Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

Butakah Cinta 4

Bab 4

Marlia termenung sendirian di jendela. Halim menghampirinya. Memeluk erat bahu isteri tersayang. Halim turut bersimpati dengan nasib yang menimpa isterinya.Apa lagi yang boleh dia lakukan. Semua sudah tersurat. Dia menerima semuanya dengan redha. Semua yang berlaku sudah ketentuan yang Maha Esa.

”Sudah-sudah la tu. Kita terima semuanya dengan redha. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Abang akan menjaga Mar sampai akhir hayat. Sama-samalah kita membina alam rumahtangga ni.,”pujuk Halim.

”Mar redha semua yang berlaku. Tapi kenapa kita tidak di berikan kesempatan untuk membela diri. Kita tidak bersalah. Abang, kenape semua ini berlaku kepada kita?,”Marlia menyekat air mata yang mula membasahi pipi gebunya.

”Jangan diucapkan begitu, sayang. Abang sendiri pun tidak tahu. Tapi abang akan membahagiakan sayang. Percayalah, sayang,”Halim mengesat air mata di wajah mulus Marlia.

”Mar percaya abang akan membahagiakan Mar. Tapi Mar kesal dengan tindakan papa. Sedikitpun tidak diberikan peluang untuk Mar. Mar hairan dengan tuduhan papa. Macamana papa boleh fikirkan semua ini. Abang rasa siapa dalang disebalik semua ini?,”tangisan Marlia semakin reda.

”Abang memang tahu siapa dalang disebalik semua ini. Tapi abang tidak mahu ambil tahu. Biarlah. Mereka pasti akan menerima balasan juga di atas setiap perbuatan mereka,”halim melabuhkan punggungnya di atas lantai.

”Mereka?Siapa mereka tu?Abang kenal ke?”soal Marlia

”Memang abang kenal siapa yang terlibat dalam semua ni.Tapi biarlah.Ah..tak usah lah difikirkan sangat pasal mereka tu. Kita fikirkan pasal kita sekarang,”balas Halim.

”Pasal kita?kenape dengan kita?”soal Marlia kehairanan.

Marlia menghampiri Halim. Dia duduk disebelah suami tercinta. Melentokkan kepala di atas riba Halim.

”Ye la. Kita kan dah jadi suami isteri. Apa rancangan Mar selepas ni?”soal halim. Halim mengusap lembut rambut Marlia.

”Entah la, bang. Mar sendiri tak tahu. Abang pula macam mana?”soal Marlia.

“Ermm…abang sendiri pun tak tahu. Nantilah kita fikirkan bersama-sama ye. Jom ikut abang,”Halim mula melangkah.

”Ikut abang?kita nak ke mana?”soal Marlia.

”Temankan abang,”balas halim.

”Ye la..tapi nak ke mana?”soal Marlia. Hairan melihat suaminya yang sudah tersengih-sengih.

”Jom temankan abang ke tandas. Nak tak?”Halim sudah menayang gigi. Tersenyum-senyum melihat gelagat isterinya yang masih kebingungan.

”Tandas?Eee...teruk la abang ni. Pergi la sendiri. Tak kuasa Mar nak temankan abang,”merona merah muka Marlia apabila dia menyedari suaminya telah mengenakan nya.

”Alah..gurau sikit je. Ha..kan cantik isteri abang. Kalau selalu senyum macam ni kan senang hati abang,”Halim tersenyum.

”Jadi selama ini Mar tak cantik la,”Marlia mula menarik muka.

”Tak..cantik lagi gambar dalam majalah ni.”balas Halim.

Halim menghulurkan majalah yang berada dalam tangannya. Huluran disambut. Marlia melihat gambar yang dimaksudkan oleh suaminya. Semakin geram dia kepada suaminya.Dia mula mengejar suaminya.Halim pula sudah bersiap sedia untuk menyelamatkan diri.

’Nape..tak cantik ker?”soal Halim. Halim sudah tidak tertahan mentertawakan isterinya.

”Cantik abang kata. Teruk betul la abang ni. Muka gorila ni dikatakan lebih cantik dari Mar. Tak baik tau,”rajuk Marlia.Tak sangka suaminya mengenakan dia untuk kali keduanya.

”Dah la. Pergi je la. Kata nak ke tandas tadi,”Marlia mula melangkah menuju ke ruang dapur.

”Jadi tak temankan abang ni?”soal Halim.Masih mahu menyakat Marlia.

”Abanggg.....”Marlia menjerit perlahan. Geram dengan sikap suaminya yang suka sangat mengenakannya.

”Ye la...abang pergi ni. Tak jadi la nak temankan abang ni. Nak buat macam mana dah nasib badan,”tersengih-sengih Halim memandang Marlia.

Marlia membalingkan majalah yang berada di tangannya. Halim sempat mengelak. Tersengih-sengih dia dapat mengenakan isterinya. Marlia membulatkan matanya. Marlia mengelengkan kepala mengingati tingkah suaminya yang suka mengusik.

Begitu la kehidupan mereka suami isteri selepas meninggalkan rumah Tan Sri Mahmud. Rumah yang mereka duduki kini hanya lah rumah sewa. Itu saja yang Halim mampu sediakan untuk Marlia. Sudah seminggu mereka menyewa rumah itu.

Mereka membawa diri sehingga ke kampung Tanjung Karang. Suatu tempat yang begitu asing bagi mereka berdua. Dan kini kampung itu menjadi kampung halaman mereka.

************

”Nah...ini upah kau. Aku harap ini menjadi rahsia. Kalau rahsia ni diketahui orang, aku akan bunuh kau dan keluarga kau, fahamm..,” tengking Borhan.

Dengan perasaan yang penuh kebencian, Doktor Rashid mengambil sampul kuning yang dilemparkan oleh Borhan. Dia membuka sampul itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kepingan not RM50 dan not RM100 yang banyak.

Doktor Rashid tidak mengira wang tersebut. Dia menyimpan semula wang ke dalam sampul kuning. Hatinya kini hancur. Kesetiaannya telah diuji. Kerana ugutan dari Borhan telah mengheretnya bersama dalam hal Marlia dan Halim. Borhan telah mengugut akan membunuh satu-satunya anak yang dia ada.

Sewaktu Doktor Rashid pergi ke rumah Tan Sri Mahmud untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap Marlia seminggu lalu, anaknya Laila telah diculik oleh geng-geng Borhan. Doktor Rashid tiada pilihan. Hanya menurut saja arahan dari Borhan bagi menyelamatkan anaknya.

”Aku tak mahu duit haram kau ni. Serahkan semula anak aku. Kau telah berjanji jika semua telah selesai, kau akan pulangkan anak aku. Tapi sudah seminggu, anak aku kau tidak serahkan. Mana anak aku??,”tengking Doktor Rashid pula. Dia melemparkan sampul kuning itu kepada Borhan.

”Ha..ha..ha...bodoh betul kau. Tak pe. Kalau kau tak mahu aku tak kesah. Aku ambil balik duit ni. Aku tak rugi apa-apa pun,”balas Borhan dengan sinis.

”Mana anak aku??Kau orang berdua ni memang berhati busuk. Perangai macam setan. Aku tak tahu kau orang ni manusia ke setan. Tergamak sungguh kau berdua buat begitu pada Marlia dan Halim.Apa dosa mereka pada kau berdua? Aku betul-betul tak sangka kau berdua ni berhati busuk.....,”marah Doktor Rashid.

”Mana anak aku??Mana kau orang simpan anak aku...hah??”marah Doktor Rashid lagi. Kemarahannya semakin membuak-buak apabila dia melihat Borhan dan Madiha seperti tidak menghiraukan pertanyaannya.

”Sabar. Jangan la marah-marah macam ni. Kita boleh bincang elok-elok kan,”pujuk Madiha. Akhirnya dia bersuara juga setelah sekian lama memerhati gelagat Borhan dan Doktor Rashid tadi.

”Sabar??Sabar kepala hotak kau. Dah seminggu anak aku kau culik. Kau suruh aku bersabar. Entah makan minum ke tidak anak aku, ada kau orang ambil kesah?Sampai bila kau nak seksa anak aku. Dia tak salah. Cepat kau orang cakap. Mana anak aku??,”tengking Doktor Rashid.

Doktor Rashid memanggil nama Laila di setiap ruang rumah usang yang menjadi tempat pertemuan mereka. Rumah kosong yang sudah tiada penghuni. Yang telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun. Doktor Rashid memanggil lagi nama Laila, tapi tiada sahutan.Semakin gelisah di hatinya. Tidak tahu apa lagi rancangan Madiha dan Borhan selepas ini.

”Kan aku dah kata, sabar. Apa kau tak boleh sabar ke? Nanti ada la orang hantar anak kau tu. Sabar boleh tak?”tengking Madiha.

”Sabar..sabar..banyak la kau punya sabar. Dah seminggu aku sabar tau tak. Apa lagi yang kau orang nak aku buat lagi ni,”marah Doktor Rashid. Dia menyepak kerusi usang yang berada disebelahnya.

”Tak ada apa dah. Aku nak jumpa kau pun hanya dua sebab je. Satu pasal nak pulangkan anak kau dan bagi upah kau tu. Itu je. Sabar la. Nanti sampai la anak kau tu. Tunggu kejap je,”selamba je Madiha memeluk bahu Doktor Rashid.

Doktor Rashid terkejut dengan tindakan Madiha. Betul-betul tidak tahu malu langsung. Sudah tiada akhlak mulia dalam diri Madiha.Semakin sakit hati dia dengan Madiha. Dia sendiri tidak percaya bahawa Madiha sanggup mengkhianati Marlia.

”Han..cuba u call budak-budak tu. Dah sampai ke belum. Lama dah kita menunggu ni,”arah Madiha.

”Ok, sayang. I call mereka kejap,”balas Borhan. Dia melangkah keluar dari rumah usang itu.

”Nape kau tak nak duit tu?. Boleh kau buat belanja untuk keluarga kau,”soal Madiha.

”Duit?huhh..duit haram tu kau nak aku belanja untuk keluarga aku?Aku bukan bodoh la. Biar la aku susah pun. Tapi untuk makan duit haram kau tu, aku tak sanggup. Aku tak mahu mati terseksa. Bukan macam kau. Tak takut dengan kuasa Allah S.W.T. Kau ingat apa yang kau buat ni, akan terlepas macam tu je?Ingat...Allah Maha Mengetahui dan berkuasa. Setiap perbuatan kau ni pasti akan mendapat pembalasan,”balas Doktor Rashid dengan sinis.

Berkerut dahi Madiha apabila Doktor Rashid berani menegurnya. Dia tidak menyangka dalam keadaan begini pun, Doktor Rashid masih mahu berceramah.Dia tersenyum sinis dengan teguran Doktor Rashid itu. Dia tidak ambil peduli. Dia melangkah keluar dari ruang tamu rumah usang itu. Malas mendengar teguran Doktor Rashid yang betul-betul mengena batang hidungnya.

”Macam mana?Dah sampai ke belum mereka?Dah lama sangat ni. I ada kerja lain lagi ni,’sapa Madiha kepada Borhan yang sedang berjalan ke hulu ke hilir.

”Ni tengah tunggu mereka la ni. Ada masalah sikit tadi. Budak tu cuba nak lari. Nasib baik mereka sempat mengejar budak tu. Ingat sayang, kita tak boleh percayakan Doktor Rashid tu. Nanti bila kita dah serahkan anak dia, pasti dia akan buka rahsia kita ni pada Tan Sri. I bimbang juga ni,”Borhan menghampiri Madiha. Memeluk erat bahu Madiha.

”Alah...u jangan bimbang la.Kita akan perhatikan setiap gerak geri dia dan keluarga dia. I dah upah orang untuk menjalankan strategi kita yang seterusnya. Kalau dia masih berdegil, kita bunuh aje dia dan keluarga dia. Habis cerita,”balas Madiha. Dia memandang sinis ke arah Doktor Rashid yang mula keluar dari rumah usang itu.

”Wahh..hebat betul u ni sayang. Tak sangka i, u dah fikirkan langkah seterusnya. Itu yang buatkan i bertambah sayang pada u ni,”Borhan mencuit hidung Madiha.

Borhan tersenyum nakal memandang Madiha. Madiha juga membalas senyuman itu. Seperti memahami senyuman yang dimaksudkan oleh Borhan. Tangan Borhan mula merayap perlahan-lahan di pergelangan tangan Madiha. Madiha menepis lembut tangan Borhan.

”Sabar-sabar la. Kan dia tu ada. Nanti la kita cari tempat yang best sikit. Ok, darling,”pujuk Madiha.Dia memuncungkan mulut ke arah Doktor Rashid.

”Ermm...ok la. I akan tunggu waktu itu. Makin i tengok u lama-lama, makin geram pulak i . Tak sabar-sabar rasanya,”goda Borhan.

”Jangan u bimbang. I akan kotakan janji I tu,”senyum Madiha penuh menggoda.

Sedang asyik mereka melayang perasaan masing-masing, kedengaran enjin pajero dari jauh mula menghampiri mereka di kawasan rumah usang di atas bukit itu. Kelihatan dua orang lelaki dan seorang budak perempuan keluar dari pajero itu. Mata anak Doktor Rashid itu masih ditutup dengan kain.

”Hah..tu pun mereka. Lama betul la kau orang ni. Jenuh aku tunggu,”marah Borhan kepada kawan-kawannya, Hakim dan Zul.

”Sorry bos, budak ni bual hal. Tapi bos jangan bimbang. Semua dah beres,”balas Hakim.

”Nah. Ambik anak kau ni. Tapi ingat, kalau hal ini terbongkar...kau dan keluarga kau aku tak kan biarkan. Setiap gerak geri kau dan keluarga kau aku perhatikan. Aku dah upah orang untuk memperhatikan setiap tingkah kau. Kau pesan kat keluarga kau, kalau nak selamat jangan di ceritakan hal ini pada sesiapa pun. Anggap perkara ni tak pernah berlaku”arah Borhan.

”Baik...baiklah.Aku tak akan hebahkan hal ni pada sesiapa pun. Asal keluarga aku kau tak apa-apakan.Aku janji,”balas Doktor Rashid.

”Jangan kau buka ikatan tu lagi. Kau buka bila kau dah sampai dirumah,”tegah Madiha apabila dia melihat Doktor Rashid mula melonggarkan ikatan kain di mata anaknya.

”Baik la. Boleh aku balik sekarang?”Doktor Rashid memegang erat tangan anaknya, Laila.

”Ok, kau boleh balik sekarang. Tapi ingat pesan aku tu,”balas Borhan.

”Ye, aku ingat la,”balas Doktor Rashid geram.

Doktor Rashid dan Laila menaiki kereta meninggalkan kawasan rumah usang itu. Selepas hilang pandangan kereta yang di pandu oleh Doktor Rashid , Borhan menghulurkan sampul kuning kepada Hakim dan Zul. Mereka berdua tersenyum lebar apabila melihat isi kandungan di dalam sampul sampul itu. Mereka menaiki pajero dan meninggalkan Borhan dan Madiha.

”Jom sayang. Kita pergi ke tempat yang best sikit. Baru seronok sikit,”pelawa Borhan. Dia tersenyum macam kerang busuk memandang Madiha di sisinya.

”Ok, jom. I pun dah tak sabar ni,”tersenyum Madiha dengan pandangan yang penuh makna.

0 ulasan:

Catat Ulasan