Pengikut

Selasa, 13 April 2010

Suratan atau kebetulan 9

Bab 9

“Aku terima nikahnya Nur Syafira Binti Sulaiman dengan mas kahwin sebanyak 80 ringgit tunai,”ucap Jefry.

“Sah?”soal tok kadi

“Sah,”serentak para saksi-saksi menjawab

Kini sudah sah secara rasminya Syafira menjadi isteri kepada Jefry Adam. Bekas abang ipar merangkap suaminya kini. Dia hanya mendengar sahaja lafaz keramat dari suaminya. Tidak bersua muka lagi.

”Kau rasa suami kau tu macam mana orangnya? Handsome tak?,”soal Dayana.

”Kau ni nape? Ada ke patut tanya aku. Aku kan dah cakap tadi, mana aku pernah tengok lagi,” Syafira mencebik.

”Eh, lupa pula aku. Kenapa aku pula yang tak sabar-sabar nak tengok suami kau ni, ya?,’

”Kau tu memang macam tu kan, miang,”

”Amboi sedapnya mak dara ni mengata aku.,”Dayana mengeletek pinggang Syafira.

”Apa ni, geli la,”

”Dah tu siapa suruh kata aku ni miang. Ni miang dah naik minyak ni,”Dayana masih mengeletek Syafira.

”Apa pula main ni? Pengantin tak boleh buat bising. Ala, habis dah senget mahkota ni,”bebel Mak Andam.

Syafira dan Dayana terdiam seketika. Kemudian mereka tergelak kecil. Takut pula di dengari oleh para tetamu. Dan buat seketika, Syafira rasa sangat gembira. Bukan kerana perkahwinannya, tapi kerana Dayana dapat menghiburkan hatinya yang berduka lara. Kini suaminya akan menyarungkan cincin dan pembatalan air sembahyang pula. Dia akan cuba berlagak tenang untuk bertentang mata dengan suaminya nanti.

“Fira, suami kamu datang nak sarung cincin,”kata mak andam.

Syafira berdebar-debar. Bagaimana la rupa suaminya itu. Dia memaut lengan Dayana bagi memberikannya kekuatan untuk menghadapi situasi nanti. Dia menundukkan muka. Tidak sanggup memandang keadaan suasana ketika ini.

”Masuk la,” pelawa Mak Andam. Serentak dengan itu, para tetamu yang lain berebut-rebut untuk melihat acara pembatalan air sembahyang.

Jefry Adam melangkah masuk ke bilik isterinya. Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah isterinya kerana wanita itu menundukkan muka. Dia dapat melihat gelagat wanita disebelah isterinya itu. Mungkin kawan dia agaknya, detik hati Jefry Adam

”Handsome la suami kau, Fira . Kalau macam ni la, suruh aku kahwin pun aku sanggup,”bisik Dayana di teliga Syafira.

Secara spontan pengepit ketam hinggap ke lengan Dayana. Dia terjerit kecil menahan sakit. Dalam keadaan sekarang ni pun, sempat lagi tangan tu jadi ketam,detik Dayana.

Syafira tersenyum puas. Padam muka. Suka sangat kenakan aku,”bisik Syafira di telinga Dayana.

Dayana mencebik. Semakin lebar senyuman Syafira melihat gelagat Dayana.

“Cium tangan suami kamu tu. Angkat la sikit muka tu,”lamunan Syafira terhenti dek teguran dari Mak andam.

”Angkat la tinggi sikit muka tu. Baru la betul pengantin baru. Senyum la sikit. Suami kamu nak tengok ni.,”arah mak andam lagi.

Syafira mengikut arahan dari Mak andam tetapi dia tidak membuka matanya. Perasaan takut masih bersisa.

Perlahan-lahan dia membuka mata untuk menatap wajah suami, bagai halilintar memanah jantungnya. Terkejut bukan kepalang. Lelaki yang selalu bertembung dengannya adalah bekas abang iparnya yang kini menjadi suaminya yang sah.

’Awak?” serentak syafira dan Jefry Adam berkata. Masing-masing terkejut.Walaupun perlahan suara mereka tapi cukup jelas di telinga Dayana yang mendengarnya.

Berkerut dahi Dayana. Macam ada sesuatu yang tidak kena,detik Dayana.

Buat seketika, syafira rasakan bagai hendak pitam. Nasib baik suaminya sempat menyambut badannya yang hampir rebah. Sekali lagi mata mereka bertembung. Denyutan jantung masing-masing berdegup kencang. Masing-masing kaku. Tiada kata yang terpacul dari bibir mereka berdua. Mungkin terkejut. Ya, sama-sama terkejut dengan jodoh dan pertemuan yang telah di tentukan oleh Allah.

Begitu juga dengan Jefry Adam yang turut terkejut. Tidak dia menyangka wanita yang dinikahi adalah wanita yang selalu hadir dalam mimpinya dan selalu mereka bertemu, adalah adik Maira dan kini sah menjadi isterinya. Sungguh kecil dunia ini. Begitu hebat perjalanan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah. Dia perasaan akan perubahan wajah isterinya tadi. Tapi dia berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Hish kamu berdua ni. Nanti-nanti la kalau nak berdakap sayang pun. Malu la orang tengok,”suara mak andam memecahkan lamunan mereka berdua.

Jefry Adam melonggarkan rangkulannya. Merona merah muka Syafira menahan malu. Malu sungguh dia berkeadaan begitu dengan suaminya di depan orang ramai. Orang ramai yang berada di situ bersorak. Tidak tahu apa yang berlaku. Bagi mereka semua pengantin baru pasti berkelakuan begitu.

Dayana yang menjadi pemerhati turut tersenyum. Dia mendoakan kebahagian buat sahabatnya itu. Semua rahsia Syafira terpegang kemas olehnya.

Selesai upacara pembatalan air sembahyang, Jefry Adam berlalu dari bilik bersama-sama dengan para tetamu yang turut serta tadi. Kalau ikutkan hatinya, begitu berat untuk dia meninggalkan isterinya. Namun dia perlu mengikut adat. Selepas dua minggu kenduri berlangsung, baru mereka akan tinggal bersama.

”Amboi...tadi bukan main lagi takut nak tengok suami kau, tapi bila dah dapat...siap berpeluk lagi ya,”sakat Dayana selepas semua tetamu dalam bilik itu telah keluar.

”Berpeluk? Kau ni, mata letak mana? Aku nak pitam, kau kata berpeluk pulak. Harapkan kau, jawabnya tergolek lagi aku tadi. Nasib baik suami aku yang sambut tadi. Kalau tak malu aku tau,”

”Suami? Kira dah boleh terima la ni. Kalau aku pun kat tempat kau, aku sanggup. Suami kau handsome la. Muka dia ala-ala Awal Ashari kan. Beruntung nya badan...,”

”Kau ni memang selalu nak kenakan aku,”

”Tapi kenapa kau nak pitam tadi? Terkejut ya tengok suami kau handsome sangat?,”

”Bukan pasal handsome ke tidak. Tapi memang terkejut sangat. Tak sangka pula suami aku tu dia,”

”Suami kau tu dia? Aku tak faham,”

”Baik la. Biar aku terangkan,”

Syafira menerangkan hal sebenar. Bagaimana dia boleh berjumpa dengan suaminya. Pertemuan yang tidak sangka. Pergi bershoping sama-sama. Dayana bagai burung belatuk. Terhangguk-angguk kepala mendengar setiap kata-kata Syafira. Tergelak pun ada. Ia sangat melucukan. Tetapi apabila difikirkan semula, siapa menduga jodoh yang telah Allah tentukan. Kita manusia hanya merancang.

Perbincangan mereka terhenti dek sapaan dari mak andam.

”Fira, marilah bergambar. Suami kamu dah tunggu kat luar. Nanti rombongan mereka dah nak balik,”

”Baik la. Jom, temankan aku,”Syafira memaut lengan Dayana

Atas permintaan tetamu yang hadir mereka berdua kena bergambar bersama-sama. Untuk dijadikan kenangan pada majlis akad nikad. Pada awalnya, Syafira tidak mahu, tapi bila didesak oleh mamanya, baru dia sanggup untuk bergambar.

”Rapat la sikit. Jeff kau pegang la pinggang isteri kau tu. Apa ni, keras macam patung je. Peluk la sikit isteri kau tu. Apa yang nak di malukan nya. Ha..macam tu la. Muka kau ni rapat la sikit. Ha...macam tu. Cantik sangat. Ok duduk diam-diam ye. Ready....ok..beres,” pelbagai arahan diberikan kepada Jefry dan Syafira oleh jurugambar.

Berbagai-bagai aksi yang mereka terpaksa lakukan. Jefry perasan wajah isterinya merona merah setiap kali jurugambar menyuruh mereka duduk rapat-rapat. Tapi dia lagi suka bila keadaan mereka begitu. Setiap kali tubuh mereka bersentuhan, setiap kali itulah perasaan Jefry berdebar-debar. Keadaan yang selalu dia alami setiap kali bertemu dengan isterinya dahulu.

0 ulasan:

Catat Ulasan