Pengikut

Khamis, 18 Mac 2010

suratan atau kebetulan 4

Bab 4

Sejak seminggu peristiwa itu berlaku, Jefry masih terbayang wajah wanita yang berlanggar dengannya. Suka dia melihat wajah yang merona merah itu. Sungguh comel, cantik dan cukup asli wajah itu. Dengan solekkan yang nipis sahaja cukup menarik perhatian hati lelakinya.

Mata yang galak, hidung yang mancung dan bibir mungil yang nipis dengan senyuman itu cukup menyeksa jiwanya kini. Perasaan yang aneh itu hadir sejak hari pertemuan yang tidak disangka itu. Walaupun menutup muka dengan fail namun dia masih dapat mengingati keseluruhan wajah wanita itu.

Jefry cuba menjauhkan perasaan yang pelik itu yang mula bertandang di tangkai jiwa. Tapi semakin dia cuba melupakan wajah itu semakin kerap dia terbayang-bayang. Kadang-kadang wajah wanita itu terbawa-bawa dalam mimpi. Jefry amat resah dengan perasaannya kini. Dia tidak mahu menduakan Maira. Hanya Maira yang dia inginkan menjadi suri hatinya.

Tapi wanita itu telah membuatkan hatinya tercuit untuk mengenalinya. Jefry selalu bertanya pada dirinya tentang wanita itu. Siapakah dia sebenarnya? Mengapa dia selalu hadir dalam mimpiku? Apakah nama dia? Kenalkah aku pada dia?

Jefry tiba-tiba tersentak ditegur oleh sahabatnya.

“Hai..nape senyum sorang-sorang ni? Dah tak sabar ke nak naik pelamin?,”tegur Kamal.

Kamal adalah rakan setempat kerja dan juga sahabat Jefry. Cuma pangkat Jefry lebih tinggi dari Kamal. Tapi itu tidak menghalang perhubungan mereka. Sejak seminggu dia dapat melihat perubahan Jefry. Maklumlah orang dah nak naik pelamin. Hanya tinggal 3 minggu lagi untuk majlis kahwin sahabatnya itu. Dia turut gembira apabila majlis yang ditungu-tunggu oleh Jefry akhirnya akan terlaksana juga. Kamal tahu dulu akan majlis yang terpaksa ditunda sebanyak 2 kali. Harap-harap selepas ni tak ada la masalah untuk mereka berkahwin.

“Tak ada la. Saja senyum. Nak hilangkan pressure. Majlis kahwin aku tinggal 3 minggu lagi ni. Berdebar-debar la pulak rasanya. Rasa gugup semacam je.,”terang Jefry.

“Eh..tak payah cakap la hal ni. Makin berdebar pulak aku. Jom la teman aku pergi lunch,”Jefry menepuk bahu Kamal.

“La nape kau tak lunch aje dengan Maira,”Kamal memandang hairan.

“Helo kawan..aku ni dah nak kahwin. Mana boleh selalu jumpa. Tak manis pulak. Nanti tercemar pulak adat yang sangat-sangat dijaga oleh famili aku. Kau tak kan dah lupa kot,”Jefry mula memasuki lif, diikuti oleh Kamal.

“Aku lupa la pulak. Patut la pun. Hairan juga aku tadi. Sori kawan,”Kamal menekan butang untuk menutup pintu lif.

“Is ok.Tak ada hal la,”Jefry mula melangkah keluar dari lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Tiba-tiba Jefry terlanggar seseorang. Dia terkesima kerana dia telah terlanggar seorang wanita. Wanita itu terjatuh. Semua fail bertaburan di lantai. Dia segera mengutip fail-fail tersebut.

“Maaf ye. Saya tak sengaja. Tak perasan tadi,”Jefry mula mengemaskan fail yang bertaburan. Cuba mencari wajah wanita yang telah terjatuh sebaik sahaja wanita itu berdiri. Tidak sedap rasanya bercakap tanpa melihat wajah empunya badan.

“Tak apa. Salah saya juga. Maaf ye saya nak cepat ni. Terima kasih sebab tolong saya,”wanita itu ingin segera berlalu. Dia mengangkat mukanya menghadap lelaki yang berlanggar dengannya.

Jefry amat terkejut takkala wanita di hadapannya memandang ke arahnya. Dia amat kenal dengan wajah itu. Wajah yang sentiasa muncul dalam mimpinya. Wajah yang sehingga kini terlalu menyeksa jiwanya. Jefry tidak berkata apa-apa. Kaku dan kelu. Hanya memandang wanita itu berlalu.

“Hai kawan..jangan lupa kau tu dah nak kahwin la. Mata tu jaga sikit. Tahu la awek tadi tu lawa..tapi ingat la kat Maira buah hati kau tu sikit,”Kamal berseloroh apabila dia hairan melihat pandangan Jefry terhadap wanita tadi. Seperti mahu menelan saja wanita itu. Cukup tajam tenungannya.

“Eh..tak ada sampai ke situ. Aku macam pernah nampak je awek tu tadi. Tapi aku lupa la kat mana aku jumpa. Dah la jom pergi makan.Nanti lewat pulak,”bohong Jefry untuk menutup gelisah yang mula bertengek di ranting jiwanya.

“Ok..tak ada hal punya,”kamal tersenyum melihat Jefry yang sedang mengelabah.

Semasa mereka makan Jefry tidak ambil peduli akan hal yang mereka bualkan.Fikiranya melayang memikirkan wanita tadi.Wanita yang pernah berlanggar dengan nya seminggu lalu. Apa yang dia buat dekat area pejabat tempat aku bekerja?Kenapa dia perlu bertembung semula dengan wanita itu?Semakin terseksa jiwanya memikirkan perasaan yang aneh mula meragup kesetiaan hatinya.

************

“Ishh…kenapa la aku terlanggar lagi dengan lelaki tu. Apa nama dia ye?Eh! lupa pula aku. Arrh…biar la. Apa yang nak difikirkan sangat. Buat sakit kepala aku je,”omel Syafira sendirian.

Syafira masih ingat lagi wajah lelaki itu. Dulu dia pernah terlanggar dengan lelaki itu sewaktu dia menunggu Sharul dan Dayana di Taman berhampiran Kolej Profesional Mara. Nasib baik ketika itu tidak ada orang yang lalu-lalang. Waktu itu Dayana minta dia dan Shahrul temankannya untuk mendaftar di kolej tersebut.

Dayana ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula. Dia pula yang masih perlu menjalani latihan praktikal selama 3 bulan seperti yang disyaratkan oleh Univesiti Malaysia Terengganu. Dia hanya mencuba nasib. Jika ada peluang, dia amat bersyukur kerana tidak perlu dia menunggu lama untuk praktikal. Dan boleh dia turut menyambung ke peringkat ijazah pula bersama dengan Dayana.

Syafira mempercepatkan langkahnya untuk menghantar surat permohonan untuk mengikuti latihan praktikal di Syarikat Dayamaju Corporation. Dia mendapatkan maklumat syarikat berkenaan di dalam internet. Dia hanya mencuba nasib jika syarikat berkenaan mengambil pelajar untuk menjalani latihan praktikal. Setelah selesai Syafira perlu segera berjumpa dengan Dayana dan Shahrul seperti yang dijanjikan oleh sahabatnya untuk berjumpa di Restoran KFC di Ampang Point. Dia melihat jam di tangan.

’Masih awal untuk berjumpa dengan mereka. Tidak perlu la aku berlumba-lumba untuk menaiki bas,’ detik hati Syafira

Setelah 30 minit berlalu Syafira sampai di tempat yang dijanjikan. Dia dapat melihat kelibat sahabatnya Dayana dan Shahrul sedang menunggunya di ruang legar di Ampang point. Syafira melirik tersenyum sambil melambaikan tangan kepada mereka berdua.

“Lambat ke aku sampai?”soal Syafira pada Dayana.

“Tak la..kami ni yang sampai awal,”sampuk Shahrul pula.

“Ooo patut la. Tu la Fira ingat sampai lambat tadi. Ye la masih awal 15 minit dari yang dijanjikan,”Syafira melihat jam di tangannya.

“Ok..jom la.apa lagi yang di tunggu. Jom hari ini aku belanja,”Dayana menarik lengan Syafira supaya mereka segera ke Restoran KFC.

“Kau nak belanja?Mesti ada apa-apa ni.Biasa kau susah sangat nak belanja,”teka Syafira.

“Nanti la aku cerita.Tak payah cakap banyak. Kita pergi KFC dulu,”Dayana tidak terus menjawab pertanyaan Syafira.

Syafira dan Shahrul hanya mengikut langkah Dayana.Semasa beriringan berjalan menuju ke Restoran KFC sempat Syafira mengerling kepada Shahrul. Shahrul yang perasan dengan jelingan Syafira segera berpaling dan tersenyum.Syafira menggelabah. Tidak sangka Shahrul perasan.

Sampai mereka di kaunter KFC mereka segera memesan menu KFC. Maklum la mereka bertiga ini boleh dikatakan ‘Favourite Customer’ bagi semua menu KFC. Pantang KFC melancarkan menu baru, pasti mereka akan segera mendapatkannya. Gila KFC betul.

“Kau nak makan apa Fira?..order je aku belanja,”Dayana mula memerhatikan senarai menu. Jika ada menu baru mesti kena order.

“Aku malas nak fikir nak makan apa.kau order je apa-apa asal Cheezy Wedges dan Whipped Potato aku ada. Yang lain kau tanya Shahrul,”Syafira memandang Shahrul yang sedang asyik bercakap ditelefon.

Muka Shahrul serius sangat. Tidak pernah Syafira melihat Shahrul begitu. Syafira cuba memanggil Shahrul tapi tidak berjaya. Shahrul tidak memandang ke arahnya.’Dengan siapa pulak Shah bercakap.Serius aje’detik Syafira sendirian.

“Shah nak makan apa?Biar Fira ambilkan,”Syafira memberanikan diri menghampiri Shahrul.

Shahrul mematikan talian telefon. Dia tidak mahu Syafira mengetahui apa yang telah dia bualkan. Dia tersenyum melirik melihat Syafira yang berada di hadapannya. Syafira hairan dan resah ditenung begitu oleh Shahrul. Syafira melabuhkan punggung di hadapan Shahrul. Dia masih menanti jawapan dari Shahrul. Tapi nampak gayanya memang tidak dapat.

“Shah nak makan apa? Biar Fira ambilkan,”tanya Syafira lagi buat kali kedua.

“Apa-apa aje la..Shah tak kesah..tapi kalau ikut macam Fira order lagi bagus,”jawab Shahrul sambil mengeyitkan mata.

Syafira terkesima. Tidak pernah Shahrul bersikap demikian. Shahrul kini betul-betul memancing perasaannya. Dia mula menggelabah bila Shahrul mula menyentuh jemarinya. Cepat-cepat Syafira mengalihkan tangannya. Dia segera berlalu dari meja itu. Resah apabila dia berdua-duaan saja di meja itu. Syafira meninggalkan Shahrul sendirian. Dia melangkah mengambil pesanan makanan yang telah siap dibayar oleh Dayana.

Syafira dan Dayana menghampiri meja Shahrul. Mereka melabuhkan punggung. Syafira kini duduk berhadapan dengan Shahrul. Dia kaget. Peristiwa tadi masih bermain di fikirannya. Dayana memaksanya untuk duduk berhadapan dengan Shahrul. Syafira akur. Takut lain pula yang jadinya. Bukan boleh dikira sangat dengan Dayana yang banyak loya buruknya juga.

“Hal apa yang Yana nak ceritakan. Siap belanja lagi ni. Mesti special ni,”soal Shahrul sambil menyuapkan isi ayam ke dalam mulutnya. Matanya masih memandang Syafira yang seperti menahan malu. Saat itu merah muka Syafira. Dia tersenyum melirik. Suka melihat Syafira berkeadaan begitu. Cukup comel.

“Aku ada berita gembira ni. Aku dapat masuk kat Kolej Mara tu. Minggu depan aku kena daftar. Tak la lama aku menunggu,”sungguh ceria Dayana bercerita. Sebenarnya dari semalam lagi dia mendapat berita itu. Tapi dia ingin membuat kejutan kepada Syafira dan Shahrul.

“Really..alhamdullilah..tak sangka cepat kau dapat. Kau ni, aku tengok hairan la. Dulu pun macam tu. Kita sama-sama minta masuk U tapi kau dulu juga dapat tawaran. Aku 3 bulan lepas tu baru dapat tawaran. Dah la tu dapat pulak jauh. Kena kat pantai timur. Lain yang diminta lain pula jadinya. Kau ni pakai ilmu apa ha?,”Syafira memandang Dayana. Cuba mengorek rahsia.

“Opss…itu rahsia aku la. Mana boleh bagitahu. Tak privacy la nanti,”Dayana ligat menyuapkan kepak ayam ke dalam mulutnya.

“Ooo..tak nak bagitahu ye..tak pe..nanti aku cari sendiri,”

“Dipersilakan wahai Cik Nur Syafira binti Sulaiman. Di alu-alukan sangat..itupun kalau berhasil..,”seloroh Dayana.

“Auuww..sakit la,”jerit Dayana

“Padam muka…sapa suruh cari pasal dengan aku,”Syafira tersenyum puas dapat mencubit peha Dayana.

“Aku ucap tahniah. Aku tumpang gembira kau dapat Yana. Tapi jangan pula kau lupa kat aku dan Fira ni,”pesan Shahrul

“Aku tak akan lupa la kat kau orang berdua. Kau berduakan sahabat aku dunia dan akhirat,”Dayana memeluk bahu Syafira.

Mereka sungguh gembira pada hari itu. Sambil makan mereka bercerita hal masing-masing. Bila ada peluang bersama itu adalah aktiviti utama mereka. Dalam pada itu Shahrul sedang memikirkan perihal ibunya.

Dia yang masih terkejut dengan perkhabaran yang diterima dari ibunya. Dia tidak sanggup untuk melepaskan Syafira. Tapi apakan daya dia hanya seorang anak yang perlu mengikut kemahuan keluarga. Sebelum mereka bersurai Shahrul masih sempat merenung Syafira. Dia ingin menatap wajah Syafira puas-puas.

********

Shahrul sampai ke rumah sudah lewat malam. Siang tadi selepas selesai menghantar Syafira dan Dayana, dia tidak terus pulang. Dalam fikirannya, berserabut memikirkan permintaan ibunya, Datin Mariam. Dia pergi melepak di kawasan shopping kompleks. Fikirannya masih buntu.Dia membuka pintu utama banglo mewah Villa Anggerik itu. Dia terus berjalan memasuki biliknya tanpa dia perasan ibunya sedang memerhatikannya dalam kegelapan.

“Shah pergi mana..sampai sekarang baru balik. Risau ibu tengok Shah macam ni. Selalu Shah tak pernah balik lewat. Ni kenapa.?Shah ada masalah ke?,”tanya Datin Mariam setelah membuka suis lampu di ruang tamu banglo itu.

Shahrul terkejut.Tidak menyangka ibunya masih belum tidur. Dia memandang melihat jam di tangannya.’Alamak!pukul satu pagi.patut la ibu bising’ omel Shahrul dalam hati.

“Tak ada apa-apa la ibu. Nape ibu belum tidur lagi. Nanti kena migran lagi. Ibu tak payah tunggu Shah la. Shah pergi lepak dengan kawan-kawan tadi. Tak sedar dah jauh malam. Sori ibu..lain kali Shah tak buat lagi,”Shahrul menyalami tangan Datin Mariam. Dia terasa rambutnya diusap lembut oleh ibunya. Saat itu hatinya merasa hiba. Tapi di tahan rasa itu.

“Ibu bukan marah Shah nak lepak dengan kawan-kawan, tapi jangan la sampai lewat malam macam ni. Setahu ibu, shah tak pernah lepak dengan kawan-kawan sampai pukul 1.00 pagi..biasakan pukul 11.00 Shah dah balik rumah,”Datin Mariam melabuhkan punggung di sofa antik ruang tamu itu.

“Ala ibu..hari ni lama la sikit..kan kita nak ke Londan..itu yang Shah ambil masa lama sikit. Nanti Shah dah tak berpeluang untuk lepak dengan kawan-kawan. Tak kan ibu dah lupa kot,”teka Shahrul.

Dia meletakkan tangan di atas peha Datin Mariam sambil melentokkan kepala. Dia merasai rambutnya diusap oleh ibunya. Saat itu rasa hiba datang bertenggek di tangkai hati. Mana mungkin dia membantah setiap kata-kata ibunya. Dia anak tunggal. Ayahnya, Datuk Imran telah meninggal ketika dia berusia 13 tahun akibat sakit jantung. Hanya pada ibu dia menumpang kasih ayah.

“Ha ah..la ibu lupa la pasal tu. Nasib baik Shah ingatkan. Ibu lupa nak kemaskan baju. Shah pun jangan lupa tau, kemaskan semua baju Shah yang perlu saja. Kalau tak cukup kita beli kat sana je,”arah Datin Mariam.

“Ibu masuk tidur dulu. Esok ibu nak ke pejabat nak uruskan hal semasa peninggalan kita nanti. Susah pula ibu nanti bila balik semula ke sini. Kerja perlu disiapkan. Jangan tidur lambat tau,”pinta Datin Mariam. Dia berlalu menuju ke biliknya. Meninggalkan Shahrul seorang diri di ruang tamu.

“Baik lah ibu.Nanti Shah kemaskan sendiri baju Shah,”dengan lemah Shahrul menjawab.

Shahrul tidak dapat berbuat apa-apa. Dengan lemah dia masuk ke biliknya. Dia membaringkan badan di atas katil. Dia masih memikirkan bagaimana dia perlu mengkhabarkan berita itu kepada Syafira. Dia perlu mengikut ibunya ke London untuk tempoh tiga bulan.

Datin Mariam meminta dia menemaninya ke London. Runsing juga meninggalkan anak tunggalnya itu selama beberapa bulan. Oleh sebab itu dari awal lagi Datin Mariam telah menempah tiket untuk ke London tanpa pengetahuan Shahrul. Dia tahu, kalau dikhabarkan lebih awal sebelum menempah tiket pasti Shahrul tidak akan mengikutnya.

Datin Mariam perlu menjalankan perniagaan yang telah ditinggalkan oleh arwah Datuk Imran. Selepas Shahrul habis belajar baru dia akan menyerahkan semua tugas itu pada Shahrul. Buat masa ini Shahrul masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berat itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan