Pengikut

Rabu, 7 April 2010

Suratan atau kebetulan 7

Bab 7

“Mama, Fira dah cuba hubungi kawan-kawan kak Maira tapi tak ada response. Fira ingat nak pergi kat tempat kak Maira kursus la. Mana tahu kawan dia kat sana tahu dia ke mana,”terang Syafira.

Sudah 2 hari dia mencari Maira. Semalam dia mencari Maira di rumah sewanya tapi juga tiada. Rumah itu sudah di kosongkan. Dia hampa. Dia cuba lagi menghubungi kawan Maira yang dia kenal, juga hampa. Akhirnya dia nekad akan pergi ke tempat kursus yang pernah dia melihat Maira menerima surat tawaran dari tempat itu. Dia masih ingat lagi alamat tempat itu.

Dia berharap dia akan berjumpa dengan Maira disana nanti. Kalau tidak ada, mungkin kawan-kawannya yang ada di situ tahu akan Maira. Dia segera melajukan langkahnya menuju ke destinasi yang ingin di tuju.

Sampai di bangunan tempat Maira kursus, Syafira bertembung lagi dengan lelaki yang dia pernah berlanggar dahulu. Seperti masing-masing terkejut dengan pertemuan yang tidak disangka untuk kali keempat. Syafira cepat-cepat melangkah menaiki anak tangga. Ketika itu lelaki itu sedang menuruni tangga.

Mereka bertegur sapa hanya dengan senyuman. Jefry yang masih terkejut, bertambah kencang degupan jantung apabila wanita itu tersenyum kepadanya. Lemah segala sendi-sendi tulangnya. Terasa seperti dirinya telah dipukau oleh senyuman wanita itu.

Masing-masing memendam rasa. Berlalu meninggalkan suasana yang mula mengusik jiwa.

**************

“Kak, boleh bertanya?

“Boleh. Adik nak tanya apa?”soal wanita yang berada di tempat kauter pertanyaan

“Cik Maira ada tak? Saya adik dia. Ada hal mustahak nak jumpa,”terang Syafira.

“Ooo…adik pun cari Cik Maira jugak. Tadi pun ada seorang lelaki mencari cik Maira. Maaf la adik. Cik Maira dah berlepas ke London seminggu yang lalu. Dia ada pertunjukkan kat sana dalam 6 bulan. Tadi adik kata adik ni…adik Cik Maira, tapi kenapa tak tahu ke mana dia pergi?”soal wanita itu lagi.

“Masalahnya kak…Cik Maira tu tidak bagi tahu kat famili kami yang dia ke sana. Kalau saya tahu tak kan saya nak datang kat sini bertanya,”cuak Syafira.

“Maaf, dik. Akak bukan nak masuk campur urusan adik. Tapi akak hairan kenapa famili adik tak tahu pasal ni. Seminggu sebelum berangkat pihak kami ada menyerahkan surat perjanjian untuk para peserta mengikuti pertunjukkan itu. Mungkin keluarga adik lupa kot pasal ni. Tak apa la, dik akak ada kerja nak sambung ni,”pinta wanita itu.

Dalam hati, Syafira cukup geram dengan tingkah wanita itu. Seperti menyindir dia dan keluarga sahaja. Syafira berlalu dari tempat itu. Dia perlu mengkhabarkan berita itu kepada mama. Risau dia memikirkan apa pula riaksi mamanya nanti.

*****************

“Macam mana? Ada Fira jumpa Kak Maira? Ada tak?,”Puan Maria sudah risau dengan tingkah Syafira.

“Ye la, Fira mana Kak Maira? Kenapa Fira diam aje ni?”pinta Encik Idris pula.

Mereka sekeluarga sudah hilang punca untuk mencari Maira. Fikiran masing-masing berserabut memikirkan majlis perkahwinan yang akan berlangsung esok. Maira pula menghilang.

“Mama, Papa..kalau Fira bagi tahu ni, jangan terkejut ye. Sebenarnya Kak Maira tak ada kat Malaysia. Dah seminggu dia pergi ke London. Dia ada pertunjukkan fesyen kat sana,”

Syafira berat hati untuk menerangkan hal sebenar. Tapi memandangkan esok adalah majlis kahwin Maira akan berlangsung, dia terpaksa juga meluahkannya.

Terduduk Puan Maria mendengar perkhabaran itu. Luluh hatinya di atas perbuatan anaknya. Dimana mahu diletakkan maruah mereka?

“Apa??Maira ke London?Apa la dosa mama. Sampai hati Maira buat begitu,”Puan Maria menangis teresak-esak.

Maira telah memalukan mereka. Maira anak yang di tatang dengan penuh kasih sayang telah menconteng arang ke mukanya. Sudah jatuh maruah keluarga yang amat di jaga. Apa pula tanggapan keluarga sebelah bakal besannya nanti.

“Jangan di sebut kan hal maira. Dia bukan anak kita lagi setelah dia membalas pengorbanan kita ini dengan penghinaan. Dia buka anak kita lagi,”begitu tegang riak wajah Encik Idris. Teramat marah kepada anaknya itu.

“Jangan abang membuang anak kita, bang. Tolong la, bang,”pinta Puan Maria. Dia menangis teresak-esak. Luka yang baru tertoreh sungguh memedihkan.

“Sabar mama, papa. Seburuk-buruk kak Maira, dia tetap anak papa dan mama. Jangan diungkapkan kata-kata nista itu. Mungkin, dia dari dulu lagi tidak mahu berkahwin. Tapi mungkin dia takut untuk meluahkan perasaan dia,”Syafira cuba mententeramkan Puan Maria.

Dia juga sedih dengan tindakan bodoh yang diambil oleh Maira. Dalam hati dia mengutuk sekeras-kerasnya dengan tindakan Maira. Tapi adakan daya semua sudah terjadi. Apa lagi yang perlu di kesalkan.

“Tapi bang..macam mana dengan majlis kahwin esok ni. Semua jemputan telah kita jemput. Sanak-saudara pun sudah ada ni. Malu kita bang,”Puan Maria mengesat air matanya.

“Tak pa, majlis tu tetap akan di teruskan. Cuma pengantinnya saja yang bertukar,” Encik Idris memandang Syafira.

”Fira..papa minta tolong sangat dengan Fira,”pinta Encik Idris.

“Tolong apa papa. Maira sanggup lakukan apa saja untuk kebaikan mama dan papa,”luah Syafira.

“Papa minta Fira gantikan tempat Maira. Fira kahwin dengan Jefry, boleh?”cadang Encik Idris

Bagai halilintar menusuk jantungnya. Rasa bagai hendak pitam pun ada. Tidak di sangka itu yang di maksudkan oleh papanya. Bagaimana dia harus menghadapi situasi ini? Dia sendiri pun tidak pernah mengenali bakal abang iparnya, harus bagaimana?

“Tapi ..papa, permintaan papa ni terlalu berat untuk Fira tunaikan,”luah Syafira. Begitu berat untuk meluahkan kata-kata. Terasa seperti tersekat di kerongkong.

“Papa tidak pernah meminta apa-apa dari Fira. Tolong la papa Fira. Sanggup ke Fira lihat keluarga papa hancur?”pinta Encik Idris.

“Ye, Fira tolong la kami. Ini saja yang kami minta. Tolong mama ye sayang,”pinta Puan Maria pula. Masih lagi dalam tangisan.

“Nanti Fira fikirkan. Fira ingin menunaikan solat dulu. Apa-apa pun Fira akan bagitahu nanti,”

Syafira berlalu dengan tangisan yang mula membasahi pipinya. Dugaan apakah yang telah di berikan kan kepadanya. Begitu berat permintaan papa dan mama. Tapi apa akan terjadi kepada keluarga ini jika dia menolaknya. Tegakah dia menghancurkan harapan keluarga angkat yang telah banyak berkorban untuknya?Tapi hatinya tetap berkata cinta pada seseorang yang belum lagi terluah. Bagaimana dengan hati dan perasaannya?

Syafira menunaikan solat sunat dan tahajjud. Memohon petunjuk dari yang Maha Esa. Di minta segala ketenangan diri untuk menghadapi hari esok. Pada-Nya saja tempat dia memohon pertolongan.

Selepas selesai bersolat, hatinya lebih tenang. Setelah difikirkan semasak-masaknya, Syafira bersetuju di kahwinkan dengan bekas abang iparnya. Walaupun dia tidak pernah mengenali siapa Jefry namun kerana kasihan keluarga yang telah memeliharanya dia sanggup melupakan kasihnya pada Shahrul.

Shahrul juga seperti tidak berminat untuk meluahkan perasaan kepadanya. Sehingga sekarang pun tidak ada khabar berita pun dari Shahrul. Itu menunjukkan bahawa dia saja yang bertepuk sebelah tangan. Akhirnya dia memberikan kata setuju dengan cadangan mama dan papa angkatnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan