Pengikut

Sabtu, 29 Mei 2010

Suratan atau Kebetulan 14

Bab 14
”Arghh!!!”
Jeritan Syafira mengganggu tidur Jefry Adam. Terpisat-pisat dia menggosok mata. Masih mamai lagi dengan jeritan isterinya.

”Kenapa ni? Sayang mimpi buruk ke?,”soal Jefry Adam. Dia masih menggosok matanya.

Syafira mengangguk kepala. Mimpi yang sama lagi.Tapi kali ini dia rasakan seperti dia yang berada dalam mimpi itu. Dia terjerit apabila ada tiga orang lelaki jahat yang selalu hadir dalam mimpinya sedang memegang bahu kanak-kanak kecil. Tiba-tiba dia terjerit ketakutan dan terus terjaga dari tidur. Semakin hari mimpi itu semakin jelas. Setiap tutur kata dan perwatakkan dalam mimpinya semakin jelas walaupun masih samar. Dia meraup muka. Tiba-tiba dia menangis.

Jefry Adam yang masih terkejut merasa hairan dengan isterinya. Tiba-tiba saja menangis. Dia memegang bahu isterinya untuk mententeramkan keadaan. Dia dapat melihat air mata berlinangan mengalir dari kelopak mata, apabila isterinya memandang ke arahnya. Kesian dia melihat mata yang sudah bengkak milik isterinya itu.

”Sabar ya sayang. Tidur tadi tak baca ayat Kursi, ke? Letih abang tengok sayang ni. Selalu ke sayang bermimpi macam ni?,”soal Jefry Adam

Syafira mengangguk kepala. Dia memandang wajah suaminya.

”Dulu tak pernah pun saya mimpi macam ni. Tapi sejak kita berkahwin, mimpi tu selalu muncul dalam tidur saya. Hampir tiap malam mimpi tu datang,”terang Syafira
Terkejut Jefry Adam mendengarnya. Mimpi apa yang dialami oleh isteriku ini, detik hati kecil Jefry Adam

”Sayang bermimpi apa sampai terjerit-jerit,”

”Saya sendiri pun tak pasti pasal mimpi tu. Tapi setiap malam mimpi yang sama je,”

”Cuba sayang ceritakan pada abang. Mana tahu dengan cara itu sayang dapat tidur lena semula,”

Syafira pun berasa begitu. Jika dengan cara itu dapat mengurangkan beban fikirannya ketika ini, itu yang akan dibuat. Dia akhirnya menceritakan semua yang dia alami dalam mimpi itu kepada Jefry Adam.

Jefry Adam terkejut. Mimpi yang sama pada setiap malam? Mungkin ada petunjuk yang ingin disampaikan melalui mimpi itu. Dia kesian melihat wajah isterinya. Wajah yang tiada seri. Jelas mempamerkan wajah seorang yang kemurungan. Patut la masa kenduri siang hari tadi, dia melihat isterinya murung saja. Tiada secalit senyuman yang dipamerkan dari wajah yang dirindui itu. Rupanya ada kisah disebalik kemurungan itu.

Jefry Adam memujuk Syafira supaya tidur semula. Dia mengalihkan bantal peluk ke belakangnya. Dia cuba memujuk lagi isterinya supaya tidur memandangkan waktu kini masih awal. Pukul tiga pagi. Semua orang masih lena tidur lagi. Selepas berjaya memujuk, dia juga terlena disisi isterinya.
*******
Syafira terjaga dari tidur. Dia menggosokkan mata. Dia terkejut apabila membukakan matanya. Dia berada dalam pelukan suaminya. Merona merah mukanya saat ini. Cuba mengalihkan posisinya tapi semakin erat pula pelukan suaminya. Macam mana aku boleh tertidur dalam pelukan suami aku ni? Aduh! Macam mana nak alih ni,’detik hati kecil Syafira.

”Awak...awak...,”panggil Syafira perlahan.

Tiada tanda-tanda suaminya terjaga dari tidur. Dipanggil lagi suaminya. Harap kali ini suaminya terjaga.

”Awak....tolong lepaskan saya. Saya nak bangun ni,”

Jefry Adam terjaga. Dia terkejut yang dia sedang memeluk erat isterinya. Masa mana dia memeluk isterinya pun dia tidak pasti. Semalam matanya sangat mengantuk. Dia tidak sedar apa yang dia lakukan. Dia meleraikan pelukan. Dia tersengih apabila melihat isterinya bangun dan menundukkan muka. Malu barangkali.

”Saya nak mandi dulu. Nak solat subuh ni,”

”Baik la. Tunggu abang tau. Kita solat sama-sama nanti. Sayang pergi mandi dulu, ya,”tersenyum Jefry Adam selepas melihat isterinya masuk ke bilik air.

Tapi dalam kepalanya runsing apabila melihat wajah itu. Masih kemurungan lagi. Dia perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan senyuman di wajah yang amat dicintai.
Usai bersolat jemaah bersama, mereka keluar menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu itu, papa dan mama sedang menikmati minuman. Masing-masing tersenyum memandang ke arah anak menantu mereka.

”Macam mana pengantin baru? Lena ke tidur semalam?,”sakat Encik Idris apabila Jefry Adam melabuhkan punggung di sisinya.

Jefry Adam hanya tersenyum. Faham akan sindiran bapa mertuanya itu.

”Macam mana nak lena, papa. Fira ni asyik terjerit-jerit je,”Jefry Adam berseloroh. Dia memandang ke arah isterinya. Sudah merona merah muka itu. Dia tersenyum.

”Terjerit-jerit? Apa yang kau dah buat kat anak papa ni, Jeff sampai macam tu sekali,?”soal Encik Idris kehairanan. Mana ada pengantin terjerit-jerit pada malam pertama.

”Itu papa tanya la kat Fira. Betul kan sayang?,”

”Apa awak ni. Saja nak malukan saya depan papa dan mama ya,”tukas Syafira. Semakin merona merah mukanya menahan malu.

”Betul ke Fira apa yang dikatakan oleh Jeff ni. Kenapa sampai begitu rupanya?,”

”Tak ada la, papa. Jangan percaya sangat cakap dia tu. Saja nak kenakan fira,”

”Apa dah jadi dengan kamu berdua ni? Sorang kata tak, sorang kata ya. Tak faham la papa,”

”Ha..ah.Betul tu. Mama pun tak faham la dengan kamu berdua ni,”sampuk Puan Maria.

”Tak ada la. Jeff bergurau je tadi. Tapi memang Fira ni terjerit-jerit semalam. Tapi bukan sebab Jeff buat kat dia,”terang Jefry Adam tanpa berselindung lagi.

”Eeee, kurang asam betul suami aku ni. Terlalu berterus terang sangat la. Malunya aku,’Syafira berbicara dalam hati.

”Habis tu, pasal apa pula Fira terjerit?,”soal Puan Maria

”Fira..fira mimpi buruk. Tu yang terjerit-jerit,”balas Syafira. Dia menundukkan mukanya.

”Mimpi? Mimpi apa sampai terjerit? Mimpi hantu?,”teka Encik Idris
Syafira menggelengkan kepala.

”Habis tu, mimpi apa? Biasanya orang perempuan ni, kalau tidur terjerit-jerit, biasanya mimpi hantu la. Tidur tak baca doa dan basuh kaki. Tu la terbawa-bawa dalam mimpi,”Encik Idris mengerling ke arah isterinya.

”Bukan mimpi hantu papa. Fira mimpi ngeri. Dalam mimpi tu, ada seorang lelaki bersama dengan isteri dan anaknya, kena pukul dengan tiga orang penjahat sampai berdarah. Anak mereka hilang dari tempat bersembunyi setelah mereka berjaya melarikan diri,”

”Mimpi apa jenis macam tu? Kenapa pulak fira bermimpi pelik. Hal yang tiada kaitan langsung dengan Fira,”soal Puan Maria.

”Itu la yang peliknya mama. Mengikut apa yang diceritakan oleh Fira, dia rasa seperti dia betul-betul berada dalam mimpi tu. Semalam pun sampai berpeluh-peluh. Macam orang kena kejar,”sampuk Jefry Adam.

Puan Maria termenung. Begitu juga dengan Encik Idris. Seperti tidak percaya dengan apa yang dikeluarkan dari mulut menantu mereka.

”Mungkin mimpi mainan tidur je tu,”celah Encik Idris.

”Mainan tidur apa, kalau dah tiap-tiap malam mimpi yang sama je,”balas Jefry Adam.

”Mimpi sama?,”soal Puan Maria dan Encik Idris serentak.

”Ya, mama, papa. Sejak fira kahwin, mimpi tu selalu je ganggu tidur fira. Mama ingat tak seminggu lalu mama ada tegur pasal mata fira ni supaya jangan banyak menangis. Minta Fira redha saja dengan perkahwinan ini,”

”Ya, mama ingat. Kenapa pula hal nya dengan mimpi Fira tu?Apa kaitan nya pulak?,”soal Puan Maria kehairanan.

”Kalau mama nak tahu, mata fira bengkak waktu itu bukan kerana kesal akan perkahwinan ini, tapi kerana tidak boleh tidur walau sedikit pun malam tu. Tiap kali pejam mata, fira terbayangkan mimpi tu,”terang Syafira.

”Mungkin mimpi tu cuba menyampaikan sesuatu yang kita tak tahu,”teka Jefry Adam
Semua mata memandang ke arah Jefry Adam. Mahukan kepastian dengan apa yang dimaksudkan oleh kata-kata Jefry Adam itu.

”Okey , macam ni. Apa kata kita jumpa ustaz atau orang yang mahir dalam hal ni. Mana tahu dengan cara ini kita dapat merungkai apa yang dimimpikan oleh Fira,”jelas Jefry Adam.

”Okey juga cadangan Jeff tu. Papa sokong. Cuba la kita ikhtiarkan supaya Fira dapat tidur lena. Nanti kesian kat Jeff ni. Kempunan nanti,”seloroh Encik Idris.

Jefry Adam ketawa. Tidak disangka bapa mertuanya juga seorang yang suka mengusik.

Dia melihat wajah isterinya sudah merona merah menahan malu.

”Apa papa ni. Buat malu orang je la,”rajuk Syafira

”Nak dimalukan apa nya. Jeff ni kan suami fira,”balas Encik Idris.

Syafira tidak menjawab. Dia berlalu meninggalkan papa, mama dan suaminya di ruang tamu. Malas hendak melayan kerenah mereka semua yang akhirnya dia juga yang terkena.

1 ulasan:

aFaiSh berkata...

hohohohoo..
sapa laaa mak bapak fira ni yer..
cepat samb k

Catat Ulasan