dengan wanita itu.

Syafira sekali lagi terkejut. Terlalu stert to the point lelaki itu. Tapi okey juga, gentleman sikit.

”Maafkan saya. Rasanya ini mungkin bertemuan terakhir. Selepas ini saya sendiri tidak tahu nasib saya bagaimana,”

”Kenapa cik cakap macam tu, seperti menanggung masalah yang berat,”

Syafira memandang lelaki itu. Cukup tenang dirinya berbicara dengan lelaki itu.Tapi perlu ke dia menceritakan semua yang berlaku, sedangkan tidak sampai tiga jam dia mengenalinya.

”Tak ada apa-apa. Okey la, saya pulang dulu. Nanti risau pula mama kat rumah. Walaupun saya tidak kenal isteri awak, kirim salam saja pada bakal isteri awak tu,”

”Tapi...nama cik apa?,”laung Jefry Adam. Sekali lagi dia hampa untuk mengetahui nama wanita itu. Dia hanya dapat memandang kelibat wanita itu semakin menghilang. Asyik sangat bersembang, sampai lupa bertanya nama. Insya-Allah, jika dipertemukan Allah kita pasti akan bersua jua.

0 ulasan:

Catat Ulasan