Pengikut

Selasa, 20 April 2010

Catatan sekeping hati...Bukan salahku

Catatan Sekeping Hati……Bukan salahku

Aku meneliti semula kertas keputusan ujian darah. Masih terngiang-ngiang penerangan Doktor Amir padaku mengenai keputusan ujian darah itu. Aku pasrah dan redha akan ketentuan yang ku hadapi kini. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian. Sama ada berat atau ringan. Sakit atau sihat. Sedih atau gembira. Selagi kita hidup di dunia yang fana ini, kita pasti akan diuji. Hanya ketaqwaan, tawakal dan kesabaran dapat menjamin kebahagian yang hakiki.

“Macam mana, sayang? Apa kata doctor tadi?,”soal suamiku selepas aku keluar dari bilik doctor.

“Doktor cakap, tak ada yang serius pun. Darah sayang kotor. Tu yang selalu sakit. Kena buat bekam untuk buang darah kotor,”gurau ku.

Aku tidak mahu suamiku risau. Sudah banyak dugaan yang aku hadapi dalam melayari bahtera rumah tangga dengan suamiku yang tercinta. Aku tidak mahu lagi membebaninya dengan berita yang menyedihkan.

Suamiku hanya mengangguk kepala. Baginya betul apa yang telah aku katakan.’Maafkan sayang, abang. Sayang terpaksa berbohong demi untuk kebaikan semua,’detik hatiku.

Aku melemparkan senyuman hambar kepada suamiku.Aku tidak sanggup untuk melihat air mata keluar dari kelopak matanya. Sesungguhnya aku terlalu mencintainya. Tidak mahu dia risaukan ku. Sudah cukup penderitaan yang dia alami keranaku. Kini aku akan membahagiakannya selagi ada sisa-sisa hidupku ini. Biarkku tinggalkan kenangan yang manis dalam hidupnya.

“Tadi sayang kata cuma darah kotor. Ni kenapa pulak kena ambil ubat?,”soal suamiku.

“Ni ubat untuk cuci darah kotor. Tapi kalau nak lebih baik, buat bekam,”terangku.

“Ooo. Okey sayang tunggu ambil ubat dulu. Abang pergi ambil kereta,”balas suamiku

“Jauh ke abang parker kereta?,”

“Jauh la jugak. Kalau berjalan mahu berpeluh badan ni,”jawab suami. Dia tersenyum padaku sebelum meninggalku di kaunter mengambil ubat.

Aku melihat kelibat suamiku sehingga hilang dari pandanganku. Aku tersentak dari lamunan setelah mendengar namuku dipanggil.

“Puan, ubat ni makan lima biji sehari, makan waktu pagi selepas makan. Dan ubat ini makan sebiji sekali selepas makan. Mulai dari hari ini,puan kena selalu bersenam, jangan makan makanan berlemak dan berminyak, minum banyak air untuk melancarkan sistem antibodi badan dan jangan dibiarkan perut kosong. Nanti akan menjadi gastrik pulak,”terang wanita yang memberikan ubat padaku.

“Boleh saya tahu apa kesannya kalau saya makan ubat ini. Dan kalau bekalan ubat ini terputus, apa akan jadi pada saya,”

“Kalau puan makan ubat ni, kesan yang biasa berlaku adalah, naik berat badan, badan puan akan selalu lemah dan letih, kulit puan akan cepat nipis. Puan jangan berhenti makan ubat ini selagi tidak ada arahan dari doctor. Satu lagi, ubat ini akan menyebabkan tulang mudah reput. Tapi semua tu puan dapat atasi kalau puan makan makanan yang mengandungi banyak kalsium dan zat besi,”

Aku terkejut mendengar penerangan dari wanita itu. Sudah la berita sedih tadi belum pun reda dalam kotak fikiranku, kini ditambah pula kesan dari pengambilan ubat pencegahan. Ubat penahan yang aku ambil ini hanya dapat mengurangkan penyebaran penyakitku. Ia tidak dapat menyembuhkan. Aku berkira-kira, sama ada mahu makan atau tidak dengan ubat ini.

***********

“Kenapa dengan sayang ni? Abang tengok semakin hari, semakin teruk sakit sayang ni. Ubat dah makan ke belum?,”soal suami ku. Dia membelai rambutku. Aku senang dan suka apabila jemari kasar suamiku membelai rambutku. Rasa nyaman dan tenang.

“Ubat dah makan ke belum ni?,”soalnya lagi

Suamiku seorang yang prihatin. Sepenat mana pun, dia akan bertanyakan perihal kesihatanku.

Aku hanya mengangguk kepala. Memang kesan dari ubat yang aku makan menampakkan perubahan yang ketara walaupun baru dua minggu. Badanku cepat letih, dan kadang-kadang kepalaku terasa berpusing-pusing. Kadang-kadang mataku jadi kabur tiba-tiba.

“Sayang, esok kita balik rumah mak, ya. Dah lama abang tak balik. Rasa rindu pulak,”

“Sayang ikut je,”

“Macam tu la isteri abang, Sayang bucuk abang ni,”suamiku mencuit hidungku. Begitu la yang selalu dia lakukan. Aku terhibur dengan tingkah dan layanannya.

Aku tidak membantah kehendak suamiku, walaupun ku tahu, ia akan melukakan hatiku nanti. Tapi kerana dia adalah suamiku, aku perlu patuh. Nanti jika aku sudah tiada lagi, pada siapa dia akan menumpang kasih jika tidak pada ibunya sendiri. Aku tidak mahu mengeruhkan keadaan. Biar la ia menjadi rahsiaku. Akan ku simpan dalam hatiku.

*******

“Kau ni kenapa?Malas betul. Kau ni menantu ke hantu. Orang sibuk memasak di dapur, kau bersenang lenang kat luar ni. Siap boleh tidur lagi. Apa nak jadi dengan kau ni. Apa la nasib anak aku kahwin dengan kau ni. Dah la anak tak ada, dapat bini pun malas. Entah-entah kebulur anak aku kat rumah. Kau jaga tak makan minum anak aku kat rumah?,”

“Saya jaga mak. Tak pernah saya abaikan tanggungjawab saya pada dia,”jawabku sepatah. Aku tidak betah untuk memandang ibu mertuaku lama-lama. Nanti lain pula jadinya.

Aku yang masih menggosok mata kerana terlena tadi, bangun dan menuju ke dapur. Aku lihat adik iparku sedang enak menjamu selera tanpa mempelawaku. Suamiku juga ada bersama. Suamiku mengajak supaya aku makan bersamanya, namun ku tolak. Aku mahu bersolat dulu. Suamiku mengangguk kepala.

Usai bersolat aku memohon pada Yang Maha Esa. Moga suamiku dipanjangkan umur, murah rezeki, supaya suamiku sihat selalu dan mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. Tiada apa yang dapatku tinggalkan untuknya. Hanya doa seorang isteri yang masih punya hayat walaupun cuma tinggal beberapa bulan lagi.

**************

“Kak…aku nak duit. Kau ada tak?,”

“Kak mana ada duit. Abang belum dapat gaji lagi,”

“Jangan nak tipu la. Semalam aku tengok kau beli baju tu. Maknanya ada duit la,”

“Yang tu duit akak simpan. Akak beli untuk kali terakhir,”

“Kali terakhir?Kenapa, kau dah dah puas hidup ke?Kau dah nak mati, ya,”cukup sinis kata-kata adik iparku, Nor.

“Ya, akak dah nak mati. Tapi apa yang adik peduli kan. Lagi adik suka akak mati,”

“Bagus la kalau kau dah tahu. Aku memang suka sangat kalau kau mati. Tak menyusahkan kami sekeluarga,”

Hampir terkeluar air mataku mendengar cacian Nor. Pedihnya terasa sampai ke tulang. Lukanya tidak dapat disembuh lagi. Ya Allah, tabahkan lah hati ku menghadapi semua ujian Mu.

“Mana duitnya. Aku nak keluar ni,”

Aku mengambil sekeping not lima puluh dari beg duit dan terus ku berikan pada Nor.

“Mana cukup ni. Aku tengok ada lagi lima puluh. Bagi semua kat aku. Nanti abang gaji, kau minta balik dengan dia,” Nor terus merampas dompet dari tanganku.

Aku terkejut dengan tindakan Nor.

“Mana boleh ambil semua. Itu duit akak simpan nak beli ubat,”

“Beli ubat? Buat apa? Kau bukan sakit. Nanti kau minta balik duit dengan mak,”

Aku menggelengkan kepala. Hancur hatiku saat ini dengan perangai nor. Dulu dia baik padaku. Tapi kini aku sendiri tidak tahu, apa silapku sehingga aku dilayan sebegini rupa.

Nor dulu adalah sahabatku. Kami sekolah satu universiti. Selama tiga tahun kami berkawan, tapi semuanya berubah setelah setahun aku berkahwin dengan abangnya, Amirul. Aku tidak tahu apa punca nor membenciku. Setahu ku, tidak pernah menyakiti hatinya. Ibu mertuaku juga begitu. Masa mula-mula aku pergi ke rumah nor sebagai sahabat nor, ibu mertuaku dapat menerimaku dengan baik. Malah aku rasakan inilah kasih sayang seorang ibu yang ku cari kerana aku seorang anak yatim piatu.

Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Indah khabar dari rupa. Impian yang aku impikan tidak seindah yang diinginkan. Hanya suamiku, setia hingga kini. Semakin hari semakin sayang. Sudah tiga tahun usia perkahwinanku, namun seorang zuriat pun aku belum dapat berikan buat keluarga suamiku sebagai penyambung generasi. Bukan aku tidak mahu, tapi belum ada rezeki. Perempuan mana yang berkahwin tidak inginkan anak. Cacian demi cacian dari ibu mertuaku. Namun ku tahan telingaku ini, sesungguhnya suamiku tahu. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap yang berlaku.

*********

“Sayang, ubat sayang makan ni sebenarnya untuk sakit apa? Abang hairan tengok keadaan sayang ni. Badan sayang semakin hari semakin gempal. Tengok pipi ni, dah tembam sangat. Dah tu, selalu letih je abang tengok,”soal suamiku sebaik dia balik kerja.

Aku yang terbaring di atas sofa tersenyum memandangnya. Segak betul suami ku ini walaupun mukanya nampak penat bekerja seharian,’detik hatiku.

“Tengok, boleh senyum-senyum lagi. Abang tanya sayang dengar tak?,”

“Dengar,”

“Habis tu kenapa tak jawab. Tengok senyum lagi. Jangan main-main la,”

Aku tersenyum melihat wajah tegang suamiku. Susah untuk melihat dia marah. Sekali sekala apa salahnya.

“Sayang!,”sedikit tinggi dan keras nada suamiku.

Aku tergelak. Suka pula bila melihat dia marah padaku. Dapatkah lagi aku melihat wajah ini sedangkan waktuku hampir ke penghujungnya.

“Tolong la sayang. Bagi tahu kat abang. Abang tak suka la macam ni,”sedikit kendur nada suara suamiku.

Bersimpati pula aku melihat suamiku. Bersungguh-sungguh dia ingin mengetahui penyakit ku. Aku takut untuk memberitahunya. Aku bimbang dia tidak dapat menerima berita yang aku sampaikan. Tapi dia juga perlu tahu. Diakan suamiku. Aku adalah tanggungjawabnya.

“Esok kita jumpa Doktor Amir. Esok kan ada temujanji dengan dia. Abang boleh tanya lebih lanjut dengan Doktor Amir,”

“Apa salahnya kalau sayang bagitahu. Nanti tak la terkial-kial abang bila doktor amir tanyakan pada abang,”

“Sayang penat la, abang. Esok je la, ya,”pujuk ku.

“Ya la…ya la. Siapa la kita ni kan pada dia. Tak nak bagi tahu sudah. Abang malas nak paksa sayang,”

“Alah merajuk pulak suami sayang ni. Mai sini sayang pujuk. Ala bucuk..bucuk intan payung pengarang jantung buah hati sayang….,”

Suamiku tergelak. Aku tahu dia susah nak merajuk. Pujuk sikit-sikit cair la dia. Kami tergelak sama-sama. Masih adakah waktu untukku gelak ketawa dengannya lagi?

**********

Sampai saja di rumah, suamiku menghempaskan briefcasenya dan tali leher di atas meja di ruang tamu. Masih marah lagi denganku. Sepanjang perjalanan pulang dari klinik tadi, dia membisu. Tidak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Hanya kelakuannya mengambarkan betapa dia marah padaku. Aku juga membisu. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Api kalau disimbah dengan minyak semakin marak la ia. Jadi biar ku sejukkan dulu kemarahannya. Nanti bila sudah reda, dia sendiri yang akan padam.

Sehingga waktu makan malam pun, suamiku tidak keluar dari bilik bacaan. Entah apa yang di buatnya aku sendiri tidak pasti. Dia berada dalam bilik itu sejak pulang dari klinik lagi. Aku perlu memujuknya. Aku fikir dia akan mengalah dan datang padaku. Tapi lain pula yang terjadi.

Aku membuka pintu bilik bacaan. Aku lihat suamiku masih berada di atas sejadah. Aku melihat jam di dinding. Sudah ke angka sepuluh. Lewat benar suamiku bersolat isyak. Apa yang dibuatnya dari tadi. Barangkali dia tidur agaknya. Penat la tu,’omelku dalam hati.

“Abang, jom makan. Dah lewat sangat ni. Nanti perut masuk angin. Dari petang tadi abang belum makan kan?,”

“Abang….jom makan,”pujuk ku lagi.

“Apa abang-abang. Siapa abang,”tengking suamiku.

Aku terkejut. Tidak pernah suamiku meninggikan suara padaku. Apatah lagi menengking begini. Aku memujuk hatiku sendiri.Berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku.

“Jangan la macam tu, abang. Jom kita makan. Sayang pun belum makan lagi. Jom la kita makan sama-sama,”pujuk ku lagi. Aku memegang bahu suamiku.Aku terkejut sekali lagi. Suamiku menepis tanganku buat kali kedua apabila aku mahu menyentuhnya.

“Tak payah pujuk la abang ni. Abang ni siapa la dalam hati sayang. Abang ni tak penting bagi sayang. Tak payah la bertanyakan makan minum abang. Kalau abang lapar, abang ambil sendiri. Sayang pergi la makan. Abang tak lapar lagi,”

Air mataku berlinangan mengalir deras. Sederas air sungai yang mengalir. Tidak dapat diseka lagi air mataku. Aku tidak membalas kata-kata suamiku. Aku terus meninggalkannya dan masuk ke bilik. Aku mengunci pintu dari dalam. Ku menangis semahu-mahunya. Ku rasanyakan saat ini, sudah kering air mata untuk menangis. Tidak aku sangka suamiku akan bersikap dingin begini setelah mengetahui penyakitku. Salahkah aku jika tidak menerangkan hal sebenar padanya? Kalau dari awal pun jika dia tahu, tidak dapat mengubah apa-apa. Penyakitku sudah sampai ke tahap kronik. Tidak dapat disembuhkan lagi. Ubat yang ada cuma untuk menahan dari penyakitku terus merebak dan sekali gus untuk memanjangkan tempoh hayatku.

Aku pasrah Ya Allah,jika ini ujian mu di saat hayat ku, aku redha. Aku bersyukur sekurang-kurangnya suamiku tahu akan penyakitku.

******

“Sayang..maafkan abang dengan sikap abang semalam. Abang tak dapat kawal marah abang. Maaf kan abang, ya,”pujuk suamiku.

Semalam aku tidur di bilikku. Aku tidak tahu sama ada suamiku makan atau tidak semalam. Tapi yang pasti lauk yang ku masak tidak terusik langsung. Jadi pagi ini, aku cuba memasak lagi. Mana tahu hatinya akan sejuk. Aku masak nasi lemak sambal sotong. Memang kegemarannya. Pagi tadi selepas solat subuh, sakit ku menyerang lagi. Aku menelan ubat bagi meredakan sakit yang ku tanggung. Alhamdulillah, rasa sakit berkurangan dan dapat la aku masak untuk suamiku pagi ini.

“Kenapa pulak abang yang minta maaf?. Abang tak salah apa-apa. Sayang yang salah. Abang maafkan sayang, ya.,” aku meraih tangan suamiku. Ku kucup tangannya. Mohon ampunkan segala salah ku.

“Tak, abang pun salah juga. Sayang maafkan abang ya,”

“Ya. Sama-sama kita bermaafan. Dah la, jom makan. Sayang masak makanan kesukaa abang,”aku memegang tangan suamiku dan mengheretnya mengikuti langkah ku.

Kami makan sehingga licin.

ak, abang pun salah juga. Sayang maafkan abang ya," Sayang yang salah. Abang maafkan sayang, ya.,"uk suamiku pagi ini.ubat bagiBerselera sungguh aku rasakan hari ini. Apa tak ya, suami aku dah kembali seperti sedia kala.Tiada lagi bermasam muka.

“Sayang…abang nak balik rumah mak petang ni. Sayang ikut ya,”pelawa suamiku

“Baik la. Tapi sebelum tu, kita pergi shopping dulu. Sayang nak beli sedikit barang untuk mak dan nor, boleh,”pintaku

“Boleh,”

Petang itu aku bershopping sakan. Maklum la, suamiku dapat gaji. Boleh la aku bershopping.Aku belikan baju melayu warna pink untuk suamiku, baju kurung warna cream buat ibu mertuaku dan baju kurung berwarna biru muda untuk Nor. Semua warna-warna baju ini adalah warna kegemaran masing-masing. Aku masih ingat kesukaan mereka. Walaupun mereka tidak mengingati kesukaanku. Aku tidak minta dibalas. Biar la dijadikan kenangan untuk hadiah terakhir dari ku.

***********

“Apa ni beli baju color macam ni. Not my taste la,”nor mencebik. Dia melemparkan baju yang ku beli tadi ke mukaku.

Aku terkejut. Begitu juga dengan suamiku. Aku tidak melawan. Aku mengambil baju itu dan meletakkan semula dalam beg kertas.

“Tengok, yang mak pun sama. Ada ke beli color macam ni. Beli la yang ada grend sikit. Ni entah apa jenis kain yang dibeli. Tak ada taste langsung,”ibu mertuaku melemparkan baju itu ke muka ku.

Serta merta aku menangis dengan tingkah mereka. Suamiku sudah marah. Dia menampar muka nor didepan maknya. Ibu mertuaku terkejut dengan tindakkan abang.

“Kenapa dengan kau ni, mirul. Tak pasal-pasal tamper adik kau,”marah ibu mertuaku

“Mak tengok kan apa yang di buat oleh Nor. Mak pun sama. Kenapa layan Najwa macam ni,”keras nada suara suamiku.

“Memang patut pun dia di layan macam tu. Selama ini mak sabar dengan perangai dia. Tapi hari ni, mak tak boleh dah nak sabar. Kerana perempuan ni, kau sanggup tampar adik kau,”marah ibu mertuaku sambil menunding jari ke arahku.

“Tapi kenapa?,”soalku. Aku menjadi berani bertanyakan hal ini. Sudah lama inginku menyoal mereka, namun tiada peluang.

“Kau tahu tak, mirul, kerana perempuan ni, adik kau sampai sekarang tidak kahwin-kahwin. Dan kerana perempuan ni juga, jiran-jiran pandang serong pada mak,”

“apa yang telah najwa buat pada mak dan adik. Mirul tak faham,”soal suamiku

“Kau kenal Badrul anak Tok penghulu yang sama universiti dengan adik aku?

“Ya, mirul kenal. Tapi apa kaitan dia dalam hal ni,”

“Adik kau cinta kan dia. Tapi badrul tolak cinta adik kau ni setelah dia berkenalan dengan bini kau ni. Sampai kau kahwin dengan bini kau ni pun, budak badrul tak boleh lupakan bini kau. Sampai dia tolak cinta adik kau ni, kau tahu?,”

“Memang Mirul tahu. Kalau pasal Badrul tu dah lama mirul tahu. Sebelum kami berkahwin lagi. Memang badrul cintakan isteri mirul, tapi setelah dia tahu yang mirul ingin memperisterikan najwa, dia mengundur diri. Dia tidak mahu jadi orang ketiga. Bukan salah najwa badrul tolak cinta nor. Memang patut pun badrul buat begitu. Janji setia sampai mati, tapi bila dah ada pakwe baru, yang lebih kaya dari badrul, dia tinggalkan badrul. Badrul datang jumpa dengan mirul minta nasihat. Tapi semua tidak menjadi. Nor masih dengan tingkahnya. Tapi bila pakwe dia lari, baru nak cari badrul. Sudah terlambat. Badrul dah berjumpa dengan wanita pilihan yang lebih baik dari nor. Tapi mirul kesal dengan sikap nor. Adik abang sendiri yang buat hal, isteri abang yang jadi mangsa,”panjang lebar suamiku bercakap.

Aku juga terkejut kerana badrul, nor dan ibu mertuaku membenciku. Kenapa nor begitu kejam. Menikam ku dari belakang. Ku anggap dia sahabat sampai ke mati namun ku silap membuat andaian. Bukan salahku untuk jadi begini. Bukan salahku Badrul menolak cinta nor. Bukan salahku, ibu mertuaku dicaci orang. Bukan salahku dengan semua yang berlaku. Bukan salahku……

1 ulasan:

korro suffian berkata...

I dont get the ending!!!

ade sambungan tak???

Catat Ulasan