Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Pengarang Jantung Buah Hatiku 5

Bab 5

“Cepat la kemas..nanti lambat pulak kita nak bertolak.”arah Zakiah apabila Nadhirah masih belum lagi bersiap dan mengemaskan pakaian nya.

“Kita kan nak balik petang nanti…so buat apa kemas awal.”balas Nadhirah.Dia masih menghadap cermin menyikat rambutnya yang sedikit kusut.

“Kita balik awal la sikit. Aku ada kerja la. Bonda aku dah telefon semalam. Minta kita balik awal.”bohong Zakiah.Dia tidak mahu berada lebih lama lagi di rumah Nadhirah.

“Kita memang la balik awal..lepas solat asar boleh?Aku ada hal lagi yang belum beres ni. Kita tunggu Ummi balik dari kedai. Aku ada hal nak bincang dengan kau dan Ummi.”terang Nadhirah.

Nadhirah merasakan inilah masa yang sesuai untuk berbincang dengan Zakiah, Ummi, Ayah dan Abang Lokman. Memandangkan Abang Lokman pun ada sama. Calon kakak ipar sudah ada. Walaupun Zakiah menghidapi barah tapi dalam peringkat penyembuhan, jadi tidak salah rasanya dia mencalonkan Zakiah sebagai kakak iparnya.

Puan Mariam menelefon minta Lokman balik segera, Ada hal mustahak hendak di bincangkan. Bagi Puan Mariam sudah elok sangat Lokman mendirikan rumah tangga. Dia pun sudah berkenan dengan bakal menantu yang di pilih oleh Nadhirah. Menepati ciri-ciri yang dia kehendaki.

“Hal apa pulak sampai aku kena duduk berbincang dengan family kau.”soal Zakiah. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Nadhirah.’Tak pe...aku sudah bersedia akan kemungkinan yang berlaku’desis Zakiah dalam hati.

“Ada la….nanti kau tahu. Kita tunggu Ummi dulu,”senyum Nadhirah.

“Penting sangat ker,”soal Zakiah lagi. Mahu kepastian.

“Kau ada nampak Abang Lokman tak...tadi aku tengok dia ada kat serambi depan tu.”Nadhirah mengalihkan topik perbualan.

Nadhirah berlalu meninggalkan Zakiah di ruang tamu. Dia menuju ke serambi depan rumah mencari kelibat Lokman. Dalam pencarian itu matanya ternampak kelibat Lokman sedang bercakap dengan sesorang di bangku rehat dibawah pohon sena di hadapan rumahnya. Dia cuba mengamati rupa itu.

’Itu kan…kak Imah.Bila pulak dia balik. Setahu aku dia mengajar kat Sabah.”ngomel Nadhirah.

Tanpa berfikir panjang Nadhirah berjalan menghampiri Lokman dan Halimah yang sedang berbual-bual di bawah pohon sena itu.Semasa Nadhirah menghampiri Lokman dan Halimah,mereka memandang dengan pandangan kosong ke arah Nadhirah. Perbualan yang rancak tiba-tiba terhenti apabila Nadhirah berada disisi Lokman.

“Assalamualaikum. Apa yang di bualkan ni..seronok nampak..”soal Nadhirah sambil tersenyum memandang kedua-dua makhluk ciptaan Allah dihadapannya.

“Waalaikummusalam”jawab Lokman dan Halimah serentak.

Mereka membalas senyuman dari Nadhirah.Tidak menjawab pertanyaan Nadhirah sebentar tadi. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.Membisu seribu bahasa. Masih belum menjawab teguran Nadhirah. Lokman akhirnya yang membuka bicara setelah suasana sunyi sepi seketika.

“Tak ada apa pun yang di bincangkan.Saja bual kosong..kan Imah.”Lokman mengenyitkan mata ke arah Halimah memberi isyarat setuju dengan kata-katanya.

“Ha…..ye…ye...bual kosong je.’Halimah mengiakan kata-kata Lokman.

“Ye ker bual kosong je.Tadi adik nampak dari jauh..bukan main lagi kak Imah tersenyum-senyum masa berbual dengan Abang.”sakat Nadhirah sambil bahunya berlaga dengan bahu Lokman.Nadhirah mencebik mulut ke arah Halimah. Halimah tersipu-sipu menahan malu. Terkena batang hidungnya.

“Ha..kan betul apa yang adik cakap..tengok muka kak Imah…dah merah menyala..macam udang kena rebus dah.”Nadhirah masih menyakat Lokman dan Halimah.

“Dah la ..adik ni kan..kalau tak kenakan abang dalam sehari tak boleh ker?”Lokman mencubit lengan Nadhirah.Geram pada satu-satunya adik yang dia ada.

“Aduh!!...sakit la..Abang ni kan..memang tau..suka sangat cubit adik.”Nadhirah mengosok lengannya.Dahinya berkerut menahan sakit.Nadhirah memandang ke arah Halimah. Halimah turut ketawa melihat telatah dua beradik itu.

Halimah sudah lama mengenali keluarga Puan Mariam.Sejak dari kecil lagi.Dan sejak mengenali Lokman dia telah menaruh hati pada Lokman walaupun ketika itu dia baru berusia 12 tahun. Sudah lama dia memendam rasa cinta pada Lokman. Belum terluah lagi.Masih menunggu Lokman meluahkan. Nanti apa pula orang kata. Perigi mencari timba. Dia tahu Lokman juga berperasaan sama. Juga mencintai dirinya.Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata namun layanan Lokman dapat mengiakan semua nya.

“Dah la cakap dengan Kak Imah tu…adik ada hal nak bincang dengan abang ni.”luah Nadhirah sambil menarik tangan Lokman supaya mengikutnya.

“Sorry ye Kak Imah…lain kali la sembang dengan abang..adik ada hal sikit dengan abang ni.”sambung Nadirah lagi.Mereka berlalu dari situ menuju ke arah rumahnya.

*************

Lokman memandang ruang tamu dalam rumahnya.Hanya Zakiah saja yang ada.’Mana pulak Ummi ni’desis hati Lokman.

Takkala mata memandang Zakiah di hadapannya tiada suara yang terkeluar. .Walaupun sejak sampai semalam, dia sudah berjumpa dengan Zakiah namun dia tidak pula menegur Zakiah. Dia merasakan tiada perkara penting untuk memulakan bicara dengan sahabat adiknya. Biarlah orang hendak cakap apa pun, baginya adalah tidak mustahak untuk berbicara dengannya. Sunyi sepi. Tiada sebarang bicara di antara keduanya. Masing-masing membisu seribu bahasa. Hanya memandang sesekali sekala sahaja.

’ Mana pulak adik ni.Ada ke patut dia tinggalkan aku dengan Zakiah ni berdua sahaja.’gumam Lokman dalam hati. Geram betul dengan sikap adiknya yang satu ni.

“Zakiah dah nak balik kan hari ni?.”soal Lokman memulakan bicara.Tidak elok diam begitu dengan tetamu. Lokman terpaksa mengalah. Memberanikan diri memulakan bicara.

“Ermm…ye”sepatah Zakiah menjawab.Takut Lokman dapat mengecaminya.Maklumlah dia lelaki, Lokman pun lelaki.Pasti akan perasan dengan suaranya nanti.

“Adik ni pergi mana ye…kata ada hal nak bincang”soal Lokman lagi.

Lokman memandang Zakiah di hadapan.Baginya Zakiah juga cantik namun hatinya telah terpaut pada Halimah. Tidak akan dia menduakan Halimah walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada Halimah juga berperasaan yang sama denganya. Tapi dia pasti , dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Entah..”sepatah jawab Zakiah.

Zakiah cuba mengawal suaranya.Dia membetulkan kedudukkannya. Memandang ke arah jendela.’Boring betul la.’guman Zakiah dalam hati.

Suasana kembali sunyi. Lokman dan Zakiah masing-masing diam membisu. Lokman perasan yang Zakiah ni kurang bercakap dengan orang yang baru dikenali. Malu agaknya. Fikir Lokman sendirian. Bila sudah agak lama mereka membisu, orang yang ditunggu sudah tiba. Puan mariam dan Pak Hassan baru pulang dari kedai.

Lokman dan Zakiah menarik nafas lega. Tidak lah hanya memandang antara saru sama lain sahaja. Tidak ada apa yang hendak dibicara. Mereka senyum kepada Puan Mariam dan Pak Hassan apabila kedua orang tua itu melabuhkan punggung ke sofa.

“Mana adik?Kata ada hal nak bincang.”soal Puan Mariam apabila dia balik bersama suaminya, Pak Hassan. Kelibat anak manjanya tidak kelihatan.

“Entah la Ummi..tadi dia suruh abang duduk kat ruang tamu ni. Ke mana pulak dia pergi pun tak tahu. Lesap macam tu je. Saja nak kenakan abang dengan Zakiah.”terang Lokman.

Lokman tahu Nadhirah saja membuat helah supaya dia berbicara dengan Zakiah. Dia sudah arif benar dengan perangai adiknya itu.

Sedang asyik mereka bersembang, Nadhirah keluar dari arah dapur dengan membawa dulang yang berisi kuih donat dan air milo panas. Nadhirah menghidangkan jamuan ke atas meja di ruang tamu.dan duduk bersebelah dengan Zakiah. Serta merta Nadhirah memaut lengan Zakiah. Zakiah hairan memandang Nadhirah. Zakiah membalas senyuman Nadhirah dengan perasaan kelat.

“Ok…macam ni. Adik sebenarnya ada hal nak bincang ni. Sebab tu adik minta Ayah, Ummi dan Abang ada kat sini. Adik nak umumkan yang adik dah jumpa calon menantu untuk Ummi dan Ayah.”terang Nadhirah sambil dia tersenyum pada Zakiah.

Zakiah kaget.’Ha!! kantoi aku macam ni. Mereka semua sudah tahu pasal diri aku ke?Kalau tak …..tak kan Nadhirah ingin buat mengumumkan pasal calon menantu’ detik hati Zakiah.

Perasaan Zakiah tidak keruan. Terasa mukanya sudah panas sejuk. Takut apa pula kata ibu bapa Nadhirah tentangnya. Jika benar Nadhirah ingin dia menjadi suaminya

’Hish..biar betul…jadi suami. Tak kan la Irah dah tahu pasal aku. Tapi nape dia tak marah pulak kat aku.’Zakiah berbicara dalam hati. Fikirannya ligat memikirkan kemungkinan yang dimaksudkan oleh Nadhirah.

“Abang…adik dah pilih calon kakak ipar untuk Abang. Ni dia calon isteri untuk abang. Macam mana. Setuju tak?”terang Nadhirah sambil menepuk lengan Zakiah.

Zakiah tersentak.Kelu. Terperanjat pun ada. Tapi sekurang-kurangnya dia lega kerana bukan calon suami seperti yang difikirkannya.

‘Kepala hotak berjambul betul la budak Nadhirah ni..Aku yang keras macam tiang ni nak dijodohkan dengan Lokman.Buta mata betul la dia ni,’monolog Zakiah dalam hati.

“Eh!..pandai je adik ni cari calon untuk Abang. Yang adik tu sendiri belum ada calon…sibuk cari untuk abang..”kata Lokman. Dia memandang ke arah Zakiah. Dia nampak riak wajah Zakiah mencuka, nampak seperti memprotes.’Ada peluang ni untuk reject’desis Lokman dalam hati.

“Nape kau tak tanya aku dulu, Irah.Aku dah ada kekasih hati la.”bohong Zakiah.Ingin membantah cadangan Nadhirah.Tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit.

“Eh..ye ker..bila pulak kau dah ada kekasih. Nape tak bagi tahu kat aku. Aku baru nak macthing kau dengan abang aku,”terang Nadhirah.

“Kau tak tanya pun. Macam mana aku nak bagitahu.”jawab Zakiah. ’Memang la aku dah ada kekasih..kau la kekasihku dunia dan akhirat’Zakiah berbicara dalam hati.

“Adik pun satu….nape la tak tanya dulu kat Zakiah ni...buat malu Ummi je la,”tambah Puan Mariam. Menyokong kata-kata Zakiah. Malu dia dengan tindakan anaknya itu. Dia sudah berkenan sangat dengan Zakiah.

“Aku ingat kau belum ada buah hati lagi. Sejak kenal…kau tak pernah pun cerita kat aku pasal buah hati kau. Aku fikir kau belum ada kekasih lagi,”terang Nadhirah lagi.

“Tak kan la aku terhegeh-hegeh nak bercerita kat kau. Kau pun tahu macam mana aku kat rumah kan.”jawab Zakiah.

“Bagus la kalau macam tu. Lega abang rasa.Tak payah la abang nak protes lebih-lebih”akhirnya Lokman bersuara.

Semua mata memandang ke arah Lokman.Dia merasakan ini peluang baik untuk memberitahu kepada keluarganya memandangkan perkara ini sudah dibangkitkan oleh Nadhirah.

“Ayah,Ummi dan adik.. abang rasa…abang dah ada pilihan hati abang sendiri.Abang harap semua setuju dengan pilihan abang.Abang nak Ummi dan Ayah pergi meminang dia untuk abang.Boleh?.”tambah Lokman lagi.Hatinya kini berbunga.

“Eh!..ye ker…abang dah ada pilihan hati.Siapa orangnya…Ummi kenal ker?.”soal Puan Mariam. Tidak sabar. Akhirnya untuk melihat anaknya berkahwin sudah tiba.

“Halimah…abang dah lama berkenan dengan dia. Tapi belum luahkan lagi. Abang ingat minggu depan nak Ummi pinangkan untuk abang.”terang Lokman. Tidak mahu lagi menyembunyikan perasaannya pada Halimah. Hasratnya untuk memiliki Halimah pasti akan berjaya.

“Kalau abang dah kata macam tu..Ummi tidak ada masalah. Nampaknya anak Ummi ni dah bersedia untuk memikul tangungjawab sebagai suami.”Puan Mariam menghampiri Lokman. Menggosok bahu anaknya. Lokman tersenyum.

“Ayah pun setuju. Tak ada masalah. Halimah tu pun budaknya bagus. Cikgu lagi. Cerah masa depan. Ayah berkenan juga budak Halimah. Bila-bila masa saja boleh pergi meminang,”celah Pak Hassan. Bersetuju untuk mempercepatkan berita baik itu.

Nadhirah yang berada disisi Lokman mencebik. Zakiah di sisi Nadhirah tersenyum lega. Masing-masing memendam rasa. Rasa suka, duka dan gembira. Semua bercampur baur. Tanya hati masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

0 ulasan:

Catat Ulasan