Pengikut

Ahad, 15 November 2009

Pengarang Jantung Buah Hatiku 2

Bab 2

“Kita kat mane dah ni?.”soal Nadhirah sambil tangannya menutup mulutnya sedang menguap.

“Ermm..dah bangun?.Nyenyak aku tengok kau tidur.Kita kat simpang nak masuk Bandar Maran.”balas Zakiah.

“Ermm…lambat lagi la nak sampai.Aku mengantuk lagi la.Aku nak tidur semula”rungut Nadhirah.

Belum sempat Zakiah berkata apa-apa, Nadhirah terus lena semula.Rasa mengantuk masih lagi berbasi.Semalam dia tidur lewat kerana seronok bersembang dengan ibunya.Memberitahu perkhabaran tentang rancangannya.Begitu seronok dia merasakan jika rancangannya berjaya.

Bagi Zakiah peluang tidak dilepaskan. Semasa Nadhirah lena tidur sebentar tadi pun dia asyik memerhati Nadhirah.Kini peluang kedua masih ada di depan mata.Dia tidak akan melepaskan peluang yang ada.’Ah…bukan luak pun’desis Zakiah dalam hati.Dia melirik senyum kambing.Kembang kempis hidungnya memerhati Nadhirah di sebelahnya.Dia sengaja mahu memandu untuk mengambil peluang menatap wajah Nadhirah dengan lebih dekat.Dia tidak berani hendak bertentang mata dengan Nadhirah jika Nadhirah berada dalam keadaan sedar.Jadi peluang yang ada tidak akan dia lepaskan kerana dia tahu Nadhirah pasti akan tidur memandangkan dia mengetahui Nadhirah tidur lewat semalam.Apa yang dibual kan dia tidak pasti.Dia cuba juga mencuri dengar perbualan Nadhirah semalam tapi kurang jelas.Yang pasti dia tahu famili Nadhirah sudah tahu akan kepulangan Nadhirah hari ini.

“Sayang kita berhenti dulu kat Bandar Maran ni.Lapar la”luah Zakiah perlahan bila dia mula memasuki kawasan Bandar Maran.Dia asyik mengelamun sehingga tersasul memanggil Nadhirah dengan panggilan sayang.

Dia memerhati semula Nadhirah di sebelah nya.Masih lena tidur lagi.’Huh!!!Nasib baik dia masih tidur lagi.Kalau tidak naya aku”keluh Zakiah.

“Irah kita dah sampai kat bandar Maran ni.Kita berhenti makan dulu ye.Aku lapar la.”Zakiah menggoncang bahu Nadhirah sebaik saja dia selesai parking kereta dekat R&R Maran.

“Ha…ye la...kau panggil apa nama aku tadi.Kurang jelas”pinta Nadhirah mahu kepastian dengan apa yang baru dia dengari.

“Aku kata kita dah sampai kat Maran.Kita makan dulu la.Aku lapar.Ok dah dengar dengan jelas ker”Zakiah menjerit perlahan.

“Bukan tu la.Aku tanya nama aku..Nama yang kau panggil aku tadi.”Nadhirah menerangkan semula maksud pertanyaan tadi.

“Ooo….nama kau.Aku panggil kau tadi Irah.Kenapa? ”balas Zakiah sambil tersenyum.Dia dapat menduga pasti sahabatnya akan menyoalnya lagi.

“Pelik la kau panggil nama aku macam tu.Tapi aku suka.Nama tu hanya famili aku je panggil.Panggilan manja.”terang Nadhirah.Fikirannya sudah memikiran langkah yang bagus.Nanti tidak kekok memanggil panggilan nama bila dah jadi kakak iparnya.Dia tersenyum.

“Nape kau senyum macam kerang busuk je ni.”soal Zakiah .Berkerut dahinya.Meneka apa yang melucukan pada dirinya.

“Tak ada apa la.Saje.Satu permulaan yang bagus.Tak la kita ni asyik kau dan aku je.Tak hormat langsung.Padahal umur kau tu tua dari aku.Patut aku panggil kau kakak tak pun nama aje.”senyum Nadhirah.Dia melabuhkan punggung ke kerusi di salah sebuah kedai makan.

“Kau tu yang tak nak panggil aku ni kakak.Tak pun..panggil nama ke.Baru manis sikit bahasa tu.”cuak Zakiah.

“Aku ingat kau dulu sama umur dengan aku.Kau pun tak pulak menegur cara aku.Ikut je aku panggil apa.”luah Nadhirah.Memuncungkan mulut.Tanda hendak merajuk.Tidak puas hati bila Zakiah seperti menyalahkan dia.

“Ha!!nak start merajuk la tu.Tak payah la nak tunjuk muncung itik kau tu kat sini.Aku ikat kan muncung tu baru tau.”pujuk Zakiah.Tidak mahu Nadhirah terus merajuk.Susah pula dia untuk memujuk.Dia bukanya pakar dalam pujuk memujuk kaum Hawa ni.

“Sedap kata kat aku muncung itik.Kau tu muncung apa lak”rungut Nadhirah sambil menjelirkan hujung lidahnya kepada Zakiah.

“Elok la tu.Aku tarik lidah tu ikat sekali dengan mulut kan.”Zakiah cuba menarik mulut Nadhirah.Tapi sempat Nadhirah mengelak.

“Ok la..aku mengalah.Kau ni kalau tak sakat aku tak senang ker hidup kau tu”marah Nadhirah.

“Dah la..order dah sampai tu.Kita makan cepat.perjalanan masih jauh lagi ni.”arah Zakiah sebaik sahaja makanan yang di order sampai ke meja mereka.

Mereka menjamu selera.Ingin segera sampai ke destinasi yang dituju..Selesai makan mereka segera memulakan perjalanan.Zakiah melihat jam di pergelangan tangannya.Sudah menghampiri jam 9.00 malam.Mereka meneruskan perjalanan.Perjalanan yang suram disekelilingnya hanya pokok-pokok kelapa sawit.Kadang-kadang di selang seli oleh kenderaan lain yang lalu-lalang.Sekali sekala bediri bulu roma Zakiah.Dia tidak biasa dengan suasana yang suram begitu.

Selepas hampir 2 jam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga di kampung halaman Nadhirah.Papan tanda ‘Selamat Datang Ke Kampung Paya Berenjut’ itulah destinasi mereka.Zakiah memberhentikan kereta di hadapan papan tanda itu.Dia mengejutkan Nadhirah dari tidur.Bertanyakan arah rumah Nadhirah.Zakiah hanya mengetahui nama kampung Nadhirah sahaja.Maklum lah belum pernah dia sampai ke negeri Terengganu.Jalan menuju ke kampung Nadhirah tidak begitu sukar untuk mencari kerana kawasan perkampungan itu berhampiran dengan jalan utama menghubungkan antara Kuantan dengan Terengganu.’Eh..minah ni belum sedar jugak.’keluh Zakiah apabila Nadhirah tidak juga sedar dari tidur.

“Irah sayang..intan payung..buah hatiku sayang…sila la bangun dari perbaringan..kita sudah sampai ke destinasi yang dituju…wahai puteri hatiku”Zakiah berbisik di telinga Nadhirah.Begitu rapat sekali.Dia menggunakkan suara asalnya.

Serta merta Nadhirah terkejut.Dia menggosokkan matanya yang masih mamai.Dia memandang di sekelilingnya.Mencari-cari suara itu.Dia menggaru kepala yang tidak gatal.Hairan.Dia memandang Zakiah di sebelahnya.Hanya Zakiah saja yang ada.Tidak ada pun orang lain.Tiba-tiba berdiri bulu tengkok.Dia memegang dan menggosok tengkoknya dengan kedua belah tangannya.Menutup rasa takut yang menerjah tadi.

“Kenapa dengan kau ni.Macam nampak hantu je tengok aku.”soal Zakiah kehairanan.Dahinya berkerut melihat gelagat Nadhirah yang ketakutan.Nampak dengan jelas muka Nadhirah pucat walaupun malam diterangi oleh cahaya bulan.

“Aku dengar suara orang memanggil nama aku la.Dekat sangat di telinga aku ni.Jelas saja aku dengar suara tu panggil aku.”luah Nadhirah.Matanya masih memerhati keadaan sekeliling.

“Suara apa pulak ni.Kau jangan merepek la..tengah malam ni..”marah Zakiah perlahan.Takut suara mereka akan di dengari oleh ‘suara’ yang dimaksudkan oleh Nadhirah.

“Betul… aku dengar dengan jelas la..suara tu panggil aku..”balas Nadhirah.

“Suara tu panggil kau macam mane?’soal Zakiah lagi.

“Suara tu panggil aku macam ni… Irah sayang..intan payung..buah hatiku sayang…sila la bangun dari perbaringan..kita sudah sampai ke destinasi yang dituju…wahai puteri hatiku…ha!! macam tu la.Suara tu kasar sangat..Macam suara orang lelaki.Tu yang aku terkejut gila..”terang Nadhirah panjang lebar.

Kini barulah Zakiah faham maksud ‘suara’ itu.Dia tergelak.Tidak tahan dengan lawak yang Nadhirah buat.Nadhirah hairan melihat Zakiah tiba-tiba tergelak.’Tersampuk ke dia ni’desis hati Nadhirah.Dia memegang bahu Zakiah.Mahu mengejutkan Zakiah supaya sedar.Zakiah tersentak.

“Maaf la.Aku geli hati la.Kau ni..tengah malam macam ni pun sempat lagi buat lawak bodoh kan.”Zakiah masih tergelak kecil.Rasa sangat lucu melihat Nadhirah yang ketakutan.

“Suara tu…aku yang panggil kau tadi.Aku sengaja buat suara jantan sikit.Supaya kau tu bangun.Aku panggil kau lembut kau tak dengar,,so aku buat la macam tu..”sambung Zakiah lagi.Dia masih tersenyum.

“Kau ni kan….buat menakutkan aku je la....tak baik tau kau buat aku macam tu..”rajuk Nadhirah.Tangannya sudah menampar lembut bahu Zakiah.Geram apabila Zakiah memainkan perasaannya.Bukan main takut lagi dia tadi.Hanya Tuhan saja yang tahu.Denyutan jantungnya yang berdeyup kencang sebentar tadi kini reda sedikit.

“Ok..aku minta maaf.Dah lah...mana jalan ke rumah kau.”soal Zakiah.Malas hendak melayan sikap manja Nadhirah kalau merajuk.

“Ermm…ye la….lain kali jangan buat aku macam tu tau.Rumah aku dekat aje dah ni.Kau masuk jalan ni..jalan terus..lepas tu jumpa simpang empat.Kau belok ke kiri.Nanti kita akan jumpa la rumah aku yang first sekali lepas belok kiri.”terang Nadhirah sambil tangannya menunjukkan arah jalan yang perlu dilalui.

“Oooo..senang je jalan nak ke rumah kau.”balas Zakiah.Terus memandu menuju ke rumah Nadhirah.

Pengarang jantung Buah Hatiku 1

Bab 1

Nadhirah selonggar almari pakaiannya.Dia mencari-cari baju yang dia beli di pasar malam semalam.Dia hairan.Semalam dia beli baju itu dan terus meletakkan dalam almari.Malas hendak mencuba baju itu.Dia mahu menunjukkan kepada rakan serumahnya, Zakiah tentang baju itu.Dia masih mencari-cari.Habis semua pakaian dalam almari telah diselerakkan.Tetapi masih belum berjumpa.

“Mana pulak aku simpan ni.Rasa semalam aku letak dalam almari ni.Macam mane leh tak ade ni.” rungut Nadhirah sendirian.

“Kau cari apa tu.Macam tongkang pecah dah aku tengok.”tegur Zakiah seraya dia memasuki bilik Nadhirah.Memerhati Nadhirah yang asyik mencari sesuatu dalam almari pakaian.

“Kau ada nampak tak baju yang warna pink ada corak sulam bunga kat leher.Pastu ada riben besar kat sebelah kiri.”tanya Nadhirah sambil tangannya mengayakan ciri-ciri baju yang dia cari.

“Errmm….kalau tak silap aku..baju tu aku ada nampak”Zakiah menggaru kepala yang tidak gatal cuba mengingati baju tersebut.”Tapi aku lupa la kat mana.”

“Hish kau ni..kalau lupa baik tak payah bagitahu.Kau ni mematikan langkah pencarian aku je la.”Nadhirah menampar bahu Zakiah dengan lembut.Nadhirah melangkah berlalu dari Zakiah.Dia mesti menyambung pencarian nya lagi.

Zakiah turut serta menolong sahabatnya mencari baju yang dimaksudkan.Setelah puas mencari akhirnya pencarian mereka berjaya.Zakiah yang menjumpai baju itu.Baju itu berada dalam bakul pakaian kotor.Zakiah mengambil baju itu dan semasa dia mengambil baju tersebut tiba-tiba terjatuh sesuatu dilantai.Zakiah menggamati ‘benda’ itu.Mukanya tiba-tiba panas kemerahan.Menahan malu.Dia menggeleng kepala.Beristiqfar dia dalam hati.Jantungnya berdebar-debar.Semakin kencang.

Nadhirah yang perasan Zakiah masih tercegat di satu sudut ruang dalam biliknya, dia menghampiri Zakiah.Mahu di lihat sebab Zakiah tidak berganjak dari situ.Dia hairan.’Kenapa pulak minah ni.’mata Nadhirah memandang sesuatu dilantai.’Alamak!!anak-anak bajuku’tergaman Nadhirah.Tanpa banyak soal dia terus mengambil anak-anak baju itu dan dimasukkan semula ke dalam bakul.Dia memandang Zakiah dengan malu.”Sorry la.Aku bukan sengaja pun.”luah Nadhirah.

Dia masih memandang Zakiah dan matanya terlihat sesuatu ditangan Zakiah.”Eh..baju aku” terus Nadhirah mengambil baju yang berada di tangan Zakiah.Zakiah tersentak.

“Nape kau tak letak elok-elok semua anak-anak baju kau tu.Berapa kali aku nak pesan ni.Kalau orang lain nampak macamana.?”marah Zakiah.Mukanya masih lagi kemerahan menahan malu.Jantungnya berdebar-debar lagi takkala matanya memandang Nadhirah.Sudah lama dia menaruh hati kepada Nadhirah.Cuma tiada keberanian terbit di dalam jiwa.Dia menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan isi hatinya pada Nadhirah.Dia mahu Nadhirah menerima dia seadanya.

“I’m Sorry..Aku tak sengaja.Aku ingat la pesan kau tu.Aku lupa nak cuci tadi.Nantilah aku cuci.”Nadhirah merayu.Dia merapatkan kedua belah tanganya meniru gaya Amir dalam raja lawak musim 3 mohon kemaafan dari Zakiah

Nadhirah masih lagi mengingati pesan sahabatnya itu.Dia hairan dengan perangai Zakiah.Terlalu menjaga tata tertib.Pada hal mereka sesama perempuan.Apa yang hendak di malukan.Kadang-kadang Zakiah tidak mahu mereka selalu berdampingan.Bersentuh-sentuhan.Geli katanya..Zakiah pernah memberitahunya dulu bahawa dia malu jika melihat pakaian-pakaian dalam perempuan.Nadhirah memang tidak faham dengan perangai Zakiah.Pernah juga Nadhirah terfikir yang sahabatnya itu seorang lesbian.Geli geleman bulu tengkuknya mengingatkan itu semua.Tapi lama-kelamaan dia merasa selesa dengan sikap Zakiah.Baginya ada baik juga menjaga tata tertib tidak kira sesama perempuan.Ada logiknya juga.Fikirnya.

.”Tapi kita kan perempuan apa yang nak di malukan.”Nadhirah masih mahu menegak kebenaran.

“Tak kira la kita ni sama jenis pun tapi tata tertib kena la jaga.Jangan depan orang lain je tunjuk sikap yang elok.Diri kita sendiri kena la jujur.”terang Zakiah.Masih mahu mengingati sahabatnya.

“Ye la..aku akan ingat selalu pesan kau tu.”Nadhirah akhirnya mengalah juga.Setuju dengan pandangan Zakiah.Mereka diam seketika.

“Kau ada apa-apa plan tak petang esok.”tanya Nadhirah kepada Zakiah sambil mengayakan baju yang dijumpai tadi.

“Tak ada apa-apa pun.Nape..kau nak ajak aku pergi mana?”soal Zakiah.Matanya memerhati gelagat Nadhirah mengayakan baju itu di hadapan cermin.Dia terpegun melihat wajah Nadhirah.Semakin hari, hatinya semakin berdebar-debar setiap kali dia menatap wajah Nadhirah.Hatinya betul-betul terpaut pada gadis di hadapannya itu.Dia melirik tersenyum.

“Aku ingat nak ajak kau balik kampung aku.Memandangkan lusa cuti dan tambah dengan cuti minggu.Jadi 3 hari cuti ni, aku nak kenalkan kau kat family aku.Sudah lama kita tinggal serumah ni.Tapi aku belum kenal kan kau lagi kat family aku.Famili aku selalu bertanyakan kau.”terang Nadhirah panjang lebar.

Dalam kepala Nadhirah sudah tersimpan rancangan yang cukup bernas.Dia ingin menjodohkan Zakiah dengan abangnya, Lokman.Dia merasakan memang sesuai Zakiah menjadi kakak iparnya.Selama dia tinggal serumah Zakiah lah yang selalu mengambil berat.Kalau sakit Zakiah akan menjaganya.Kalau dia ada masalah Zakiah lah tempat dia meluahkan segala-galanya.Dia menganggap Zakiah seperti kakaknya sendiri memandangkan dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang kakak.Dia hanya ada dua beradik sahaja dengan abangnya, Lokman.Walaupun perwatakan Zakiah sedikit kasar namun masih lagi menjaga tata tertib sebagai seorang perempuan.Bagi Nadhirah, Zakiah seorang wanita yang cukup sempurna kerana semenjak Zakiah menjadi rakan serumahnya 7 bulan dulu, Zakiah sentiasa menutup aurat meskipun hanya mereka tinggal berdua sahaja..Dia sendiri bila hendak keluar rumah dan jika tetamu datang ke rumah barulah dia akan memakai tudung.Dia tidak menafikan amat mengkagumi sikap Zakiah.Oleh sebab itu dia merasakan Zakiah adalah pilihan yang tepat.

“Nape pula family kau nak kenal aku.Aku ni bukannya kekasih kau “berkerut dahi Zakiah mahu kepastian.

“Tahu la kau tu bukan kekasih aku, tapi mana tahu kau boleh jadi kakak ipar aku.”terang Nadhirah sambil memegang lengan Zakiah. Zakiah menepis tangan Nadhirah yang sudah memaut lengannya.

“Berapa kali aku pesan…jangan la pegang-pegang...aku tak suka..lepas la...”sambil Zakiah cuba meleraikan pegangan Nadhirah.Hatinya berdebar apabila Nadhirah tidak mahu meleraikan pegangannya.

“Aku akan lepaskan..tapi kau kena setuju ikut aku balik kampung..”ugut Nadhirah.Berderau darah Zakiah takkala Nadhirah merapatkan tubuhnya.Terasa kehangatan tubuh gadis itu.Bertambah kencang dengupan jantung Zakiah.Menahan gelora di jiwa.

“Ok..ok…aku setuju.So..bila kau nak lepaskan tangan aku ni”Zakiah memuncungkan mulutnya ke arah lengannya.Minta segera dileraikan pegangan.Takut gelora di jiwa bertambah gundah gulana.Dia melarik nafas lega apabila Nadhirah meleraikan pegangan.

“Tapi biar kerja aku kat office selesai dan aku kemaskan pakaian aku dulu, baru kita balik..”sambung Zakiah lagi.Dia tersenyum apabila Nadhirah hanya mengangguk sahaja tanda setuju.Dia terus berlalu dari bilik Nadhirah.Dia tidak mahu berada lebih lama dengan Nadhirah.Dia masuk ke biliknya.Dia melabuhkan punggung ke birai katil.Otaknya perlu memikirkan sesuatu.

“Hissh..macam mane ni.Apa aku nak buat ni.Nape la aku setuju nak ikut dia balik kampung.Nanti kat kampung dia macam mane dengan aku pulak.”keluh Zakiah sendirian.

Menyesal bersetuju mengikut Nadhirah untuk balik kampung.Zakiah mengingati pepatah melayu berkata ‘Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata kena tanggung sendiri la.’.Dia melepaskan keluhan yang entah ke berapa kali..Berat benar rasa hati untuk menerima cadangan Nadhirah.Tapi jika dia tidak segera setuju semakin bergelora perasaan di jiwa.Takut dia tidak dapat mengawal perasaannya yang semakin memuncak apabila tubuh Nadhirah semakin rapat dengannya.Oleh kerana itu dia terus saja bersetuju tanpa memikir kemungkinan yang akan berlaku .Lama dia termenung memikirkan apa yang akan berlaku nanti.

“Arrgghh…malas la nak fikir lagi.Tengok la apa yang akan terjadi nanti.”keluh Zakiah.Fikiran nya buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian.Dia menuju ke arah almari pakaiannya.Dia mengambil beg dan mula mengemaskan pakaian yang perlu di bawa untuk ke kampung Nadhirah.Dia membawa hanya sedikit sahaja pakaian oleh kerana cuti yang ada cuma 3 hari.’Boleh aku cuti lama sikit.Asyik kerja je..boring jugak.Boleh la aku kenal famili dia’desis hati Zakiah.Dia mengemaskan pakaian sambil menyanyi bagi mengurangkan beban yang sarat di hati.Dia mengemaskan pakaiannya lebih awal supaya petang esok selesai kerja dia boleh pulang terus ke kampung Nadhirah.

selingkar kasih 3

Sudah 2 hari Sofia balik ke kampung.Hasratnya adalah untuk bertanyakan soal Fauzi dari ibunya.Namun lidahnya terasa berat untuk membuka bicara.Sewaktu dia balik 2 hari lepas ibunya, Puan Zaimah lebih dikenali sebagai Mak Mah di kampungnya ada bertanyakan pada Sofia.Mak Mah hairan melihat Sofia yang tiba-tiba sahaja sudah berada di hadapan rumahnya pada malam hari.Bila di tanya, kata tidak sihat.Balik untuk merehatkan badan.Suasana di kolej tidak dapat membantu menghilangkan kesakitan badan.Entah alasan logik ke tidak yang di berikan.Namun Mak Mah mendiamkan diri.Melihat keadaan Sofia, mungkin juga Sofia tidak sihat.Mukanya pucat dan tidak bermaya.

Mak Mah melihat Sofia termenung di jendela.Apa lah yang difikirkan oleh anak tunggalnya itu.Dia kurang pasti.Untuk bertanyakan hal yang sebenar, tidak pula dia berani.Takut anaknya itu merajuk.Sofia kalau merajuk makan masa untuk di pujuk.Nasib la siapa yang jadi suaminya nanti.Mak Mah senyum.Dia melangkah menghampiri Sofia.Dia menyentuh bahu Sofia.

“Apa yang di menungkan tu?Runsing la ibu tengok anak ibu ni.Macam orang mati laki aje.”Mak Mah masih lagi mahu berseloroh dengan Sofia.

Sofia tersentak.Dia tidak menyangka Ibunya akan menegur juga dia.Pasti setiap ibu akan perasan perubahan anak mereka.Ibu yang melahirkan sudah pasti ibu mengenali dirinya lebih dari diri sendiri.

“Tak ada apa la ibu.Saje termenung tengok suasana kampung ni.Rasa rindu pulak.” bohong Sofia.

“Ye ke?tapi kan ibu rasa sebab lain anak ibu ni termenung.Mungkin sedang termenung pada bekas suami kot.”teka Mak Mah.

Sofia sekali lagi tersentak.Jadi betul sangkaannya Fauzi sudah balik.Tapi kenapa sekarang.Sofia memandang wajah Mak Mah.Ingin kepastian dari kata-kata ibunya tadi.Dia mengekori langkah ibunya yang menuju ke bilik.Dia melabuhkan punggung di birai katil bilik ibunya.Memerhati gerak geri Ibunya.

Mak Mah mengambil sampul berwarna kuning dari laci meja solek.Dia menghampiri Sofia.Menghulurkan sampul itu kepada Sofia.Dahi Sofia berkerut.Tidak faham apa tujuan ibu memberikan sampul itu kepadanya.Dia terus membuka sampul itu selepas ibunya menyuruh membuka saja sampul itu.

Mata Sofia terbeliak.Dia menggosokkan matanya.Tidak percaya dengan apa yang telah di lihat.Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutnya.Terasa berat mulut untuk bertanyakan hal itu kepada Ibunya.Dia melangkah keluar dari bilik ibunya menuju ke biliknya setelah meminta izin dari ibunya.

Mak Mah seperti mengerti keadaan Sofia.Dia membiarkan Sofia memikirkan apa yang harus dilakukan oleh anaknya itu.Segala amanah arwah suaminya telah dia laksanakan.Hanya tugas dari Sofia saja yang perlu dilaksanakan.Dia berharap Sofia akan mengikut segala amanah yang telah diwasiatkan kepadanya.

selingkar kasih 2

Selingkar Kasih

BAB 2

Sedang asyik Sofia dan Tina berjalan-jalan di kawasan pusat membeli-belah East Coast Mall, mereka telah di langgar seorang lelaki yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kedai pusat cenderahati.Mereka berdua terjatuh.Malu yang teramat.Banyak mata memandang ke arah mereka.Sofia dan Tina tidak mempedulikan mata yang memandang.Yang penting orang yang melanggar mereka perlu di ajar.

“Eh kau ni tak ada mata ker.Jalan tak tengok orang.Main redah aje.”marah Sofia pada lelaki yang telah melanggarnya.

Lelaki itu memalingkan muka ke arah mereka berdua.Dengan serta merta muka Sofia pucat.Tiba-tiba kepalanya terrasa pening .Rasa bagai hendak pitam.Dia terkesima. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Niat untuk memaki hamun tidak kesampaian.Lelaki yang berada di hadapannya kini adalah Fauzi.Orang yang paling dia tidak mahu berjumpa dan paling dia benci. Fauzi tersenyum.

Tina pula masih lagi marah kepada lelaki dihadapannya.Tina tidak mengetahui situasi Sofia di sebelahnya.Dia memegang lengan Sofia.Tiada balasan.Kaku.Tina hairan.Dia melihat muka Sofia semakin pucat.Kenapa?Tina semakin hairan.Dia masih memerhati Sofia.Matanya mencari apa yang dipandang oleh sahabatnya itu.Dia melihat Sofia memandang lelaki di hadapannya tanpa berkata apa-apa dengan keadaan Sofia seperti terkejut.Dan melihat lelaki di hadapannya tersenyum meleret-leret.

’Wah..handsomenya mamat ni.Kalau aku dapat tak tido malam la aku.”gedik Tina dalam hati.

‘Tapi mereka nampak macam mengenali antara satu sama lain je.’ teka Tina sendirian.Dia menguatkan pegangan lengan Sofia.Di gerakan lengan Sofia dengan niat supaya Sofia tersedar dari lamunan.

Sofia..nape ni.Kau kenal ker mamat ni”Tina memuncungkan mulutnya menunding ke arah Fauzi dihadapannya.

Sofia tersentak.Tanpa menjawab pertanyaan Tina dia menguatkan pegangan lengan Tina, ingin berlalu dari situ dengan segera.Dia tidak mahu Tina bercakap lebih banyak dengan Fauzi.Dan dia sendiri tidak mahu bercakap dan bersua muka dengan Fauzi.Belum sempat kaki mereka melangkah pergi, Fauzi memanggil nama Sofia.Sofia tidak menghiraukan panggilan itu.

Fauzi geram.Panggilannya tidak di pedulikan oleh Sofia.Dia berlari mengejar langkah Sofia dan Tina yang semakin laju.Dia mendepakan tangannya seraya dia berjaya menahan langkah Sofia.Dia kini berhadapan dengan Sofia.Dia memegang tangan Sofia.Dia mencium tangan Sofia dan memohon kemaafan dari Sofia.

Sofia terkejut dengan tindakan Fauzi.Dengan pantas Sofia cuba melepaskan pegangan yang merimaskan itu.Namun kudratnya tidak dapat menandingi kekuatan pegangan Fauzi.Tanpa dapat diseka, butir-butir jernih keluar dari kelopak matanya.Dia jadi sebak tiba-tiba.Bukan sebak kerana pilu dengan tindakan Fauzi tetapi sebab dek takut kemungkinan perkara yang buruk akan berlaku.Dia sudah lupa akan sahabatnya Tina disebelah.Dia menguatkan semangat untuk melarikan diri.Nasib baik dia tiba-tiba mengingati Tina sebelum berlalu dari situ.Sepantas kilat dia memaut lengan Tina dan berlari anak meninggalkan Fauzi yang terpinga dengan tindakan Sofia.Terhunyun-hayang badan Tina di tarik oleh Sofia.Tina tidak banyak cakap.Hanya mengikut rentak Sofia.Tina tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.Biar Sofia sendiri bersedia untuk menceritakan perkara itu padanya.

*****************************

Tina mundar mandir dalam biliknya.Dia hairan kenapa Sofia bertindak melulu dengan memohon cuti tergesa-gesa.Sofia cuti pun dia tidak tahu.Itupun nasib baik dia bercakap dengan Cikgu Nor Ain.Dia di maklumkan oleh Cikgu Nor Ain mengenai tugas yang dia perlu selesaikan semasa ketiadaan Sofia.Sofia memohon cuti selama 3 hari dari Cikgu Nor Ain.Sofia memberi alasan dia kurang sihat dan perlu banyak berehat.Cikgu Nor Ain membenarkan Sofia bercuti setelah berpuas hati dengan penjelasan Sofia dan melihat surat pengesahan doktor dari sebuah klinik swasta.Tugas Sofia sebagai bendahari Persatuan Kelab Pelajar di kolej yang pegang olehnya selama 2 semester ini perlu digantikan dengan Tina selaku pembantu bendahari persatuan supaya sebarang aktiviti kelab itu tidak tertangguh.

Tina mengentakkan kaki ke lantai.Tanda memprotes tindakan melulu Sofia.Dalam masa yang sama geram dan marah pada Sofia.Tergamak sahabatnya itu tidak memberitahunya walau sepatah kata.Nasib baik dia dapat mengawal emosi ketika berhadapan dengan Cikgu Nor Ain tadi.Kalau tidak pasti Cikgu Nor Ain akan mensyaki sesuatu akan hubungan mereka.Tinggal sebilik tetapi tidak tahu keadaan sahabatnya itu.Mana mungkin dia akan menjatuhkan maruah sendiri di hadapan Cikgu nya.Malu besar dia nanti.Tina melabuhkan punggung di birai katil dengan tangannya menunggakkan dagu.Memikirkan sesuatu.Agak lama. Dia membaringkan badan ke atas katil.Masih memikirkan jalan penyelesaian.Masih buntu.Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Dia hanya melepaskan keluhan kecil entah untuk berapa kali.Dia bangkit dan terus ke bilik air dengan lemah.

Usai menyegarkan diri Tina bersiap-siap untuk keluar.Dia akan cuba mencari Sofia di tempat yang biasa dia dan Sofia pergi.Dia yakin Sofia tidak akan pergi jauh dari kawasan Bandar kuantan.Dia sangat yakin kerana Sofia walaupun dirinya nampak keras dan garang tapi dia tidak akan berani untuk keluar jauh berseorangan.Mesti ada teman yang akan menemaninya.

“Aku takut la nak kuar sorang-sorang.Aku ni nampak je cam minah ganster tapi penakut.”terang Sofia suatu ketika dahulu apabila Tina meminta Sofia pergi ke Kuantan Parade untuk menjemput adik Tina,Alia yang kebetulan bercuti.Alia ke Kuantan untuk berjalan-jalan.Bosan duduk di kampung tidak ada apa yang perlu dibuat.

“Takut apanya.Bukan jauh pun dengan kita ni.Dalam 30 minit je.”berkerut dahi Tina kehairanan.

“Aku cakap terus terang ok.Aku tak akan keluar seorang diri walaupun tempat yang aku nak pergi tu dekat saje.Kau nak kata apa pun aku tak kisah.”terang Sofia.

“Tapi nape?.Pelik la kau ni.Kalau bab kenakan orang tak takut.Time suruh pergi jalan seorang takut pulak.”Tina minta kepastian dari Sofia .Dia melabuhkan punggung duduk di sisi Sofia.

”Kau kena la tolong aku.Aku ada kerja nanti.Kalau aku boleh pergi aku tak minta tolong dari kau.”luah Tina.Matanya masih memandang wajah Sofia yang keresahan dan mengharapkan Sofia dapat menolongnya.

“Ok cam ni la.Kau telefon kat Alia, suruh dia naik teksi je terus datang kat sini.Aku minta maaf banyak-banyak.Aku tak dapat tolong kau.Aku ada sebab sendiri.Nanti bila sampai masanya aku akan cerita kat kau.Tapi buat masa sekarang aku tidak ada kekuatan untuk menceritakan pada kau.Aku harap kau sebagai sahabat aku dapat memahami aku.”Sofia memegang jemari Tina.Dia mengharapkan supaya Tina faham keadaannya dan tidak akan terus mendesak dia untuk mengambil Alia.

“Ok la.Tapi kau kena ceritakan pada aku apa yang kau dah janjikan tadi.”Tina minta kepastian.

“Ok.I’m promise”Sofia mengangkat tangan berikrar akan janjinya.

Bunyi hon kereta telah mematikan lamunan Tina sebentar tadi.Nasib baik dia tidak kemalangan .Sungguh dia tidak sedar kerana terlalu memikirkan keadaan Sofia.Langkahnya diteruskan.Dia harus segera mencari Sofia.