Pengikut

Selasa, 22 Februari 2011

suratan atau kebetulan

salam....
lama betul zamita tak updated blog ni...sori ye semua...kekeringan idea...tp apapun layan je la bab seterusnya...sori kurang memuaskan...



Bab 17

”Maaf pak cik, saya tak sengaja,” syafira mohon maaf pada seorang lelaki tua. Dia tidak sengaja terlanggar lelaki tua itu. Dek mahu cepat, dia telah cuai. Nasib baik lelaki tua itu tidak apa-apa.
”Tak apa. Bukan salah anak pun. Pak cik ni yang cuai. Nak sangat mendapatkan ice-cream tu, sampai berebut-rebut, macam budak-budak pulak,” balas lelaki tua itu.
”Ooo...begitu. Sama la dengan saya. Tengok ice-cream ni, tak kira dah apa yang berlaku kat sekeliling. Janji ice-cream ni saya dapat,” tersenyum Syafira memandang lelaki tua dihadapannya itu.
Ice-cream dalam kon yang boleh dimakan. Itu memang ice-cream kegemarannya. Seingatnya dulu, mama angkatnya suka membelikan nya ice-cream itu apabila ada penjual ice-cream yang membonceng motosikal melalui kawasan rumah mereka. Kalau sudah dapat membeli, bukan satu tapi dua sekali gus dia membeli.
”Anak pak cik pun suka makan ice-cream ni. Ni nak beli untuk dia la ni,” balas lelaki tua itu dengan tersenyum. Teringat dia akan anaknya yang juga gemar makan ice-cream kon itu.
”Iya..Kegemaran sama macam saya. Kirim salam kat anak pak cik ya. Mana tahu suatu hari nanti kita jumpa lagi,”balas Syafira sambil tersenyum kepada lelaki tua itu. Dia suka melihat raup wajah lelaki tua itu. Ia mengingatkannya pada seseorang apabila melihat wajah tua itu. Seperti dia amat mengenali wajah itu. Tapi di mana dia pernah melihatnya, dia kurang pasti.
Lelaki tua itu mengangguk kepala. Tersenyum lagi memandang syafira. Wajah wanita muda itu seperti pernah dia melihatnya. Tapi dia kurang pasti. Dengan usia sekarang dan dengan masalah yang dihadapinya, dia tidak dapat memikirkan perkara itu dengan lebih terperinci. Tapi wajah itu seperti amat dikenali.
”Okey la pak cik. Saya minta diri dulu. Suami saya sedang menunggu tu,”Syafira mencuih mulut ke arah suaminya.
Pak cik tua itu mengangkat tangan. Dibalas juga oleh Jefry Adam.Syafira mula beredar dari situ apabila melihat kerutan didahi suaminya. Mungkin menahan panas menunggunya ataupun sebaliknya, dia kurang pasti. Tapi yang pasti dia tidak mahu melukakan hati suaminya itu. Berdosa besar nanti.
”Siapa pak cik tu tadi?,”soal Jefry Adam apabila mereka mula memasuki kereta.
”entah. Fira tak kenal pun,” Balas Syafira.
Jefry Adam berkerut dahi lagi. Hairan dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya. Masakan tidak kenal. Bersembang seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Syafira yang faham dengan pandangan dan wajah yang terpampan oleh suaminya itu, terus tersenyum.
”Betul la. Fira tak kenal pun. Tadi tu, fira terlanggar pak cik tu. Nasib baik pak cik tu tidak terjatuh. Dia pun nak beli ice-cream ni untuk anak dia. Anak dia pun suka sangat makan ice-cream ni. Macam fira,”cerita syafira sambil menyuapkan sedikit demi sedikit ice-cream tersebut ke mulutnya. Sedikit pun tidak dipelawa suaminya disisi yang sedang memandu.
Jefry Adam tersenyum.’Ha...ah macam isteri abang ni yang tamak haloba. Tengok, dah la beli ice-cream tu dua batang, tidak di pelawa langsung abang ni makan,”sindir jefry Adam
”Ops..sorry. Ingat jeff tak suka ice-cream ni. Jadi fira beli untuk fira sorang je la,”
”sampai dua sekali?”soal jefry adam kehairanan.
”Yup..ini untuk fira je. Untuk jeff kena beli sendiri,”
”Betuah betul punya isteri. Tamak haloba,”
”Amboi sedapnya menyata fira tamak haloba. Herm..oleh kerana jeff kata fira ni tamak, maka tak kan ada bahagian ice-cream ni untuk Jeff. Kalau nak jugak, beli sendiri,”seloroh Syafira.
”Tak pe. Buat la lagi suami sakit hati. Nanti tak bau syurga, baru tahu,”sakat Jefry adam
”Teruk la jeff ni. Bila tak dapat apa yang jeff nak, selalu ugut macam tu. Tak baik tahu guna hukum hakam ke arah yang tidak baik. Itu mengambil kesempatan namanya,”tukar Syafira.
”Abang mana ambil kesempatan. Abang cakap yang betul. Abang sekarang terasa hati sangat dengan Fira. Abang pun nak jugak rasa macam mana ice-cream tu. Abang tak pernah merasa ice-cream tu seumur hidup abang, tau,”
”Tak pernah?,”
Jefry adam menggangguk.
”Walaupun sekali seumur hidup?,”
”Abang cakap tak pernah, tak pernah la. Ni yang buat abang geram ni. Rasa nak cium je sayang ni,”
”Ha..jeff jangan nak mula. Okey, tak pe, kita kongsi je ice-cream ni,”
”Buat apa kongsinya. Kan beli dua tadi. Abang satu, sayang satu, Okey la tu,”
Syafira tersenyum. Nak bagi satu sorang macam mana. Dia dah habiskan satu kon. Hanya tinggal satu kon saje lagi. Itu pun kalau ikut hatinya, tak mahu berkongsi pun dengan suaminya. Rasa rindu sangat nak makan ice-cream tu.
”Sebenarnya, ada satu je lagi. Fira dah makan habis satu tadi. Kempunan nak makan sangat ice-cream ni,”
”Amboi, cepat betul sayang makan,”sinis Jefry adam,
”Hehehehe,”Syafira tergelak kecil sambil menayang giginya.
”Apa pulak tersenyum-senyum tu. Abang tak kira, janji dapat makan ice-cream tu,”
”ya la. Teruk betul jeff ni, pasal ice-cream pun macam nak gaduh dengan fira.Macam budak-budak,”gelak syafira.
”Dah fira mulakan dulu,”
”Ya la,”syafira mengaku kalah jua akhirnya. Malas dia hendak bertekak dengan suaminya. Memang tak menang dia pun.
Jefry Adam tersenyum puas. Suka dia mengenakan isterinya itu. Dia bukan terlalu menginginkan makan ice-cream itu tapi melihat gelagat isterinya makan tanpa mempelawanya, dia mencari akal untuk mengusik isterinya itu. Dia semakin merasai nikmat cinta yang diimpikannya. Semakin hari semakin mekar rasa benih-benih cinta pada isterinya itu. Satu perasaan yang tidak dapat diucapkan, satu perasaan yang sukar dirungkaikan dan satu perasaan yang amat disukainya. Dia tersenyum melirik kepada syafira yang berada disisinya. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya kini.
**********************
”Lamanya abang pergi beli ice-cream. Jenuh Nah menunggu,”sapa si isteri tak kala melihat si suami menghampirinya.
”Maaf la. Abang lambat tadi,”lelaki itu tadi menghulurkan ice-cream kepada isterinya yang setia menunggu dalam kereta.
”Tak pe. Nah tak marah pun. Abang nak tak?,”pelawa isterinya.
”Tak nak. Nah makan la,”di tolak lembut pelawaanya isterinya itu.
”Yob, kita bertolak sekarang,”arah lelaki tua itu kepada pemandu peribadinya.
”Baik, Dato’,”balas Pak Ayob. Pemandu peribadi kepada lelaki tua itu.
Lelaki tua itu adalah Dato’ Sulaiman dan wanita di sebelahnya adalah isteri tercinta, Datin Aminah. Tapi sayang Datin Aminah kini lumpuh sebelah badannya sejak sepuluh tahun dulu. Ice-cream yang dibeli bukan untuk anaknya. Tapi Datin Aminah yang memakannya. Itu adalah untuk mengingati setiap makanan kegemaran anak mereka yang hilang entah ke mana. Hanya kenangan bersama yang mereka bawa.
”Nah, tadi abang terlanggar seseorang. Abang lihat wajah dia seakan mirip anak kita. Tapi abang pun tak pasti dengan mata abang ni,”Dato’ Sulaiman memulakan bicara. Hatinya tidak tenang sejak bertemu dengan wanita muda tadi. Seperti ada sesuatu yang menarik mengenai wanita muda itu.
”Macam anak kita? Kat mana abang jumpa?,”Datin Aminah semakin berminat mendengar cerita dari suaminya. Niat untuk menikmati ice-cream terbantut seketika. Matanya melilau melihat keadaan diluar, mungkin wanita yang di katakan oleh suaminya masih berada di situ, fikirnya.
”Masa beli ice-cream ni tadi. Dia pun minat juga makan ice-cream ni. Sampai dua batang abang tengok dia beli. Dia kata memang ice-cream kegemaran dia,”cerita Dato Sulaiman pada isterinya. Dia pun berminat untuk menceritakan hal berlaku tadi kepada isterinya.
”Kenapa abang tak cakap tadi. Boleh Nah jumpa dia. Ni kita dah jauh dari tempat tadi. Entah jumpa ke tidak lagi dengan dia,”keluh Datin Aminah perlahan.
”Abang rasa susah juga nak jumpa dia semula. Rasanya dia bukan orang sini jugak. Tadi abang nampak dia dengan suaminya naik kereta,”
”Suami? Budak tu dah bersuami ke? Kalau betul dia tu anak kita, mana boleh dia kahwin. Kan abang masih ada untuk menjadi wali,”Datin Aminah semakin menarik bercerita mengenai wanita muda yang dijumpai oleh suaminya. Dia membantah seolah-olah wanita itu memang anak dia.
”Kita mana tahu dia tu anak kita atau tidak. Jangan cepat melatah dan mengiyakan apa yang abang ceritakan ni. Abang pun kurang pasti,”
”Tapi tadi abang cakap, wajah dia mirip dengan anak kita dan pula dia pun suka makan ice-cream ni, sama macam anak kita,”
”Tak semua itu sama dengan anak kita. Anak orang lain pun gemar juga makan ice-cream itu. Sabar je la. Nanti insya-allah kita akan jumpa juga dengan anak kita jika dia masih hidup,”
Datin Aminah melepaskan keluhan. Dia yang terlalu merindui anaknya yang hilang itu, semua yang dia jumpa dan mempunyai minat sama dengan anaknya, akan terus menganggap mereka adalah anaknya. Kalau sudah terdesak begitu, macam-macam boleh berlaku.
Dato’ Sulaiman memeluk erat bahu isterinya. Dia faham kemelut perasaan yang di hadapi oleh isterinya. Dia juga merasai tempiasnya. Kehilangan anak yang satu-satunya zuriat yang mereka ada, amat berat ditanggung. Berat bahu memikul, berat lagi jiwa menanggung. Dato’ Sulaiman melepaskan keluhan berat sambil memeluk erat bahu isterinya.
Mereka juga pergi bercuti di pulau lagenda itu. Tapi tidak pula terserempak dengan Syafira dan Jefry Adam sepanjang berada di pulau itu.. Pulau yang banyak kenangan mereka bersama dengan anak yang hilang. Hanya kenangan yang dapat mengubat kerinduan mereka kepada anak yang hilang.

Rabu, 27 Oktober 2010

Suratan atau Kebetulan 16

Zamita kekurangan idea utk bab ni. Harap maaf kalau pembaca kurang selesa dengan penulisan zamita kali ini. Apa pun enjoy reading for n3




Bab 16

Jefry Adam duduk beristirehat di beranda. Sunguh nyaman. Angin pantai di waktu pagi begitu mendamaikan. Dia memandang sekilas, melihat susuk tubuh yang masih nyenyak tidur. Dia tersenyum. Tidak sia-sia dia mengertak isterinya supaya ikut sama. Walaupun mereka tidak menjalani kehidupan sebagai suami isteri sebenar, namun dia gembira dengan penerimaan syafira terhadapnya.Dia berpaling ke arah Syafira yang tiba-tiba terjerit. Dengan segera dia menghampiri isterinya.

”Kenapa ni? Mimpi lagi,”
Syafira menggangguk.

Kesian juga melihat isterinya. Sejak dua hari lalu mereka datang ke Pulau lagenda itu, hampir setiap hari isterinya itu terjerit-jerit meminta tolong. Entah mimpi apa yang lagi di alami oleh isterinya itu.Jangan-jangan mimpi yang sama.

”Mimpi yang sama ke?,”

Syafira mengangguk lagi

”Kenapa ni?Dah jadi burung belatuk ke?Terangguk-angguk,”

”Apa Jeff ni. Sedap mulut je cakap fira macam tu. Fira mengantuk lagi la,”

Jefry Adam tersenyum. Walaupun masih mengantuk, isterinya tidak membahasakan awak lagi kepadanya. Dia tidak mahu perhubungan yang terjalin dipersia-siakan. Dia akan mengikut rentak syafira. Menjadi kawan dahulu untuk mengenali hati budi masing-masing.

”Mengantuk? Dah pukul berapa ni masih mengantuk. Pergi solat dulu. Nanti terlepas pula subuh,”

”Fira cuti lagi hari ni,”Syafira mula menyelimutkan dirinya. Kesejukan angin pantai terasa menyucuk-nyucuk badannya.

”Ooo...patut la. Biasa fira yang selalu kejutkan abang. Ah! Tak kira la, cuti ke tak, fira kena bangun jugak. Kita nak pergi jalan-jalan ni. Sia-sia je la kalau datang kat sini semata-mata nak tidur. Kat rumah pun boleh tidur, tak perlu datang ke sini,”sindir Jefry Adam.

Syafira bungkam. ”Siapa yang ajak siapa ni? Sedap mulut mengata kat orang,”
Alamak! Puteriku dah melenting. Nampaknya kena pujuk lagi la ni. Tak pasal-pasal kena lagi.Detik hati jeffry Adam

”Sorry, abang tak sengaja. Abang gurau je tadi. Jom kita pergi jalan-jalan. Esok kita dah nak balik. Kalau hari ni tak ke mana-mana, rugi la masa yang ada,”

”Esok kita dah balik ya. Ingat tinggal lama lagi kat sini,”

”Fira nak tinggal lebih lama lagi ke? Boleh, apa salahnya. Abang lagi suka,”

”Eh, tak...tak..saja bergurau,”cepat-cepat Syafira mengelak
Syafira tidak bisa untuk berdua-duaan begitu lama dengan Jefry Adam. Dirinya seperti dibuai mimpi indah apabila bersama dengan suaminya itu. Dia dapat merasakan dirinya sudah terpaut hati dengan suami sendiri. Tapi dia menidakkannya. Masih terlalu awal. Tapi setiap kali bertentang mata, jantungmya berdegup kencang. Cinta kah dia pada suaminya? Setiap kali selepas solat, dia sentiasa memohon dari Yang Maha Esa supaya membuka pintu hatinya untuk menerima Jeffry Adam sebagai suami. Adakah doanya telah dimakbulkan?

Hari-hari terakhir di pulau lagenda itu, mereka menghabiskan masa dengan aktiviti riadah. Apabila waktu petang tiba, mereka mandi pantai bersama-sama sambil bersnockling. Keindahan batu karang dan ikan-ikan kecil menarik minat mereka untuk membelai ikan-ikan itu. Mereka gelak ketawa apabila ikan mula mengigit jari mereka apabila memberi makan cebisan roti kepada ikan-ikan itu. Malamnya mereka keletihan. Usai solat isyak dan makan malam bersama, mereka terus terlelap. Letih benar rasanya.

**********

”Sayang...bangun...sayang bangun. Kenapa ni?,”suara itu memanggil-manggil namanya. Tapi dia masih terus menangis.
Tiba-tiba dia tersedar apabila terasa mukanya dibasahi oleh air. Dia mengosok-gosokkan matanya. Ingin melihat siapa di hadapanya.

”Mimpi lagi, ya,”
Syafira mengangguk. Mimpi yang sama. Kenapa mimpi itu datang lagi? Dia ingat semuanya sudah selesai selepas berjumpa dengan Ustaz kamal. Tapi sangkaannya meleset. Mimpi itu masih menghantuinya. Adakah mimpi itu berkaitan dengan dirinya? Nama budak kecil itu juga sama dengannya. Adakah budak kecil itu adalah dirinya? Dia perlu buat sesuatu. Mungkin ada yang tersirat mengenai mimpi itu. Dia akan menyiasat.

”Mimpi yang sama?,”soal Jefry Adam mahu kepastian.
Syafira mengangguk lagi.

”Jeff...fira rasa mimpi macam ini ada kaitan dengan fira je la. Apa kata kita siasat nak tak?,”Syafira minta persetujuan dari Jefry Adam.

”Ermm...abang rasa pun macam tu. Nanti kita balik rumah, kita bincang hal ni dengan mama dan papa ya,”

”Okey juga tu. Mana tahu mama dan papa dapat menolong kita,kan?

”Ya, betul tu. Dah, fira tidur dulu. Waktu masih awal lagi ni,”Jefry adam menunjukkan jam loceng kepada syafira. Waktu masih awal benar, pukul 3 pagi.
Syafira melabuhkan semula badan. Begitu juga dengan Jefry Adam. Tidak sampai beberapa minit, kelihatan syafira kembali lena. Tetapi tidak bagi Jefry Adam. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Masih memikirkan keadaan syafira. Dia melihat kembali jam loceng tersebut, waktu menunjukkan pukul 3.30 pagi.Elok juga rasanya dia menelefon pada papa. Mungkin papa dapat menolongnya. Tanpa berlengah lagi, jefry adam mencapai telefon bimbit dan terus mendail nombor telefon rumah mertuanya.

”Assalamualaikum,” Jefry adam memberi salam sebaik saja terdengar suara di dalam talian.

”waalaikummussalam,” jawab encik Idris

”Papa, Jeff ni,”

”Ha.. Jeff ...kenapa pagi-pagi lagi dah telefon ni?Ada berita gembira ke nak sampaikan pada papa?,’

”Tak adalah. Bukan berita gembira. Jeff nak bagitahu kat papa ni. Esok Jeff akan bertolak dari Pulau ni. Mungkin petang baru sampai kat rumah. Jeff ingat nak minta tolong papa jumpa semula dengan Ustaz Kamal...,”belum pun sempat Jefry Adam bercerita dengan lebih lanjut, Encik Idris menyampuk.

”Kenapa..Fira masih bermimpi buruk lagi ke?,”

”Ya, papa. Malah makin teruk. Kalau waktu siang dia tidur pun, dia akan mengalami mimpi tu. Jadi Jeff ingat papa jumpa dengan Ustaz Kamal. Papa bagitahu kat Ustaz Kamal malam lusa nanti kita jumpa dia. Kita bawa Syafira sekali,”cadang Jefry Adam

”Elok juga cadangan Jeff tu. Papa ikut je. Apa pun, hati-hati memandu balik nanti tu. Jangan lupa maklumkan pada papa dulu sebelum bertolak,”pinta Encik Idris.

”Baik, papa. Okey la papa. Apa-apa hal nanti Jeff maklumkan semula, ya. Assalamualaikum,”

Talian telefon dimatikan selepas salam dijawab oleh ayah mertuanya. Lega rasa hati dapat meluahkan apa yang terbuku dihati. Dia berpaling memandang isterinya yang masih lena tidur. Tidak pula mengalami mimpi. Lega rasa hatinya buat seketika. Dia tidak lena untuk tidur kembali walaupun waktu masih awal pagi lagi. Matanya tidak pula rasa mengantuk. Sementara menunggu waktu subuh kunjung tiba, dia mengambil wuduk dahulu untuk membaca Al-Quran. Hatinya akan tenang apabila membaca Al-Quran dalam keadaan fikirannya sedang berserabut.

Khamis, 14 Oktober 2010

Suratan atau Kebetulan 15

Bab 15

Hampir dua minggu lebih Syafira tidak dapat tidur lena. Tapi semalam, dia akhirnya dapat tidur dengan lena selepas dia berjumpa dengan ustaz kamal. Pagi ini dia bangun dengan penuh semangat. Seperti satu suntikan semangat baru dalam hidupnya. Selepas bangun dari tidur, dia terus ke bilik air dan membersihkan diri. Memandangkan hari ini dia keuzuran, jadi dia tidak tergesa-gesa untuk bersolat. Cukup lena dia tidur semalam. Pukul lapan pagi baru dia terjaga dari tidur. Puas hati dapat melepaskan geram kerana sudah beberapa minggu dia tidak dapat tidur lena.
Usai bersiap ala kadar, dia menuruni anak tangga menuju ke meja makan. Di situ papa dan mama sudah menunggunya. Dia tersenyum memandang papa dan mama. Dia mengambil sekeping roti bakar dan melesetkan jem strawberry di atasnya, lalu di suakan ke mulutnya. Dia mengunyah roti dengan berselera sekali. Seperti sudah berminggu tidak makan. Tiba-tiba dia berhenti mengunyah, seperti dirinya diperhatikan .

”Kenapa ni. Ada yang tidak kena ke? mama,papa?,”soal Syafira hairan

”Mana Jefry?Kenapa dia tidak turun makan sekali?,”balas Puan Maria.

”Jeffry?Jefry mana pula ni, mama..Fira hendak makan ni,”Syafira sudah hampir lupa yang dia sudah berkahwin.

”Subhanallah...suami sendiri pun tak ingat. Apa kena dengan Fira ni,”pelik Encik Idris dengan tingkah Syafira.

Tersembur roti yang dimakan. Syafira menepuk-nepuk dada. Sesak dirasakan saat ini. Macam mana dia boleh lupa. Sedangkan sudah beberapa minggu dia tinggal bersama dengan lelaki itu. Tiba-tiba terasa belakang badannya ditepuk-tepuk lembut. Dia mengambil air yang dihulurkan tanpa melihat siapa yang memberi.

”Ahh...lega rasanya. Terima kasih kak milah,”Syafira masih belum sedar siapa yang berada dibelakangnya. Baginya itu adalah orang gaji mereka, kak milah.

”Kenapa dengan Fira ni?Suami sendiri pun tak kenal?,”soal Puan Maria lagi. Pelik benar sikap Syafira pagi itu.

”Suami?,”Syafira terus berpaling. Terkejut dia, orang yang menggosok belakangnya tadi adalah Jefry. Malu dia pada diri sendiri.

”Maaf, Fira tidak tahu awak yang tolong tepuk belakang Fira tadi. Terima kasih.. Ermm...duduk la,”pelawa Syafira, mahu menutup rasa malu.

”Apa ni ber awak...awak dengan suami. Tidak elok macam tu. Fira kena la hormat kat suami. Panggilan Jefry tu abang, baru sedap telinga mendengar,”arah Puan Maria.

”Gulp!!,”tertelan air liur syafira seketika.

”Err..lidah keras la mama. Nanti bila Fira sudah latih dia nanti okey la tu. Buat masa sekarang ni masih belum boleh lagi,”bela Syafira

”Apa main latih-latih pula nya. Lidah tu bukan nya perlu dilatih. Perlu ditutur,”tukas Puan Maria. Ada saja alasan.

”Tak apa la mama. Nanti biasa la tu. Lagipun kami baru je kahwin. Bersuai kenal dengan rapat pun belum lagi. Jeff tak marah. Bagi la peluang pada Fira dulu,”bela Jefry adam. Kesian pula melihat Syafira tidak berselera hendak makan apabila dileteri oleh mama.

”Awak pun, biarkan la budak-budak. Mereka sudah besar. Tahulah hendak menilai mana yang baik dan buruk,”bela Encik Idris.

”Thanks papa,”balas Syafira.

Puan Maria mencebik. Kurang setuju dengan kata-kata suaminya. Kalau tidak dari sekarang, bila lagi semua itu mahu dilakukan.

”Thanks awak,”Syafira memegang peha Jefry Adam tanda berterima kasih pada suaminya.
Jefry Adam tersenyum. Dia melihat tangan isterinya masih lagi tidak beralih dari pehanya. Dia tersenyum. Membiarkan saja perbuatan isterinya itu tanpa menegur apa-apa.

Syafira yang perasan dengan senyuman suaminya, berkerut dahi. Kenapa pula la suami aku ni tersengih-sengih. Angau ke?,”detik hati kecil Syafira

”Awak ni dah angau ya. Dari tadi tersengih-sengih pandang saya. Ada yang tak kena ke dengan saya hari ni,”soal Syafira pelik.

”Memang ada yang tak kena pun dengan sayang hari ni.,”

Berkerut dahi syafira lagi. Hairan dengan kata-kata dari suaminya.

”Pagi tadi bangun tidur tak hiraukan abang. Makan pulak tak ajak abang sekali. Dah tu dari tadi tangan tu masih melekat kat peha abang. Macam tak nak di alihkan je,”tersenyum-senyum Jefry Adam.

Sepantas kilat Syafira mengalihkan tangannya apabila mendengar suaminya berkata begitu. Malunya dia saat ini. Bukan dia sengaja. Tapi dia tidak sedar akan tindakannya sebentar tadi.

”Maaf kalau awak terasa hati. Bukan niat saya tak hiraukan awak pagi tadi. Tapi saya lupa,”

”Lupa?,”

”Ya, lupa yang saya ni dah kahwin. Tidur lena tanpa gangguan mimpi buruk tu membuatkan saya lupa pasal awak. Sorry ya,”pinta Syafira.

Dia tidak mahu menyakiti hati suaminya. Berdosa kalau dia membuatkan suaminya terasa hati. Walaupun perkahwinan tanpa rela, dia wajib menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Cuma bab yang ’satu’ itu belum tertunai lagi. Dia belum bersedia lagi. Nasib baik suaminya tidak memaksa.

”Maaf di terima. Tapi lain kali jangan buat lagi,”balas Jefry Adam.

”Saya janji,”

”Tapi awak duduk kat mana pagi tadi. Saya bangun tak ada pun awak atas katil. Pergi mana?,”sambung Syafira lagi.

”Ada kat laman tu. Abang bangun solat subuh tadi terus pergi ke laman. Nak tidur semula rasa malas pulak. Nak tunggu sayang bangun, rasanya lambat. Sebab tengok sayang tidur lena sangat. Tak sampai hati nak kejutkan. Tu yang abang lepak kat laman sementara menunggu sayang bangun,”terang Jefry Adam.

Syafira menganggukkan kepala.

”Awak makan dulu ya. Saya nak ke dapur,”arah Syafira selepas dia mengisikan nasi goreng ke dalam pinggan Jefry Adam.

”Baik la,”balas Jefry Adam.

Jefry Adam memandang ke arah isterinya sehingga kelibat itu hilang menuju ke ruang dapur. Dia terus menjamu selera dengan hidangan di dalam pinggan.

************************
”Bila kamu mula kerja Jeff?,”soal Encik Idris selepas mereka selesai bersarapan pagi.

”Jeff ambil cuti untuk seminggu, papa”balas Jefry Adam. Dia melabuhkan punggung disebelah ayah mertuanya.

”Lama juga tu. Apa kata kamu bawa Syafira honeymoon? Boleh kamu suai kenal dengan lebih rapat lagi dengan Syafira,”cadang Encik Idris.

Terkejut Jefry Adam mendengar cadangan papa. Tertelan air liur dibuatnya. Mahu ke syafira mengikutnya untuk berbulan madu?Tapi kalau aku tidak pergi, bagaimana aku hendak menyelami hati budinya? Okey juga cadangan papa ni.

”Jeff, kamu ni mengelamun ke mana? Papa cakap dengan kamu, kamu berkhayal pula,”

”Ap...apa papa cakap tadi. Kurang dengar,”

”Kurang dengar ke atau kamu ni berkhayal? Masih ingatkan Maira?,”

”Eh, tak ada la papa. Tengah fikir apa yang papa cakap tadi,”

”Fikir apa lagi. Pergi je honeymoon. Kalau kamu nak, boleh papa minta kawan papa dari agensi pelancongan cadangkan,”

”Boleh juga tu. Jeff pun sudah lama tidak bercuti panjang. Ingat nak bercuti dalam negara je,”

”Apa pula kat malaysia ni je. Pergi la kat luar. Kalau tak nak pergi jauh-jauh, pergi Bali, Phuket ke, tak pun pergi Singapore. Dekat je dengan Malaysia,”cadang Encik Idris.

”Tengok la dulu macam mana. Jeff kena tanya Fira dulu. Nanti Jeff bagitahu kat papa,”
Encik Idris mengangguk kepala. Dia menghirup air kopi yang telah dihidangkan oleh Milah. Begitu juga Jeffry adam, menghirup air kopi tersebut sambil membelek surat khabar. Dalam kepalanya sedang memikirkan bagaimana cara dia harus sampaikan pada Syafira.

****************
”Fira, abang ada hal nak bincang dengan Fira. Boleh ker?,”

”Hal apa?”soal Syafira kehairanan.

”Papa cadangkan kita pergi honeymoon. Ikut Fira la nak ke mana pun. Papa support,”

”Honeymoon?,”syafira tergelak kecil. Lucu dia mendengarnya

”Kenapa? Salah ke?,”soal Jefry Adam pelik.

”Memang salah. Cuba awak fikir. Papa cadangkan tapi awak terus setuju. Malah kita baru je kenal.Nak pergi honeymoon pula? Tidak berasas langsung. Kelakar adalah,”

”Fira tak boleh kata begitu. Papa buat semua ini untuk kebaikan kita. Mana tahu kalau kita pergi honeymoon boleh mengeratkan hubungan. Lagipun boleh abang mengenali fira dengan lebih dekat,”

”kenapa nak kenal hati budi fira, perlu pergi honeymoon ke?. Dekat rumah ni tak boleh ke?’

”Bukan tak boleh. Tapi kalau berdua dengan sayang kan seronok,”
Jeffry Adam menghampiri Syafira. Memegang lengan dan mula merapatkan mukanya kepada syafira

Syafira hairan dengan tingkah Jefry Adam. Dia mula kaku. Kenapa dirnya begitu, dia tidak pasti. Tapi tingkah Jefry tidak ditegah.

Jefry Adam memegang leher Syafira dengan kedua belah tangan. Mula mendekatkan mukanya dengan syafira. Syafira kaget. Dia melihat muka Jefry makin hampir. Semakin hampir menciumnya. Dengan pantas Syafira meletakkan tapak tangan dimuka Jefry Adam. Menjauhkan diri dari Jefry Adam

”Kenapa, takut ya? Kalau Fira tidak setuju untuk pergi honeymoon, nanti lebih teruk lagi abang buat. Nak?,”

”Apa awak nak buat?,”Syafira menjeling tajam kepada Jefry.

”Apa fira ingat abang tak kan buat ya?. Baik, nampaknya tidak ada cara lain lagi,’
Jefry adam mula menghampiri Syafira sekali lagi. Dia memegang leher Syafira dan mula mendekatkan mukanya untuk mencium bibir Syafira. Bibir yang mengoda jiwanya. Dari tadi dia geram melihat bibir menawan itu. Rasa mahu dilekatkan dibibirnya.

”Apa ni?Awak jangan melampau tau,”Syafira menegah dengan tapak tangannya sekali lagi menjadi penghalang.

Jefry adam tersenyum. Dia hanya tercium tapak tangan syafira. Nasib baik sayang tahan, kalau tidak abang akan hanyut dibuai mimpi lagi dengan sayang. Monolog Jefry adam

”Kenapa pula. Kan Fira tidak setuju pergi honeymoon. Jadi abang kotakan saja apa yang abang kata tadi. Jangan Fira marahkan abang pula,”

Syafira mencebik. Dia menjauhkan diri dari Jefry Adam. Tidak guna dia bertekak. Akhirnya dia yang kena. Dia memandang Jefry adam yang tersengih-sengih memandangnya.

”Okey la. Apa kata kita tanya dekat papa dulu sama ada papa bagi ke tidak,”
”Kan abang dah cakap tadi. Papa yang nak support kalau kita pergi. Papa cakap ikut fira la nak pergi dekat mana pun,”

”Betul ke papa cakap macam tu pada awak?Awak tidak bohong?,”

”Betul la. Buat apa abang nak bohong. Bukan dapat faedah pun,”

”Betul?

”Betul la. Kan abang buat lagi kan. Tak percaya cakap abang,”

Syafira mula membuka langkah. Bersiap sedia untuk lari. Apabila dia melihat langkah Jefry makin hampir, dia terus berlari masuk ke bilik air. Takut jika Jefry akan mengotakan kata-katanya tadi. Puas jefry adam memujuk supaya dia keluar dari bilik air, namun dia tidak juga keluar. Dia tidak percaya kepada Jefry adam.
Jefry tersenyum nakal. Lucu melihat tingkah Syafira yang mencuit hatinya. Takut sangat aku cium dia tu. Tapi best juga. kenakan dia,detik hati Jefry Adam.

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Salam untuk semua pembaca blog zamita.....

Dikesempatan ini zamita dan keluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa...

Penuhi lah bulan ramadhan yang mulia ini dengan ibadah seperti bersedekah, mengaji al-quran, sembahyang sunat, tadarus dll...

Moga ramadhan kali membawa keberkatan buat semua.



">“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK”

Rabu, 2 Jun 2010

Jahit manik

Salam semua pembaca setia zamita,

Disini zamita ada pengumumam....

Adik zamita dan Zamita sendiri menerima tempahan menjahit manik. Peluang untuk menempah masih dibuka dan tarikh tutup akan diberitahu kelak.So, sesiapa yg berminat, sila email ke..sya_zi_ent@yahoo.com.my

Sabtu, 29 Mei 2010

Suratan atau Kebetulan 14

Bab 14
”Arghh!!!”
Jeritan Syafira mengganggu tidur Jefry Adam. Terpisat-pisat dia menggosok mata. Masih mamai lagi dengan jeritan isterinya.

”Kenapa ni? Sayang mimpi buruk ke?,”soal Jefry Adam. Dia masih menggosok matanya.

Syafira mengangguk kepala. Mimpi yang sama lagi.Tapi kali ini dia rasakan seperti dia yang berada dalam mimpi itu. Dia terjerit apabila ada tiga orang lelaki jahat yang selalu hadir dalam mimpinya sedang memegang bahu kanak-kanak kecil. Tiba-tiba dia terjerit ketakutan dan terus terjaga dari tidur. Semakin hari mimpi itu semakin jelas. Setiap tutur kata dan perwatakkan dalam mimpinya semakin jelas walaupun masih samar. Dia meraup muka. Tiba-tiba dia menangis.

Jefry Adam yang masih terkejut merasa hairan dengan isterinya. Tiba-tiba saja menangis. Dia memegang bahu isterinya untuk mententeramkan keadaan. Dia dapat melihat air mata berlinangan mengalir dari kelopak mata, apabila isterinya memandang ke arahnya. Kesian dia melihat mata yang sudah bengkak milik isterinya itu.

”Sabar ya sayang. Tidur tadi tak baca ayat Kursi, ke? Letih abang tengok sayang ni. Selalu ke sayang bermimpi macam ni?,”soal Jefry Adam

Syafira mengangguk kepala. Dia memandang wajah suaminya.

”Dulu tak pernah pun saya mimpi macam ni. Tapi sejak kita berkahwin, mimpi tu selalu muncul dalam tidur saya. Hampir tiap malam mimpi tu datang,”terang Syafira
Terkejut Jefry Adam mendengarnya. Mimpi apa yang dialami oleh isteriku ini, detik hati kecil Jefry Adam

”Sayang bermimpi apa sampai terjerit-jerit,”

”Saya sendiri pun tak pasti pasal mimpi tu. Tapi setiap malam mimpi yang sama je,”

”Cuba sayang ceritakan pada abang. Mana tahu dengan cara itu sayang dapat tidur lena semula,”

Syafira pun berasa begitu. Jika dengan cara itu dapat mengurangkan beban fikirannya ketika ini, itu yang akan dibuat. Dia akhirnya menceritakan semua yang dia alami dalam mimpi itu kepada Jefry Adam.

Jefry Adam terkejut. Mimpi yang sama pada setiap malam? Mungkin ada petunjuk yang ingin disampaikan melalui mimpi itu. Dia kesian melihat wajah isterinya. Wajah yang tiada seri. Jelas mempamerkan wajah seorang yang kemurungan. Patut la masa kenduri siang hari tadi, dia melihat isterinya murung saja. Tiada secalit senyuman yang dipamerkan dari wajah yang dirindui itu. Rupanya ada kisah disebalik kemurungan itu.

Jefry Adam memujuk Syafira supaya tidur semula. Dia mengalihkan bantal peluk ke belakangnya. Dia cuba memujuk lagi isterinya supaya tidur memandangkan waktu kini masih awal. Pukul tiga pagi. Semua orang masih lena tidur lagi. Selepas berjaya memujuk, dia juga terlena disisi isterinya.
*******
Syafira terjaga dari tidur. Dia menggosokkan mata. Dia terkejut apabila membukakan matanya. Dia berada dalam pelukan suaminya. Merona merah mukanya saat ini. Cuba mengalihkan posisinya tapi semakin erat pula pelukan suaminya. Macam mana aku boleh tertidur dalam pelukan suami aku ni? Aduh! Macam mana nak alih ni,’detik hati kecil Syafira.

”Awak...awak...,”panggil Syafira perlahan.

Tiada tanda-tanda suaminya terjaga dari tidur. Dipanggil lagi suaminya. Harap kali ini suaminya terjaga.

”Awak....tolong lepaskan saya. Saya nak bangun ni,”

Jefry Adam terjaga. Dia terkejut yang dia sedang memeluk erat isterinya. Masa mana dia memeluk isterinya pun dia tidak pasti. Semalam matanya sangat mengantuk. Dia tidak sedar apa yang dia lakukan. Dia meleraikan pelukan. Dia tersengih apabila melihat isterinya bangun dan menundukkan muka. Malu barangkali.

”Saya nak mandi dulu. Nak solat subuh ni,”

”Baik la. Tunggu abang tau. Kita solat sama-sama nanti. Sayang pergi mandi dulu, ya,”tersenyum Jefry Adam selepas melihat isterinya masuk ke bilik air.

Tapi dalam kepalanya runsing apabila melihat wajah itu. Masih kemurungan lagi. Dia perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan senyuman di wajah yang amat dicintai.
Usai bersolat jemaah bersama, mereka keluar menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu itu, papa dan mama sedang menikmati minuman. Masing-masing tersenyum memandang ke arah anak menantu mereka.

”Macam mana pengantin baru? Lena ke tidur semalam?,”sakat Encik Idris apabila Jefry Adam melabuhkan punggung di sisinya.

Jefry Adam hanya tersenyum. Faham akan sindiran bapa mertuanya itu.

”Macam mana nak lena, papa. Fira ni asyik terjerit-jerit je,”Jefry Adam berseloroh. Dia memandang ke arah isterinya. Sudah merona merah muka itu. Dia tersenyum.

”Terjerit-jerit? Apa yang kau dah buat kat anak papa ni, Jeff sampai macam tu sekali,?”soal Encik Idris kehairanan. Mana ada pengantin terjerit-jerit pada malam pertama.

”Itu papa tanya la kat Fira. Betul kan sayang?,”

”Apa awak ni. Saja nak malukan saya depan papa dan mama ya,”tukas Syafira. Semakin merona merah mukanya menahan malu.

”Betul ke Fira apa yang dikatakan oleh Jeff ni. Kenapa sampai begitu rupanya?,”

”Tak ada la, papa. Jangan percaya sangat cakap dia tu. Saja nak kenakan fira,”

”Apa dah jadi dengan kamu berdua ni? Sorang kata tak, sorang kata ya. Tak faham la papa,”

”Ha..ah.Betul tu. Mama pun tak faham la dengan kamu berdua ni,”sampuk Puan Maria.

”Tak ada la. Jeff bergurau je tadi. Tapi memang Fira ni terjerit-jerit semalam. Tapi bukan sebab Jeff buat kat dia,”terang Jefry Adam tanpa berselindung lagi.

”Eeee, kurang asam betul suami aku ni. Terlalu berterus terang sangat la. Malunya aku,’Syafira berbicara dalam hati.

”Habis tu, pasal apa pula Fira terjerit?,”soal Puan Maria

”Fira..fira mimpi buruk. Tu yang terjerit-jerit,”balas Syafira. Dia menundukkan mukanya.

”Mimpi? Mimpi apa sampai terjerit? Mimpi hantu?,”teka Encik Idris
Syafira menggelengkan kepala.

”Habis tu, mimpi apa? Biasanya orang perempuan ni, kalau tidur terjerit-jerit, biasanya mimpi hantu la. Tidur tak baca doa dan basuh kaki. Tu la terbawa-bawa dalam mimpi,”Encik Idris mengerling ke arah isterinya.

”Bukan mimpi hantu papa. Fira mimpi ngeri. Dalam mimpi tu, ada seorang lelaki bersama dengan isteri dan anaknya, kena pukul dengan tiga orang penjahat sampai berdarah. Anak mereka hilang dari tempat bersembunyi setelah mereka berjaya melarikan diri,”

”Mimpi apa jenis macam tu? Kenapa pulak fira bermimpi pelik. Hal yang tiada kaitan langsung dengan Fira,”soal Puan Maria.

”Itu la yang peliknya mama. Mengikut apa yang diceritakan oleh Fira, dia rasa seperti dia betul-betul berada dalam mimpi tu. Semalam pun sampai berpeluh-peluh. Macam orang kena kejar,”sampuk Jefry Adam.

Puan Maria termenung. Begitu juga dengan Encik Idris. Seperti tidak percaya dengan apa yang dikeluarkan dari mulut menantu mereka.

”Mungkin mimpi mainan tidur je tu,”celah Encik Idris.

”Mainan tidur apa, kalau dah tiap-tiap malam mimpi yang sama je,”balas Jefry Adam.

”Mimpi sama?,”soal Puan Maria dan Encik Idris serentak.

”Ya, mama, papa. Sejak fira kahwin, mimpi tu selalu je ganggu tidur fira. Mama ingat tak seminggu lalu mama ada tegur pasal mata fira ni supaya jangan banyak menangis. Minta Fira redha saja dengan perkahwinan ini,”

”Ya, mama ingat. Kenapa pula hal nya dengan mimpi Fira tu?Apa kaitan nya pulak?,”soal Puan Maria kehairanan.

”Kalau mama nak tahu, mata fira bengkak waktu itu bukan kerana kesal akan perkahwinan ini, tapi kerana tidak boleh tidur walau sedikit pun malam tu. Tiap kali pejam mata, fira terbayangkan mimpi tu,”terang Syafira.

”Mungkin mimpi tu cuba menyampaikan sesuatu yang kita tak tahu,”teka Jefry Adam
Semua mata memandang ke arah Jefry Adam. Mahukan kepastian dengan apa yang dimaksudkan oleh kata-kata Jefry Adam itu.

”Okey , macam ni. Apa kata kita jumpa ustaz atau orang yang mahir dalam hal ni. Mana tahu dengan cara ini kita dapat merungkai apa yang dimimpikan oleh Fira,”jelas Jefry Adam.

”Okey juga cadangan Jeff tu. Papa sokong. Cuba la kita ikhtiarkan supaya Fira dapat tidur lena. Nanti kesian kat Jeff ni. Kempunan nanti,”seloroh Encik Idris.

Jefry Adam ketawa. Tidak disangka bapa mertuanya juga seorang yang suka mengusik.

Dia melihat wajah isterinya sudah merona merah menahan malu.

”Apa papa ni. Buat malu orang je la,”rajuk Syafira

”Nak dimalukan apa nya. Jeff ni kan suami fira,”balas Encik Idris.

Syafira tidak menjawab. Dia berlalu meninggalkan papa, mama dan suaminya di ruang tamu. Malas hendak melayan kerenah mereka semua yang akhirnya dia juga yang terkena.

Sabtu, 15 Mei 2010

Suratan atau Kebetulan 13

Bab 13

Syafira duduk di birai katil. Baju persandingannya sudah berganti. Dia segera mengesat air matanya apabila mendengar pintu bilik di buka.

“Assalamualaikum,”salam diberi.

“Waalaikummussalam,”jawab Syafira.

”Boleh abang masuk?,”tersenyum Jefry memandang Syafira.

”Dah masuk baru nak minta izin,”sinis Syafira.

Jerfy tersenyum dengan jawapan yang dibalas oleh Syafira.

”Ops..jangan la marah. Abang dah tak sabar nak jumpa isteri abang. Tu yang tak ingat yang diri ini dah masuk kat dalam bilik. Ingat masih kat luar lagi,”jefry cuba berseloroh dengan Syafira

Syafira mencebik. Dia tidak membalas senyuman Jefry. Baginya dia lagi tidak tenteram jiwa bila berdua-duaan dengan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya.

Kini dia perlu berkongsi bilik dengan suaminya. Hatinya masih lagi berbelah bahagi. Adakah dia perlu menerangkan perkara sebenar kepada suaminya? Jika dia berterus terang, adakah suaminya akan menerima? Dia jadi semakin tidak keruan apabila suaminya menghampirinya.

“Boleh abang duduk di sebelah Fira.,”pinta Jefry setelah dia melihat tiada reaksi sedikit pun dari Syafira.

“Ermm..duduk la.”pelawa Syafira. Acuh saja jawabnya.

“Fira..abang ada perkara nak di bincangkan dengan Fira. Boleh ke?soal Jefry. Dia mula risau melihat respon yang diberikan oleh Syafira. Seminggu dulu okey saja mereka bersembang.

“Boleh je. Apa hal yang nak dibincangkan,”Syafira mula kurang senang dengan renungan suaminya.

“Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi hubungan kita ni, abang mohon maaf kerana Maira, Fira menjadi mangsa keadaan. Waktu kita jumpa seminggu dulu, abang tidak sempat nak bincangkan hal ini. Dulu Abang pun tidak suka akan perkahwinan ini. Tapi ibu paksa juga untuk berkahwin. Abang sedih melihat kesungguhan ibu, jadi abang pun terima je cadangan ibu. Abang sebagai anak perlu menurut kehendak keluarga. Begitu juga dengan Fira kan. Abang tahu Fira bukan ahli keluarga ini, tapi abang tetap menganggap Fira sebahagian dari keluarga ini. Cuma satu je abang pinta. Abang harap, Fira dapat menerima abang sebagai suami Fira seadanya. Boleh ke Fira?”terang Jefry panjang lebar.

“Maaf, saya rasa permintaan awak tu terlalu berat. Bagaimana saya perlu buang rasa hati ini yang lahir dari dulu lagi sudah menganggap awak hanya sebagai abang ipar? Mana mungkin perasaan hormat dan kasih saya akan bertukar kepada perasaan seorang isteri terhadap seorang suami. Kalau di ikutkan hati saya, mahu saja membantah. Namun saya masih punya sifat kemanusiaan. Masih menghormati mama dan papa sungguh pun mereka bukan ayah dan ibu kandung saya. Apakah dengan perkahwinan ini dapat menebus segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh mama dan papa? Tidak sama sekali. Permintaan awak akan saya pertimbangkan dulu,”luah Syafira.

Terkejut Jefry Adam dengan perubahan yang mendadak Syafira. Ke mana pergi Syafira yang lemah lembut tutur katanya dulu? Syafira yang tidak lokek dengan senyuman. Apa sudah berlaku kepada isteriku ini,detik hati kecil Jefry Adam.

Syafira tidak menghiraukan pandangan suaminya. Mungkin terkejut dengan penerimaan dia terhadap dirinya. Ahh.. peduli apa. Kepala aku masih serabut lagi ni,bebel Syafira dalam hati. Dia sendiri kurang pasti dengan sikap dinginnya secara tiba-tiba.

”Kenapa sayang bersikap dingin begini dengan abang? Abang ada buat salah ke?Kalau abang ada buat salah, abang minta maaf. Dan kalau ibu juga buat salah, maafkan ibu. Tidak ada niat nak buat sayang sakit hati, maafkan abang ya?,”Jefry Adam memujuk. Bab yang paling dia tidak suka. Dia bukan mahir sangat dalam pujuk memujuk. Tapi oleh kerana itu adalah isterinya, dia terpaksa juga.

Tiba-tiba terasa sayu pula mendengar luahan suaminya. Berdosanya dia membuatkan suaminya begitu. Tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya.

”Maafkan saya. Saya tidak berniat pun nak buat awak terasa hati. Saya sendiri kurang pasti dengan diri saya. Mungkin tertekan agaknya. Maafkan saya,”luah Syafira.

Jefry Adam tersenyum. Ya, mungkin juga isterinya tertekan. Perkahwinan bukan atas kerelaannya sendiri. Dan dengan menerimaan ibunya sendiri terhadap isterinya. Kalau dia di tempat itu, mungkin lagi teruk keaadaanya. Dia tidak akan memaksa. Biar isterinya dapat menerima dia perlahan-lahan.

”Tak apa la. Abang faham. Abang tidak akan memaksa sayang untuk menerima abang. Tapi abang harap suatu hari nanti, sayang akan jatuh cinta juga pada abang,”

”Insya-Allah jika diizinkan Allah,”

Syafira kembali diam. Dia was-was dengan gerak hatinya. Tapi jika dia tidak meluahkannya, takut jika terjadi perkara lain pula.

”Ermm...sebenarnya saya ada perkara nak cakap dengan awak. Itu pun kalau awak sudi mendengar,”

”Perkara apa yang nak dibincangkan? Abang sudi menjadi pendengar setia. Cakap la,”balas jefty Adam

”Sebenarnya saya sedikit pun tidak ada perasaan kat awak. Rasa kasih sayang apatah lagi untuk jatuh cinta. Sebelum berkahwin dengan awak, saya berkawan rapat dengan Shahrul. Hati dan perasaan saya masih ada untuk dia. Harap awak dapat menerima apa yang saya katakan ini,”

Terkejut Jefry Adam mendengar. Tidak disangka isterinya sedang bercinta. Dia telah melukakan hati isterinya. Tapi dia juga mencintai isterinya sepenuh hati. Tapi wajarkan dia berkeras dengan isterinya. Sedangkan seorang isteri tidak boleh mempunyai perasaan cinta pada mana-mana lelaki kecuali kepada suaminya sahaja.

”Tak apa. Macam abang cakap tadi. Abang tidak akan paksa sayang menerima abang,”

Tersentak Syafira mendengar luahan suaminya. Rasa serabut dikepalanya semakin berkurangan selepas dia meluahkan segala-galanya kepada suami. Tapi relakah suaminya bila dia mencintai orang lain. Pesanan dan nasihat Ustazah Mariam masih terngiang-ngiang di telinga. Kenapa dia tidak mendengar saja nasihat dari ustazah Mariam itu?Kenapa dia perlu terlalu mengikut perasaan hatinya? Tapi semasa suaminya datang berkunjung seminggu sebelum kenduri, dia boleh menerima suaminya itu. Tapi kini lain pula. Adakah kerana terlalu memikirkan tentang mimpi itu?

”Sudah la, jangan difikirkan lagi. Abang nak mandi dulu. Badan ni dah melekit,”

”Ermm..baik la. Saya pun dah mengantuk sangat. Boleh ke saya tidur dulu?,”pinta Syafira

”Kalau sayang dah mengantuk, tidur je la. Jangan tunggu abang,”

Syafira mengangguk kepala. Dia memerhatikan kelibat suaminya masuk ke bilik air. Dia merebahkan badan di atas katil. Rasa penat kepalanya memikirkan dirinya kini. Kerana tidak cukup tidur, dia menjadi panas baran dan cepat melenting. Dia cuba melelapkan matanya. Rasa mengantuk semakin berat. Dia terlena dalam sekelip mata.

Jefry Adam keluar dari bilik air. Dia ingin menunaikan solat sunat dahulu sebelum tidur. Mahu ditanya dimana sejadah disimpan dari syafira tapi isterinya sudah terlena. Hanya dengkuran kecil yang berbunyi. Penat sangat agaknya,’desis hati Jefry Adam.

Dia melilau mencari sejadah dalam bilik itu. Nasib baik ada. Kalau tidak berjumpa bagaimana dia hendak mencarinya. Usai bersolat, dia menyidai sejadah di atas sidaian yang ada. Melangkah menuju ke katil. Dia merebahkan badannya hampir dengan syafira. Dia meneliti setiap inci wajah yang dirindui. Tiba-tiba dia terkilan, wajah itu juga dirindui oleh insan lain. Insan bernama Shahrul seperti yang diceritakan oleh isterinya.

Wajarkah aku menegah dan berkeras dengan dia? Jika aku berbuat begitu, adakah dia akan menerima aku dalam hidupnya? Tapi jika aku tidak berbuat apa-apa dari sekarang takut akan terjadi perkara yang lebih buruk lagi di kemudian hari.Ah! pening kepala aku. Jefry Adam mengeluh perlahan.

Dia meletakkan bantal peluk ditengah sebagai penghadang. Dia memandang kosong ke arah siling. Cuba melelapkan mata tapi begitu payah bila dalam fikiran masih memikirkan perihal Shahrul. Sudah lamakah mereka bercinta? Sejauh mana hubungan antara keduanya sehingga isterinya sukar untuk melupakan Shahrul. Jefry Adam melepaskan keluhan yang berat. Seberat beban yang bersarang dijiwanya kini. Jika dapat ditimbang beban itu, mungkin berkilo-kilo. Jefry Adam mengeluh lagi, entah untuk yang ke berapa kali. Bunyian dari serangga malam menjadi menemani tidurnya.