Pengikut

Khamis, 22 Oktober 2009

selingkar kasih 1

Selingkar Kasih

Bab 1

Suasana di dalam dewan kuliah yang bising tidak membangkitkan rasa ingin ikut sertai mereka.Sofia melabuhkan punggungnya di satu sudut yang jauh sikit dari suasana bising.Dia yakin tempat itu amat sesuai untuk mentelaah pelajaran yang akan dihadapi nanti.Dia membuka buku subjek Accounting Principal.Buku itu tebalnya 2 inci.Buku itu adalah salah satu subjek kelas untuk hari ini.Course Businees Study yang diambilnya kerana begitu meminati dunia perniagaan.Walaupun keluarganya bukan dari golongan orang berniaga.Tapi minat itu ada padanya.Dia sendiri tidak tahu.Mungkin dari nenek moyang dulu.Rasanya.Sedang asyik membelek buku itu suasana yang tadinya telah sepi.Senyap sunyi.Macam Malaikat lalu.Sofia memandang di hadapannya.

“Ermm.Patutlah..”ngomelnya sendirian.

Lecturer untuk subjek yang akan ditelaah nanti sudah memasuki dewan kuliah.Tapi suasana lain sedikit.Ada seseorang di sisi Lecturere nya, Cikgu Nor Ain.Seorang lelaki.

“Baik kelas.Kita ada seorang student baru.Kenalkan nama kamu” arah Cikgu Nor Ain pada lelaki itu.

“Nama saya Hanafi Bin Hasyim.Berasal dari Temerloh.Anak pertama dari 5 adik-beradik.Saya pelajar baru.Jadi kalau boleh tunjuk ajar la pada saya.” terang Hanafi tergagap-gagap.

“Oii.Nape tergagap-gagap tu.Kau memang gagap ker.Orang je nampak handsome.Tapi gagap” teriak satu suara dari arah kiri dewan.Suara itu adalah suara Borhan.Seorang senior yang suka membuli pada pelajar baru.Satu dewan kuliah bunyi suara orang ketawa.Hanafi tunduk.Malu diperlekehkan pada hari pertama dia belajar.

“Maaf.Saya tak gagap.Cuma gugup kit jer.” Terang Hanafi membela diri.

“Dah la tu Hanafi.Awak boleh duduk sekarang.Cari je la kat mana-mana tempat yang awak nak duduk”terang Cikgu Nor Ain.

Belum sempat Hanafi ingin bertanyakan dimana tempat yang perlu dia duduk.Hanafi tidak menjawab.Dia berjalan sambil matanya mencari-cari tempat yang kosong.Matanya terarah ke satu sudut.’Ha.kat sana ok.’bicara Hanafi dalam hati.Tanpa berlengah dia berjalan menuju ke kerusi yang kosong itu.

“Ha..jumpa jugak tempat duduk.Nasib baik ada kerusi yang masih kosong ni.”luah rasa Hanafi.Tanpa dia sedari tingkah lakunya di perhatikan seseorang di sebelahnya.Sofia yang berada disebelah Hanafi masih melihat gelagat Hanafi.

“Nape la mamat ni.macam tak pernah jumpa kerusi je.”ngomel Sofia dalam hati.Dia sakit hati tengok Hanafi yang tiba-tiba duduk di sebelahnya.Dia yang asyik mentelaah pelajaran terbantut.Dia pantang kalau dia sedang study ada orang mengacau .Pasti orang yang menganga akan kena habuan mulut celuparnya.

“Eh.Kau ni apasal.Cam orang kempunan jer.Tak pernah jumpa kerusi ker.” marah Sofia.Baru dia teringat beg galasnya ada atas kerusi tu.Cepat-cepat dia menampar bahu Hanafi.Mengarahkan supaya Hanafi bangun.Hanafi yang masih lagi terkesima menurut saja arahan Sofia.Sofia menarik beg galasnya.Meletakkan di sisi kirinya di atas kerusi kosong.Hanafi tersenyum malu kucing.Menampakkan baris giginya yang teratur dan putih itu.Dan menampakkan lesung pipitnya.

“Maaf.Saya tak perasan beg awak ada.Maaf ye.Saya betul tak sengaja.”mohon Hanafi.Penuh harapan supaya maafnya di terima.

“Ok.Saya maafkan.Tapi lain kali jangan buat lagi.Nasib baik tak ada bekal dalam beg tu.Kalau tak sape nak makan.”Sofia mengangguk kepala. Tanda memaafkan Hanafi .Sempat lagi membebel.

Dia berharap supaya Hanafi tidak akan mengulanginya lagi.Nasib baik hari ini dia tidak bawa bekal.Biasanya dia akan membawa bekal pada tiap-tiap hari.Tapi pagi tadi dia tidak sempat memasak.Dia lebih suka memasak sendiri.Dapat berjimat.Itu yang selalu dia amalkan.Oleh kerana dia tinggal di asrama, jadi semua kerja kena buat sendiri.Dia tidur lewat semalam.Jadi pagi tadi selesai solat subuh dia ambil masa untuk rehatkan fikiran dan matanya.Tapi terlena pula.Terkejut dari tidur pun jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.Tidak sempat untuk memasak.Kelas pukul 8.30 pagi.Hendak bersiap lagi makan masa.Jadi dia buat keputusan tidak perlu masak hari ini.Hari ini dia akan makan di kantin kolej saja.Dalam fikirannya sudah terbayang sandwich Mak timah.Memang sedap.Dia paling suka makan sandwich masak dengan isi ikan tuna bersama mayonis.Masam-masam gitu.Tiba-tiba.

“Kurrpp…”

Ala perut ni berbunyi lak pulak.Masa kelas belum habis lagi ni.Lagi 30 minit.Sabarnya perut.Nanti aku bagi makan.”Sofia memegang perutnya sambil membebel.

Tanpa dia sedari gelagatnya tadi telah diperhatikan oleh Hanafi.Hanafi senyum sendirian.Takut untuk mula berbicara dengan Sofia.Dia tenung wajah Sofia.Agak lama.Tanpa beralih arah.

’Cantik jugak awek ni.Ada tahi lalat lagi atas hidung.Cantik.Walaupun kulitnya tak lah cerah mana.Tapi cantik.Macam penyanyi Ella.” desis hatinya.Hatinya mula terpaut dengan Sofia.

“Pup.”

Excuse me.Ada apa kat muka saya ni yang awak tengok semacam jer.” Sofia memetik ibu jarinya.Mahu kepastian.Pelik melihat lelaki di sebelahnya.

“Eh.Tak ada ape.Saja nak tengok.Comel tahi lalat tu.Beli kat mane?”seloroh Hanafi.

Mahu memancing untuk berbicara dengan Sofia dan menutup rasa malunya tadi.Menampakkan lagi lesung pipitnya di pipi bila tersenyum.

“Amboi.Bukan main lagi.Tadi aku tengok tergagap lagi cakap kat depan tu.Ni dah salin kulit ker.”marah Sofia.

Geram betul dia pada Hanafi.Tidak pernah ada orang yang menegur pasal tahi lalatnya.Dia malu ada tahi lalat di atas hidung.Kalau tahi lalat ada dekat tepi bibir tak apa.Cantik juga.Fikirnya.

“ Ha, salin kulit? Apa ker jenis salin kulit.Aku ni bukannya ular nak bersalin kulit.”tergelak Hanafi apabila Sofia berkata begitu.

Tidak disangka banyak cakap juga gadis di sisinya dan suka buat lawak.Dia masih memandang Sofia.Agak lama.Masih berminat memerhati wajah Sofia.Gadis itu betul-betul menarik minatnya.Jarang sekali dia berjumpa seorang wanita yang mempunyai tahi lalat di hidung.Itulah yang menarik hatinya dari tadi.Dia senyum sendirian.

Sofia pula malas hendak berlawan cakap dengan Hanafi.Minatnya lebih tertumpu pada pengajaran oleh Cikgu Nor Ain.Dia tidak mahu terlepas subjek yang paling diminatinya itu.Daripada melayan mamat sengal dekat sebelah dia, baik dia menumpukan perhatian pada ajaran Cikgu Nor Ain.Ada juga faedah.Fikirnya.Dia biarkan Hanafi dengan keadaannya tanpa dia sedari Hanafi begitu asyik memandangnya.Hari pertama dia telah berkenalan dengan seorang gadis yang cukup istimewa di matanya.Berkenalan secara tidak rasmi.Biar Sofia tidak menerimanya namun dia akan terus memancing Sofia.Minatnya makin berkobar-kobar ingin mengenali Sofia dengan lebih rapat lagi.

***************

Selesai sesi pelajaran dengan Cikgu Nor Ain tadi dia terus ke kantin.Nasib baik sesi hari ini dua subjek saja.Dia tidak menghiraukan keadaan disekeliling.Yang penting perutnya perlu diisi dahulu.Rasa lapar yang teramat.Perutnya senak dek menahan rasa lapar.Tiba di kantin matanya mencari sandwich.Nasibnya baik sandwich masih ada satu saja.Dapat juga perut dia merasa.Tangannya terus mencapai sandwich.Tidak dia menyangka sandwich itu juga di pegang oleh seseorang.Tangan mereka bersentuhan.Cepat-cepat sofia menarik tangannya.Dia melihat seorang kelibat di hadapannya.Seorang lelaki.Sofia tergaman.Dia tidak menyangka lelaki yang amat dia benci berada dihadapan nya kini.Dia amat mengenali lelaki itu.

“Fauuzii”tersekat-sekat suara Sofia menyebut nama itu.Dia rasa suaranya tersekat di kerongkong.Tidak dapat meluahkan.Kelu.Hanya memandang saja Fauzi dihadapannya.

Sofia masih lagi kelu lidah untuk bekata-kata.”kenapa dia boleh ada kat sini.Macam mana ni.Apa aku nak buat.Lari la.”detik hatinya.Sepantas kilat hati memikir serentak dengan kaki untuk melangkah lari dari situ.Tiba-tiba tangannya dipaut oleh seseorang.

“Eh.lepas lah.Aku kata lepaskan aku…”marah Sofia.Tanpa melihat siapa yang telah memaut lengannya.

“Kenapa dengan kau ni.Aku la..”terang Tina.Sahabatnya dari sekolah menengah lagi dan sekampung.Tina kebingunan melihat gelagat Sofia.Dia hairan Sofia memarahinya kerana memegang lengan sahabatnya itu.

“Buang tabiat ker.Nape lak nak marah aku ni.”.rajuk Tina.Dia meleraikan pegangan.Memalingkan badan membelakangi Sofia.

“Maaf la.Aku ingat sape tadi.Rupanya kau.Mari la aku pujuk.Ala-ala pengarang jantung buah hatiku sayang.Mari la kat sini.Ala-ala bucuk” pujuk Sofia.

Dia tidak mahu sahabatnya itu terus merajuk.Susah dia nanti untuk meminta tolong.Sekaligus menutup lara di hatinya yang baru singgah sebentar tadi.Akhirnya Tina dapat dipujuk.Amat mudah memujuk sahabatnya itu.Buat kelakar sikit sudah hilang rajuknya.Tina menampar bahu Sofia.Melepaskan geram.Baru adil.Mereka ketawa bersama.Niat Sofia hendak makan sudah terbantut.Perutnya rasa kenyang serta merta dek melihat kelibat Fauzi tadi.Dia masih hairan.Memang dia pasti yang dilihatnya tadi adalah Fauzi.Tapi belum sempat Sofia ingin mencari Fauzi selepas adegan yang tidak sengajakan oleh Tina, kelibat Fauzi hilang dari pandangan.Puas dia mencari Fauzi tetapi tidak kelihatan.Dalam fikirannya telah memikirkan bermacam andaian yang tidak sanggup di hadapi nanti.Dia rasa lemah seluruh badannya.Jantungnya berdegup kencang.Takut.Teramat takut akan kemungkinan yang berlaku.Bersusah payah dia melarikan diri dari Fauzi.Tapi lelaki itu muncul lagi dalam hidupnya.Mimpi ngeri sudah menjadi realiti.

**********************

Usai solat asar, Sofia melabuhkan punggungya di kerusi .Dia perlu membuat latihan dan ulangkaji.Trial exam semakin hampir.Dia membuka buku latihan yang perlu di buat ulangkaji .Dia membelek satu persatu buku rujukan yang ada di atas meja tulisnya.Tiada perasaan pula hendak mengulangkaji pelajaran.Amat penat hari ini.Fikirannya berserabut.Dia menyandarkan badan di kerusi.Mengangkat muka memandang siling bilik asramanya.Melihat kelajuan kipas memusing.Fikiran kosong.Tidak tahu apa yang difikirkan.Dia masih bimbang apa yang akan berlaku nanti jika benar orang yang dilihatnya pagi tadi adalah Fauzi.Dia masih mencari-cari kenapa Fauzi berada di sini.Seingat dia Fauzi belajar di UiTM,Shah Alam.Sudah lama Fauzi belajar dekat situ.Kenapa pula sudah masuk semester 3 baru belajar dekat sini.Pelik betul.Fikirnya.

“Aaarrgghh”Sofia melepaskan keluhan lemah.Melepaskan beban yang difikirnya.Dia memerhatikan sekeliling ruang dalam biliknya.Sahabatnya Tina belum lagi pulang.’Masih ada kelas lagi agaknya’desis Sofia.

“Beep!!Beep!!”

Telefonnya berbunyi..Sofia mengalihkan pandangan ke atas katil.Melihat telefon itu berkedip-kedip keluar cahaya serentak dengan bunyi. Minta diangkat segera.Dengan perasaan malas dia bangun menuju ke katil.Dia mengambil telefon.Melihat di skrin .Tiada nama .Nombor yang tidak di kenali.

“Nombor sape pulak ni.Bosan betul la.Time orang tak ada mood ni la macam-macam.”ngomel Sofia.

Dengan perasaan berat hati dia menekan butang answer itu.Dia cuba mendengar dengan teliti suara di talian.Namun tiada sebarang suara yang kedengaran.Pelik.Dia malas hendak melayan.Dia terus menekan butang off .Mematikan talian tersebut.Dia menghempaskan dengan lemah telefon ke atas katil.

“Beep!!Beep!!Beep!!”

Telefon berbunyi lagi.Sofia malas menjawab.Dia membiarkan saja telefon itu berbunyi untuk entah ke berapa kali.Fikirannya berserabut.Akalnya tidak menemui jalan penyelesaian untuk masalah yang baru di hadapinya hari ini.Betul-betul buntu.Dia merebahkan badan ke katil.Ingin menenangkan fikiran.Matanya memerhatikan pusingan kipas siling.Kelajuan pusingan kipas sama dengan kelajuan denyupan jantungnya.Semakin laju.Dia cuba memejamkan mata.Tapi tidak boleh.Terbayang-bayang wajah Fauzi yang sedang mentertawakan nya.Cukup sinis.Gelak tawa Fauzi semakin kuat.Membuatkan dirinya takut.Peluh penuh di badan.Dia membuka matanya.Mengesat peluh yang bercucuran keluar bagai tidak mahu berhenti.Makin dia mengesat makin banyak yang keluar.Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat.Dia bangkit dari katil.Mengambil tuala menuju ke bilik air.Dia memandang jam di dinding.Waktu sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.Dia perlu segera mandi.Dengan lemah dia menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri.

Dengan kasar Hanafi merebahkan badan ke atas katil.Dia mengambil telefon dari poket seluarnya.Membuka semula nombor yang dia dail petang tadi.Dia mengsetkan semula nombor itu dengan nama Sofia.Nombor telefon yang dia minta dari sahabat Sofia, Tina.Bersusah payah dia memujuk Tina supaya memberikan nombor telefon Sofia.Nasibnya agak baik kerana Tina yakin dia akan bersikap jujur untuk berkawan dengan Sofia.Ya.Dia memang jujur untuk berkawan dengan Sofia.Gadis itu amat menarik minatnya.Selama ini dia tidak berminat langsung untuk mengenali mana-mana wanita.Pegangan dan didikan dari keluarga yang mementingkan pelajaran dahulu menjadikan dia seorang yang berdisplin dan pendiam.Tapi tidak dengan Sofia.Pada hari pertama berjumpa sudah ingin mengenali dengan dekat lagi.Hilang semua prinsip dan disiplin diri yang selalu dia amalkan.Dia sendiri tidak dapat menahan gelora di jiwa.Hatinya melonjak-lonjak untuk mengenali dan mendekati Sofia.

“Tak pe.Esok kita jumpa lagi.Kalau Sofia tak mahu jawab telefon hari ini, aku akan cuba lain kali.Aku akan pastikan sampai dia menerima aku dalam dirinya.”Hanafi nekad akan menjadikan Sofia insan istimewanya.

Begitu mudah Hanafi beranggapan Sofia akan menerimanya.Dia sudah berangan-angan akan memiliki Sofia.Baginya sekeras mana pun seorang perempuan akan cair juga suatu hari nanti.Hanya masa dan keadaan yang menentukan.Jika itu adalah jodoh dia dan Sofia.Kali ini dia nekad.Dia yakin Sofia adalah gadis impian nya.Dengan perasaan yang berbunga-bunga Hanafi mengambil tuala menuju ke bilik air.Dia perlu menyegarkan diri dan segera menunaikan solat asar.