Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

Pengarang Jantung Buah Hatiku 9

Bab 9

“Assalamualaikum,”tegur Zakiah kepada Nadhirah yang sedang asyik menonton tv.

“Waalaikummussalam,”jawab Nadhirah tanpa memandang ke arah Zakiah.

‘Eh..nape pulak dengan dia. Petang tadi ok je. Dia cam aku ker petang tadi?Hish tak boleh jadi ni. Baru nak mulakan strategi dah ada masalah pulak,’omel Zakiah sendiri.

“Kau ni nape monyok je. Tak ceria langsung aku tengok. Muka dah macam nenek kebayan je. Kau ada masalah ke?,”teka Zakiah. Dia melabuhkan punggung di atas sofa menghadap Nadhirah.

“Kau ni kan tak baik tau. Ada ke muka cantik aku ni kau samakan dengan nenek kebayan. Tak ada kelas langsung,”rajuk Nadhirah.

Suara Nadhirah ketika ini sungguh manja. Tergugap iman Zakiah seketika. Zakiah cuba mengawal perasaannya. Suasana sunyi kembali

“Aku bukan ada masalah besar pun. Cuma kepala aku ni sedang memikirkan sesuatu yang merunsingkan. Penat fikir apa yang perlu aku lakukan,” terang Nadhirah setelah dia melihat Zakiah seperti mahukan jawapan.

“Kalau kau fikir tu akan memenatkan kau, baik tak usah fikir. Nanti migran pulak,” Zakiah memberikan pendapatnya.

“Kau ni kan..hish..sebenarnya macam ni. Dulu sebelum kau sewa kat rumah ni, aku pernah la jumpa seseorang ni. Dia seorang yang kaya dan di kira dalam golongan kerabat juga la sebab nama dia Tengku. Pada mula-mula aku jumpa dia ni, aku ingat dia ni sama saja dengan orang kaya lain. Tapi sangkaan aku meleset. Dia tak macam tu. Dia baik, handsome dan ada budi pekerti walaupun dia seorang yang kaya,”panjang lebar Nadhirah bercerita kepada Zakiah.

“Kau ni nak cerita apa sebenarnya ni. Berputar-belit je aku dengar. Straight to the point je la..kan senang. Tak payah la nak susun ayat tunggang-langgan kau tu,” pintas Zakiah. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Nadhirah. Tapi sengaja dia hendak menduga apa sebenar tanggapan Nadhirah terhadap dirinya yang sebenar.

“Kau ni suka sangat potong bila orang sedang bercakap. Biar la aku habis cerita dulu. Baru la bagi pendapat,”Nadhirah menepuk peha Zakiah.

“Aduh…sakit la. Tangan kau ni made in mane ha..sakit betul peha aku. Rasa macam piring astro je melekat kat peha aku ni,”Zakiah menggosok pehanya. Menahan kesakitan.

“Padan muka. Sapa suruh menyampuk. Rasakan,” Nadhirah suka melihat muka Zakiah berkerut menahan sakit.

“Ye la. Sambung balik la cerita kau tadi. Aku nak dengar,”pinta Zakiah.

“Ok la. Tapi selepas kau dengar cerita aku ni..kau bagi pendapat macam mana.ok?,’’Nadhirah mengharapkan Zakiah dapat menolongnya.

‘Ok,”balas Zakiah.

Selepas semua di ceritakan kepada Zakiah, Nadhirah menarik nafas lega. Lepas semua beban yang difikirnya. Dia berharap ada jalan penyelesaian untuk masalahnya.

“Dah Tengku tu nak kawan dengan kau ..ok la..on je la. Lagi pun dia kan kaya. Senang hidup kau nanti,”duga Zakiah

“Kekayaan tak menjamin kebahagianan..cik kak oii. Aku mencari cinta sejati. Bukan cinta materialistic, plastic, lastik…tik…tik..tau. Cinta sejati..cinta sejati…kau faham apa makna cinta sejati?,”soal Nadhirah.

“Tak. Kau macam la tahu sangat pasal cinta ni. Kau pernah bercinta?,”soal Zakiah lagi. Menduga sejauh mana pendapat Nadhirah mengenai cinta sejati, yang sememangnya dia juga mencari makna sebenar cinta sejati.

“Pernah,”sepatah Nadhirah menjawab

Terlopong Zakiah mendengar jawapan dari Nadhirah. Selama penyamaranya dia tidak pernah mengetahui Nadhirah pernah bercinta. Tapi dengan siapa? Adakah mereka masih bercinta hingga kini? Kenapa dia tidak mengetahui selama ini? Dek buta kerana cinta dia tidak menyiasat dengan sesungguhnya?’Ahh..menyesal betul aku. Sia-sia menyamaran aku selama ini’Zakiah mengeluh dalam hati.

“Tapi …semua itu dah menjadi sejarah pun. Aku malas la nak cerita pasal ni. Aku masuk bilik dulu,”Nadhirah berlalu meninggalkan Zakiah seorang diri.

Belum sempat Zakiah bertanya lebih lanjut, Nadhirah sudah berlalu. Sempat Zakiah melihat wajah Nadhirah. Ada linangan air jernih di pipi gadis yang dicintainya.’Menangis? Tapi kenapa? Adakah kisah silam cintanya meninggalkan kesan luka mendalam sehingga Nadhirah menangis sebaik perkara itu dibangkitkan? Kejam kah aku? Bermacam-macam persoalan yang difikir oleh Zakiah. Dia perlu tahu akan hal sebenar. Ya perlu. Zakiah nekad untuk memujuk Nadhirah.

*********

Tuk!Tuk!Tuk!

“Irah…boleh aku masuk,”Zakiah mengetuk pintu bilik Nadhirah.

Tiada sahutan dari dalam. Zakiah mengetuk lagi. Masih tidak bersahut. Dia cemas. Semua salahnya kerana membangkitkan hal itu. Niatnya tadi hanya mahu pandangan mengenai dirinya yang sebenar dari Nadhirah. Tapi lain pula yang jadinya.

Zakiah memberanikan diri membuka pintu bilik selepas tidak bersahut dari Nadhirah. Dia membuka perlahan tombol pintu. Dia menyintai kelibat Nadhirah. Tiada. Hatinya mulai risau.’Mana pula Irah ni. Tak kan dah lesap macam tu je. Pakai ilmu ghaib ke budak ni’ omel Zakiah sendirian.

Tiba-tiba dia terdengar suara tangisan dibalik pintu almari. Dia segera menuju ke arah suara itu.Alangkah terkejutnya Zakiah ketika itu. Tapi di kawal perasaannya. Nasi dah jadi bubur. Teruskan saja la.

“Nape dengan Irah ni,”suaranya cuba di kawal.

“Dah macam nenek kebayan dah ni,”sambung Zakiah lagi.

Tanpa mempedulikan Zakiah yang telah duduk di birai katil, Nadhirah menangis semahunya. Hilang semua prinsipnya dahulu. Dia harus kuat. Sejarah dulu di jadikan pengajaran dan iktibar di masa hadapan. Nadhirah yang teresak-esak menangis terus memeluk Zakiah. Dia menangis lagi di bahu Zakiah.

Zakiah terkejut dengan tindakkan Nadhirah. Tapi cuba di kawal perasaannya. Siapa tak tension oii, kalau Nadhirah berpakaian baju tidur yang hanya paras lulut aje. Kalau dah berdua-duaan macam tu, pasti akan ada orang ketiga. Siapa lagi kalau bukan syaitan. Syaitan yang akan menyesatkan umat islam sampai ke akhir hayatnya.

“Za, kalau boleh kau tolong jangan ungkit lagi pasal cinta. Aku pun kurang pasti untuk berkawan dengan Tengku tu. Aku takut pisang berbuah dua kali. Aku takut,”Nadhirah meluahkan hatinya pada Zakiah. Dia masih lagi teresak-esak menangis di bahu Zakiah.

“Ye la. Tapi kan Tengku tu kan nak berkawan dengan kau. Bukan nye nak bercinta. Ke ada dia bagitahu nak ambil kau jadi kekasih dia?”soal Zakiah.

“Bukan macam tu la. Aku sendiri takut kalau aku jatuh cinta dengan Tengku tu. Dah la Tengku tu handsome, lemah tubuh aku ni tiap kali dia senyum pada aku. Bagai nak tercabut jantung ni tahu tak?Kalau kau jumpa dia pun mesti kau akan jatuh cinta. Dah la handsome, kaya…baik pulak tu. Tapi kan bagus kalau Tengku tu orang biasa aje. Bukan dari kerabat. Senang la aku tackle. Ni orang atasan ni susah la sikit,”terang Nadhirah panjang lebar.

Nadhirah berasa denyutan jantung yang amat kuat.’Eh jantung aku ke yang berdegup kuat ni. Ishh..tak la. Tapi sapa. Ha..Zakiah. Nadhirah yang sedar seperti ada sesuatu yang pelik terus melepaskan pelukkannya.

“Kenapa jantung kau berdegup kuat sangat Za?Kau ni kenapa,?”soal Nadhirah.

“Aku jatuh cinta dengan kau, sayang,”spontan saja Zakiah menjawab. Dia seperti dipukau.

“Apa?!!!jatuh cinta dengan aku? Kau gila ke Za. Aku ni perempuan…kau pun perempuan..gila la kau ni. Eeeiii…takut la aku. Kau ni memang lesbian la,”Nadhirah sudah menjarakkan diri dari Zakiah.

Zakiah tersedar dari berkhayal. Dia tersedar yang dia telah tersasul menjawab. Segera dia membalas “ aku memang jatuh cinta kat kau, Irah sayang. Mari la..mari,”

“Kau ni kenapa...keluar la..takut aku tengok kau ni,”marah Nadhirah. Dia sedang membalingkan bantal ke arah Zakiah.

“Oooo…tahu takut. Tu baru aku yang buat angau. Kalau betul-betul Tengku tu jatuh cinta dengan kau macam mane? Baru kau tahu. Ha…padan muka,”seronok Zakiah dapat mengenakan Nadhirah.

“Jahat la kau ni..kau kenakan aku ye. Ha..ambil ni..rasakan,” Nadhirah yang tersedar setelah dipermainkan oleh Zakiah terus membalingkan bantal.

“Haa…macam tu la. Senyum selalu. Muka ceria, manis..kan comel tu. Tadi aku tengok lebih teruk dari nenek kebayan..ni ok la sikit,”balas Zakiah. Dia terpaksa buat begitu untuk menutup malu.

Dia yang tidak dapat menahan gelodak jiwa apabila setiap kali Nadhirah menangis tadi makin erat pulak pelukkan Nadhirah. Oleh kerana itu dia berdebar yang teramat sangat. Dengan bauan rambut dan pewangi yang dipakai Nadhirah menusuk kalbu, jantungnya semakin kencang berdegup. Tidak di sangka degupan jantungnya dapat dirasai oleh Nadhirah. Apa lagi dia mencari idea la untuk menutup semua yang berlaku. Kalau tidak kantoi la dia.Ha..ha..padan muka. Siapa suruh menyamar, kan dah kena.

1 ulasan:

Sandy berkata...

citer neh best tapi ble na sambunk...

Catat Ulasan