Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Pengarang Jantung Buah Hatiku 6

Bab 6

Zakiah menarik nafas lega. Dia membaringkan badan di atas katil. Memikirkan cara untuk memulakan strategik untuk mendapatkan Nadhirah. Buat seketika, dia tersenyum sendirian mengingati detik pertemuan yang tidak disangka dengan Nadhirah. Selepas perkenalannya sebagai ‘Zakiah’ barulah dia tahu hati budi sebenar Nadhirah.

Pada awalnya dia beranggapan Nadhirah sama saja seperti perempuan-perempuan lain yang metarialistik. Tapi sangkaan nya meleset sama sekali. Nadhirah seorang yang tabah dan bertanggungjawab. Juga seorang yang berani, walhal dia seorang perempuan. Terlalu berani berkelahi dengannya walaupun waktu itu dia bersama dengan bodyguardnya.

Sewaktu kejadian itu, dia sungguh terkejut dengan tindakan Nadhirah. Membela seorang yang tidak dikenali. Begitu kasar bahasanya memarahi Zakiah. Kini baru dia mempelajari erti sebenar kehidupan. Kebebesan yang diberikan oleh datuknya tidak akan disiakan. Peristiwa itu masih lagi segar dalam ingatan. Ketika itu itu lah cinta pandang pertama berbutik terhadap Nadhirah.

******

“Eh!Kau ni buta ker. Tak nampak orang tengah jalan ni.”sergah Nadhirah dengan kasar. Tangannya telah memukul Zakiah dengan beg tangan.

“Maaf…maaf…saya tidak…tidak sengaja.”balas Zakiah sambil tangan nya menahan dari terus di pukul..

Zakiah waktu itu perlu segera sampai ke pejabatnya kerana untuk menghadiri meeting. Dia berlari di celah-celah orang ramai. Tanpa di sangka dia telah terlanggar seseorang, Nadhirah bersama dengan wanita tua.

“Kesian mak cik…mari saya tolong angkat.”tanpa membalas maaf dari Zakiah, Nadhirah menolong mak cik yang bersamanya untuk bangun. Akibat perlanggaran itu, Nadhirah dan mak cik tersebut jatuh ke lantai berhampiran dengan pejabat Zakiah.

‘Kurang ajar punya perempuan…aku dah minta maaf pun tak di layan..’marah Zakiah dengan keras. Ketika itu cinta belum berputik lagi.

“Apa pandang-pandang…tak puas hati ke..?,”marah Nadhirah

“Kan aku dah minta maaf..yang kau ni nak tengking aku ni apa hal?,”marah Zakiah. Hangin satu badan sudah mula menyirap.

“Eh…kata kat orang pulak..yang kau tu jalan tak tengok depan tu nape?..main redah aje…tak tengok ke orang kat depan ni?,”marah Nadhirah lagi.

“Kau ni kena masuk sekolah….jaga mulut ni…kena ajar sikit mulut tu…tak padan dengan perempuan..ada hati nak cari gaduh dengan aku,”marah Zakiah. Rasa seperti mahu disiat-siat saja mulut Nadhirah ketika itu

“Amboi…amboi sedap je mulut kata kat aku…yang kau tu…mulut pun lebih kurang ajar dari aku lagi…tak hormat orang perempuan langsung. Dah lah langgar aku…minta maaf pun tak ikhlas….dah tu nak ajak gaduh pulak,”marah Nadhirah.

’Kau ni memang nak kena dengan aku ni’marah Nadhirah lagi.

Belum sempat keadaan berlaku lebih teruk, dua orang lelaki yang berbadan tegap dan berotot-otot menghampiri Zakiah. Kedua-dua lelaki yang menghampiri mereka ketika itu adalah pengawal peribadi kepada Zakiah.

“Apa ni cakap kurang ajar betul. Minta maaf cepat dengan Tengku,”arah salah seorang bodyguard Zakiah..

“Buat apa aku nak minta maaf pulak kat bos kau ni.”marah Nadhirah. Semakin menaikkan kemarahannya.

’Besar betul badan dia ni. Ah! takut apa aku. Bukan salah aku pun.’desis Nadhirah dalam hati. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecut perut dia berhadapan dengan manusia gergasi itu. Otot-otot badan lelaki itu berketul-ketul. Nadhirah menelan air liur. Gerun benar.

“Eh! Dia ni cakap banyak pulak….tahu tak dengan siapa kau sedang marah ni….dia ni Tengku Syed Al-Zakiahhuddin, pewaris syarikat Purnama Citra Holding tau…antara orang yang terkaya kat Malaysia ni…hormat lah sikit.”dengan bangga bodyguard Zakiah bernama Joe memberitahu.

“Peduli apa aku dengan kau orang.…memang dasar orang kaya…kurang ajar…kalau dia nak orang hormatkan dia…dia tu dulu perlu hormatkan orang lain. Dah la langgar orang. Minta maaf pun tak ikhlas. Minta bos kau orang tu minta maaf dengan ikhlas kat aku dan makcik ni.”marah Nadhirah sambil tangannya mengajukan makcik di sebelahnya.

Zakiah terkejut. Nadhirah masih mahu bergaduh sedangkan disisinya ada bodyguard. Dia cukup kagum dengan keberanian Nadhirah. Buat seketika dia merenung wajah mulus itu. Ada rasa damai ketika menatap wajah Nadhirah. Cuba mengamati setiap raup wajah. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.’Eh..nape pula dengan aku ni. Nape berdebar-debar aje ni’detik hati Zakiah.

Tanpa di sedari oleh Nadhirah, Zakiah telah merenungnya. Zakiah seronok pula melihat Nadhirah bergaduh mulut dengan pegawal peribadinya. Zakiah begitu asyik merenung. Sekali lagi jantungnya berdebar-debar apabila Nadhirah memandang tajam ke arahnya. Zakiah kaget. Dia memandang ke arah lain. Menutup rasa malunya. Tiba-tiba dia terkejut. Bahunya di tolak dengan kasar oleh Nadhirah lagi.

“Eh!Perempuan…kau jangan kurang ajar…nanti aku pukul kan,”marah Joe, bodyguard Zakiah. Menepis tangan Nadhirah yang cuba untuk menolak bahunya buat kali kedua.

“Amboi…beraninya kau nak pukul seorang perempuan depan khalayak ramai ni ye..kau orang ni memang jenis yang tak hormat orang..mentang-mentang la kau orang kaya..ikut suka je nak buat apa…kau orang ingat..semua orang boleh di beli ker? Boleh buat apa saja yang kau orang suka ye? Ingat duit korang boleh beli semua benda dalam dunia ni ye?,”marah Nadhirah lagi.

“Dah la tu, Joe…kita dah lambat ni.” Zakiah bersuara. Cuba meredakan pertelingkahan di antara Joe dan Nadhirah.

“Ni makcik awak ker..saya minta maaf…tak sengaja terlanggar..kami nak cepat ni..maaf ye makcik.”nada suara Zakiah sedikit mengendur. Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk lagi. Matanya beralih kepada mak cik yang berada disisi Nadhirah.

“Ni bukan makcik saya..Makcik tak larat nak jalan. Jadi saya pimpin. Ingat nak rehat kan makcik ni kat bangku tu.”Nadhirah menerangkan keadaan sebenar sambil tangan nya menunding ke arah bangku di bawah pokok yang rendang dekat dengan Bangunan Purnama Citra Holding.

“Baiknya awak tolong makcik ni. Padahal awak tak kenal pun.”duga Zakiah lagi. Kini Zakiah pula berbicara. Kedua bodyguard nya diam. Mungkin terkejut dengan penerangan Nadhirah tadi.

“Kita ni buat baik berpada-pada….buat jahat jangan sekali. Encik pun..patut buat perkara yang sama. Tak kira la encik ni kaya ker miskin ker..budi bahasa, hormatkan orang tua tu penting. Boleh buat bekal mati nanti. Bekal kat ‘sana’ pun kena ingat selalu, jangan ingat bekal kat dunia je. Kat sana nanti hanya amalan kita je yang kita bawa…dan amalan saja yang dapat menolong kita…orang lain tak dapat dah nak tolong,”terang Nadhirah panjang lebar.

‘‘Huh!pedas betul teguran dan nasihat tu…tapi apa pun saya ucapkan terima kasih,”jawab Zakiah. Zakiah meminta maaf bagi pihak pengawal peribadi nya. Mereka berlalu dari situ. Sempat juga Zakiah mendengar percakapan antara Nadhirah bersama makcik itu.

“Kenapa semua orang kaya bersikap macam tu mak cik. Saya cukup kesal. Kalau semua orang kaya macam ni, alamaknya pupus lah manusia yang berhati mulia kat dunia ni.”kata Nadhirah

“Nak buat macam mana nak. Memang lumrah dunia. Ada yang baik dan yang tidak. Hanya mata hati yang dapat menilai kebaikan seseorang. Mak cik tahu anak seorang yang baik.”terang mak cik itu.

************

Sejak pertemuan yang tidak diduga itu, Zakiah selalu teringatkan wajah Nadhirah. Dia telah menyuruh pengawal peribadinya untuk menyiasat tentang latar belakang Nadhirah. Dari maklumat itu lah dia mengetahui nama, tempat tinggal dan keluarga Nadhirah. Setelah segala butir diri mengenai Nadhirah diketahui, dia memulakan strategi menawan hati wanita pilihanya itu.

Panggilan dari Nadhirah telah mematikan lamunan Zakiah. Mereka perlu segera bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Zakiah tersenyum sendiri. Jauh betul dia mengelamun. Apabila dia termenung pasti dia akan mengingati semula detik permulaan pertemuannya dengan Nadhirah. Ya..Nadhirah yang telah menjadikan dirinya seperti sekarang. Kemaruk cinta.

0 ulasan:

Catat Ulasan