Pengikut

Rabu, 17 Mac 2010

Apa hendak dikata, kalau sudah jodoh....

Suasana di rumah Puan Halimah begitu hening. Hanya tangisan yang menghiasi ruang rumah itu. Puan Halimah masih berada disisi menantu tersayangnya, Ainul. Pemergian kerahmatulllah, Haikal anak keduanya amat dirasai. Haikal seorang anak yang taat dan sikapnya amat disukai oleh orang kampung. Kini amat terasa akan kehilangan Haikal.

“Sabar ya sayang, banyakkan bersabar,”Puan Halimah memberikan kata peransang kepada Ainul.

“Abang…..jangan tinggalkan Ainul seorang diri….Ainul tidak ada tempat lagi hendak mengadu…”teresak-esak Ainul meluahkan rasa.

“Jangan macam ni, Ainul .Ibu dan Abang Long kan ada. Kami boleh jaga Ainul. Apa yang penting sekarang ialah Ainul banyakkan bersabar. Kita sebagai manusia perlu redha dengan ketentuan Allah. Ada hikmah disebalik semua ni,”pujuk Puan Halimah lagi.

“Abang…..abang…jangan pergi…tunggu Ainul….”jerit Ainul sambil berlari-lari mengejar bayangan Haikal.

Orang kampung yang ada disekeliling terkejut. Begitu juga dengan Puan Halimah. Dia berlari mendapatkan Ainul.Tapi kudratnya yang sudah berusia tidak dapat membantunya untuk berlari dengan lebih laju seiringan dengan langkah Ainul.

“Halim…kejar Ainul…cepat kejar dia,”jerit Puan Halimah kepada Halim, abang kepada Haikal yang sedang berada diluar rumah.

Secara automatik tindakanya seriringan dengan jeritan ibunya. Dia berlari sekuat hati bagi mengejar Ainul yang mula menghampiri jalan raya. Apabila dia berjaya mendapatkan Ainul, terus dia memeluk erat Ainul supaya Ainul tidak lari.

Ainul meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dia tidak mahu ketinggalan. Dia mahu terus mengejar bayangan Haikal. Dia memukul dada Halim supaya melepaskan nya.Dia ingin terus mengejar bayangan Haikal yang hilang dari pandanganya.

“Abang….jangan tinggalkan Ainul…abang,”jerit Ainul. Tangannya terkapai-kapai memanggil Haikal.

“Pang!!!

Satu tamparan yang kuat mengenai pipi gebu Ainul. Ainul tersentak.Dia memandang ke arah Halim yang berada dihadapannya. Tidak semena-mena dia terus memeluk Halim. Dia menangis semahunya di bahu Halim.

Halim terkesima dengan tindakan Ainul. Dia yang masih terkejut cuba mententeramkan Ainul. Dia mengusap-usap kepala Ainul.Dia juga bersimpati dengan nasib yang menimpa Ainul. Tiada siapa yang dapat menghalang kehendak Allah. Dia sayang kepada Haikal, namun Allah lebih lagi sayang kepada Haikal.

“Sudah-sudah la. Tidak elok Ainul macam ni. Sayu hati abang tengok Ainul begini,”pujuk Halim.

Ainul tidak menjawab. Dia masih lagi menangis di bahu Halim.

“Jom kita balik rumah. Ibu mungkin sedang menunggu kita,”pujuk Halim lagi. Dia mengiringi perjalanan ke rumah disamping Ainul yang masih lagi memaut lengannya sebagai penyokong untuk berjalan sambil teresak-esak menangis.

Halim memandang Ainul disisinya dengan pandangan simpati. Dia tidak menyangka jodoh Ainul dengan Haikal tidak panjang. Mereka berkahwin baru setahun dua bulan. Zuriat pun belum ada. Walaupun dulu Halim yang menjadi peminat rahsia Ainul, namun jodoh tidak menyebelahinya.

Haikal lebih dahulu meluahkan hasrat hatinya kepada Ainul.Hingga kini, Halim belum lagi berkahwin. Cinta pada Ainul masih utuh walaupun Ainul telah menjadi adik iparnya setahun lalu.

*********

“Halim…kenapa ditampar muka Ainul. Kesian ibu tengok dia. Masih berbekas lagi tamparan Halim dimukanya,”sapa Puan Halimah apabila dia menghampiri Halim.

“Abang tidak berniat pun hendak sakiti Ainul. Malah abang sayang pada Ainul. Tapi abang tidak dapat kawal sabar abang ketika itu. Ainul meronta-ronta mahu melepaskan diri. Bukan abang sengaja. Maafkan abang ya, ibu,”Halim memegang tangan Puan Halimah. Mengharapkan kemaafan.

“Bukan pada ibu yang perlu abang minta maaf. Tapi pada Ainul. Pergi la tengok dia. Ibu sedih tengok keadaan dia sekarang ni.Pergi la,”arah Puan Halimah.

“Baik la,”balas Halim.

Halim menuju ke ruang tamu. Dia mencari kelibat Ainul. Tapi hampa, Ainul tiada di ruang tamu. Dia mencari lagi di dalam bilik. Pintu bilik Ainul dibuka. Tiada juga. Dia menuju ke ruang dapur mencari ibunya untuk bertanyakan dimana Ainul.

“Ibu, Ainul mana? Tidak ada pun dekat ruang tamu tu,”soal Halim dan matanya masih melilau mencari kelibat Ainul di ruang dapur.

“Ada dekat luar tu la. Tadi ibu sudah tenangkan dia atas sofa tu. Ibu tengok tadi dia sudah lena,”terang Puan Halimah.

“Tidak ada pun. Betul ke dia tidur tadi masa ibu tinggalkan dia?,”soal Halim kehairanan.

“Betul!Ibu sendiri yang mendodoikan dia tadi,”sedikit terkejut Puan Halimah mendengar Ainul tiada di ruang tamu.Tiba-tiba hatinya dipaut kerisauan.

“Pergi cari Ainul cepat, abang. Ibu risau kalau benda yang buruk berlaku kepada Ainul. Cepat abang,”tambah Puan Halimah lagi.

“Ha!..ya..ya..abang pergi sekarang,”tanpa berlengah lagi, Halim terus melangkah.

*****

“Abang…jangan tinggal kan Ainul…tunggu abang. Tunggu…ainul datang ni,”Ainul berlari-lari anak mengejar bayangan Haikal.

Dia nampak dengan jelas Haikal sedang melambai-lambai ke arahnya. Dia nampak dengan jelas, Haikal tersenyum-senyum memandangnya. Sedang itu semua hanyalah khayalan dia sahaja. Tapi Ainul tidak menyedari apa yang berlaku. Rasa terkejut dengan berita kematian Haikal masih lagi terngiang-ngiang ditelingannya apabila ibu mertuanya mengkhabarkan berita itu.

“Eh, Ainul…nak ke mana tu..laju sangat berjalan?,”tegur Mak Eton yang melalui jalan yang sama dengan Ainul.

Ainul tidak mempedulikan orang berada sekelilingnya. Pertanyaan dari Mak Eton tidak dihiraukan. Hasrat hanya satu, mengejar bayangan Haikal.Kaki melangkah dan terus melangkah tanpa berpaling lagi.

“Apa kena dengan budak Ainul ni. Aku tegur tidak berjawab.Sakit ke budak ni,”bebel Mak Eton. Langkah diteruskan. Dia yang baru pulang dari mengurut orang bersalin dari kampung sebelah, tidak mengetahui berita kematian Haikal.

“Eh, Mak Eton..Mak Eton ada Nampak Ainul tak?,”termengah-mengah Halim menegur Mak Eton selepas puas dia berlari mengejar Ainul.

“Ainul?Kenapa pula dengan Ainul. Dan kau ni kenapa, termengah-mengah ni. Aku tengok Ainul menuju ke sungai tadi. Aku tegur, dia tidak jawab. Berlalu macam tu je,”balas Mak Eton.

“Apa!ke sungai? Tak apa la Mak Eton. Saya pergi dulu,”Halim melajukan lariannya mengejar Ainul.

“Ishh budak ni. Tak sempat aku nak bercakap, pergi macam tu je. Apa hal pula Halim ni kejar Ainul. Kan ainul tu adik ipar dia. Dia tu pulak belum kahwin. Isshh..tak boleh jadi ni. Kena khabarkan pada Imah ni.Kalau orang lain tahu, malu nanti,”Mak Eton melajukan langkahnya ke rumah Puan Halimah.

******

“Assalamualaikum…Imah…Imah,”laung Mak Eton di tangga rumah.

“Waalakummussalam…ooo kak Eton. Masuk la,”pelawa Puan Halimah.

“Tak apa la. Aku duduk kat luar ni je. Lagipun panas kalau duduk kat dalam,”balas Mak Eton

“Kak Eton dari mana ni. Ada hal ke datang rumah Imah ni?,”soal Puan Halimah

“Aku memang ada hal pun nak jumpa kau ni. Aku jumpa Halim tadi sedang mengejar Ainul. Tak elok Halim buat macam tu…”belum sempat Mak Eton meneruskan ceritanya, Puan Halimah menyampuk.

“Apa!Ainul ke sungai?Ya Allah apa lagi yang Ainul hendak buat ni, nak. Kesiankan la pada ibu,”luah Puan Halimah. Dia terduduk di birai pintu rumah.

“Kenapa dengan kau ni, Imah. Aku belum cakap habis lagi kau dah menyampuk,”balas Mak Eton

“Kak tidak tahu lagi ke pasal Haikal?,”soal Puan Halimah

“Haikal?Kenapa dengan Haikal? Aku tidak ada dekat kampung ni sudah dua hari. Hari ni, baru aku balik. Aku pergi mengurut orang bersalin dekat kampung sebelah,”jawab Mak Eton. Dia merasa pelik dengan sikap Halimah.

“Haikal sudah tidak ada lagi. Haikal sudah meninggal dua hari lepas,”balas Puan Halimah. Hatinya sebak untuk bercerita, tapi diteruskan jua.

“Innalillahwainnahilaihirajiu… Haikal sakit apa, Imah?,”terduduk Mak Eton mendengar khabar itu.

“Haikal tidak sakit kak. Dia kemalangan dan meninggal dalam perjalanan ke hospital,”terang Puan Halimah.

Puan Halimah menceritakan semua yang berlaku kepada Mak Eton. Terutama sekali perihal Ainul.Dalam sebak, Puan Halimah dapat juga meneruskan.

“Sabar-sabar la, Imah.Aku minta maaf pasal tadi.Aku sudah tersalah sangka pada Halim,”balas Mak Eton.

“Tak apa la kak. Lagipun kak tidak salah.Kak pun bukan sengaja nak timbulkan hal ini,”

“Terima kasih Imah. Ermm…aku balik dulu la. Kalau budak-budak tu sudah balik, kau bagitahu aku. Biar aku tengokkan keadaan Ainul,” Mak Eton mula beredar dari rumah Puan Halimah.

Puan Halimah hanya menggangguk.Memandang permergian Mak Eton dengan pandangan yang sayu. Hatinya masih risau akan nasib Ainul. Sudah la anaknya Haikal telah meninggalkan dia, kini dia takut jika Ainul juga akan meninggalkannya. Dia terlalu sayangkan Ainul seperti anaknya sendiri.Dia berharap Halim sempat menyelamatkan Ainul dari melakukan perkara yang tidak diingini.

**********

Halim termengah-mengah. Dia baru sahaja menyelamatkan Ainul dari lemas.Dia membaringkan badan Ainul yang sudah lencun. Begitu juga dengan dia. Dia terduduk di sisi Ainul yang masih terbaring.Dia memandang Ainul.

“Kenapa Ainul buat begitu. Tidak elok apa yang Ainul cuba lakukan.Banyakkan bersabar,”pujuk Halim.

Ainul diam. Dia masih menangis teresak-esak. Dia sendiri tidak tahu apa yang telah dia lakukan. Seingatnya tadi, dia cuba mengejar bayangan Haikal yang melambai-lambai kepadanya.Namun semakin dia mengejar bayangan Haikal, semakin laju bayangan itu berlari.

“Sudah la tu. Jom kita balik. Pakai kain ni buat selimut badan Ainul yang sudah basah ni,”arah Halim sambil dia membangunkan badan Ainul dan melilitkan kain tuala yang ada dengannya. Kain tuala itu juga sudah basah tapi sekurang-kurangnya dapat menutup badan Ainul.

**********

Hampir seminggu berlalu sejak peristiwa Ainul terjun sungai. Kini Ainul kembali tenang. Setiap hari dia menziarah pusara Haikal. Dibaca Surah Yasin, di tabur bunga kemboja di atas pusara Haikal, dipanjatkan doa buat suami tercinta moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Abang….Ainul sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan abang di sana. Ainul terlalu rindukan abang. Setiap saat Ainul rindukan abang. Ainul balik dulu ya, abang. Lain kali Ainul datang lagi,”Ainul menyiram air bersama-sama dengan bunga kemboja di atas pusara Haikal.

Itulah rutin harian Ainul sejak seminggu lalu. Setiap waktu pagi dan petang dia akan ke pusara Haikal. Setiap kali dia pergi, Halim menjadi peneman setianya. Halim risau jika Ainul pergi seorang diri. Dia belum yakin Ainul boleh berdepan dengan situasi itu. Lebih baik dia berhati-hati sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Halim memandang Ainul yang sedang menuju ke arahnya.Dia tersenyum apabila Ainul tersenyum memandangnya.Dia cukup senang hati apabila melihat perubahan sikap Ainul ketika ini. Tidak seperti seminggu lalu. Dia hendak tidur pun, tidak lena. Risau memikirkan keadaan Ainul ketika itu.

“Jom kita balik. Ainul sudah selesai,”tegur Ainul apabila dia menghampiri Halim.

“Pasti?,”soal Halim.

“Ya….untuk hari ini saja,”tersenyum Ainul. Faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Halim.

“Baik la. Jom kita balik. Ermm…Ainul bila mula kerja?,”soal Halim apabila mereka memasuki kereta.

“Rasanya minggu depan. Malas lagi hendak mula kerja. Ainul hendak tinggal dekat sini dalam seminggu lagi, baru Ainul hendak mula kerja. Kesian dekat ibu tinggal seorang diri. Ainul rasa hendak temankan ibu la dalam seminggu ini. Kenapa abang long tanya?,” berkerut dahi Ainul. Pelik dengan soalan yang diajukan oleh Halim.

“Saja…,”sepatah Halim menjawab

“Saja?Pelik la abang long ini.Mesti ada sebabnya kan.Kalau tidak masa kan abang long bertanya,”teka Ainul.

“Betul…abang saja bertanya,”selamba Halim membalas. Dia tersenyum sendiri. Hatinya berbunga riang.

Ainul memandang Halim dengan seribu pertanyaan didalam kepalanya. Tapi dibiarkan. Tidak perlu dia menyibukkan diri untuk bertanya itu dan ini. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan perkuburan.

**********

Kini sudah genap enam bulan pemergian Haikal. Namun kerinduan sentiasa menerjah dihati Ainul. Ainul membelek semula puisi-puisi yang pernah dikirimkan oleh Haikal di awal perkenalan mereka. Satu puisi yang amat menyentuh hatinya sehingga kini. Dan melalui puisi itu dia berada ditempat yang selalu mereka lawati,Pork Dickson.

“Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan, Sayu hati memandang tempat,
Hati rindu tidak tertahan…Ainul suka rangkap puisi ini. Ia amat menyentuh hati ainul saat ini,”luah Ainul.

Tanpa Ainul sedari, dia menjadi perhatian Halim yang berada tidak jauh dari situ. Dia mengekori setiap langkah Ainul.

““Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan, Sayu hati memandang tempat,
Hati rindu tidak tertahan. Hmm…sedap bunyi rangkap puisi itu. Ainul pun minat puisi?,”Halim duduk di sisi Ainul.

Ainul tersentak. Dia hairan bagaimana Halim tahu dia ke Port Dickson. Dan bagaimana Halim tahu setiap patah puisi itu.Berkerut dahi Ainul memandang Halim dengan pelbagai persoalan bermain dibenak fikirannya.

Halim tersenyum. Seperti memahami kekusutan yang dialami oleh Ainul.

“Ainul hairan ya, kenapa abang boleh tahu setiap patah puisi itu kan?,”soal Halim

Ainul mengangguk kepala.

“Sebenarnya puisi itu abang tulis kepada seseorang yang waktu dulu abang pernah mencintai dia dalam diam. Tapi abang tidak sempat untuk meluahkan isi hati abang kepada dia,”cerita Halim.

“Abang long yang tulis? Tapi macam mana pula Haikal dapat dan bagi kepada Ainul,”soal Ainul kehairanan.

“Itu abang tidak tahu. Tapi memang abang yang cipta puisi itu untuk seseorang. Setiap kali abang rindu kepada dia, abang akan ke tempat yang selalu dia pergi. Di situ dapat lah abang mengubat rindu pada dia,”luah Halim.

Halim memandang ke arah pantai. Menikmati pandangan waktu petang yang mendamaikan. Dia tidak mahu menceritakan hal yang sebenar kepada Ainul. Dia tidak mahu Ainul menganggap dia mengambil kesempatan.

“Sekarang ini dia ke mana? Kenapa abang long sampai sekarang belum kahwin lagi?,”soal Ainul.

“Dia sudah kahwin,”

“Kahwin?Kesian abang long. Cari saja pengganti, kan senang,”

“Memang abang sedang cari pun. Tapi bukan pengganti,”

“Bukan? Ainul tidak faham maksud abang long,”berkerut dahi Ainul lagi. Pelik dengan sikap Halim.

“Maksud abang, dia sudah kahwin…tapi kini dia sudah jadi janda. Suami dia telah meninggal dunia. Sampai sekarang pun dia belum tahu yang abang amat mencintai dia,”

“Ooo….macam ainul juga la. Abang long luahkan saja rasa hati itu kepada dia. Mesti dia akan terima abang long,”balas Ainul. Memberi kata-kata semangat.

“Kenapa Ainul rasa dia akan terima abang,”soal Halim.

“Abang long kan baik, bertanggungjawab, handsome dan ….”

“Dan...apa lagi ,”sampuk Halim

“Entah la. Apa lagi ya,”Ainul masih memikirkan apa lagi yang patut dilabelkan kepada Halim.

“Kalau Ainul di tempat dia, apa Ainul akan terima abang dalam hidup Ainul,”duga Halim.

“Eh, kenapa pula Ainul. Ainul tidak ada kaitan pun dengan bekas kekasih abang long,”tukas Ainul

“Kan abang kata tadi kalau…kalau ainul ditempat dia. Adakah Ainul akan terima abang,”Halim menunggu reaksi Ainul tentang dirinya.

Ainul tersenyum simpul. Malu dengan tanggapan sendiri.

“Erm…kalau ainul di tempat dia, mesti ainul terima abang long. Zaman sekarang susah hendak mencari lelaki yang betul-betul menerima diri seorang janda. Tapi ainul rasa abang long bukan memandang kepada status itu kan. Kalau tidak, masa kan abang long masih mencintai dia sampai sekarang,”terang Ainul.

“Betul, abang masih mencintai dia sampai sekarang. Tapi abang takut untuk meluahkan perasaan abang pada dia,”balas Halim. Dia bangun dan menuju ke persisiran pantai.

Ainul memandang tingkah Halim. Pelik. Seolah-olah Halim menyembunyikan sesuatu darinya. Dia terus berlari mengikuti langkah Halim ke persisir pantai.

“Kalau abang long takut, biar Ainul temankan,”Ainul mempelawa diri untuk menolong Halim. Dia kini berjalan seiringan dengan Halim.

“Sungguh Ainul akan tolong abang?,”soal Halim

“Betul. Abang long cakap saja dekat mana abang long hendak jumpa dia. Ainul akan turut serta memberi sokongan pada abang long,”balas Ainul dengan gembira.

“Ermm…baik lah. Nanti abang akan maklumkan pada Ainul,”balas Halim dengan penuh harapan. Dia ada agenda sendiri bagaimana mahu meluahkan perasaan kepada Ainul.

***************

“Lambat lagi ke dia datang?Sudah kenyang perut Ainul menunggu,”soal Ainul. Nasi goreng kampung sudah habis sepinggan tapi bayang orang yang ditunggu belum juga kunjung tiba.

“Nanti la. Ainul sudah kenyang ke?,”Halim tersenyum apabila Ainul mengangguk.

“Betul sudah kenyang?Tidak mahu ditambah lain-lain makanan lagi?,”soal Halim lagi.

“Betul. Sudah kenyang sangat . Abang long saja la yang tambah,”Ainul menolak dengan baik pelawaan Halim.

Halim menggeleng kepala. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia perlukan kekuatan untuk meluahkan hasrat hatinya.

“Ainul…abang ada benda hendak bagitahu Ainul. Abang harap ainul dapat menerima dengan hati yang terbuka,”luah Halim.Dia berhadapan dengan Ainul.Bersiap sedia dengan rancangannya.

Berkerut dahi Ainul memandang Halim. Kenapa pula dengan Abang long? Buah hati dia tidak jadi datang ke?Berbagai soalan bermain dibenak fikirannya.Ainul diam.

“Sebenarnya….dia yang abang maksudkan dulu adalah Ainul,”terang Halim.

“Ainul!,”terkejut Ainul mendengar penjelasan Halim.

“Ya, Ainul yang abang maksudkan,”Halim mengangguk kepala.

“Tapi…tapi kenapa Ainul? Tidak ada wanita lain lagi ke sampai ke situ fikiran abang long?,”Ainul memicit kepala yang mula terasa pening.

“Kan abang pernah cakap dulu, abang mencintai Ainul sebelum ainul berkahwin dengan Haikal lagi. Dulu kami sama-sama meminati Ainul. Tapi jodoh tidak menyebelahi abang.Kini Haikal sudah tiada, jadi apa salahnya kalau hati ainul yang kekosongan itu diisi.Dan kita boleh kahwin,”terang Halim.

Ainul menggeleng kepala. Tidak puas hati dengan penjelasan Halim.

“Kenapa?Ainul tidak boleh terima abang dalam hidup ainul?Dulu kata boleh, tapi kenapa sekarang tidak?Ainul pandai bermain kata-kata, tapi tidak pandai menunaikannya,”

“Bukan begitu. Tapi…tapi kenapa ainul?,”

“Tapi..tapi. Kalau Ainul tidak suka cakap saja tidak suka. Abang boleh terima. Tidak perlu bagi alasan. Abang balik dulu,”keras nada suara Halim.

Halim berlalu dengan hati yang walang. Ainul memandang Halim dari kejauhan. Hatinya diragup resah. Dalam diam dia juga mencintai Halim. Tapi dia takut untuk mengaku.Rasa menyesal kerana terlalu banyak soal, sedangkan hati bertepuk riang apabila mendengar luahan hati Halim tadi.Kini dia perlu memujuk Halim.

Perkenalan semula dia dan Halim dirasakan seperti terlebih dahulu mengenali Halim dari Haikal. Dia mengetahui bahawa Haikal adalah peminat rahsia yang selalu mengirimkan kata-kata puitis dan kiriman bunga. Tapi sebenarnya pengirim sebenar adalah Halim. Haikal hanya menjadi penghubung antara mereka. Tetapi Ainul tersalah meneka peminat rahsianya.Dek kesilapan itu, dia merasakan seperti kali kedua jatuh cinta kepada Haikal.

Selepas mereka berkahwin, terasa kelainan dari sikap Haikal. Namun dibiarkan mungkin kerana mereka sudah menjadi suami isteri, maka Haikal tidak lagi mendendangkan puisi kepadanya. Kini dia merasakan seperti muncul Haikal baru dalam diri Halim.Kata-kata puitis seperti mula-mula dia mengenal peminat rahsianya juga ada pada Halim. Dia memicitkan kepala. Mula memikirkan apa yang perlu dilakukan sekarang. Dia memandang kelibat Halim yang semakin hilang dari pandangannya.Dia mengeluh.

*******

Halim menyesal. Jika dia tahu akan begini reaksi Ainul terhadapnya, dia tidak akan meluahkan isi hati. Biar la di rahsiakan agar hubungan dia dan Ainul kekal. Biar sebagai ipar duai, asal dia dapat melihat ainul dan dia sendiri tidak akan merasa malu.

“Apa yang dimenungkan tu? Abang risaukan Ainul, ya,”soal Puan Halimah. Sejak semalam Halim balik, dia melihat Halim banyak termenung.

“Eh, tidak ada la sampai ke situ. Apa ibu ni,serkap jarang pula,”balas Halim

“Ibu ni sudah lama hidup. Sudah tahu perangai anak-anak ibu. Abang ingat ibu tidak tahu pasal abang cintakan ainul?,”tersenyum Puan Halimah memandang Halim

Terbeliak biji mata Halim.Bagaimana ibunya tahu akan isi hatinya? Ainul ada memberitahu kepada ibu ke pasal hal tempohari?detik hati Halim.

“Abang terkejut?Naluri seorang ibu lebih kuat. Ibu tahu semuanya sebelum mereka berkahwin lagi. Tapi bukan jodoh abang masa itu. Ibu rasa mungkin sekarang jodoh abang sudah sampai. Apa kata kalau ibu pinangkan Ainul untuk abang, setuju?,”balas Puan Halimah

“Ibu sudah tanyakan hal ini pada Ainul?Kalau dia menolak macam mana?”

“Kalau hal itu, jangan abang risau. Tahu lah ibu menguruskan nya,”

Halim hanya mengangguk kepala.Dia termenung semula. Kalau ibu masuk campur dalam urusan ini, apakah Ainul akan menerima dia? Atau akan bencikah Ainul padanya? Dia mengeluh. Melepaskan beban yang ditanggung.

*********

Suasana di rumah Puan Halimah sungguh meriah. Sanak-saudara juga datang berkunjung. Kemeriahan dan keriangan jelas terpancar.Dendangan lagu dan paluan kompang meriahkan lagi suasana.

“Moga panjang umur, jodoh sampai akhir hayat dan moga cepat bagi cucu dekat ibu,”Puan Halimah memeluk erat Ainul.

Ainul tersenyum simpul. Merona merah mukanya. Dia memandang Halim yang berada di sisinya. Tersenyum.

Halim memandang dengan penuh harapan. Moga perkahwinan ini membahagiakan dan berkekalan hingga akhir hayat. Akhirnya ainul menjadi miliknya juga.Bak kata orang tua-tua, apa yang hendak dikata, kalau sudah jodoh………

***TAMAT****

0 ulasan:

Catat Ulasan