Pengikut

Selasa, 22 Februari 2011

suratan atau kebetulan

salam....
lama betul zamita tak updated blog ni...sori ye semua...kekeringan idea...tp apapun layan je la bab seterusnya...sori kurang memuaskan...



Bab 17

”Maaf pak cik, saya tak sengaja,” syafira mohon maaf pada seorang lelaki tua. Dia tidak sengaja terlanggar lelaki tua itu. Dek mahu cepat, dia telah cuai. Nasib baik lelaki tua itu tidak apa-apa.
”Tak apa. Bukan salah anak pun. Pak cik ni yang cuai. Nak sangat mendapatkan ice-cream tu, sampai berebut-rebut, macam budak-budak pulak,” balas lelaki tua itu.
”Ooo...begitu. Sama la dengan saya. Tengok ice-cream ni, tak kira dah apa yang berlaku kat sekeliling. Janji ice-cream ni saya dapat,” tersenyum Syafira memandang lelaki tua dihadapannya itu.
Ice-cream dalam kon yang boleh dimakan. Itu memang ice-cream kegemarannya. Seingatnya dulu, mama angkatnya suka membelikan nya ice-cream itu apabila ada penjual ice-cream yang membonceng motosikal melalui kawasan rumah mereka. Kalau sudah dapat membeli, bukan satu tapi dua sekali gus dia membeli.
”Anak pak cik pun suka makan ice-cream ni. Ni nak beli untuk dia la ni,” balas lelaki tua itu dengan tersenyum. Teringat dia akan anaknya yang juga gemar makan ice-cream kon itu.
”Iya..Kegemaran sama macam saya. Kirim salam kat anak pak cik ya. Mana tahu suatu hari nanti kita jumpa lagi,”balas Syafira sambil tersenyum kepada lelaki tua itu. Dia suka melihat raup wajah lelaki tua itu. Ia mengingatkannya pada seseorang apabila melihat wajah tua itu. Seperti dia amat mengenali wajah itu. Tapi di mana dia pernah melihatnya, dia kurang pasti.
Lelaki tua itu mengangguk kepala. Tersenyum lagi memandang syafira. Wajah wanita muda itu seperti pernah dia melihatnya. Tapi dia kurang pasti. Dengan usia sekarang dan dengan masalah yang dihadapinya, dia tidak dapat memikirkan perkara itu dengan lebih terperinci. Tapi wajah itu seperti amat dikenali.
”Okey la pak cik. Saya minta diri dulu. Suami saya sedang menunggu tu,”Syafira mencuih mulut ke arah suaminya.
Pak cik tua itu mengangkat tangan. Dibalas juga oleh Jefry Adam.Syafira mula beredar dari situ apabila melihat kerutan didahi suaminya. Mungkin menahan panas menunggunya ataupun sebaliknya, dia kurang pasti. Tapi yang pasti dia tidak mahu melukakan hati suaminya itu. Berdosa besar nanti.
”Siapa pak cik tu tadi?,”soal Jefry Adam apabila mereka mula memasuki kereta.
”entah. Fira tak kenal pun,” Balas Syafira.
Jefry Adam berkerut dahi lagi. Hairan dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya. Masakan tidak kenal. Bersembang seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Syafira yang faham dengan pandangan dan wajah yang terpampan oleh suaminya itu, terus tersenyum.
”Betul la. Fira tak kenal pun. Tadi tu, fira terlanggar pak cik tu. Nasib baik pak cik tu tidak terjatuh. Dia pun nak beli ice-cream ni untuk anak dia. Anak dia pun suka sangat makan ice-cream ni. Macam fira,”cerita syafira sambil menyuapkan sedikit demi sedikit ice-cream tersebut ke mulutnya. Sedikit pun tidak dipelawa suaminya disisi yang sedang memandu.
Jefry Adam tersenyum.’Ha...ah macam isteri abang ni yang tamak haloba. Tengok, dah la beli ice-cream tu dua batang, tidak di pelawa langsung abang ni makan,”sindir jefry Adam
”Ops..sorry. Ingat jeff tak suka ice-cream ni. Jadi fira beli untuk fira sorang je la,”
”sampai dua sekali?”soal jefry adam kehairanan.
”Yup..ini untuk fira je. Untuk jeff kena beli sendiri,”
”Betuah betul punya isteri. Tamak haloba,”
”Amboi sedapnya menyata fira tamak haloba. Herm..oleh kerana jeff kata fira ni tamak, maka tak kan ada bahagian ice-cream ni untuk Jeff. Kalau nak jugak, beli sendiri,”seloroh Syafira.
”Tak pe. Buat la lagi suami sakit hati. Nanti tak bau syurga, baru tahu,”sakat Jefry adam
”Teruk la jeff ni. Bila tak dapat apa yang jeff nak, selalu ugut macam tu. Tak baik tahu guna hukum hakam ke arah yang tidak baik. Itu mengambil kesempatan namanya,”tukar Syafira.
”Abang mana ambil kesempatan. Abang cakap yang betul. Abang sekarang terasa hati sangat dengan Fira. Abang pun nak jugak rasa macam mana ice-cream tu. Abang tak pernah merasa ice-cream tu seumur hidup abang, tau,”
”Tak pernah?,”
Jefry adam menggangguk.
”Walaupun sekali seumur hidup?,”
”Abang cakap tak pernah, tak pernah la. Ni yang buat abang geram ni. Rasa nak cium je sayang ni,”
”Ha..jeff jangan nak mula. Okey, tak pe, kita kongsi je ice-cream ni,”
”Buat apa kongsinya. Kan beli dua tadi. Abang satu, sayang satu, Okey la tu,”
Syafira tersenyum. Nak bagi satu sorang macam mana. Dia dah habiskan satu kon. Hanya tinggal satu kon saje lagi. Itu pun kalau ikut hatinya, tak mahu berkongsi pun dengan suaminya. Rasa rindu sangat nak makan ice-cream tu.
”Sebenarnya, ada satu je lagi. Fira dah makan habis satu tadi. Kempunan nak makan sangat ice-cream ni,”
”Amboi, cepat betul sayang makan,”sinis Jefry adam,
”Hehehehe,”Syafira tergelak kecil sambil menayang giginya.
”Apa pulak tersenyum-senyum tu. Abang tak kira, janji dapat makan ice-cream tu,”
”ya la. Teruk betul jeff ni, pasal ice-cream pun macam nak gaduh dengan fira.Macam budak-budak,”gelak syafira.
”Dah fira mulakan dulu,”
”Ya la,”syafira mengaku kalah jua akhirnya. Malas dia hendak bertekak dengan suaminya. Memang tak menang dia pun.
Jefry Adam tersenyum puas. Suka dia mengenakan isterinya itu. Dia bukan terlalu menginginkan makan ice-cream itu tapi melihat gelagat isterinya makan tanpa mempelawanya, dia mencari akal untuk mengusik isterinya itu. Dia semakin merasai nikmat cinta yang diimpikannya. Semakin hari semakin mekar rasa benih-benih cinta pada isterinya itu. Satu perasaan yang tidak dapat diucapkan, satu perasaan yang sukar dirungkaikan dan satu perasaan yang amat disukainya. Dia tersenyum melirik kepada syafira yang berada disisinya. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya kini.
**********************
”Lamanya abang pergi beli ice-cream. Jenuh Nah menunggu,”sapa si isteri tak kala melihat si suami menghampirinya.
”Maaf la. Abang lambat tadi,”lelaki itu tadi menghulurkan ice-cream kepada isterinya yang setia menunggu dalam kereta.
”Tak pe. Nah tak marah pun. Abang nak tak?,”pelawa isterinya.
”Tak nak. Nah makan la,”di tolak lembut pelawaanya isterinya itu.
”Yob, kita bertolak sekarang,”arah lelaki tua itu kepada pemandu peribadinya.
”Baik, Dato’,”balas Pak Ayob. Pemandu peribadi kepada lelaki tua itu.
Lelaki tua itu adalah Dato’ Sulaiman dan wanita di sebelahnya adalah isteri tercinta, Datin Aminah. Tapi sayang Datin Aminah kini lumpuh sebelah badannya sejak sepuluh tahun dulu. Ice-cream yang dibeli bukan untuk anaknya. Tapi Datin Aminah yang memakannya. Itu adalah untuk mengingati setiap makanan kegemaran anak mereka yang hilang entah ke mana. Hanya kenangan bersama yang mereka bawa.
”Nah, tadi abang terlanggar seseorang. Abang lihat wajah dia seakan mirip anak kita. Tapi abang pun tak pasti dengan mata abang ni,”Dato’ Sulaiman memulakan bicara. Hatinya tidak tenang sejak bertemu dengan wanita muda tadi. Seperti ada sesuatu yang menarik mengenai wanita muda itu.
”Macam anak kita? Kat mana abang jumpa?,”Datin Aminah semakin berminat mendengar cerita dari suaminya. Niat untuk menikmati ice-cream terbantut seketika. Matanya melilau melihat keadaan diluar, mungkin wanita yang di katakan oleh suaminya masih berada di situ, fikirnya.
”Masa beli ice-cream ni tadi. Dia pun minat juga makan ice-cream ni. Sampai dua batang abang tengok dia beli. Dia kata memang ice-cream kegemaran dia,”cerita Dato Sulaiman pada isterinya. Dia pun berminat untuk menceritakan hal berlaku tadi kepada isterinya.
”Kenapa abang tak cakap tadi. Boleh Nah jumpa dia. Ni kita dah jauh dari tempat tadi. Entah jumpa ke tidak lagi dengan dia,”keluh Datin Aminah perlahan.
”Abang rasa susah juga nak jumpa dia semula. Rasanya dia bukan orang sini jugak. Tadi abang nampak dia dengan suaminya naik kereta,”
”Suami? Budak tu dah bersuami ke? Kalau betul dia tu anak kita, mana boleh dia kahwin. Kan abang masih ada untuk menjadi wali,”Datin Aminah semakin menarik bercerita mengenai wanita muda yang dijumpai oleh suaminya. Dia membantah seolah-olah wanita itu memang anak dia.
”Kita mana tahu dia tu anak kita atau tidak. Jangan cepat melatah dan mengiyakan apa yang abang ceritakan ni. Abang pun kurang pasti,”
”Tapi tadi abang cakap, wajah dia mirip dengan anak kita dan pula dia pun suka makan ice-cream ni, sama macam anak kita,”
”Tak semua itu sama dengan anak kita. Anak orang lain pun gemar juga makan ice-cream itu. Sabar je la. Nanti insya-allah kita akan jumpa juga dengan anak kita jika dia masih hidup,”
Datin Aminah melepaskan keluhan. Dia yang terlalu merindui anaknya yang hilang itu, semua yang dia jumpa dan mempunyai minat sama dengan anaknya, akan terus menganggap mereka adalah anaknya. Kalau sudah terdesak begitu, macam-macam boleh berlaku.
Dato’ Sulaiman memeluk erat bahu isterinya. Dia faham kemelut perasaan yang di hadapi oleh isterinya. Dia juga merasai tempiasnya. Kehilangan anak yang satu-satunya zuriat yang mereka ada, amat berat ditanggung. Berat bahu memikul, berat lagi jiwa menanggung. Dato’ Sulaiman melepaskan keluhan berat sambil memeluk erat bahu isterinya.
Mereka juga pergi bercuti di pulau lagenda itu. Tapi tidak pula terserempak dengan Syafira dan Jefry Adam sepanjang berada di pulau itu.. Pulau yang banyak kenangan mereka bersama dengan anak yang hilang. Hanya kenangan yang dapat mengubat kerinduan mereka kepada anak yang hilang.

1 ulasan:

hani berkata...

dah lama citer nie tiada sambungannya....smbg semula buleh ye...citer best

Catat Ulasan