Pengikut

Ahad, 18 April 2010

suratan atau kebetulan 10

Bab 10

Dalam kesibukkan tetamu menjamu selera, Puan Kalsom masih mundar-mandir mencari sahabatnya, Puan Maria. Setelah puas mencari, akhirnya dapat juga dia berjumpa.

“Maria, akak nak tanya sikit, boleh?”Puan Kalsom berbisik di telinga Puan Maria seraya dia menghampirinya.

Puan Kalsom, ibu kepada Jefry adam. Dia hairan apabila nama syafira tidak berbinti Idris. Dari awal dia bersetuju untuk mengahwinkan Jefry dengan syafira kerana syafira adalah adik kepada Maira. Tapi lain pula yang terjadi sewaktu upacara akad nikah tadi.

“Akak nak tanya apa?”soal Puan Maria.

“Kenapa Syafira bukan binti Idris. Dia anak suami kau yang mana. Setahu akak kau kahwin dengan Idris je. Syafira tu anak siapa?”bertubi-tubi soalan di tanya oleh Puan Kalsom.

“Ooo..hal tu yang akak runsingkan. Syafira tu bukan anak kami. Tapi kami dah menganggap dia seperti anak kami. Malah kami lebih percaya dan sayangkan dia dari Maira. Kenapa akak tanya?,”soal Puan Maria hairan.

“Kenapa dari awal kau tak bagitahu yang syafira tu bukan anak kau? Entah dari mana kau pungut dia. Siapa keluarga dia pun kita tak tahu. Kalau akak tahu syafira tu bukan anak kau, akak tak paksa Jefry untuk berkahwin dengan dia. Akak tak mahu orang mengata kat keluarga akak. Akak ada maruah,”bela Puan Kalsom.

Dia dari semalam berterus-terusan memujuk Jefry untuk berkahwin dengan adik Maira. Sekurang-kurangnya dapat juga dia berbesan dengan Puan Maria. Setelah puas memujuk, barulah Jefry setuju. Dia amat lega dengan persetujuan Jefry. Tapi ini lain pula yang terjadi. Dia masih terkejut. Dia tidak boleh menerima Syafira sebagai menantunya.

”Kenapa akak cakap begitu?Bagi saya Fira tetap anak saya. Saya harap akak dapat terima dia sebagai menantu akak, ya?”pinta Puan Maria.

”Tak boleh. Akak tak boleh terima semua ni,”agak keras nada suara Puan Kalsom.

”Kak...tolong ya jangan buat kacau kat sini. Malu saya nanti,”pinta Puan Maria.

”Ibu..kenapa ni?Macam ada masalah je. Kenapa, ibu?,”soal Jefry Adam selepas dia melihat seperti ada ketegangan dalam perbualan antara ibu dan mak mertuanya.

”Jeff...isteri Jeff bukan dari keluarga ni. Dia anak angkat je. Kita batalkan saja majlis ni, ya?,”pinta Puan Kalsom. Entah apa yang merasuk dirinya untuk bertindak sedemikian rupa.

”Apa yang ibu merepek ni. Syafira tu dah jadi isteri Jeff. Majlis ni pun dah berjalan dengan lancar. Kalau nak batal pun, dah terlambat,”

”Ibu tak kira. Ibu kata batal, tetap batal. Untuk majlis besar-besaran nanti pun, ibu akan batalkan. Malu la dapat menantu yang entah dari mana asal usulnya,”

Syafira yang berada berhampiran dengan Jefry Adam dan Puan Kalsom terkejut mendengar luahan ibu mertuanya. Tidak menyangka dia tidak disukai oleh ibu mertua hanya kerana dia anak angkat. Perasaan hiba merentap tangkai jiwanya. Air mata yang bertakung, cuba ditahan dari mengalir. Hanya senyuman hambar dipamerkan kepada ibu mertuanya. Terlalu kecil hati dengan sikap ibu mertuanya itu.

”Fira jangan ambil hati dengan sikap ibu. Ibu memang selalu macam tu. Nanti bila sudah sejuk, okey la tu. Abang minta maaf bagi pihak ibu. Jangan ambil hati ya,”pujuk Jefry Adam setelah dia melihat perubahan wajah isterinya.

”Tak ada la. Mana ada Fira marah atau ambil hati. Orang tua, biasa la. Fira okey je.Awak nak makan?,”Syafira cuba berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku. Sungguh pun hatinya bagai dihiris-hiris dan diremuk-remuk saat ini. Tapi dia masih waras untuk memikirkan semua itu. Dia mengabaikan semua hal yang remeh-temeh itu. Baginya itu satu cabaran hidup yang perlu dia lalui.

Bagi Jefry Adam pula, pada awalnya menolak sekeras-kerasnya cadangan ibu untuk menjodohkan dia dengan syafira. Selama perkenalan dia dengan Maira, dia tidak pernah mengetahui bahawa Maira mempunyai adik. Ketika dia mengunjungi rumah Maira dulu pun tidak pernah nampak kelibat Syafira.

Dia bersetuju berkahwin dengan syafira adalah untuk membalas dendam di atas perbuatan Maira kepadanya. Itulah motif sebenar dia. Tapi sebaliknya yang berlaku. Dia tidak menyangka Syafira adalah wanita yang selalu hadir dalam mimpinya adalah ahli keluarga Maira. Setiap kali mengingati wajah Syafira jantungnya berdebar-debar.Tapi kini rasa itu semakin berkurangan.

Namun dia bersyukur dengan apa yang berlaku. Fikirannya kini juga tidak lagi berserabut. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik setiap pertemuan dia dengan Syafira. Selama ini dia tertanya-tanya siapa wanita yang sentiasa muncul dalam mimpinya. Itu adalah petanda bahawa wanita itu adalah bakal isterinya. Ya, yang kini telah sah menjadi isterinya.

Usai mereka dan para tetamu menjamu selera, pihak rombongan Jefry Adam ingin bertolak pulang. Sempat Jefry Adam bermesra dahulu dengan Syafira. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan Syafira saat ini. Dia tahu isterinya sedang berduka lara. Walaupun mempamerkan senyuman, dia dapat melihat dengan jelas senyuman yang dipaksa-paksa.

”Fira...abang balik dulu. Nanti dua minggu lagi kita jumpa ya. Abang dah tak sabar nak hidup bersama-sama dengan Fira. Fira tunggu abang tau,”Jefry Adam mengenyitkan mata kepada Syafira.

Syafira terkejut. ’Gatal sungguh suamiku ni. Depan orang ramai pun sempat lagi main mata,’detik hati kecil Syafira. Dia tersenyum dalam paksa melihat gelagat suaminya.

Setelah para tetamu pulang, Syafira dengan segera masuk ke biliknya. Dia melepaskan tangisan yang ditahan sejak dari tadi.

Dayana perasan dengan sikap Syafira turut mengekori langkah ke bilik sahabatnya itu. Dia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sejak dari tadi, dia menjadi pemerhati. Melihat ibu Jefry Adam seperti tidak berpuas hati. Entah apa yang dibincangkan, dia sendiri tidak dapat mendengar butir-butir perbualan mereka. Tapi yang pasti, wajah ibu Jefry Adam cukup tegang. Seperti menahan kemarahan.

Dayana membuka pintu. Dia menghampiri Syafira. Menyentuh bahu sahabatnya itu.

”Kenapa kau menangis? Tak elok menangis di majlis yang baik ni,”

”Mana ada aku menangis. Mata aku masuk habuk la,”Syafira mengesat air mata. Tidak mahu sahabatnya mengetahui gelora dijiwanya saat ini.

”Ala, kau tak payah nak tipu aku la. Kita dah berkawan lama. Aku tahu perangai dan hati budi kau. Ni mesti pasal mak mertua kau, kan? Apa yang dia cakap kat kau sampai kau menangis ni?,”

”Cakap apa pulak kau ni. Ada saja serkap jarang kat aku,”

”Serkap jarang aku pun kadang tu mengena, kan? Baik kau cakap. Apa yang berlaku sebenarnya,”

Syafira memandang Dayana. Dia memeluk Dayana. Dia menangis lagi di bahu sahabatnya itu.

Dayana menggosokkan belakang Syafira. Cuba menenangkan hati sahabatnya itu.

”Baik kau cerita kat aku. Apa yang dah berlaku? Sekurang-kurangnya beban kat kepala kau tu berkurangan,”

”Se...sebenarnya...ibu mertua aku tak suka kan aku. Dia tak mahu aku jadi menantu dia sebab aku ni anak angkat. Dia tak mahu maruahnya dicerca orang. Aku takut la Yana. Bagaimana aku nak melayari bahtera rumahtangga yang aku bina ini jika tidak mendapat restu dari orang tua?,”

”Kau kahwin dengan anak dia. Nak buat apa kalau dah mak mertua kau tak suka. Bukan kau kahwin dengan mak mertua kau. Lantak la. Asal suami kau boleh terima kau seadanya, cukup,”

”Tapi Yana, restu orang tua pun penting dalam perkahwinan. Restu itu umpama doa untuk kebahagian kita,”

”Betul, itu aku tak nafikan. Tapi dah mak mertua kau tu bersikap kolot sangat. Kan mama kau dah cakap pasal kau kat dia, yang dia sibuk-sibuk tak nak terima kau tu, kenapa? Dah terlambat pun kalau nak mogok. Kau dah jadi menantu dia pun,”

Tergelak Syafira mendengar kata-kata Dayana. ’Ada ke patut kau kata ibu mertua aku kolot. Tengok dressing mengalahkan datin. Mana ada kolot kalau macam tu,’

”Bukan kolot dressing, tapi kolot pemikiran,”tukas Dayana.

”Kau jangan difikirkan sangat pasal mak mertua kau tu. Apa yang penting suami kau boleh menerima kau,”

Syafira mengangguk kepala. Dia terus memeluk Dayana. Tangisannya sudah reda. Dayana membalas pelukan mesra itu. Dia bersyukur sahabatnya mula memahami dengan apa yang dia sampaikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan