Pengikut

Rabu, 25 November 2009

Ku Titip Rahsia Kalbu 2

Bab 2

“Kau buat apa minah senget. Aku panggil pun kau tak dengar. Kau…”aku tidak meneruskan kata-kataku.


Aku memandang Dania yang sedang menekup muka. Sudah beberapa hari Dania bermuram durja. Aku membiarkan Dania. Tidak mahu ambil tahu. Aku terus menjalankan aktiviti perniagaan aku. Hari ini perniagaan aku agak laris dari hari biasa. Mungkin poket sudah penuh. Jadi bermacam-macam barang hendak dibeli. Lumrah hidup. Biasa la. Time dapat gaji berpusu-pusu orang datang ke pasar malam. Time poket tengah kering slow la sikit orang dan slow la juga income aku. Hendak berniaga macam ni la. Sanggup menanggung sebarang risiko.


Aku masih ingat masa aku mula-mula hendak berniaga. Aku gorek semua duit tabung aku yang sudah bertahun aku menabung. Ye la kan aku ni baru habis belajar. Mana la hendak dapatkan duit yang banyak. Setakat dua ratus itu pun aku bersyukur. Lagi modal dua ratus Dania yang laburkan. Aku ni bukannya orang yang berada. Ahli keluarga aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuma belum lagi nak kais tengahari. Tak tahu ada nasib ke tidak. Aku ni kelulusan diploma perniagaan. Jadi minat berniaga tu tinggi la. Aku nekad hendak mengubah nasib kelurga aku yang tidak seberapa mewah ni. Itu la azam aku. Ya aku mesti berjaya.’Tabahkan hati, giatkan usaha’.


Sedang aku asyik melayan pelanggan ada seorang mamat handsome datang kat gerai aku. Dia bertanyakan satu anting-anting dan gelang tangan silver berbentuk love. ’Hendak bagi ke buah hati la tu’ detik hatiku. Kan orang lelaki ni bila sudah mempunyai orang yang di sayangi pasti ingin menghadiahkan sesuatu yang menarik minat kaum hawa. Aku masih leka melayan mamat di hadapan aku. Tiba-tiba suasana riuh kedengaran di belakang van yang aku parking. Aku segera menghampiri ke tempat tersebut.


Semua orang yang lalu-lalang berbisik-bisik sesama mereka. Aku terkejut apabila mataku melihat Dania sedang meraung menangis sambil tangannya memegang lengan seorang lelaki. Aku menghampiri mereka.


“Nape ni..apa dah jadi..kau orang nak tayang show free ye..malu la orang tengok.”aku mengangkat Dania yang dah melutut depan lelaki itu.


Sedang aku meredakan keadaan yang kucar-kacir, tiba-tiba datang seorang lagi lelaki menghampiri kami semua.


’Eh! ni lelaki yang nak beli gelang tadi ni.Apa hal pulak dia ni masuk dalam tayangan tak berbayar ni. Nak tambah kecoh ke apa?.”perlahan saje aku bersuara.


Takut didengar pula oleh lelaki tadi. aku segera memautkan lengan Dania. Ingin berlalu dari keadaan yang memalukan itu.


“Sayang nak tahu…nape Darling tinggalkan sayang. Sayang tak bagus ke..tak cantik ke..tak seksi ke di mata Darling. Jawab la..sayang nak tahu sebabnya,”Dania meraung lagi. Dania masih memaut lengan lelaki tadi.


Dalam kepala aku sudah serabut melihat kerenah Dania.”Ini lah padah nya kalau bercinta. Tidak ingat hukum hakam Allah. Berpengangan tangan tanpa berlapik pulak tu. Ish..parah macam ni. Nak termuntah pun ada..eeii seram sejuk aku di buatnya” detik hatiku.


‘Aku berfikir sejenak. Bagaimana nak selesaikan hal ni.’ Sempat lagi aku berfikir dalam keadaan yang kecoh ni Aku buat muka selamba je.


“Maaf lah kakak-kakak..abang-abang…pakcik..makcik…kawan saya ni memang macam ni…hari ni mood dia tak berapa sihat sikit...belum makan ubat lagi ni…semua boleh beredar..nanti tambah teruk kawan saya ni…kalau suasana panas macam ni,”aku berharap adalah manusia yang sedang mengerumuni cepat-cepat beredar.


“Ha ah..betul tu..kawan kami ni tak sihat sikit. Harap encik…cik..pakcik..makcik dapat beredar..”celah mamat handsome tadi. Dia tersenyum memandangku.


Aku kaget. Dedupan jantungku tiba-tiba berdenyut kencang takkala mamat handsome tadi tersenyum pada ku.’Wah!..manisnya senyuman itu. Boleh terpanah asmara ni. Eh!perasan pulak aku ni. Tu yang orang lain punya’detik hatiku.


Aku melihat orang ramai mulai beredar. Aku lega. Aku patut ucapkan terima kasih pada mamat handsome ni. Kalau tidak tentu orang ramai ni tidak mahu beredar lagi. Masih mahu menonton wayang free.


“Thanks,”sepatah kataku.


“Welcome. Same to you,”mamat handsome membalas dengan senyuman yang menggoda.


“Eh..nape lak,”aku kehairanan.


“Sepatutnya saya yang perlu ucap terima kasih dulu kat awak…awak dah membantu saya…dia ni kawan saya,”mamat handsome memegang bahu lelaki yang Dania masih menagih kasih.


“Dia ni kawan awak rupanya..patut la minat sangat nak join wayang free tadi,”aku mencebik.


“Kau orang berdua ni tak tahu malu ke. Mana maruah kau orang ni ha. Aku yang dok tengok wayang free kau orang naik malu tau. Aku tak tahu la apa nak jadi kat kau orang berdua ni,”aku mula berleter bila keadaan kembali tenang dan orang ramai sudah tidak ada di sekelilingku.


Ye la..tak kan nak marah budak dua orang ni depan orang ramai. Malu la mereka. Biar la mereka sudah malu tapi aku tak akan menambahkan lagi malu mereka. Aku melihat Dania yang mula reda dari tangisannya. Dan mamat dua orang ni mula mencari tempat untuk melabuhkan punggung.


“Nim…kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni, Darling aku ni…tak ada ribut..tak ada angin…tiba-tiba je nak putus dengan aku.Kau kan tahu dah lama aku couple dengan dia. Mana mungkin aku dapat menerima keadaan ni”Dania meluahkan rasa yang terbuku di hati.


Rasa nak termuntah aku bila Dania sekali lagi membahasakan kekasihnya ‘Darling’ tapi rasa simpati pun ada juga. Aku memandang kekasih Dania. Boleh lagi budak sorang ni buat muka poyo je. Naik sakit hati pulak aku. Orangnya tidak la kacak sangat biasa saje. Apa la yang digilakan sangat oleh Dania kat kekasihnya ni.T anpa fikir panjang aku terus memulakan bicara.


“Sebenarnya saya tak mahu masuk campur pasal kau orang tapi kau orang dah secara rasminya melantik saya untuk masuk campur oleh kerana hal ni berlaku di gerai saya mencari rezeki. Saya tak mahu kerana hal yang remeh-temeh ni menjejaskan reputasi perniagaan saya,”wah!!skima betul aku berbahasa. Sekali-sekala apa salahnya. Aku berbicara di dalam hati.


Setelah perbincangan tidak rasmi tadi aku dapat juga menyelesaikan masalah Dania. Aku bagi nasihat kepada kedua-duanya. Tidak adil jika kesalahan diletakkan atas bahu seorang sahaja. Kedua-duanya harus membetulkan kesilapan masing-masing. Baru semua masalah dapat diatasi. Aku perasan mamat handsome tadi asyik memandang aku. Aku naik rimas.Tenungan nya lain macam saja. Ada makna tu.Eh!perasan betul la.


Aku merasa terlalu penat hari ini.Ye la letih berniaga lagi…lagi letih memikirkan hal Dania. Orang nak bercinta..dia pun nak bercinta…alih-alih aku juga yang jadi mangsa. Mangsa tempat mengadu dan penyelamatnya. Tapi aku dapat juga mengajaran dari apa yang berlaku kepada Dania. Sekurangnya aku mendapat sedikit pengalaman walaupun belum pernah bercinta. Tak la kuno sangat nanti.’Eh!nak bercinta juga ke aku ni.Hish belum sampai masanya lagi. Buat apa di fikir. Fikirkan masa depan sekarang,”detikku.


Ahad, 22 November 2009

Pengarang Jantung Buah Hatiku 5

Bab 5

“Cepat la kemas..nanti lambat pulak kita nak bertolak.”arah Zakiah apabila Nadhirah masih belum lagi bersiap dan mengemaskan pakaian nya.

“Kita kan nak balik petang nanti…so buat apa kemas awal.”balas Nadhirah.Dia masih menghadap cermin menyikat rambutnya yang sedikit kusut.

“Kita balik awal la sikit. Aku ada kerja la. Bonda aku dah telefon semalam. Minta kita balik awal.”bohong Zakiah.Dia tidak mahu berada lebih lama lagi di rumah Nadhirah.

“Kita memang la balik awal..lepas solat asar boleh?Aku ada hal lagi yang belum beres ni. Kita tunggu Ummi balik dari kedai. Aku ada hal nak bincang dengan kau dan Ummi.”terang Nadhirah.

Nadhirah merasakan inilah masa yang sesuai untuk berbincang dengan Zakiah, Ummi, Ayah dan Abang Lokman. Memandangkan Abang Lokman pun ada sama. Calon kakak ipar sudah ada. Walaupun Zakiah menghidapi barah tapi dalam peringkat penyembuhan, jadi tidak salah rasanya dia mencalonkan Zakiah sebagai kakak iparnya.

Puan Mariam menelefon minta Lokman balik segera, Ada hal mustahak hendak di bincangkan. Bagi Puan Mariam sudah elok sangat Lokman mendirikan rumah tangga. Dia pun sudah berkenan dengan bakal menantu yang di pilih oleh Nadhirah. Menepati ciri-ciri yang dia kehendaki.

“Hal apa pulak sampai aku kena duduk berbincang dengan family kau.”soal Zakiah. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Nadhirah.’Tak pe...aku sudah bersedia akan kemungkinan yang berlaku’desis Zakiah dalam hati.

“Ada la….nanti kau tahu. Kita tunggu Ummi dulu,”senyum Nadhirah.

“Penting sangat ker,”soal Zakiah lagi. Mahu kepastian.

“Kau ada nampak Abang Lokman tak...tadi aku tengok dia ada kat serambi depan tu.”Nadhirah mengalihkan topik perbualan.

Nadhirah berlalu meninggalkan Zakiah di ruang tamu. Dia menuju ke serambi depan rumah mencari kelibat Lokman. Dalam pencarian itu matanya ternampak kelibat Lokman sedang bercakap dengan sesorang di bangku rehat dibawah pohon sena di hadapan rumahnya. Dia cuba mengamati rupa itu.

’Itu kan…kak Imah.Bila pulak dia balik. Setahu aku dia mengajar kat Sabah.”ngomel Nadhirah.

Tanpa berfikir panjang Nadhirah berjalan menghampiri Lokman dan Halimah yang sedang berbual-bual di bawah pohon sena itu.Semasa Nadhirah menghampiri Lokman dan Halimah,mereka memandang dengan pandangan kosong ke arah Nadhirah. Perbualan yang rancak tiba-tiba terhenti apabila Nadhirah berada disisi Lokman.

“Assalamualaikum. Apa yang di bualkan ni..seronok nampak..”soal Nadhirah sambil tersenyum memandang kedua-dua makhluk ciptaan Allah dihadapannya.

“Waalaikummusalam”jawab Lokman dan Halimah serentak.

Mereka membalas senyuman dari Nadhirah.Tidak menjawab pertanyaan Nadhirah sebentar tadi. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.Membisu seribu bahasa. Masih belum menjawab teguran Nadhirah. Lokman akhirnya yang membuka bicara setelah suasana sunyi sepi seketika.

“Tak ada apa pun yang di bincangkan.Saja bual kosong..kan Imah.”Lokman mengenyitkan mata ke arah Halimah memberi isyarat setuju dengan kata-katanya.

“Ha…..ye…ye...bual kosong je.’Halimah mengiakan kata-kata Lokman.

“Ye ker bual kosong je.Tadi adik nampak dari jauh..bukan main lagi kak Imah tersenyum-senyum masa berbual dengan Abang.”sakat Nadhirah sambil bahunya berlaga dengan bahu Lokman.Nadhirah mencebik mulut ke arah Halimah. Halimah tersipu-sipu menahan malu. Terkena batang hidungnya.

“Ha..kan betul apa yang adik cakap..tengok muka kak Imah…dah merah menyala..macam udang kena rebus dah.”Nadhirah masih menyakat Lokman dan Halimah.

“Dah la ..adik ni kan..kalau tak kenakan abang dalam sehari tak boleh ker?”Lokman mencubit lengan Nadhirah.Geram pada satu-satunya adik yang dia ada.

“Aduh!!...sakit la..Abang ni kan..memang tau..suka sangat cubit adik.”Nadhirah mengosok lengannya.Dahinya berkerut menahan sakit.Nadhirah memandang ke arah Halimah. Halimah turut ketawa melihat telatah dua beradik itu.

Halimah sudah lama mengenali keluarga Puan Mariam.Sejak dari kecil lagi.Dan sejak mengenali Lokman dia telah menaruh hati pada Lokman walaupun ketika itu dia baru berusia 12 tahun. Sudah lama dia memendam rasa cinta pada Lokman. Belum terluah lagi.Masih menunggu Lokman meluahkan. Nanti apa pula orang kata. Perigi mencari timba. Dia tahu Lokman juga berperasaan sama. Juga mencintai dirinya.Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata namun layanan Lokman dapat mengiakan semua nya.

“Dah la cakap dengan Kak Imah tu…adik ada hal nak bincang dengan abang ni.”luah Nadhirah sambil menarik tangan Lokman supaya mengikutnya.

“Sorry ye Kak Imah…lain kali la sembang dengan abang..adik ada hal sikit dengan abang ni.”sambung Nadirah lagi.Mereka berlalu dari situ menuju ke arah rumahnya.

*************

Lokman memandang ruang tamu dalam rumahnya.Hanya Zakiah saja yang ada.’Mana pulak Ummi ni’desis hati Lokman.

Takkala mata memandang Zakiah di hadapannya tiada suara yang terkeluar. .Walaupun sejak sampai semalam, dia sudah berjumpa dengan Zakiah namun dia tidak pula menegur Zakiah. Dia merasakan tiada perkara penting untuk memulakan bicara dengan sahabat adiknya. Biarlah orang hendak cakap apa pun, baginya adalah tidak mustahak untuk berbicara dengannya. Sunyi sepi. Tiada sebarang bicara di antara keduanya. Masing-masing membisu seribu bahasa. Hanya memandang sesekali sekala sahaja.

’ Mana pulak adik ni.Ada ke patut dia tinggalkan aku dengan Zakiah ni berdua sahaja.’gumam Lokman dalam hati. Geram betul dengan sikap adiknya yang satu ni.

“Zakiah dah nak balik kan hari ni?.”soal Lokman memulakan bicara.Tidak elok diam begitu dengan tetamu. Lokman terpaksa mengalah. Memberanikan diri memulakan bicara.

“Ermm…ye”sepatah Zakiah menjawab.Takut Lokman dapat mengecaminya.Maklumlah dia lelaki, Lokman pun lelaki.Pasti akan perasan dengan suaranya nanti.

“Adik ni pergi mana ye…kata ada hal nak bincang”soal Lokman lagi.

Lokman memandang Zakiah di hadapan.Baginya Zakiah juga cantik namun hatinya telah terpaut pada Halimah. Tidak akan dia menduakan Halimah walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada Halimah juga berperasaan yang sama denganya. Tapi dia pasti , dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Entah..”sepatah jawab Zakiah.

Zakiah cuba mengawal suaranya.Dia membetulkan kedudukkannya. Memandang ke arah jendela.’Boring betul la.’guman Zakiah dalam hati.

Suasana kembali sunyi. Lokman dan Zakiah masing-masing diam membisu. Lokman perasan yang Zakiah ni kurang bercakap dengan orang yang baru dikenali. Malu agaknya. Fikir Lokman sendirian. Bila sudah agak lama mereka membisu, orang yang ditunggu sudah tiba. Puan mariam dan Pak Hassan baru pulang dari kedai.

Lokman dan Zakiah menarik nafas lega. Tidak lah hanya memandang antara saru sama lain sahaja. Tidak ada apa yang hendak dibicara. Mereka senyum kepada Puan Mariam dan Pak Hassan apabila kedua orang tua itu melabuhkan punggung ke sofa.

“Mana adik?Kata ada hal nak bincang.”soal Puan Mariam apabila dia balik bersama suaminya, Pak Hassan. Kelibat anak manjanya tidak kelihatan.

“Entah la Ummi..tadi dia suruh abang duduk kat ruang tamu ni. Ke mana pulak dia pergi pun tak tahu. Lesap macam tu je. Saja nak kenakan abang dengan Zakiah.”terang Lokman.

Lokman tahu Nadhirah saja membuat helah supaya dia berbicara dengan Zakiah. Dia sudah arif benar dengan perangai adiknya itu.

Sedang asyik mereka bersembang, Nadhirah keluar dari arah dapur dengan membawa dulang yang berisi kuih donat dan air milo panas. Nadhirah menghidangkan jamuan ke atas meja di ruang tamu.dan duduk bersebelah dengan Zakiah. Serta merta Nadhirah memaut lengan Zakiah. Zakiah hairan memandang Nadhirah. Zakiah membalas senyuman Nadhirah dengan perasaan kelat.

“Ok…macam ni. Adik sebenarnya ada hal nak bincang ni. Sebab tu adik minta Ayah, Ummi dan Abang ada kat sini. Adik nak umumkan yang adik dah jumpa calon menantu untuk Ummi dan Ayah.”terang Nadhirah sambil dia tersenyum pada Zakiah.

Zakiah kaget.’Ha!! kantoi aku macam ni. Mereka semua sudah tahu pasal diri aku ke?Kalau tak …..tak kan Nadhirah ingin buat mengumumkan pasal calon menantu’ detik hati Zakiah.

Perasaan Zakiah tidak keruan. Terasa mukanya sudah panas sejuk. Takut apa pula kata ibu bapa Nadhirah tentangnya. Jika benar Nadhirah ingin dia menjadi suaminya

’Hish..biar betul…jadi suami. Tak kan la Irah dah tahu pasal aku. Tapi nape dia tak marah pulak kat aku.’Zakiah berbicara dalam hati. Fikirannya ligat memikirkan kemungkinan yang dimaksudkan oleh Nadhirah.

“Abang…adik dah pilih calon kakak ipar untuk Abang. Ni dia calon isteri untuk abang. Macam mana. Setuju tak?”terang Nadhirah sambil menepuk lengan Zakiah.

Zakiah tersentak.Kelu. Terperanjat pun ada. Tapi sekurang-kurangnya dia lega kerana bukan calon suami seperti yang difikirkannya.

‘Kepala hotak berjambul betul la budak Nadhirah ni..Aku yang keras macam tiang ni nak dijodohkan dengan Lokman.Buta mata betul la dia ni,’monolog Zakiah dalam hati.

“Eh!..pandai je adik ni cari calon untuk Abang. Yang adik tu sendiri belum ada calon…sibuk cari untuk abang..”kata Lokman. Dia memandang ke arah Zakiah. Dia nampak riak wajah Zakiah mencuka, nampak seperti memprotes.’Ada peluang ni untuk reject’desis Lokman dalam hati.

“Nape kau tak tanya aku dulu, Irah.Aku dah ada kekasih hati la.”bohong Zakiah.Ingin membantah cadangan Nadhirah.Tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit.

“Eh..ye ker..bila pulak kau dah ada kekasih. Nape tak bagi tahu kat aku. Aku baru nak macthing kau dengan abang aku,”terang Nadhirah.

“Kau tak tanya pun. Macam mana aku nak bagitahu.”jawab Zakiah. ’Memang la aku dah ada kekasih..kau la kekasihku dunia dan akhirat’Zakiah berbicara dalam hati.

“Adik pun satu….nape la tak tanya dulu kat Zakiah ni...buat malu Ummi je la,”tambah Puan Mariam. Menyokong kata-kata Zakiah. Malu dia dengan tindakan anaknya itu. Dia sudah berkenan sangat dengan Zakiah.

“Aku ingat kau belum ada buah hati lagi. Sejak kenal…kau tak pernah pun cerita kat aku pasal buah hati kau. Aku fikir kau belum ada kekasih lagi,”terang Nadhirah lagi.

“Tak kan la aku terhegeh-hegeh nak bercerita kat kau. Kau pun tahu macam mana aku kat rumah kan.”jawab Zakiah.

“Bagus la kalau macam tu. Lega abang rasa.Tak payah la abang nak protes lebih-lebih”akhirnya Lokman bersuara.

Semua mata memandang ke arah Lokman.Dia merasakan ini peluang baik untuk memberitahu kepada keluarganya memandangkan perkara ini sudah dibangkitkan oleh Nadhirah.

“Ayah,Ummi dan adik.. abang rasa…abang dah ada pilihan hati abang sendiri.Abang harap semua setuju dengan pilihan abang.Abang nak Ummi dan Ayah pergi meminang dia untuk abang.Boleh?.”tambah Lokman lagi.Hatinya kini berbunga.

“Eh!..ye ker…abang dah ada pilihan hati.Siapa orangnya…Ummi kenal ker?.”soal Puan Mariam. Tidak sabar. Akhirnya untuk melihat anaknya berkahwin sudah tiba.

“Halimah…abang dah lama berkenan dengan dia. Tapi belum luahkan lagi. Abang ingat minggu depan nak Ummi pinangkan untuk abang.”terang Lokman. Tidak mahu lagi menyembunyikan perasaannya pada Halimah. Hasratnya untuk memiliki Halimah pasti akan berjaya.

“Kalau abang dah kata macam tu..Ummi tidak ada masalah. Nampaknya anak Ummi ni dah bersedia untuk memikul tangungjawab sebagai suami.”Puan Mariam menghampiri Lokman. Menggosok bahu anaknya. Lokman tersenyum.

“Ayah pun setuju. Tak ada masalah. Halimah tu pun budaknya bagus. Cikgu lagi. Cerah masa depan. Ayah berkenan juga budak Halimah. Bila-bila masa saja boleh pergi meminang,”celah Pak Hassan. Bersetuju untuk mempercepatkan berita baik itu.

Nadhirah yang berada disisi Lokman mencebik. Zakiah di sisi Nadhirah tersenyum lega. Masing-masing memendam rasa. Rasa suka, duka dan gembira. Semua bercampur baur. Tanya hati masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

Pengarang Jantung Buah Hatiku 4

Bab 4

“Wow!!!Luasnya kebun ayah kau…untung la kau..tak payah nak beli. Tengok tu..sayur sawi..kobis..timun…lobak…tomato…ha!!buah pun ada….rambutan...payafa…”asyik Zakiah menunjukkan ke arah sayur dan pokok buah-buahan. Sambil buat lawak P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab.

“Bukan payafa…buah papaya…”sambung Nadhirah. Berderai gelak tawa mereka berdua.

Gelak tawa mereka di dengari oleh Pak Hassan dan Puan Mariam. Mereka tersenyum melihat gelagat dua orang sahabat itu. Tidak boleh di pisahkan. Sejak mereka balik, ke mana sahaja pasti ke hulu ke hilir berdua. Hendak ke Bandar kemaman pun bersama. Pergi ke pasar untuk beli ikan pun bersama. Pendek kata macam belangkas. Eh pembetulan…memang dah macam belangkas pun.

Bagi Pak Hassan dan Puan Mariam, yang masih tidak mengetahui siapa sebenar Zakiah. menganggap itu adalah perkara biasa. Walaupun pada hakikatnya Zakiah adalah seorang lelaki. Tidak ada seorang pun perasan akan perwatakkan Zakiah. Oleh kerana penampilan nya yang sentiasa berpakaian baju kurung dan jubah serta bertudung litup dari atas kepala hingga hujung kaki setiap masa, tidak menaruh syak wasangka sesiapa pun. Malah Zakiah pandai memainkan peranannya sebagai seorang ‘perempuan yang warak’. Tidak sia-sia usahanya selama ini. Seperti kata pepatah ‘hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih’.

Mereka bersiap untuk pulang selepas selesai tugas mereka di kebun. Hari pun semakin gelap.Seharian mereka berada di kebun. Esok mereka berdua perlu pulang ke Kuala Lumpur semula. Masa mereka berada di kampung tidak membosankan. Ada saja aktiviti yang dilakukan.

Bagi Zakiah dia begitu seronok berada di kampung Nadhirah. Hilang rasa beban tanggungjawab kerja yang berat seketika. Dapat juga dia mengenali ahli keluarga Nadhirah. Esok dia perlu segera pulang memandangkan dia telah berjanji dengan bondanya.

***************

“Kau buat apa kat sofa tu lagi..marilah tidur kat atas katil....dah malam sangat ni..esok kita dah nak balik…nanti penat pulak.”pinta Nadhirah. Hairan melihat Zakiah yang masih terbaring di sofa dalam biliknya.

“Aku ingat nak tidur atas sofa ni je. Panas la tidur atas katil tu”balas Zakiah sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“Mana ada panas nye. Semalam kau tidur ok je aku tengok..nyenyak je..tak ada berpeluh pun…apasal pulak malam ni panas…”marah Nadhirah. Dia melenting kerana semalam elok sahaja Zakiah tidur di sebelahnya. Tapi malam ni Zakiah buat perangai pula. Nanti bila Umminya tahu mesti dia kena marah. Umminya selalu berpesan tidak baik membiarkan tetamu tidak selesa apabila berada di rumah. Tetamu perlu di hormati.

“Ermm….aku..aku…”tersekat-sekat Zakiah menjawab.

“Dah….tak payah ber aku…..aku..…mari tidur..Jangan banyak cakap..dah malam sangat ni.”arah Nadhirah. Belum sempat Zakiah mengelak, lengannya di paut oleh Nadhirah mengarahkan dia tidur atas katil. Zakiah hanya menurut sahaja langkah Nadhirah. Dia kaku.

“Kau tutup lampu tu. Aku tak boleh tidur kalau dalam terang.”pinta Zakiah. Dia bukan tidak selesa tidur dalam terang tetapi tidak mahu wajahnya kelihatan jelas di mata Nadhirah.

“Ye la. Kau ni macam-macam la. Semalam ok je tidur lampu tu terpasang. Malam ni itu la…ini la…serba tak kena...” rungut Nadhirah. Dia terus menutup suis lampu.

Suasana dalam bilik itu diterangi cahaya bulan. Nampak samar-samar sahaja dalam ruang bilik. Zakiah lega apabila permintaaan nya di tunaikan. Perasaan gelisah tadi semakin berkurangan. Sedang Zakiah cuba melelapkan mata, dia di kejutkan dengan tindakan Nadhirah. Tangan Nadhirah memeluknya dari belakang. Berderau darah menyingkap ke muka. Mencabar keimanannya seketika. Apa yang di takuti olehnya akhirnya terjadi juga. Sesuatu yang di luar dugaan. Dia memalingkan muka.

Melihat Nadhirah sudah lena tertidur.’Huh!!lega. Tidur rupanya.’desis hati Zakiah. Dia cuba mengangkat tangan Nadhirah dari terus memeluknya. Tetapi semakin dia cuba bergerak semakin kuat Nadhirah memeluknya. Zakiah cuba membetulkan badan dan kini keadaannya sekarang, muka betul-betul mengadap muka Nadhirah. Terlalu dekat sehingga hembusan pernafasan Nadhirah dirasai. Tiap kali Nadhirah bernafas setiap kali itulah jantungnya semakin berdegup kencang. Keimanannya kini tercabar. Lama dia merenung wajah mulus Nadhirah.

Pandangan nya mula menelek setiap inci wajah Nadhirah. Bermula dari mata, hidung dan bibir mungkil Nadhirah. Dia tersenyum. Fikiran nakal mula menerjah ke otak. Dia mengusap lembut rambut Nadhirah. Mencium dahi kemudian kedua belah mata dan terus dia mahu mencium bibir mungkil Nadhirah. Belum sempat bibirnya berdarat ke bibir Nadhirah tindakkannya terhenti. Akal fikiran yang logik mula berfungsi. Dia terus mematikan niatnya. Nasib baik akalnya berfikir lebih pantas dari nafsu yang membuak-buak bergelora.

“Ya Allah…apa yang aku sedang buat ni.Astargfirullahalazim….,”rasa kesal mula menyedarkan Zakiah.

Zakiah mengusap-usap mukanya. Segera mengalihkan badan menjauhi Nadhirah. Nasib baik esok dia akan pulang. Kalau tidak lebih teruk lagi keadaan yang akan berlaku jika dia masih tinggal sebilik dengan Nadhirah.

Dia beristigfar. Segera menginsafi berbuatanya tadi. Dia memalingkan badan membelakangi Nadhirah. Dia mengambil bantalnya kemudian diletakkan di tengah-tengah. Dijadikan penghalang antara dia dan Nadhirah. Dia cuba melelapkan mata sekali lagi. Tetapi tidak berjaya. Terlalu sukar untuk melelapkan mata setelah berlaku kejadian sebentar tadi. Dia bangun dan terus membaringkan badan di atas sofa.

Zakiah cuba melelapkan mata. Masih belum berjaya. Dia memandang ke arah Nadhirah yang lena tidur di atas katil. Dia tersenyum melihat Nadhirah memeluk bantal yang dia telah letakkan sebentar tadi. Dia mengalihkan semula pandangannya ke arah siling bilik. Cuba melelapkan mata sambil tersenyum mengingati semula tindakkannya tadi. Akhirnya dia dapat melelapkan mata beriringan dibuai mimpi indah bersama Nadhirah.