Pengikut

Khamis, 18 Mac 2010

Suratan atau kebetulan 6

Bab 6

“Fira!!Fira!!! laung Puan Maria dari bawah.

“Mane pulak budak bertuah ni. Maira entah hilang ke mana. Ni sorang, pun buat perangai jugak. Mane pulak dia pergi ni,”omel Puan Maria.

Puan Maria melangkah menuju ke bilik Syafira. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik Syafira.

“La..tengah solat rupanya. Patut la dipanggil tak bersahut,”Puan Maria melabuhkan punggung di birai katil.

Dia menunggu Syafira selesai menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Setelah Syafira selesai bersolat, Puan Maria segera bertanyakan hal Maira.

“Fira..boleh mama tanya sikit?”soal Puan Maria

“Apa la mama ni. Boleh. Apa benda nye mama,”soal Syafira

“Fira tahu tak ke mana kak Maira pergi? Dah puas mama telefon dia, tak berjawab. Risau la mama. Takut hal-hal yang tak di ingini berlaku,”riak risau jelas terpampar di wajah Puan Maria.

“Maaf mama..kak Maira tak bagitahu apa-apa pun kat Fira. Cuba mama call Abang Jeff, mana tahu kalau Abang Jeff tahu ke mana kak Maira,”Syafira memberi cadangan.

“Mama dah call, tapi tak berjawab jugak. Majlis kahwin tinggal 3 hari lagi ni. Banyak benda yang nak di buat lagi. Fira tolong mama ye. Letih mama fikirkan kak Maira ni. Pening di buatnya.,”luah Puan Maria.

“Mama…fira bukan tak mahu masuk campur dalam urusan perkahwinan kak Maira ni. Tapi mama kan tahu keadaan Fira. Kak Maira kan pernah bagi warning dulu. Tak mahu Fira ikut campur urusan dia. Tengok sampai sekarang pun Fira belum kenal lagi bakal abang ipar Fira. Hanya kenal nama je. Fira tahu, Fira ni anak angkat mama dan papa je, tapi Fira juga punya perasaan. Jadi Fira takut la mama. Fira harap mama faham keadaan Fira,”luah Syafira.

Dia memang anak angkat kepada Puan Maria dan Encik Idris. Namun kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkat itu tidak kurang walau sedikit pun. Cuma Maira yang terlalu sombong dan dengki kepada Syafira. Maira takut tunangnya akan jatuh cinta pada Syafira lantaran Syafira seorang yang cantik. Walaupun pada hakikatnya Maira juga seorang yang cantik dan mempunyai bentuk badan persis model, namun kerana cemburu mengatasi segalanya dia menganggap Syafira musuhnya

“Maaf kan mama, Fira. Mama tak tahu macam mana lagi nak membentuk diri Maira. Maira terlalu degil dan keras kepala. Tak macam Fira. menurut saja kata mama dan papa. Tidak pernah membantah kata-kata mama. Kadang-kadang mama rasa macam Maira tu bukan anak mama pulak,”Puan Maria mengesat air mata yang mula gugur.

“Tak baik mama cakap macam tu. Kak Maira kan anak mama. Kata-kata seorang ibu kan umpama doa untuk anak-anak. Baik atau buruk perilaku anak-anak kan boleh dibentuk. Biarlah beribu kali kita menegur, biarlah sampai penat kita menasihati, lama-lama insya-Allah dia akan insaf jua. Percaya la mama.,”Syafira menggemgam jemari Puan Maria.

Syafira seorang anak yang baik. Dia terlalu sayang kepada Puan Maria dan Encik Idris. Malah dia terhutang budi kepada mereka berdua. Kalau bukan kerana mereka sudah tentu Syafira sekarang merempat entah kemana.

Syafira di temui oleh Puan Maria dan Encik Idris di kawasan kampung yang terpencil. Waktu itu Syafira berusia 2 tahun. Ketika Puan Maria dan Encik Idris berjumpa dengan Syafira, hati mereka tersentuh melihat keadaan Syafira ketika itu. Dengan baju yang sudah terkoyak dan luka-luka kecil di badan dan tidur di atas tangga rumah yang usang.

Ketika kereta yang dinaiki oleh Puan Maria dan Encik Idris tiba-tiba rosak apabila melalui jalan di dalam kampung yang terpencil itu. Mereka sendiri tidak tahu kenapa mereka tersesat di jalan itu. Mungkin itu semua ada hikmah di sebaliknya. Puan Maria dan Encik Idris pernah membuat laporan polis dan menyiarkan dalam surat khabar mengenai Syafira. Namun sampai sekarang, usia Syafira sudah mencecah 23 tahun , belum ada juga khabar berita.

“Macam ni la mama. Fira cuba pergi dekat tempat kak Maira selalu pergi. Mana tahu ada apa-apa berita pasal kak Maira. Nanti bila Fira dapat maklumat, Fira akan call mama. Boleh?,”Syafra memaut lengan Puan Maria.

Puan Maria tersentak.Jauh dia mengelamun mengingati peristiwa pertemuan Syafira.

Syafira akan cuba mencari Maira. Walaupun hubungan mereka tidak berapa baik, namun hasrat mama angkatnya akan dia usahakan jua.

*************

Bunyi telefon bimbit mematikan kerja yang sedang di lakukan. Jefry melihat nombor telefon. Nombor yang tidak di kenali. Dia yang masih lagi bekerja di hari akhirnya sebelum cuti berkahwin, tidak dapat menumpukan perhatian. Dari tadi nombor itu menelefonnya. Tapi tidak di hiraukan. Kerja yang berlambak di atas mejanya perlu di siapkan dengan segera.

“Hish..sapa pulak la telefon ni. Mengganggu ketenteraman aku betul. Ni kerja pun banyak lagi ni.,”rungut Jefry.

Dengan perasaan malas dia menjawab juga panggilan itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendengar suara di talian. Suara itu menggetarkan jiwanya. Jantungnya berdegup kencang. Siapa ni?detik Jefry.

“Assalamualaikum..”kali kedua suara itu memberi salam.

Masih diam membisu. Jefry seperti terkena kejutan elektrik. Kaku. Masih diam membisu. Tiba-tiba dia tersedar apabila panggilan tadi telah terputus talian. Dia segera mendail semula nombor tadi. Tapi hampa, tidak dapat dihubungi pula. Dia menjadi resah. Siapakah gerangan yang menelefon dia?Siapakah dia yang boleh menggetarkan jiwanya hanya dengan mendengar suara?Siapa!Siapa?Hish..bertambah serabut la aku,”keluh Jefry.

************

“Tak ada siapa yang jawab telefon ni la, mama. Dah banyak kali Fira call tapi tak angkat. Last fira call tadi seperti ada orang menjawab, tapi entah..tak bunyi pulak suara,”luah Syafira.

Dia menyerahkan telefon itu kepada Puan Maria.Puan Maria meminta dia menghubungi bakal abang iparnya sebelum dia berjumpa dengan Dayana.

“Mama, Fira dah lambat ni. Ada kerja sikit dengan Dayana. Mungkin malam sikit baru balik. Tapi kalau siap awal, mungkin petang Fira balik. Ok ye, mama. Fira pergi dulu. Jangan lupa cuba call semula abang Jefry tu,”sempat lagi Syafira berpesan kepada Puan Maria.

“Ye la, nanti mama call semula. Fira jaga diri elok-elok ye. Jangan lambat sangat balik nanti,”pesan Puan Maria.

“Baik la mama,”balas Syafira..Dia mencium tangan Puan Maria. Begitu la rutin harian Syafira. Setiap kali hendak keluar rumah, pasti tangan mamanya tidak pernah lupa untuk di cium.

Telefon Puan Maria berbunyi. Dia melihat di skrin telefon. Jefry. Dia segera menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum..”salam diberi

“Waalaikummussalam,”jawab Puan Maria. Belum pun sempat Jefry bertanya siapa yang menelefonya sebentar tadi Puan Maria terlebih dahulu bertanya.

“Ha..Jeff, pergi mana tadi. Puas mama telefon. Tapi tak berjawab,”tambah Puan Maria.

“La..mama yang telefon tadi, ingatkan siapa. Maaf la mama, Jeff tak save nombor telefon mama ni. Tu yang malas nak angkat. Ingat puteri bunian mana yang telefon,”bela Jefry bagi menutup malu pada diri sendiri.

Rasa berdebar dihatinya kurang sedikit. Dia telah jauh terpesong dengan perasaannya. Suara bakal ibu mertua pun boleh dia rasa syok. Tapi suara yang telefon mula-mula tadi sungguh lunak dan merdu sehingga menyusuk dikalbu. Tapi ini lain pula. Ke aku ni yang perasan sorang-sorang dek rindu pada perempuan misteri itu. Hish apalah yang aku fikirkan ni, detik jefry dalam hati.

“Jefry..jefry,”panggil Puan Maria. Hairan dia rasakan dengan sikap Jefry

“Ni kenapa pulak ni. Mama cakap sorang-sorang je. Jefry dah di bawa oleh puteri bunian ke? Dari tadi mama cakap sorang je,”soal Puan Maria.

“Eh..ta..tak ada lah mama. Terkejut sebenarnya. Tiba-tiba je mama call handphone jefry. Macam ada hal mustahak je,”teka Jefry

“Memang ada pun. Mama nak tanya ni....Maira ada dengan Jefry ke? Dah puas mama call handphone dia, tidak berjawab. Penting ni,”terang Puan Maria.

Berdebar lagi jantung Jefry takkala Puan Maria memberitahu berita itu. Maira tidak ada dengan dia. Tapi di mana pulak dia pergi? Perkahwinan mereka yang hanya tinggal 3 hari lagi merunsingkannya. Bagaimana jika Maira pergi juga mengikuti kursus itu?Apa akan terjadi pada perkahwinan nya nanti?Bermacam-macam andaian ligat bermain di benak fikirannya.

“Maaf mama, Maira tak ada. Jeff ada kat office lagi ni. Hendak siapkan kerja yang masih ada sebelum bercuti. Dia tak cakap ke, nak pergi mana?”dalam hati, Jefry cukup berdebar.

“Tak pulak. Sebenarnya dah 2 hari Maira tak balik ni. Risau la mama, takut kalau benda buruk menimpa dia,”luah Puan Maria.

“Apa?? Dua hari?,” terkejut Jefry mendengar.

”Kenapa Jeff tidak di beri tahu langsung hal ni. Tak pa la mama, Jeff akan segera ke tempat kursus dia. Nanti kalau ada apa-apa, Jeff call balik. Ok,”Jefry Adam terus mematikan talian telefon.

Sungguh lalai Jefry Adam. Dia yang terlalu asyik dengan kerja telah mengabaikan tunang sendiri. Sampaikan dia tidak mengetahui ke mana Maira pergi. Dia meraup muka. Mengeluh dengan sikapnya sendiri.

suratan atau kebetulan 5

Bab 5

“Assalamualaikum”

“Waalaikummussalam”

“Fira…aku ni”

“Tahu..nape call aku ni?”

“Kau datang cepat la kat KLIA ni”

“Nak buat apa kat sana?”

“Kau tak tahu ke?”

“Tahu apa..cakap je la”

“Shah nak pergi ke London”

“London?Biar betul apa yang kau cakap ni”

“Betul….datang cepat tau”

“Baik la aku datang sekarang.kau tunggu tau”

“Ye aku tunggu”

Talian telefon dimatikan.Dayana mundar-mandir diruang legar KLIA. Dia mencari-cari kelibat Shahrul. Tapi hampa. Sejak sepuluh minit tadi dia cuba mencari Shahrul tapi masih gagal. Sementara menunggu Syafira tiba, dia cuba mencari Shahrul sekali lagi di setiap sudut. Cuba mendail nombor telefon Shahrul tapi tidak tidak dapat dihubungi. Dia kecil hati dengan sikap Shahrul.

Perihal Shahrul untuk pergi ke London pun dia ketahui dari mamanya, Puan Alia. Puan Alia berkawan dengan Datin Mariam. Mereka dalam satu persatuan kelab wanita. Jadi semua perkara yang berlaku pada semua ahli kelab itu pasti setiap orang akan mengetahui. Dia masih teringat pertanyaan mamanya pagi tadi selepas mereka bersarapan.

********

“Yana tak pergi hantar Datin Mariam dan Shahrul ke airport ke?,”tanya Puan Alia setelah melihat Dayana tidak nampak seperti mengejar masa. Selalunya, jika lewat Dayana akan kelam-kabut. Untuk bersarapan pun tidak sempat. Hari yang penting begini pun Dayana masih melambatkan tingkahnya. Hairan dengan sikap Dayana membuatkan Puan Alia bertanyakan hal itu.

Dayana mendengar pertanyaan mamanya bersembur keluar air milo yang sedang diminum. Dia cuba mengamati semula pertanyaan mamanya.

“Shahrul dan Datin Mariam nak ke London?Bila mama,”soal Dayana. Seleranya kini terbantut.

“La..kan mama dah cakap tadi..hari ni la mereka nak ke London..flight pukul 10.45 nanti rasanya. Nape Shahrul tak cakap ke dia nak pergi London,?”Datin Mariam hairan melihat Dayana seperti terkejut mendengar penjelasannya.

“Ha..pukul 10.45?sekarang dah pukul 9.45 ni..masih sempat lagi ni.ok la mama..Yana pergi airport dulu. Nak jumpa Shahrul,”tanpa berlengah Dayana terus pergi ke KLIA dengan pemandunya, Pak Mat. Dia perlu segera berjumpa dengan Shahrul sebelum sahabatnya itu berlepas.

***********

Dayana berhenti rehat di kerusi ruang menunggu. Dia penat mencari Shahrul. Ingin melepaskan lelah setelah terkejar ke sana ke mari. Dia meraup muka. Melihat jam di tangan. Sudah pukul 10.30. Ada masa 15 minit lagi untuk berjumpa dengan Shahrul. Matanya melilau mencari kelibat Syafira pula.

Sahabatnya itu belum juga sampai. Dayana bingung. Kenapa hal sedemikian disembunyikan oleh Shahrul. Fikirannya buntu memikirkan hal itu. Penantiannya berakhir. Syafira muncul di hadapannya dengan pakaian yang kotor. Namun tidak di hiraukan semua itu.

Syafira yang baru sampai terus memaut tangan Dayana. Mereka berlari menuju ke kaunter pertanyaan. Banyak mata memandang ke arah mereka. Syafira tahu mata itu memandang kepadanya. Ye la dengan baju yang kotor dipenuhi kuah kari dan bau yang kurang menyenangkan menusuk ke hidung. Bau ceruk petai juga melekat di bajunya. Kalau diikutkan malu yang teramat, tapi di tebalkan muka kerana mengejar masa untuk berjumpa dengan Shahrul.

“Cik..flight ke London sudah berlepas ke belum,”tercungap-cungap Syafira bertanya kepada seorang wanita di kauter pertanyaan. Sempat dia melihat tag nama di baju wanita itu.Ain.

“Maaf Cik…flight ke London baru saja berlepas 5 minit tadi. Kenapa Cik..ada yang boleh saya bantu,”wanita itu hairan melihat dengan penampilan kedua-dua wanita di hadapanya kini. Yang seorang ok dan yang sedang bertanya tidak ok. Bau yang mula menusuk ke hidung di tahan.

“Tak ada apa. Thanks ye Cik Ain,”dengan lemah Syafira menjawab.

Syafira dan Dayana berlalu dari kaunter pertanyaan dengan lemah. Mereka seperti hilang kata-kata. Mereka melabuhkan punggung di kerusi ruang legar KLIA.

“Nape Shah buat macam tu kat kita ye. Aku hairan. kau ada gaduh dengan Shah ke?,”soal Dayana sebaik sahaja mereka duduk.

“Aku tak ada gaduh pun dengan dia. Sejak kita jumpa kat KFC hari tu..aku tak jumpa lagi dengan dia. Aku tak call la kat dia…aku ingat dia tak mahu diganggu. Tapi lain pulak yang jadi,”lemah saja suara Syafira.

“Dengan aku pun dia tak gaduh. Tapi nape ye Shah tak bagitahu kat kita pasal ni?”Dayana memaut lengan Syafira

“Mana aku tahu.Tapi tak ape la.Nanti dia balik kita tanya kat dia. Dia pergi berapa hari kat London?,”soal Syafira

“Berapa hari kau kata..bukan berapa hari…berapa bulan..tau tak.?,”Dayana menerangkan situasi yang sebenarnya.

“Ha!!beberapa bulan?Biar betul..tapi berapa bulan?,”Syafira mengambil tuala kecil dari beg galasnya lalu mengelap kuah kari dibajunya.

“Kalau ikut kata mama aku..mungkin dalam 2 atau 3 bulan..tapi tak tau la kot lebih lagi,”terang Dayana. Dia memerhatikan Syafira yang leka mengelap kuah yang melekat dibaju.

“Nanti dia hantar la khabar tu. Kita tunggu je la…itu pun kalau dia ingat kat kita lagi,”luah Dayana.

“Dan kau ni nape pulak..baju kau ni dah kotor ..ada bau semacam je..eee..busuk la,”Dayana menampar lembut bahu Syafira sambil menutup hidung.

“Pasal baju ni jangan kau tanya..buat sakit hati je..aku lambat pun sebab ni la. Geram betul aku,”luah Syafira. Dia masih lagi mengelap bajunya itu.

“Cerita la kat aku. Nape jadi macam ni,”pinta Dayana.

“Kau masih ingat tak pasal lelaki yang aku terlanggar dan aku terjatuh atas dia tu,”Syafira memulakan cerita.

“Ha…lelaki tu..aku ingat..tapi nape dengan lelaki tu…jangan pulak apa yang terjadi kat baju kau ni pun kerana dia juga,”Dayana semakin seronok untuk mendengar cerita dari Syafira.

“Memang sebab dia..sakit hati betul. Kalau bukan kerana dia..sempat aku jumpa Shah tadi. Malang betul nasib aku.Tiap kali jumpa dengan lelaki tu..mesti nasib aku malang,”luah Syafira

“Agak-agaknya kau ni ada jodoh dengan dia tak?”Dayana ketawa menampak gigi putihya itu.

“Kau ni tak ada lain..dengan Shah pun kau kata jodoh aku..dengan lelaki tu pun kau kata ada jodoh juga. Agaknya kalau dengan pak guard tu pun aku ada jodoh ye?”Syafira memuncungkan mulut menunjuk ke arah pengawal keselamatan di kawasan KLIA itu.

“Hish.. kau ni lebih-lebih la pulak. Aku gurau je la. Itu pun nak sensitif. Jom la balik. Aku hantar kau,”Dayana menarik tangan Syafira.

Dengan lemah Syafira hanya mengikut langkah Dayana. Mereka meninggalkan kawasan KLIA dengan perasaan sungguh hampa. Mereka berharap ada penjelasan mengenai pemergian Shahrul ke London.

************

“Hish..jumpa lagi dengan perempuan ni. Kenapa la aku selalu saja terlanggar dia?Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik semua kejadian ni?Hish..pening la duk memikirkannya. Letih..letih,” omel Jefry sendirian.

“Ha…apa yang di bebelkan tu,”sergah Kamal sebaik saja dia membuka pintu bilik pejabat Jefry.

“Tak ada apa-apa la. Yang kau ni masuk tak reti bagi salam ke? Main redah je,” Jefry melabuhkan punggung di atas sofa dalam bilik pejabanya.

“Sori..sori..lupa tadi …asyik tengok kau duk membebel tadi,”kamal duduk disisi Jefry.

“Sori naik lori la. Bila masa pulak aku membebel. Kau ingat aku ni mak nenek ke nak membebel”balas Jefry

“Tadi aku tengok kau duk bercakap sorang-sorang..siap marah-marah lagi. Apa hal?,”soal Kamal.

“Tu nape pulak dengan baju kau. Eii… ada bau yang kurang menyenangkan la,” kamal menutup hidung dengan jarinya.

“Pasal baju aku ni, jangan kau risaukan. Ada banyak baju lagi. Aku boleh salin,”terang Jefry.

“Kau masih ingat tak pasal perempuan yang aku terlanggar dulu,”soal Jefry

“Perempuan?terlangar?Perempuan mane ni. Aku dah lupa la,”Kamal menggaru kepala. Cuba mengingati perempun yang dimaksudkan oleh Jefry.

“Ala…perempuan yang cantik..yang kita terlanggar..eh…silap..aku terlanggar kat lif dulu,”terang Jefry sambil dia memaut bahu Kamal.

“Ooo…perempuan tu..ye..ye…aku ingat. Tapi kenapa dengan perempuan tu? Kau dah jatuh cinta dengan dia ye?Bila?Oooo…dalam diam-diam kau main kayu tiga dengan Maira ye,”panjang lebar kamal berbicara. Tidak di beri peluang langsung untuk Jefry menjawab satu persatu soalan. Di tambah dengan bermacam-macam soalan yang tidak dimasuk akal langsung.

“Kau ni lebih sudu dari kuah pulak…macam mak nenek je cakap. Bagi la peluang aku terang satu persatu. Ni macam bom atom, sekali gus kau bagi. Naya la aku. Mana satu aku nak jawab ni,”berkerut dahi Jefry. Pening..pening.

“Ala kau ni..macam tak kenal dengan aku pulak..biasa la tu beb. Bagi kacau sikit kepala tu,” seloroh kamal.

“Kacau kepala hotak kau. Aku dah serabut ni..kau jangan nak menambahkan lagi beban aku ni. Kan tak pasal-pasal muka tu melekat kat dinding..siap boleh buat frame lagi ,”Jefry sudah hangin satu badan, di tahan rasa marah itu. Dah nak meletup bom nuklear rasanya.

“Wow….wow…sabar kawan. Aku gurau aje la. Nape ni angin semacam je ni. Sabar beb,”pujuk kamal. Cuba mententeramkan Jefry.

“Lain kali kalau kau tuduh aku lagi, aku hentam kepala kau dengan pasu bunga tu, bagi segar sikit otak tu,”Jefry menunjukkan ke arah pasu kecil yang berisi bunga ros segar di atas mejanya.

“Ok la..Aku minta maaf. Aku silap,”balas kamal.

“Maaf di terima. Tapi ni last warning tau. Kalau kau buat lagi, kau tempah awal-awal batu nisan kau,”terang Jefry. Suaranya mula perlahan.

“Ok aku janji,”kamal berikrar tidak akan mengulangi lagi.

“Tapi soalan aku tadi kau belum jawab lagi kan?”soal kamal

“Soalan?Oooo..soalan kau tadi ye. Budak perempuan tu aku terlanggar lagi dengan dia semasa aku keluar untuk beli makanan tadi. Aku malas nak makan kat kedai, jadi aku tapau je la. Alih-alih..kuah kari dan jeruk petai yang aku tapau terkena baju perempuan tu. Aku tunggu kau tadi lambat sangat. Aku pergi sorang je la,”terang Jefry panjang lebar.

“ Eh..jap..jap. Kau kata tadi kau terlanggar dia. Lepas tu kuah kari terkena baju dia. Tapi kan nape pulak kau terlanggar dia. Dia nak kemana?,”soal kamal kehairanan.

“Mana la aku tahu dia nak kemana. Tapi yang pasti aku berebut teksi dengan dia. Masa nak buka pintu teksi tu la aku terlanggar dia. Dia pulak macam tak risau aje. Terus belah dengan teksi tu. Nampak macam tergesa-gesa aje,”Jefry menceritakan keadaan yang berlaku ketika itu.

“Pelik ni…pelik..kerap sangat kau berlanggar dengan dia. Ke memang dia sengaja buat berlanggar dengan kau,”teka kamal.

“Buat apa pulak dia nak buat macam tu.? Tak ada faedahnya. Alih-alih dia aje yang terkena. Sengaja apa macam tu,”balas Jefry. Dia masih ingat kes terlanggar itu. Memang wanita itu saja yang terkena. Dia biasa saja.

“Ahh…tak payah la fikir sangat. Aku nak tukar baju dulu. Nanti ada pembentangan pasal projek kat Puchong. Kau join sekali tak?”soal Jefry.

“Join,”sepatah kamal membalas.

Jefry meninggalkan kamal sendirian dalam bilik pejabatnya. Dia perlu segera menukar bajunya yang sudah kotor dek kuah kari itu. Dia malas untuk memikirkan hal itu lagi. Makin di fikir makin kerap dia bertembung dengan wanita itu.

suratan atau kebetulan 4

Bab 4

Sejak seminggu peristiwa itu berlaku, Jefry masih terbayang wajah wanita yang berlanggar dengannya. Suka dia melihat wajah yang merona merah itu. Sungguh comel, cantik dan cukup asli wajah itu. Dengan solekkan yang nipis sahaja cukup menarik perhatian hati lelakinya.

Mata yang galak, hidung yang mancung dan bibir mungil yang nipis dengan senyuman itu cukup menyeksa jiwanya kini. Perasaan yang aneh itu hadir sejak hari pertemuan yang tidak disangka itu. Walaupun menutup muka dengan fail namun dia masih dapat mengingati keseluruhan wajah wanita itu.

Jefry cuba menjauhkan perasaan yang pelik itu yang mula bertandang di tangkai jiwa. Tapi semakin dia cuba melupakan wajah itu semakin kerap dia terbayang-bayang. Kadang-kadang wajah wanita itu terbawa-bawa dalam mimpi. Jefry amat resah dengan perasaannya kini. Dia tidak mahu menduakan Maira. Hanya Maira yang dia inginkan menjadi suri hatinya.

Tapi wanita itu telah membuatkan hatinya tercuit untuk mengenalinya. Jefry selalu bertanya pada dirinya tentang wanita itu. Siapakah dia sebenarnya? Mengapa dia selalu hadir dalam mimpiku? Apakah nama dia? Kenalkah aku pada dia?

Jefry tiba-tiba tersentak ditegur oleh sahabatnya.

“Hai..nape senyum sorang-sorang ni? Dah tak sabar ke nak naik pelamin?,”tegur Kamal.

Kamal adalah rakan setempat kerja dan juga sahabat Jefry. Cuma pangkat Jefry lebih tinggi dari Kamal. Tapi itu tidak menghalang perhubungan mereka. Sejak seminggu dia dapat melihat perubahan Jefry. Maklumlah orang dah nak naik pelamin. Hanya tinggal 3 minggu lagi untuk majlis kahwin sahabatnya itu. Dia turut gembira apabila majlis yang ditungu-tunggu oleh Jefry akhirnya akan terlaksana juga. Kamal tahu dulu akan majlis yang terpaksa ditunda sebanyak 2 kali. Harap-harap selepas ni tak ada la masalah untuk mereka berkahwin.

“Tak ada la. Saja senyum. Nak hilangkan pressure. Majlis kahwin aku tinggal 3 minggu lagi ni. Berdebar-debar la pulak rasanya. Rasa gugup semacam je.,”terang Jefry.

“Eh..tak payah cakap la hal ni. Makin berdebar pulak aku. Jom la teman aku pergi lunch,”Jefry menepuk bahu Kamal.

“La nape kau tak lunch aje dengan Maira,”Kamal memandang hairan.

“Helo kawan..aku ni dah nak kahwin. Mana boleh selalu jumpa. Tak manis pulak. Nanti tercemar pulak adat yang sangat-sangat dijaga oleh famili aku. Kau tak kan dah lupa kot,”Jefry mula memasuki lif, diikuti oleh Kamal.

“Aku lupa la pulak. Patut la pun. Hairan juga aku tadi. Sori kawan,”Kamal menekan butang untuk menutup pintu lif.

“Is ok.Tak ada hal la,”Jefry mula melangkah keluar dari lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Tiba-tiba Jefry terlanggar seseorang. Dia terkesima kerana dia telah terlanggar seorang wanita. Wanita itu terjatuh. Semua fail bertaburan di lantai. Dia segera mengutip fail-fail tersebut.

“Maaf ye. Saya tak sengaja. Tak perasan tadi,”Jefry mula mengemaskan fail yang bertaburan. Cuba mencari wajah wanita yang telah terjatuh sebaik sahaja wanita itu berdiri. Tidak sedap rasanya bercakap tanpa melihat wajah empunya badan.

“Tak apa. Salah saya juga. Maaf ye saya nak cepat ni. Terima kasih sebab tolong saya,”wanita itu ingin segera berlalu. Dia mengangkat mukanya menghadap lelaki yang berlanggar dengannya.

Jefry amat terkejut takkala wanita di hadapannya memandang ke arahnya. Dia amat kenal dengan wajah itu. Wajah yang sentiasa muncul dalam mimpinya. Wajah yang sehingga kini terlalu menyeksa jiwanya. Jefry tidak berkata apa-apa. Kaku dan kelu. Hanya memandang wanita itu berlalu.

“Hai kawan..jangan lupa kau tu dah nak kahwin la. Mata tu jaga sikit. Tahu la awek tadi tu lawa..tapi ingat la kat Maira buah hati kau tu sikit,”Kamal berseloroh apabila dia hairan melihat pandangan Jefry terhadap wanita tadi. Seperti mahu menelan saja wanita itu. Cukup tajam tenungannya.

“Eh..tak ada sampai ke situ. Aku macam pernah nampak je awek tu tadi. Tapi aku lupa la kat mana aku jumpa. Dah la jom pergi makan.Nanti lewat pulak,”bohong Jefry untuk menutup gelisah yang mula bertengek di ranting jiwanya.

“Ok..tak ada hal punya,”kamal tersenyum melihat Jefry yang sedang mengelabah.

Semasa mereka makan Jefry tidak ambil peduli akan hal yang mereka bualkan.Fikiranya melayang memikirkan wanita tadi.Wanita yang pernah berlanggar dengan nya seminggu lalu. Apa yang dia buat dekat area pejabat tempat aku bekerja?Kenapa dia perlu bertembung semula dengan wanita itu?Semakin terseksa jiwanya memikirkan perasaan yang aneh mula meragup kesetiaan hatinya.

************

“Ishh…kenapa la aku terlanggar lagi dengan lelaki tu. Apa nama dia ye?Eh! lupa pula aku. Arrh…biar la. Apa yang nak difikirkan sangat. Buat sakit kepala aku je,”omel Syafira sendirian.

Syafira masih ingat lagi wajah lelaki itu. Dulu dia pernah terlanggar dengan lelaki itu sewaktu dia menunggu Sharul dan Dayana di Taman berhampiran Kolej Profesional Mara. Nasib baik ketika itu tidak ada orang yang lalu-lalang. Waktu itu Dayana minta dia dan Shahrul temankannya untuk mendaftar di kolej tersebut.

Dayana ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula. Dia pula yang masih perlu menjalani latihan praktikal selama 3 bulan seperti yang disyaratkan oleh Univesiti Malaysia Terengganu. Dia hanya mencuba nasib. Jika ada peluang, dia amat bersyukur kerana tidak perlu dia menunggu lama untuk praktikal. Dan boleh dia turut menyambung ke peringkat ijazah pula bersama dengan Dayana.

Syafira mempercepatkan langkahnya untuk menghantar surat permohonan untuk mengikuti latihan praktikal di Syarikat Dayamaju Corporation. Dia mendapatkan maklumat syarikat berkenaan di dalam internet. Dia hanya mencuba nasib jika syarikat berkenaan mengambil pelajar untuk menjalani latihan praktikal. Setelah selesai Syafira perlu segera berjumpa dengan Dayana dan Shahrul seperti yang dijanjikan oleh sahabatnya untuk berjumpa di Restoran KFC di Ampang Point. Dia melihat jam di tangan.

’Masih awal untuk berjumpa dengan mereka. Tidak perlu la aku berlumba-lumba untuk menaiki bas,’ detik hati Syafira

Setelah 30 minit berlalu Syafira sampai di tempat yang dijanjikan. Dia dapat melihat kelibat sahabatnya Dayana dan Shahrul sedang menunggunya di ruang legar di Ampang point. Syafira melirik tersenyum sambil melambaikan tangan kepada mereka berdua.

“Lambat ke aku sampai?”soal Syafira pada Dayana.

“Tak la..kami ni yang sampai awal,”sampuk Shahrul pula.

“Ooo patut la. Tu la Fira ingat sampai lambat tadi. Ye la masih awal 15 minit dari yang dijanjikan,”Syafira melihat jam di tangannya.

“Ok..jom la.apa lagi yang di tunggu. Jom hari ini aku belanja,”Dayana menarik lengan Syafira supaya mereka segera ke Restoran KFC.

“Kau nak belanja?Mesti ada apa-apa ni.Biasa kau susah sangat nak belanja,”teka Syafira.

“Nanti la aku cerita.Tak payah cakap banyak. Kita pergi KFC dulu,”Dayana tidak terus menjawab pertanyaan Syafira.

Syafira dan Shahrul hanya mengikut langkah Dayana.Semasa beriringan berjalan menuju ke Restoran KFC sempat Syafira mengerling kepada Shahrul. Shahrul yang perasan dengan jelingan Syafira segera berpaling dan tersenyum.Syafira menggelabah. Tidak sangka Shahrul perasan.

Sampai mereka di kaunter KFC mereka segera memesan menu KFC. Maklum la mereka bertiga ini boleh dikatakan ‘Favourite Customer’ bagi semua menu KFC. Pantang KFC melancarkan menu baru, pasti mereka akan segera mendapatkannya. Gila KFC betul.

“Kau nak makan apa Fira?..order je aku belanja,”Dayana mula memerhatikan senarai menu. Jika ada menu baru mesti kena order.

“Aku malas nak fikir nak makan apa.kau order je apa-apa asal Cheezy Wedges dan Whipped Potato aku ada. Yang lain kau tanya Shahrul,”Syafira memandang Shahrul yang sedang asyik bercakap ditelefon.

Muka Shahrul serius sangat. Tidak pernah Syafira melihat Shahrul begitu. Syafira cuba memanggil Shahrul tapi tidak berjaya. Shahrul tidak memandang ke arahnya.’Dengan siapa pulak Shah bercakap.Serius aje’detik Syafira sendirian.

“Shah nak makan apa?Biar Fira ambilkan,”Syafira memberanikan diri menghampiri Shahrul.

Shahrul mematikan talian telefon. Dia tidak mahu Syafira mengetahui apa yang telah dia bualkan. Dia tersenyum melirik melihat Syafira yang berada di hadapannya. Syafira hairan dan resah ditenung begitu oleh Shahrul. Syafira melabuhkan punggung di hadapan Shahrul. Dia masih menanti jawapan dari Shahrul. Tapi nampak gayanya memang tidak dapat.

“Shah nak makan apa? Biar Fira ambilkan,”tanya Syafira lagi buat kali kedua.

“Apa-apa aje la..Shah tak kesah..tapi kalau ikut macam Fira order lagi bagus,”jawab Shahrul sambil mengeyitkan mata.

Syafira terkesima. Tidak pernah Shahrul bersikap demikian. Shahrul kini betul-betul memancing perasaannya. Dia mula menggelabah bila Shahrul mula menyentuh jemarinya. Cepat-cepat Syafira mengalihkan tangannya. Dia segera berlalu dari meja itu. Resah apabila dia berdua-duaan saja di meja itu. Syafira meninggalkan Shahrul sendirian. Dia melangkah mengambil pesanan makanan yang telah siap dibayar oleh Dayana.

Syafira dan Dayana menghampiri meja Shahrul. Mereka melabuhkan punggung. Syafira kini duduk berhadapan dengan Shahrul. Dia kaget. Peristiwa tadi masih bermain di fikirannya. Dayana memaksanya untuk duduk berhadapan dengan Shahrul. Syafira akur. Takut lain pula yang jadinya. Bukan boleh dikira sangat dengan Dayana yang banyak loya buruknya juga.

“Hal apa yang Yana nak ceritakan. Siap belanja lagi ni. Mesti special ni,”soal Shahrul sambil menyuapkan isi ayam ke dalam mulutnya. Matanya masih memandang Syafira yang seperti menahan malu. Saat itu merah muka Syafira. Dia tersenyum melirik. Suka melihat Syafira berkeadaan begitu. Cukup comel.

“Aku ada berita gembira ni. Aku dapat masuk kat Kolej Mara tu. Minggu depan aku kena daftar. Tak la lama aku menunggu,”sungguh ceria Dayana bercerita. Sebenarnya dari semalam lagi dia mendapat berita itu. Tapi dia ingin membuat kejutan kepada Syafira dan Shahrul.

“Really..alhamdullilah..tak sangka cepat kau dapat. Kau ni, aku tengok hairan la. Dulu pun macam tu. Kita sama-sama minta masuk U tapi kau dulu juga dapat tawaran. Aku 3 bulan lepas tu baru dapat tawaran. Dah la tu dapat pulak jauh. Kena kat pantai timur. Lain yang diminta lain pula jadinya. Kau ni pakai ilmu apa ha?,”Syafira memandang Dayana. Cuba mengorek rahsia.

“Opss…itu rahsia aku la. Mana boleh bagitahu. Tak privacy la nanti,”Dayana ligat menyuapkan kepak ayam ke dalam mulutnya.

“Ooo..tak nak bagitahu ye..tak pe..nanti aku cari sendiri,”

“Dipersilakan wahai Cik Nur Syafira binti Sulaiman. Di alu-alukan sangat..itupun kalau berhasil..,”seloroh Dayana.

“Auuww..sakit la,”jerit Dayana

“Padam muka…sapa suruh cari pasal dengan aku,”Syafira tersenyum puas dapat mencubit peha Dayana.

“Aku ucap tahniah. Aku tumpang gembira kau dapat Yana. Tapi jangan pula kau lupa kat aku dan Fira ni,”pesan Shahrul

“Aku tak akan lupa la kat kau orang berdua. Kau berduakan sahabat aku dunia dan akhirat,”Dayana memeluk bahu Syafira.

Mereka sungguh gembira pada hari itu. Sambil makan mereka bercerita hal masing-masing. Bila ada peluang bersama itu adalah aktiviti utama mereka. Dalam pada itu Shahrul sedang memikirkan perihal ibunya.

Dia yang masih terkejut dengan perkhabaran yang diterima dari ibunya. Dia tidak sanggup untuk melepaskan Syafira. Tapi apakan daya dia hanya seorang anak yang perlu mengikut kemahuan keluarga. Sebelum mereka bersurai Shahrul masih sempat merenung Syafira. Dia ingin menatap wajah Syafira puas-puas.

********

Shahrul sampai ke rumah sudah lewat malam. Siang tadi selepas selesai menghantar Syafira dan Dayana, dia tidak terus pulang. Dalam fikirannya, berserabut memikirkan permintaan ibunya, Datin Mariam. Dia pergi melepak di kawasan shopping kompleks. Fikirannya masih buntu.Dia membuka pintu utama banglo mewah Villa Anggerik itu. Dia terus berjalan memasuki biliknya tanpa dia perasan ibunya sedang memerhatikannya dalam kegelapan.

“Shah pergi mana..sampai sekarang baru balik. Risau ibu tengok Shah macam ni. Selalu Shah tak pernah balik lewat. Ni kenapa.?Shah ada masalah ke?,”tanya Datin Mariam setelah membuka suis lampu di ruang tamu banglo itu.

Shahrul terkejut.Tidak menyangka ibunya masih belum tidur. Dia memandang melihat jam di tangannya.’Alamak!pukul satu pagi.patut la ibu bising’ omel Shahrul dalam hati.

“Tak ada apa-apa la ibu. Nape ibu belum tidur lagi. Nanti kena migran lagi. Ibu tak payah tunggu Shah la. Shah pergi lepak dengan kawan-kawan tadi. Tak sedar dah jauh malam. Sori ibu..lain kali Shah tak buat lagi,”Shahrul menyalami tangan Datin Mariam. Dia terasa rambutnya diusap lembut oleh ibunya. Saat itu hatinya merasa hiba. Tapi di tahan rasa itu.

“Ibu bukan marah Shah nak lepak dengan kawan-kawan, tapi jangan la sampai lewat malam macam ni. Setahu ibu, shah tak pernah lepak dengan kawan-kawan sampai pukul 1.00 pagi..biasakan pukul 11.00 Shah dah balik rumah,”Datin Mariam melabuhkan punggung di sofa antik ruang tamu itu.

“Ala ibu..hari ni lama la sikit..kan kita nak ke Londan..itu yang Shah ambil masa lama sikit. Nanti Shah dah tak berpeluang untuk lepak dengan kawan-kawan. Tak kan ibu dah lupa kot,”teka Shahrul.

Dia meletakkan tangan di atas peha Datin Mariam sambil melentokkan kepala. Dia merasai rambutnya diusap oleh ibunya. Saat itu rasa hiba datang bertenggek di tangkai hati. Mana mungkin dia membantah setiap kata-kata ibunya. Dia anak tunggal. Ayahnya, Datuk Imran telah meninggal ketika dia berusia 13 tahun akibat sakit jantung. Hanya pada ibu dia menumpang kasih ayah.

“Ha ah..la ibu lupa la pasal tu. Nasib baik Shah ingatkan. Ibu lupa nak kemaskan baju. Shah pun jangan lupa tau, kemaskan semua baju Shah yang perlu saja. Kalau tak cukup kita beli kat sana je,”arah Datin Mariam.

“Ibu masuk tidur dulu. Esok ibu nak ke pejabat nak uruskan hal semasa peninggalan kita nanti. Susah pula ibu nanti bila balik semula ke sini. Kerja perlu disiapkan. Jangan tidur lambat tau,”pinta Datin Mariam. Dia berlalu menuju ke biliknya. Meninggalkan Shahrul seorang diri di ruang tamu.

“Baik lah ibu.Nanti Shah kemaskan sendiri baju Shah,”dengan lemah Shahrul menjawab.

Shahrul tidak dapat berbuat apa-apa. Dengan lemah dia masuk ke biliknya. Dia membaringkan badan di atas katil. Dia masih memikirkan bagaimana dia perlu mengkhabarkan berita itu kepada Syafira. Dia perlu mengikut ibunya ke London untuk tempoh tiga bulan.

Datin Mariam meminta dia menemaninya ke London. Runsing juga meninggalkan anak tunggalnya itu selama beberapa bulan. Oleh sebab itu dari awal lagi Datin Mariam telah menempah tiket untuk ke London tanpa pengetahuan Shahrul. Dia tahu, kalau dikhabarkan lebih awal sebelum menempah tiket pasti Shahrul tidak akan mengikutnya.

Datin Mariam perlu menjalankan perniagaan yang telah ditinggalkan oleh arwah Datuk Imran. Selepas Shahrul habis belajar baru dia akan menyerahkan semua tugas itu pada Shahrul. Buat masa ini Shahrul masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berat itu.