Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

Butakah Cinta 3

Bab 3

“Aku terima nikahnya Marlia Binti Mahmud dengan mas kahwin sebanyak 50 ringgit tunai,”Halim melafazkan akad nikah.

“sah? ,”tanya tok kadi

“Sah!!,”jawab saksi-saksi untuk majlis kahwin itu.

Majlis kahwin antara Halim dengan Marlia berlangsung dalam suasana hening. Tidak meriah seperti perkahwinan orang lain. Marlia minta ayahnya menjadi wali untuknya buat kali terakhir. Hanya itu yang di minta dari ayah tersayang. Walau sekejam mana Tan Sri Mahmud, dia menyelesaikan juga tanggungjawabnya. Dia tidak mahu melepaskan Marlia dengan Halim tanpa ada ikatan yang sah. Hanya itu jalan terbaik. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan Marlia, namun kejadian yang telah merobek hatinya terpaksa ditelan jua.

Selepas peristiwa semalam, Halim telah dirawat oleh Doktor Rashid yang ketika itu masih berada ditempat kejadian. Luka-luka yang ada di cuci. Halim mengakadkan nikah dengan mukanya lebam kebiruan. Kalau diikutkan hatinya tidak mahu meneruskan perkahwinan itu. Namun cintanya pada Marlia mengatasi segalanya. Dia kasihan melihat Marlia. Gadis itu dibuang keluarga tanpa tahu akan kebenaran yang sebenarnya. Kini menjadi tanggungjawabnya untuk memelihara dan membahagiakan Marlia.

Selepas tok kadi dan saksi-saksi perkahwinan itu pulang, Tan Sri Mahmud telah mengarahkan Mak Jah pembantu rumah mereka membungkus semua pakaian Marlia. Pada hari perkahwinan Halim dan Marlia, Tan Sri Mahmud telah kehilangan anak yang amat di kasihi.

Begitu juga Marlia. Dia telah kehilangan kasih seorang ayah. Sudah lah ibunnya Puan Sri Maisarah meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun lagi. Kini dia kehilangan kasih ayah yang tercinta pula. Sungguh pilu.

“Kau ambik barang-barang kau ni. Mulai hari ini putus segala hubungan kita. Kau bukan anak aku lagi. Berambus kau. Kau, Halim berambus. Bawa isteri kau dari sini. Aku tak mahu lihat lagi muka kau berdua. Berambus,”arah Tan Sri Mahmud dengan kasar.

Tiada kata-kata yang terpacul dari mulut Halim dan Marlia. Mereka hanya menurut saja kata. Tiada guna untuk menerangkan hal sebenar. Untuk membela diri pun tidak diberikan kesempatan, apatah lagi untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Biarlah. Mereka menerima segala dugaan ini seadanya. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Mereka meninggalkan banglo mewah itu dengan hati yang hiba dan pilu.

Pemergian mereka di ekori oleh pandangan mata seseorang. Begitu sinis dan tajam pandangan itu. Pandangan kemenangan si perancang, Madiha dan Borhan. Mereka berdua memang berhati busuk. Kerana dendam mereka sanggup menggadaikan maruah mereka untuk mencapai apa yang di inginkan.

Bagi Madiha dan Borhan, ia adalah satu kemenangan yang amat besar. Tiada yang dapat menghalang mereka. Tapi mereka lupa bahawa ada yang lebih berkuasa dari mereka. Yang menentukan ajal maut, jodoh pertemuan. Segala yang tersirat hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Jika tidak di bumi ini mereka menerima balasan di atas kejahatan yang dilakukan, di akhirat nanti mereka akan menerima jua pembalasannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan