Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Novel~Suratan atau kebetulan 2

Bab 2

“Dah ke?Tak nak shopping lagi?Banyak lagi butik yang Maira belum masuk tu. Kesian pulak kat salegirl kat butik tu.Tak ada income masuk,”seloroh Jefry.

“Auww!!sakit la,”Jefry menggosok lengannya yang baru dicubit oleh Maira.

“Tu la.suka sangat perli Maira. Rasa kan,”Maira melirik senyum pada Jefry.

“Ala..sekali-sekala apa salahnya. Bukan luak pun,”usik Jefry

“Ye la tu,”Maira seperti tidak ada mood untuk meneruskan perbualan dengan Jefry.

Kadang-kadang gurauan dan perlian Jefry seperti mengejek dirinya, tapi Jefry adalah buah hatinya. Walaupun sikap Jefry terlalu mengambil berat, namun sikap itu kurang disenangi oleh Maira. Maira terasa seperti terkongkong. Cita-citanya kini terbatas. Dia terpaksa menelan pahit untuk perhubungan yang terjalin ini. Walhal hubungan yang terjalin adalah atas dasar cinta dan direstui oleh kedua-dua keluarga. Namun bagi Maira semua itu tidak memberinya sebarang makna selagi cita-citanya tidak kesampaian. Tali pertunangan yang terjalin antara dia dan Jefry, akan diakhiri hubungan itu dengan ikatan yang suci dalam tempoh sebulan lagi.

Maira terpaksa memendamkan minatnya dalam bidang modeling. Sejak perkenalan dengan Jefry 2 tahun dulu, lelaki itu telah melarang dia menceburkan diri dalam bidang itu. Bagi Jefry bidang itu banyak mengundang dosa dari palaha. Dengan pakaian yang macam tak cukup kain, terdedah sana terdedah sini, pasti ramai yang mencuci mata. Lebih-lebih lagi golongan VVIP yang sentiasa mencari mangsa untuk memuaskan nafsu mereka. Perkara begitu yang amat tidak disukai oleh Jefry.

“Hai.mengelamun pulak. Sempat lagi Maira ni mengelamun ye. Ingat kat sapa ni. Cik abang dah ada kat sebelah pun masih berangan jugak. Parah ni,”seloroh Jeftry.

Jefry tidak suka melihat Maira yang berwajah muram. Dia perasan akan perubahan Maira tapi dia tidak endahkan. Mungkin perasaan Maira semakin tidak tenteram menjelang hari perkahwinan mereka. Dia masih ingat akan pesan mamanya. Seseorang wanita yang akan menghadapi alam rumahtangga akan mengalami situasi seperti Maira.’Mungkin betul juga kata mama’detik hati Jefry.

Dia membuang jauh-jauh perasaan prasangka dan fikiran yang bukan-bukan. Tidak mahu merosakkan mood Maira ketika ini. Maira satu-satunya cinta hatinya. Tidak mungkin akan ada penganti. Maira segalanya bagi dia. Andai tiada Maira pincanglah hidupnya. Dia segera melajukan langkahnya mendapatkan Maira yang telah jauh meninggalkan dia di belakang. Dalam perjalanan ke kereta dia berusaha memujuk Maira. Akhirnya Maira dapat juga dipujuk. Itupun dia berjanji akan menghadiahkan sesuatu kepada Maira jika tidak terus merajuk. Akhirnya dia juga yang kena mengalah.’Dah nasib badan. Siapa tak sayang bakal bini..oiii,’keluh Jefry.

“Sebelum janji Jefry ditunaikan, Jefry nak kita pergi makan dulu. Lapar la. Boleh?,”pinta Jefry setelah mereka mula meninggalkan Kompleks Pasaraya Tesco.

Maira tidak menjawab pertanyaan Jefry. Hanya mengangguk kepala sahaja tanda setuju. Dia memang tidak petah berbicara dengan Jefry ketika ini. Dia masih teringat akan tawaran yang di terimanya seminggu lepas. Tawaran yang dinantikan olehnya setelah sekian lama mencuba nasib. Tapi dia menjadi runsing. Bagaimana harus dia mengkhabarkan berita itu pada Jefry. Sedangkan Jefry telah melarangnya. Dia degil. Dia meneruskan juga minatnya itu secara sembunyi. Tidak ada seorang pun ahli keluarga dia dan Jefry mengetahui.

************

“Jefry..Maira ada hal nak bincang dengan Jefry ni,”Maira memulakan bicara setelah mereka masuk dalam Restoran KFC di Ampang Point.

“Ok..tak ada masalah. Kita makan dulu lepas tu kita bincang. Maira duduk dulu.ok?,”Jefry meninggalkan Maira untuk mengambil pesanan makanan.

Setelah hampir 15 minit berlalu, Jefry menghampiri Maira dengan membawa dulang makanan yang dibelinya. Dia meletakkan dulang tersebut dan melabuhkan punggung di hadapan Maira. Meja makan yang di pilih oleh Maira amat sesuai untuk mereka berdua. Jefry memandang wajah Maira.Hairan. ‘Kenapa wajah yang selalu menjengah mimpiku ini muram?Ada masalah yang berat ke?’ detik hati Jefry

“Nape ni .Macam tak happy je keluar dengan Jefry,”luah Jefry.

“Eh tak ada la. Penat je,”bohong Maira

“Penat?Maira kan tak kerja. Nape penat pulak?,”hairan dengan penerangan Maira.

“Memang la Maira tak keje, tapi penat juga. Nak kemas rumah lagi…nak pilih baju lagi…nak cari mak andam lagi…nak cari wedding planner lagi. Penat tau.,”adu Maira. Walhal perkara itu semua diselesaikan oleh ibunya, Puan Maria.

“Tapi Jefry rasa bukan pasal tu Maira penat kan. Mesti ada perkara lain yang Maira sembunyikan ni,’teka Jefry. Dia dapat mengagak tekaannya betul apabila melihat perubahan wajah Maira yang kelat tiba-tiba.

“Ermm…ermm…macam mana nak bagitahu Jefry ni,”rungut Maira dalam hati.

“Nape..macam besar je masalah yang ditanggung ?,”soal Jefry

“Sebenarnya…Maira…Maira dapat….dapat…,”tersekat-sekat bicara Maira.

“Dapat apa..cuba cakap terus-terang. Jangan buat Jefry bingung,”Jefry memandang tajam ke arah Maira.

“Kalau Maira cakap Jefry jangan marah ye. Janji Jefry tak akan marah kan?,”pinta Maira

“Ye la.Jefry janji,”Jefry akur.

“Minggu lepas Maira dapat tawaran untuk mengikuti course fesyen designer kat London. Tapi tarikh daftar adalah pada 15 Mei ni,”bohong Maira.

“15 Mei? ni kan tarikh kita kahwin. Tak kan Maira nak kita tunda majlis ni lagi semata-mata kerana course Maira tu. Minta postpone je la tarikh daftar tu,”dengan nada kurang senang Jefry memberikan cadangan.

“Maira dah minta..tapi ketua yang handle course tu kata tak boleh. Sebab course tu dia bekerjasama dengan agen luar negara. Semua kos dia kena tanggung,”bohong Maira lagi. Dia tidak kira apa yang akan terjadi nanti. Yang penting impiannya mesti dilaksanakan. Ini saja peluang yang ada untuk dia mengecapi cita-citanya.

“Maira bagitahu agen mana yang handle course tu. Biar Jefry bincang dengan mereka. Bak sini alamat dan nombor telefon,”pinta Jefry.

Dalam hati Jefry sudah panas mendidih. Terlalu marah dengan sikap Maira yang menyimpan hal itu dari pengetahuannya. Sudah seminggu baru dikhabarkan hal tersebut. Itu pun dia yang beriya-riya mengajak Maira keluar. Kalau tidak sampai sekarang mungkin dia tidak akan tahu. Dia terfikir sejenak. Maira tidak cintakan dirinya kah?Dia tidak ada makna apa-apa ke pada Maira sehingga Maira sanggup mengabaikan dirinya?.

“Maira tertinggal maklumat agen tu kat rumah. Nanti Maira bagi ye,”pujuk Mira.

Mana mungkin dia akan bagi maklumat itu. Cari nahas namanya .Silap-silap hari bulan kena nikah hari ini juga. Dia faham sangat sikap Jefry kalau sedang marah. Dan lebih faham kerana majlis kahwin mereka sudah dua kali terpaksa ditunda. Kali pertama kerana Jefry terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia kakinya retak. Kali kedua pula Maira mengikuti kursus di Bali selama dua minggu. Pernah dulu Jefry minta disegerakan majlis nikah mereka. Tapi Maira menolak. Maira mengugut kalau dipaksa juga dia akan lari. Maira belum bersedia untuk berkahwin. Jefry terpaksa mengalah. Dia terlalu cinta dan sayang pada Maira.

Novel~Suratan atau kebetulan 1

Bab 1

Syafira sedang seronok berbual dengan Dayana di bawah pohon sena.Di situ adalah tempat dia dan Dayana melepak jika ada cuti yang terluang.Sedang mereka seronok berbual sambil menjamu selera dengan pisang goreng dan ais batu campur kedengaran suara menyapa kepada mereka.Serentak dengan itu mereka berpaling.

“Hai..boleh Shah join sekali,”tegur Shahrul.

“Kalau tak malu mari la,”seloroh Syafira.Dia tersenyum melihat muka Shahrul.Tadi bukan main lagi melirik tersenyum.Apabila Syafira berkata begitu habis hilang senyuman menggoda di wajahnya.

Mereka bertiga pernah bersekolah bersama dari tingkat satu hingga lima.Kemudian mendapat pula peluang melanjutkan pelajaran peringkat Diploma.Tapi nasib Syafira kurang baik, dia telah mendapat tawaran di Universiti Malaysia Terengganu manakala Dayana dan Shahrul di Universiti Teknologi Mara di Selangor.Namun begitu perhubungan mereka bertiga tidak pernah putus.Apabila masa cuti semester mereka akan bertemu untuk memenuhi sebarang aktiviti.Dan walau kejauhan kasih Shahrul pada Syafira tidak pernah luntur.Begitu juga Syafira.Cuma mereka belum meluahkan isi hati masing-masing.

“Tak baik tau Fira kata macam tu pada Shah.Pedih hati ni dengar,”Shahrul mencebik.

“Ala..gurau sikit tak boleh ke.Cepat sangat merajuk macam perempuan.Siapa la gadis yang malang nanti jadi isteri Shah.Kesian betul kat dia nanti,”seloroh Syafira lagi.Suka sangat menyakat Shahrul.

“Eh..sapa lagi kalau bukan Fira.Fira la gadis malang tu,”Shahrul makin galak begurau

“Opss…sori la.Sapa nak kat Shah tu.Tak hingin Fira tau,”dalam hati Syafira bagai melonjak-lonjak bila Shahrul menyatakan dia adalah gadis idamannya.Tapi saja hendak main tarik tali lagi.

“Ooo..tak hingin ye..tak pe kita tengok nanti…sapa cari sapa..jual mahal ye,”Shahrul masih belum mahu mengalah.

“Memang la kena jual mahal..ni anak orang bukan anak ikan tau.mesti la jual mahal,”Syafira membela diri.

“Ooo…kalau gitu mama dan abah Fira ni jual anak la..bukan jual ikan.Ingat tadi jual ikan,”Shahrul tersengeh-sengeh macam kerang busuk.

“Eee..Shah ni kan…eee..malas la nak cakap dengan Shah..buat sakit hati je,”Syafira akhirnya mengalah juga.Malas untuk meneruskan pergaduhan ‘mesra’ itu.Akhirnya dia juga yang perlu mengalah.

“Ooi…kau orang ni napa ha..tak nampak ke aku kat depan ni..asal jumpa gaduh….asal jumpa gaduh.Nampak kau orang ni memang ada jodoh la,”Dayana akhirnya menyampuk setelah melihat kedua-dua sahabatnya itu masing-masing tidak mahu mengalah.

“Dah la…jom makan Shah.Jangan kau hiraukan Fira ni.Tak kan kau tak kenal lagi dengan Fira ni.Makin kau layan makin menjadi loyer buruk.Dah mari makan,”pelawa Dayana.

Shahrul bagai lembu dicucuk hidung menurut kata Dayana.Dia terus melabuhkan punggung di sisi Syafira.

“Eh.kau ni kawan sapa..kawan aku ke kawan si Shah ni. Teruk betul la kau ni. Benci la aku,”Syafira agak terasa dengan percakapan Dayana tadi.Dia tahu Dayana hanya bergurau tapi dia terasa juga.Pelik.

“Aku ni kan memang kawan kau.Dan aku juga kawan Shah.Mana yang salah aku tegur.Tak kira sapa-sapa kan.Yang kau ni nak emosional sangat nape.Kau jealous ye,”Dayana mula mengusik Syafira.

Wajah Syafira merona merah kini. Jealous? betul ke.”Eh mana ada..buat apa aku nak jealous kat kau.Aku bukannya ada apa-apa.,”

“Ha..jangan nak tipu la.Tengok muka tu dah merah,”usik Dayana

“Mana ada.Panas ni,”Syafira menutup resah dihati

“Ala.kau jealous”

“Tak la”

“Ye la”

“Tak”

“Ye”

“Tak”

“Ye”

“Tak”

“Tak”

“Ye”

“Opps.tersalah cakap pulak. Malas la nak gaduh dengan kau. Dah la makan cepat,”pinta Syafira.

‘Kenapa la aku boleh tersasul tadi.Ini semua gara-gara Dayana’detik Syafira dalam hati.

Semasa hendak pulang sempat dia melihat lirikan senyuman Shahrul padanya. Ada makna pada senyuman tu. Hanya Shahrul saja yang tahu.

Ahad, 15 November 2009

Pengarang Jantung Buah Hatiku 3

Bab 3

“Lama kawan adik tidur.Masa ni belum bangun lagi.”Soal Puan Mariam apabila Nadhirah menghampirinya.

Puan Mariam menunjukkan tangan ke arah jam di dinding. Sudah pukul 11.00 pagi. Sahabatnya, Zakiah belum lagi bangun tidur. Nadhirah sengaja tidak mahu mengejutkan Zakiah tadi. Kasihan dia pada Zakiah. Sahabatnya itu memandu dari Kuala Lumpur sampai mereka ke rumah.Dia hendak memandu Zakiah tidak benarkan. Dia faham kenapa Zakiah masih belum bangun.

“Tak apa la Ummi. Kawan adik tu dia letih sangat. Memandu jauh. Dari Kuala Lumpur dia drive sampai kat rumah ni. Mestilah letih. Adik pulak asyik tidur je masa dia memandu. Kesian la kat dia. Tak payah kejutkan lagi la ye.”luah Nadhirah. Meminta simpati daripada Ummi nya.

“Ye ke?.La kesian betul. Yang adik ni pun satu…nape tak teman kan Zakiah tu. Buat teman bual. Tak la dia bosan masa memandu dan boleh mengelak rasa mengantuk.”terang Puan Mariam. Tidak suka Nadhirah buat begitu. Nasib baik tidak ada apa yang berlaku semasa dalam perjalanan mereka.

“Bukan adik sengaja Ummi. Dah adik mengantuk sangat. Kan Ummi jugak yang berborak dengan adik sampai jauh malam. Macam mane adik tak mengantuk. Mana cukup tidur.” terang Nadhirah.

Dia memeluk Puan Mariam. Ingin melepaskan rindu di hati yang membuak-buak.Biasa dia akan balik 3 bulan sekali.Tapi kerana terlalu sibuk dia membatalkan niat untuk pulang ke kampung.Hampir 5 bulan dia tidak pulang.Cuti 3 hari yang ada, dia akan menghabiskan masa dengan familinya.Tidak mahu ada gangguan kerja lagi.

“Arrgghh…”Zakiah menutup mulutnya yang menguap. Terlalu letih memandu semalam. Dia membuka mata. Melihat Nadhirah di sebelahnya. Sudah tiada. Hanya dia sahaja lagi yang masih membungkam atas katil. Dengan perasaan malas dia bangun. Alangkah terkejutnya kain kurung yang dipakainya terselak. Menampakkan pehanya yang putih itu. Dengan pantas dia menutup kembali bahagian pehanya yang terdedah.

“Huh!!Nasib baik tak ada orang dalam bilik ni. Kalau tak habis la pecah tembelang aku. Nasib baik juga aku pakai sarung kaki sampai kat peha ni. Kalau tak, nampak habis bulu betis dan peha aku ni, hish naya aku. Apa aku nak jawab kat family Nadhirah nanti. Kalau dia orang tahu aku tidur sebilik dengan anak mereka. Mesti mati mentadak la aku nanti. Haa..mentadak? Ahh..Lantak la. Mentadak-mentadu apa aku nak buat pun aku tak tahu..alamaknya tempah batu nisan la aku..”ngomel Zakiah sendirian.

Semua rahsia harus dia simpan. Demi untuk mendapatkan cinta suci gadis pilihan nya. Dia sanggup melakukkan apa sahaja asal Nadhirah menjadi miliknya.

”Biar pecah diperut jangan pecah dimulut. Eh..aku sorang je tahu rahsia ni nak buat apa sampai pecah perut. Haa..pandai buat, pandai la tanggung, baru betul,”

Zakiah membetulkan baju dan mula melipat selimut dan menyusung bantal di tempat yang betul. Dia harus segera mandi, nanti apa pula tanggapan family Nadhirah. Dia terus mengambil baju dan tuala yang berada dalam beg pakaiannya.Segera keluar dari bilik .

Zakiah mendengar suara orang bercakap dari arah dapur. Dengan segera dia menuju ke arah suara itu. .Dengan penuh kesopanan dia menuruni tangga di bahagian dapur Dia melihat Nadhirah dan ibunya sedang berbual. .Dalam dirinya terasa amat malu kerana hari sudah meninggi baru dia bangun. Dengan perasaan mahu kucing dia menghampiri Nadhirah.

“Irah, mana bilik air..aku nak mandi la..”Zakiah mencuit bahu Nadhirah. Menahan malu apabila ibu Nadhirah memandang ke arahnya. Dia tahu mesti ibu Nadhirah sedang memikirkan negatif pada dirinya.’Penampilan nampak sopan tetapi perwatakkan tidak menunjukkan kesopanan langsung.Apa jenis perempuan macam ni.’ngomel Zakiah dalam hati sambil tersenyum kelat kepada Puan Mariam.

“Kat situ. Kau pergi mandi la dulu. Nanti kita sarapan bersama.”arah Nadhirah sambil tangannya menunjuk ke arah bilik mandi.

Tanpa menjawab arahan Nadhirah, Zakiah terus berlalu menuju ke bilik mandi. Dia meletakkan semua ‘barang-barang’ persalinan ke satu sudut rak. Dia segera membersihkan diri. Selesai mandi dia segera memakai “barang-barang” pelindung diri.

“Eh!!nape pulak tersangkut ni. HIsh!!macam maner ni.”keluh Zakiah. Dia geram. Sarung kakinya tersangkut pada sepucuk paku. Dia cuba menarik tapi masih lagi tersangkut di situ. Dengan perasaan yang marah dia terus saja menarik sarung kaki dengan kasar.

“Zapp!!

“Ha!!,terkoyak pulak. Eee!!!geram betul la. Nape la jadi macam ni.”marah Zakiah pada dirinya sendiri. Sikap dirinya yang tidak sabar memakan diri sendiri. Dia buntu. Apa yang perlu di lakukan untuk menutup bahagian betis yang terdedah. Menampakkan bulunya yang lebat di celah bahagian betis yang terkoyak itu.

“Tak boleh jadi ni. Nanti habis rahsia aku”Zakiah segera membuka semula longgokkan pakaian yang telah dipakai semalam. Dia mencari-cari sarung kaki yang telah digunakan. Dia mengambil dan meletakkan sarung kaki ke hidungnya.

“Ermm. Masih elok lagi. Tak ada bau pun. Kira ok la. Nak buat macam mane dah darurat.Bedal je la.” bicara Zakiah sendirian. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.

Dia mengangkat telefon itu dan melihat di skrin telephone tertera nama ‘Bonda’. Dia mengeluh. Pasti bondanya risau keadaanya kini. Dia tidak memberitahu bondanya dia telah pergi ke kampung Nadhirah. Dia pasti bondanya akan mencari kalau hari minggu dia tidak ada bersama-sama dengan family. Dengan perlahan Zakiah menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum..”Zakiah memberi salam.

“Waalaikummussalam”jawab Bonda nya ditalian.

“Anak Bonda ada dekat mana sekarang ni?.Joe dan Helmi cari tidak jumpa. Kenapa tidak beritahu Bonda kalau pergi ke mana-mana. Risau Bonda. Tidak tidur lena bonda memikirkan anak bujang bonda ni.”bebel Datin Umairah panjang lebar.

Risau membuak-buak dalam hati Datin Umairah takkala Joe dan Helmi pengawai peribadi kepada anak nya memberitahu mereka tidak berjumpa dengan anak kesayangan nya. Joe dan Helmi telah dimarahi oleh Datin Umairah kerana kecuaian mereka. Semalaman Datin Umairah menghubungi handphone anaknya. Tetapi tidak membuahkan hasil. Menambahkan lagi kemarahan Datin Umairah pada pengawal peribadi mereka Joe dan Helmi.

“Maaf..bonda..anakanda lupa nak bagi tahu semalam pada bonda. Sekarang anakanda berada di rumah calon menantu bonda ni. Saja datang nak berkenalan dengan family calon menantu bonda ”ada riak tawa Zakiah bercerita pada Datin Umairah.

Dia pernah memberitahu pada bonda nya yang dia telah ada pilihan hati tapi dia akan mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan bakal menantu pada bondanya. Dia pasti pilihannya adalah tepat. Dia sanggup mengambil sebarang risiko untuk mendapatkan Nadhirah.

“Subhanallah..kenapa tak cakap awal-awal. Boleh bonda pergi sekali. Boleh bonda kenal dengan bakal menantu bonda.”luah Datin Umairah.

“Tak apa la bonda, cuma 3 hari je anakanda bercuti kat rumah Nadhirah ni. Hari ahad petang anakanda balik la KL. Nanti balik anakanda jumpa Bonda. Bonda sabar ye. Ok la Bonda. Jangan telefon lagi tau. Apa-apa hal nanti anakanda call. Ok Assalamulaikum.”Zakiah mematikan talian selepas mendengar bondanya menjawab salam.

Zakiah tidak mahu bondanya tahu dia dimana. Dia tahu kalau bondanya tahu dia berada di mana pasti bondanya akan mengarahkan Joe dan Helmi memerhatikan nya dan sudah pasti tembelangnya akan terbongkar. Rosak segala rancangannya untuk mendapatkan Nadhirah.

Kadang-kadang dia rimas juga apabila di kawal terlalu ketat. Tidak ada privacy. Tapi dia faham keadaan yang memaksa bondanya menggunakan khidmat pengawal peribadi. Kalau tidak kerana statusnya sudah pasti dia kini hidup bebas. Bebas dari tanggungjawab yang terlalu berat untuk dipikul di usia nya, 28 tahun.

Sejak dari zaman kanak-kanak hingga sekarang Zakiah tidak merasai kebebasan hidup yang diidamkannya. Berketurunan kerabat di raja memang perlu memikul tanggungjawab yang berat. Walaupun tidak perlu mentadbir negeri namun tanggujawab pada keluarga juga berat. Tengku Syed Al-Zakiahhuddin itu adalah nama sebenar Zakiah. Namanya agak pelik. Seakan nama seorang perempuan. Semua adalah arahan datuknya, Tengku Syed Amiruddin yang mahu nama tersebut digunakan olehnya. Namun dia bersyukur kerana nama itu dia boleh menyamar seperti sekarang untuk mendapatkan cinta hatinya.

Apabila datuknya memberi peluang sedikit kebebasan untuk dia menjalani kehidupan seperti orang biasa tetapi dengan bersyarat. Dalam masa yang sama dia, perlu menjalankan dua tangggungjawab sebagai permulaan latihan sebelum menjadi pentadbir kepada perniagaan yang diwarisi dari zaman berzaman.

Syarat pertama, dia perlu mencari seorang ‘wanita’ untuk dijadikan isteri dimana wanita itu mesti seorang yang berkerjaya, perwatakkan menarik, bersopan-santun, tata tertib dan pandai berinteraksi serta berkomunikasi dengan baik.Wah!! dah macam hendak masuk pertandingan rancangan realiti pula. Dan syarat kedua dia perlu membantu bondonya menguruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayahandanya, Datuk Mokhtar. Itu adalah syarat ditetapkan oleh datuknya, Tengku Syed Amiruddin. Dia hanya mengikut sahaja asal kebebasan yang diinginkan tercapai.

“Tuk!!Tuk!!Tuk!!

Pintu bilik mandi diketuk dari luar. Terdengar suara Nadhirah memanggilnya.”Lama betul kau mandi….belum siap lagi ker…aku dah lapar sangat ni…”laung Nadhirah dari luar.

Zakiah tersentak. Lamunanya terhenti. Dia tersenyum .Lama benar dia mengelamun. “Kejap ye...aku nak pakai baju dulu...”balas Zakiah. Dia segara memakai kain tudung dan membetulkan keadaan baju kurung yang di pakainya.

“Lamanya kau mandi…dah dekat sejam aku tunggu..dah kebulur perut aku ni..”ngomel Nadhirah sambil memegang perutnya selepas melihat Zakiah membuka pintu bilik mandi dan menghampirinya.

“Sori la..Bonda aku telefon tadi. Tu yang lama sikit kat dalam bilik mandi..ciannya…dah lapar ye..nanti aku simpan pakaian kotor ni dulu.”Zakiah berlalu menuju ke bilik tanpa menunggu jawapan dari Nadhirah.

Nadhirah hanya memandang Zakiah berlalu. Geram betul dengan sahabatnya. Belum sempat dia hendak berkata-kata, Zakiah terus berlalu. Dia menunggu Zakiah di meja makan. Di depannya terhidang nasi goreng kampung masakan Umminya. Sudah lama dia teringin hendak memakan masakan Umminya. Tetapi kerja yang banyak membataskan masa dia untuk selalu merasainya.

Zakiah menghampirinya setelah selesai menyimpan pakaian kotornya tadi. Dia duduk berhadapan dengan Nadhirah. Mereka menjamu selera bersama-sama. Hanya tinggal mereka berdua sahaja waktu itu. Semua ahli keluarga Nadhirah telah keluar ke kebun. Hasil dari kebun itulah yang menyara mereka sekeluarga. Mereka bersarapan pagi pada waktu tengahari. Memang kelakar. Sambil makan mereka berbual sehingga ketawa. Entah apa yang dibualkan. Selesai makan mereka bersiar-siar di kawasan kampung. Mereka ingin melepaskan segala beban kerja yang di tanggung.