Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Pengarang Jantung Buah Hatiku 7

Bab 7

Setelah dia menghantar Nadhirah ke rumah sewanya, Zakiah minta untuk pulang berjumpa dengan Bondanya. Oleh kerana dia sudah berjanji dengan Bondanya, sebaik sahaja pulang dari kampung Nadhirah dia akan terus berjumpa dengan Bondanya.

Sebaik Zakiah pulang ke rumah bermacam-mcam soalan ditanya Datin Umairah tentang calon menantunya. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan bakal menantu.

“Assalamualaikum,”Zakiah memberi salam seraya bertemu dengan Datin Umairah. Dia mencium tangan Bondanya. Melepaskan rindu yang terbendung.

“Waalaikummussalam,”Datin Umairah mengosok kepala Zakiah.

“Anak Bonda ni dah makan ke belum. Kalau beluk nanti Bonda minta Mak Tom hidangkan,”Datin Umairah menarik tangan Zakiah mengarahnya duduk disebelahnya di atas sofa.

“Dah la Bonda. Makan dengan bakal menatu bonda tadi. Rasa kenyang lagi,”Zakiah melirik tersenyum.

“La..kenapa tak di bawa bakal menantu bonda ke sini. Boleh bonda suai kenal dulu. Teruk betul la anakanda Zaki ni. Kempunan bonda nak tengok bakal menantu,”Datin Umairah terkilan.Niat untuk melihat bakal menantunya terpaksa di tahan lagi.

“Nanti-nanti dulu la Bonda. Bila semua dah selesai anakanda Zaki bawa dia berjumpa dengan Bonda. Bonda hanya tunggu je. Akan tiba masanya nanti. Sabar ye,”Zakiah mula melangkah untuk masuk ke biliknya.

“Apa yang susah sangat sampai kena tunggu ni. Anak kerabat juga ker?,”Datin Umairah tidak puas hati dengan penjelasan Zakiah.

“Bukan…orang biasa je. Sebenarnya dia belum tahu lagi anakanda Zaki ni siapa. Anakanda Zaki tidak memberitahu pun latar belakang diri anakanda. Biar dia terima anakanda Zaki kerana cinta bukan kerana status anakanda. Kan Datuk minta cari seorang ‘wanita’. Sekarang itu yang anakanda lakukan. Dalam dunia sekarang susah untuk mendapatkan ‘wanita sejati’. Begitu juga dengan cinta. Anakanda mencari cinta sejati, Bonda,”panjang lebar Zakiah menerangkan keadaan sebenarnya. Ya la nanti apa pula kata bondanya jika apa yang di lakukannya sekarang adalah satu kerja gila.

“Ooo..begitu. Pandai betul anakanda Zaki ni. Bijak juga dalam memilih calon. Bonda betul-betul tidak sangka. Bonda akan sokong anakanda dan berdoa semoga apa jua yang anakanda Zaki lakukan akan berjaya. Dah pergi la masuk bilik. Rehat dulu. Mesti penat kan?,”Datin Umairah senang hati.

“Memang penat sangat. Anakanda Zaki naik dulu ye,”Zakiah menyalam tangan bondanya dan berlalu menuju ke biliknya.

Datin Umairah tersenyum puas. Segala soalan yang dinantikan telah terjawab. Dia hanya mengiringi Zakiah menuju ke bilik dengan ekor matanya.

Walaupun usia Tengku Syed Al-Zakiahhuddin baru 28 tahun, namun jika sudah jodoh anaknya berkahwin awal dia tidak kesah. Lagi cepat lagi bagus. Cepat la dia dapat menimang cucu. Umur Datin Umairah yang sudah meningkat ke 45 tahun tetapi masih belum ada cucu .Maklum la anak tunggalnya yang sorang tu susah benar untuk berbincang mengenai topik kahwin.

Kawan-kawan Datin Umairah pun sudah mempunyai cucu. Hanya dia sahaja yang belum. Terasa juga tersisih walhal kawan-kawannya tidak pernah bercerita perihal cucu masing-masing. Tapi hati Datin Umairah tersentuh juga. Mungkin kerana usianya yang semakin tua. Umur semakin tua cepat sentitif. Namun sejak Zakiah bersetuju untuk berkahwin hatinya terubat sedikit.

Dan sejak beberapa bulan ini, Zakiah berminat untuk berceritakan hal bakal menantunya. Agaknya wanita yang berjaya menawan hati anaknya seorang yang istimewa. Kalau tidak mana mungkin anak tunggalnya yang boleh diketegorikan anti perempuan hendak bercerita terang-terangan kepadanya tempoh hari. Sudah angau anaknya itu. Dia tersenyum melirik mengenangkan anak tunggalnya itu.

*********

Tengku Zakiah membaringkan badan di atas katil dalam bilik banglo mewahnya.Sejenak dia memikirkan cara untuk menjemput Nadhirah berjumpa Bondanya. Dalam fikiranya ligat memikirkan cara terbaik bagi menyelesaikan masalah baru yang menimpanya.Sedang berfikir sempat lagi dia mengelamun tentang Nadhirah.Dia masih ingat betapa susahnya untuk dia berjumpa Nadhirah sebelum episod penyamarannya bermula. Berbagai cara dia cuba mendekati Nadhirah. Namun semuanya hampa. Dia masih ingat pertemuan kali keduanya dengan Nadhirah. Waktu itu dia menghadiri seminar keusahawanan anjuran satu badan kerajaan. Dia tidak berminat untuk menghadiri seminar itu namun sebagai seorang yang professional dia perlu memenuhi undangan itu, untuk kebaikan syarikatnya juga.

Dalam seminar itu Tengku Zakiah adalah sebagai tetamu kehormat. Dalam perjalanan semasa memasuki ruang dewan PWTC dia ternampak kelibat Nadhirah. Ketika itu Nadhirah sedang berbual-bual dengan seorang perempuan. Ketika melangkah ke kerusi khas VVIP, matanya tidak beralih melihat Nadhirah. Posisi kerusinya membelakangi Nadhirah. Sekejap dia memalingkan ke belakang.Melihat Nadhirah.

Ketika Tengku Zakiah memaling ke belakang, mata-mata dan wajah-wajah wanita yang tidak mahu di lihat olehnya pula yang terhegeh-hegeh tayang muka. Masing-masing perasan yang Tengku Zakiah memandang mereka. Yang perasan sendiri mula membetulkan tudung..ada yang menampal alat solek..ada yang menelek muka kat cermin. Bermacam-macam gelagat dapat dilihat. Tengku Zakiah yang perasan akan kelakuan wanita-wanita tersebut, hanya tersenyum. Apa lagi wanita-wanita yang sedang galak, mula la berbisik-bisik. Hai susah juga jadi seorang yang handsome ni. Banyak mata yang memandang. Kalau dia memandang berniat baik, tersalah tafsir pula yang dipandang.Hemmm…ragam dunia.

Selepas seminar, Tengku Zakiah di kerumuni oleh perempuan-perempuan yang sedang asyik memandangnya dari tadi. Mereka bersalaman dengan Tengku Zakiah tanpa segan silu. Tengku Zakiah hanya menyambut salam perempuan-perempuan tersebut dengan perasaan hambar. Wanita yang diharapkan datang kepadanya tidak juga muncul. Sebaliknya Nadhirah terus beredar selepas selesai seminar tadi tanpa menjamu selera. Harapannya hampa.Dia yakin Nadhirah adalah wanita yang akan menjadi isterinya kelak. Dia akan berusaha untuk mendapatkan nya walau dengan apa cara sekali pun.

Ya..walau dengan apa cara sekali pun. Itu lah yang dilakukan oleh Tengku Zakiah. Penyamarannya menjadi seorang wanita warak. Penampilan itu dipilih kerana cara itu sahaja yang dapat di lakukan. Jika penampilan sebagai seorang wanita warak dapat la juga dia menutup badan lelakinya. Baju kurung dan jubah adalah pakaian utamanya dalam penyamaran. Dan tidak terkecuali kain tudung serta alat mekap. Ya la kena juga mekap sikit. Biar nampak sikit ‘ketulenan’ seorang wanita.

Penyamaranya bermula. Ketika itu Nadhirah tinggal seorang diri di rumah sewanya. Rakan serumahnya telah berpindah kerana telah berkahwin. Secara kebetulan, Nadhirah sedang mencari rakan serumah. Apa lagi, Zakiah mengambil peluang yang ada untuk mengenali Nadhirah dengan lebih dekat lagi.Tapi cara nya sahaja yang berbeza.

Pada mulanya Nadhirah agak keberatan untuk membenarkan Tengku Zakiah menjadi rakan serumahnya. Namun penampilannya yang sopan menyentuh hati Nadhirah. Walaupun ketika itu dari perwatakan kasar dan suaranya juga kasar.Ye la kan suara lelaki, mesti kasar. Nasib dia agak baik kerana wajahnya seakan wajah seorang wanita memberikan kelebihan kepadanya untuk menyamar.

Apabila dia menerangkan kepada Nadhirah bahawa perwatakannya seperti lelaki, ramai yang tidak suka berkawan dengan nya. Ditambah lagi dengan penampilannya yang terlalu sopan. Dia menerangkan kepada Nadhirah, dia terpaksa memakai tudung walaupun duduk dalam rumah kerana kepalanya botak. Dia menghidapi barah otak. Rambut terpaksa dicukur untuk menjalani pembedahan. Dia pun malu untuk melihat dirinya sendiri yang tiada rambut.

Dan satu lagi pembohongan mengenai dia tiada payudara seperti wanita lain kerana dia mempunyai penyakit barah payudara dan payudaranya terpaksa dibuang untuk mengelak penyakitnya terus merebak. Tengku Zakiah tidak menyangka penerangannya itu membuatkan Nadhirah mempercayai setiap kata-katanya. Dan Nadhirah turut bersimpati dengan nasibnya. Dengan senang Nadhirah boleh menerima kehadirannya dalam rumah itu. Tanpa ada syak wasangka, kini sudah tujuh bulan dia tinggal bersama. Ketika tinggal bersama, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas Nadhirah.

Bunyi alunan muzik dari telefon bimbit telah mematikan lamunan Zakiah tadi. Jauh sungguh dia mengelamun. Dia tersenyum takkala membuka ruang inbox telefonnya. Mesej dari Nadhirah. Dia segera membalas mesej Nadhirah. Selesai membalas mesej itu dia memikirkan cara terbaik untuk dia menjalankan strateginya menawan hati Nadhirah sebagai lelaki sejati, Tengku Syed Al-Zakiahhuddin .

“Aku perlu segera memikat Nadhirah sebagai lelaki sejati.Aku tidak akan membuang masa. Aku sudah berjumpa dengan pengarang jantung buat hatiku. Tidak akan aku lepaskan”Tengku Zakiah nekad dengan tujuan nya kini. Dia tidak akan berpatah balik dengan apa yang sudah dirancangkan.

1 ulasan:

Nukilan Pena Jemari Zamita Syaqis berkata...

salam...
kepada pembaca blog ita...
please comment
tq

Catat Ulasan