Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

Butakah Cinta 5

Bab 5

Tan Sri Mahmud berjalan ke hulu ke hilir. Dalam kepalanya sedang memikirkan masalah yang menimpanya siling berganti. Selepas kes Marlia dan Halim dua minggu dahulu, kini Doktor Rashid pula menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Fikirannya betul-betul berserabut.Makin difikirkan semakin berserabut. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi dalam bilik sudut bacaan. Dia cuba mendail lagi nombor telefon Doktor Rashid. Tetapi hampa.

”Mana pulak perginya dia ni. Apa sebenarnya yang berlaku ni. Nape pulak Rashid ni tiba-tiba je menghilangkan diri. Tidak dimaklumkan aku langsung. Dah la tu, ahli keluarga pun dia bawa sekali.Ni dah masuk 3 hari dia menghilang. Mana aku nak cari dia ni. Macam ada sesuatu yang telah menimpa dia ni. Selalunya dia tak pernah pergi kemana-mana tanpa memberitahu pada aku,”omel Tan Sri Mahmud sendirian.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Tan Sri Mahmud memandang ke arah pintu itu. Dia masih menanti seseorang disebalik pintu itu. Dia mengeluh perlahan.Di lihat Madiha yang muncul di balik pintu itu.Dia mengharapkan Marlia yang membuka pintu itu. Dia masih merindui anak yang tersayang.

”Nape?Diha nak apa?”soal Tan Sri Mahmud.

”Erk...Diha ada hal sikit nak bincang dengan papa. Boleh ker papa?”Madiha duduk di sisi Tan Sri Mahmud

”Hal apa?Ni pakai cantik nak ke mana?”soal Tan Sri Mahmud. Hairan melihat Madiha berpakaian yang sungguh cantik.

”Tu la nak bagitahu kat papa ni. Diha nak ke parti kawan Diha. Dia buat parti untuk hari jadi.Ingat nak minta duit sikit dari papa. Diha nak beli hadiah,”bohong Madiha.

”Kawan Diha?Siapa?Tak pernah pun selama ni Diha bagitahu kat papa yang Diha ada kawan. Setahu papa, Diha mana ada kawan,”balas Tan Sri Mahmud kehairanan.

”Papa tu kalau pasal Diha semua tak tahu. Dengan siapa Diha berkawan pun papa tak ambil kesah pun. Macam Diha ni anak tiri je. Tapi kalau Marlia, semua papa tahu.Papa selalu risaukan Marlia. Alih-alih anak yang papa sayang tu juga telah menconteng arang ke muka papa.Sekarang, siapa yang malu?”balas Madiha. Dia terasa hati kerana Marlia selalu didahulukan dari dia.

”Bukan macam tu. Papa tak pernah bezakan anak-anak papa. Papa tahu semua perihal Marlia kerana dia selalu maklumkan kepada papa. Bila bertanya terus menjawab. Tidak pernah membantah. Tapi Diha, bila papa tanya nak keluar dengan siapa...kawan dengan siapa...Diha memberontak...membantah setiap kata-kata papa.Tak mahu papa ambil tahu pasal Madiha. Tapi kini lain pulak.Jangan Diha salahkan papa dalam hal ni,”keras nada suara Tan Sri Mahmud.

Kurang senang dengan tuduhan Madiha terhadap dirinya. Memang jauh berbeza sikap Marlia dan Madiha. Bagai langit dengan bumi. Itulah yang membuatkan Tan Sri Mahmud lebih menyayangi Marlia daripada Madiha.

”Maafkan Diha atas sikap Diha dulu. Diha akui, Diha memang banyak buat salah dengan papa. Jadi sekarang ni, Diha nak perbetulkan sikap Diha dulu. Harap papa dapat bagi peluang pada Diha. Bolehkan papa? Maafkan segala salah silap Diha dulu.,”Madiha memegang tangan Tan Sri Mahmud. Dia mencium tangan itu.Air hangat jatuh membasahi pipinya.

”Sudah-sudah la.Papa maafkan Diha. Tapi janji dengan papa. Diha jangan buat lagi perangai Diha yang dulu tu.Hanya Diha saja yang papa ada.Dah la. Kesat air mata tu. Dah tak cantik anak papa ni,”Tan Sri Mahmud membantu mengesat air mata di pipi Madiha.

”Eh..tadi kata nak ke parti kawan Diha kan.Nanti lewat pulak,”sambung Tan Sri Mahmud lagi.

”Memang la nak pergi. Tapi papa belum bagi lagi duit. Kan tadi Diha minta duit, nak beli hadiah,”balas Madiha.

”Ha ahh la...lupa pula papa. Pergi la ambil dalam laci meja tu. Ambil la berapa Diha nak,”arah Tan Sri Mahmud.

”Ok. Thanks papa,”tersenyum Madiha. Dia melangkah menuju ke laci meja tersebut.

Madiha membuka laci. Terpancar senyuman dibibirnya. Tanpa berlengah lagi dia mengambil wang di dalam laci itu. Dikira setiap helaian wang tersebut. Dia mengambil sebanyak dua ribu. Dia berlalu dari bilik Tan Sri Mahmud.

”Ok papa, Diha pergi dulu. Diha tak tahu balik pukul berapa ni. Tak tahu parti tu selesai pukul berapa,”Madiha memulas tombol pintu.Ingin segera keluar tapi langkahnya tiba-tiba terhenti.

”Tapi jangan balik lewat sangat ye Diha. Anak dara tak elok balik lewat malam,”balas Tan Sri Mahmud.

”Ye la. Nanti Diha akan maklumkan semula pada papa,”balas Marlia. Dia terus melangkah keluar.

*****************

”Nape lewat sangat u keluar?Dah penat tahu I menunggu,”soal Borhan apabila Madiha mula memasuki kereta.

”Alah U ni. tak boleh sabar sikit la. Bukan senang I nak pujuk papa tu. I nak duit. Kena la banyak bersabar. U jugakan nak duit. Kalau kita tak ada duit macam mana kita nak enjoy malam ni?,”Madiha mula menarik muka.

”Eh..lupa pulak I.Patut la U lambat. Macam mana, dapat tak duit tu?,”Borhan tersenyum. Menayang giginya.

”Mesti lah dapat. Inikan Madiha. Kelentong sana, kelentong sini dapat la,”tersenyum Madiha kerana telah berjaya membohongi Tan Sri Mahmud.

”Ok, jom kita pergi. Malam ni kita nak ke mana?,”soal Borhan. Kereta mula di pandu.

”I tak kesah. U bawa aje ke mana, I follow aje,”balas Madiha tersenyum.

”Kalau macam tu, I akan bawa U ke satu tempat yang special. Mesti U suka tempat ni,”Borhan melajukan kadar pemanduannya.

*************

”Nape belum tidur lagi ni? Nanti sakit kepala pulak,”soal Halim apabila dia melihat Marlia masih belum lena.

”Mar tak boleh tidur la, abang. Mata ni tak mengantuk,”balas Marlia.

”Nape pulak tak mengantuk?Apa yang Mar fikirkan ni?Risau abang tengok,”Halim memeluk erat pinggang Marlia.

”Mar rindukan papa. Macam mana keadaan papa sekarang ni ye,”Marlia membalas pelukkan Halim. Tiba-tiba air mata mula membasahi pipi gebunya.

”Jangan lah di fikirkan sangat pasal papa. Insya-allah papa tak apa-apa. Dah la, tidur ye. Dah pukul 3 pagi ni. Esok kita nak bangun awal. Nak ke kebun pulak,”pujuk Halim.

”Ermm...tapi Mar rindu sangat la kat papa. Abang rasa papa ingat tak kat Mar?,”soal Marlia. Masih mahu memujuk hatinya.

”Papa mesti ingat. Mar kan anak papa. Air di cincang tak kan putus, sayang. Bagilah papa masa untuk menghadapi semua ini. Ingat kita tak salahkan papa dalam hal ni.Dah la. Kita tidur ye, sayang,”pujuk Halim lagi.

”Betul ke abang?,”soal Marlia lagi. Belum puas hati lagi.

”Betul, sayang. Percaya la cakap abang ni. Kita tidur ye,”Halim masih cuba memujuk isteri tersayang.

Akhirnya Marlia berjaya dipujuk. Dia lena juga di dalam pelukkan suami tercinta. Halim mencium lembut dahi Marlia. Dia sedih melihat keadaan Marlia. Sekejap Marlia gembira, sekejap sedih.Dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi cara untuk memujuk hati Marlia. Dia mengusap-usap lembut rambut Marlia. Dia juga turut terluka dengan peristiwa yang berlaku.

0 ulasan:

Catat Ulasan